Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

6 BULAN LAGI...

بسم الله الرحمن الرحيم

6 bulan lagi...
Hari menanti hari..
Minggu bersilih ganti..
Bulan bertukar bulan..
Nampak macam lambat lagi,
MasyaAllah..rupanya dah tak lama lagi..

6 bulan lagi..
Apa persediaan yang telah dibuat?
Amal masih kurang, iman masih lemah..
Doapun belum tawajjuh lagi.
Ya Allah...bantu, & kuatkan semangat kami..

6 bulan lagi..
Sugguh, terlalu sedar bahawa diri ini masih perlukan bantuan drp Allah Taala,
Mungkin tak semudah orang lain yang dipermudahkan olehNya,
Daku mesti kuat berusaha,
Menuntut susah payah & pengorbanan yang lebih..
Bersangka baiklah dengan Allah.
Smuanya itu akan mendekatkan diri ini dengan Sang maha Pencipta.
InsyaAllah...
Dan tak lupa juga,
Diri ini masih juga perlukan sokongan daripada para sahabat semua.

6 bulan lagi...
Maaf ya, bukan cerita nak lahirkan anak atau apa..
Tapi, satu perkara besar yang perlu difikirkan.,malahan lebih daripada itu.
Untuk membentuk jiwa yang kental kerana agamaNya.
Tarbiah daripada Allah Taala yang tak ternilai harganya.

6 bulan lagi...
Beg dah tersedia kat bilik solat ni..
Dapat semangat semenjak beberapa hari yang lalu,
tapi masih kosong,
Sebab barang masih ada yang nak pakai.
nak buat macamana, takde spare part..
apa yang boleh letak, letak dulu...sikit-sikit...
Mudah-mudahan setiap kali nak berdoa, mata akan terpandang ke situ dulu.
Biarlah Allah lihat kesungguhan hati ni...
Airmata yang mengalir menjadi bukti...
Dengan harapan Allah makbulkan permintaan hambaNya yg dhoif ini.
Ya Allah...bulatkan hati kami.
Amin...ya Robb.

"ROBBI YASSIR WALAA TU'ASSIR, WATAMMIM BIL KHIR.
WABIKA NASTA'IIN,
YA FATTAH!"

Samada yang kat atas atau kat bawah, dua-dua ada khir, InsyaAllah...

Maaf. Rasanya yang kat atas tu bukan sajak. Jika benar sekalipun, ia adalah sajak yang entah apa-apa..sebab memanglah tak pandai. Jika masuk periksa, mungkin sajak ini duduk kat tangga paling corot..cikgu bahasa janganlah marah ya. Orang lain tak faham pun tak apa.. InsyaAllah, Allah saja yang tau apa yang bersarang dalam hati ana..

Wallahu alam.

Thursday, March 24, 2011

SEDIH & GEMBIRA

بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam satu riwayat daripada Abu Darda, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Allah akan bangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya-cahaya wajah mereka (cahaya bergemerlapan). Mereka berada di atas-atas mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemburui mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan para syuhada'. Seorang badwi berkata: "Ya Rasululullah, terangkan kepada kami sifat-sifat mulia mereka supaya kami dapat mengenali mereka." Rasulullah bersabda: Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum & berlainan tempat, mereka berkasih sayang semata-mata kerana Allah & berkumpul untuk mengingati Allah & menyebut namaNya"... (Tibroni)

~Mudah-mudahan Allah sentiasa terima amal perbuatan kita semua, kerana Allah dan Rasul tak pernah memungkiri janji2Nya...~InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:( Sepanjang minggu lepas, ana dalam mood berduka, (ntah apa-apa ntah.....), tapi sekarang duka itu sudah terubat. Alhamdulillah.

Percaya tak, asbab jemaah tak jadi datang rumah ana minggu lepas...kesannya sampai diri ni susah hati terlebih-lebih.. blog pun tak lalu nak buka. Akhirnya kena migrain. Pelik sungguh kan. (ada ka orang jadi mcmni?) Memang tak berapa minat makan ubat, tapi teringat ada satu ayat dalam surah Al-Waqi"ah untuk buat ubat sakit kepala. Malam tu hanya guna perantaraan ayat Quran je. Bila dah sakit sangat, masa nak tido tu terus pasang earphone kat h/p dengar bacaan Al-quran sampai la tertidur..bangun2 je bateri dah habis...

Alhamdulillah, clean n clear la pulak kepala ni. Allah bagi sihat, Allah bagi sembuh..

Hmm..almaklumlah, setiap kali suami bagi nama kat markas, biasanya Allah pilih rumah kami...tapi yang berlaku mggu lepas adalah sebaliknya. Sedangkan rumah dah siap sedia, betul2 macam nak ambil jemaah..sebab pihak markas suruh standby. Sorong kerusi tarik kerusi, alih barang sana sini, sampai rumah dah berpusing 360 darjah. hehe..Semuanya untuk keselesaan jemaah ketika buat program. Tak apalah penat sikit kan.

Ohh...mungkin salah kami juga hingga nama tak tersenarai kali ni. Ha..check amal, check amal...

Tapi kami tak putus asa, minggu ni bagi nama lagi. Alhamdulillah...Allah terima... jemaah kat markas pun dah call bagi lampu hijau. Jadi insyaAllah la sabtu ni kami suami isteri akan menyambut kedatangan tetamu/jemaah selama 3 hari. Mudah-mudahan ianya benar-benar pilihan Allah. Taktau la dari mana yerk. Suami takde la bertanya pula. Dia kata tak perlu tanya, yang penting, mereka ni original hot n spicy dari Malaysia... ehehe, esok karang berkenalan la kan. Dulu ada sekali terima jemaah foreign dari negara China. Alhamdulillah, ada la sorang dua yg boleh cakap english n arabic. Hat lain-lain tu bahasa china pure. Kira tangan je lah yang bersilat guna bahasa isyarat. Papepun yang seronoknya, bila berjumpa untuk tujuan begini, ukhwah & kasih sayangnya lain. Macam dah bertahun-tahun kenal..sbb maksud & tujuannya satu je...dakwah ilallah. Dalam kepala ni dah terpikir-pikir nak jamu kuih apa yang ringan2 masa depa sampai nanti.

Haa..buat puding jagung ni ok dak. Ini kuih kegemaran kami suami isteri. Boleh kata tiap2 mggu la buat. Tak reti jemu.

Untuk pembaca di luar sana, jika nak tau apa program yang akan berlangsung sepanjang 3 hari ni, jemput2 (bukan cekodok) la datang ye. Perempuan di rumah, lelaki kat masjid. Kawan-kawan masturat pun ramai yang sedia nak tolong khidmat masak. Alhamdulillah...

Kebiasaannya, program yang disusun ketika khuruj macam ni lah ye..antaranya:

-Ceramah/tazkirah daripada pihak lelaki (bayan). Wanita ikut pintu belakang & duduk belakang tabir ye.

Program sesama wanita pulak:
1. Bacaan taklim.
2. Dakwah/Muzakarah 6 sifat sahabat.
3. Halaqah Al-quran/tajwid.
4. Muzakarah adab sunnah, seperti:
-adab makan/minum
-adab istinjak/ keluar masuk tandas
-adab tidur
-adab safar
-sabar & tahammul
-kepentingan tahajud
-adab usul, fikir alami, muzakarah jaga solat awal waktu, kepentingan taklim, hidup sederhana...dan banyak lagi lah.

-Jemaah biasanya makan ramai2. Uish, macam2 rezeki Allah hantar, tambah2 lepas program bayan, sampai boleh bungkus2 lah kat jiran. Selain tu, jemaah akan belajar amalan2 tersebut sepanjang 3 hari tu secara praktikal. Dan ditekankan juga bahawa pentingnya menjaga amalan2 tersebut walaupun selepas balik dari 3 hari. Wah, betul2 rasa macam pegi program motivasi jatidiri. Lagipun bukan lama, 3 hari je...macam pegi outstation kerje la jugak. Sama je situasinya. Tak perlu risaulah.. Dan tak lain tak bukan, mereka khuruj 3 hari tu adalah untuk belajar perbaiki/islah DIRI, IMAN serta AGAMA dalam diri masing2.

Maka, bermulalah kesinambungan lagi kerja-kerja untuk menyambut kedatangan tetamu ni. Antaranya, mengemas lagi dan lagi, standby set memasak/taam & cuci toilet/bilik air supaya lebih berkilat-kilat...hehe. Tidak lupa juga acara jemput-menjemput saudara/kakak serta jiran-jiran sekitar rumah ana yang baik-baik hati ni. Alhamdulillah...kalau lama tak ambil jemaah, mereka akan tanya... apasal dah lama jemaah tak datang? Sebab diorang suka dengar dan join dalam program. Moga-moga Allah lembutkan hati mereka semua suatu masa nanti. Cuma yang palin risau, hall rumah ana tak besar sangat. Biasanya orang tempatan/jiran terlalu ramai datang (kalau kena timingnya), belum lagi kira dengan jemaah masturat yang datang nusrah. Ramai2 datang ni biasanya time bayanlah. Tapi takpa, depa sanggup bersempit-sempit, aircond pun ada walaupun sizenya kecik ciput...speaker sound pun clear bunyinya, takde gedegang gedegung. Moga2 Allah bagi lebih tawajjuh.

Ni lagi satu, menu apa pulak nak masak kat diorang tghari nanti ye...kesian, dah sampai nanti confirm semua lapar nasik....errr...ada cadangan menu tak? Blurrr, asbab baru hilang sakit kepala.

Wallahu alam... dijemput datang bagi sape2 yang berkelapangan ye.

Friday, March 11, 2011

KEJAYAAN HANYA DALAM AGAMA

بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah..Entah kenapa kali ni terasa semangat begitu berkobar-kobar untuk khuruj ke jalan Allah. Bukanlah bermakna sebelum ini takde bersemangat. Cuma kali ni semangatnya agak lebih tinggi dan lain macam sikit. Biasanya ana kemas beg 1 hari sebelum berangkat. Kali ni 5 hari sebelumnya dah siap sedia kemas beg sendiri & suami.. gosok baju... Tinggal nak angkut beg je lagi dah. Hati tersangat laaa berbunga-bunga. Mungkin ini asbabnya...

Alhamdulillah, berkat doa tuan-tuan/ibu-ibu yang mulia untuk hidayat seluruh alam, serta istiqomahya amalan taklim & taklum semua dengan penuh fikir & tawajjuh, insyaAllah, seorang lagi sahabat ana sudah bersedia untuk khuruj ke jalan Allah buat kali pertamanya.. Moga Allah mudahkan & pilih dia serta kami semua. Doakan ya. Memang mengambil masa yang lama untuk ikram sahabat ana yang seorang ni. Dan ana sangat yakin bahawa setinggi manapun usaha & peranan kita, hidayah itu tetap milik Allah. Hanya Dia yang dapat membuka pintu hati hamba-hambaNya ke arah kebaikan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
InsyaAllah , jemaah kami seramai 6 pasang akan bergerak ke Hutan Melintang Tanjung Malim, Perak pada esok hari. Routenya kat Gedangsa, kawasan felda. Jauh gak kan, walaupun 3 hari. Biasanya dapat route dekat-dekat je. Takpe la, semua pilihan Allah. InsyaAllah ada khirnya. Bak kata pujangga, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila ada mujahadah, akan timbul kemanisan...subhanallah. Yang penting jemaah kena bersatu hati, baru Allah hantar nusrah & bantuan. Nak pinjam sikit ayat-ayat dakwah ni daripada Ustaz Ishak Zaini yang beliau pernah komen kat blog Tuan Azhar Jaafar... iaitu "Allah hokum mana nobir torika chola, dunia to shanti akhirat to shanti". heee...sempat lagi menyalin tuuu... Kalau nak tau maknanya, sila tanya ustaz Ishak ye.

Yang kat bawah ni adalah beberapa nasihat daripada orang lama yang kuat korban dalam usaha agama semasa kami ditasykil khuruj ke Illahabad pada 2009 yang lalu...kami panggil dia nenek Anjum. Dia sentiasa ikut kami ke mana saja jemaah bergerak. Alhamdulillah, banyak dapat belajar dengan dia....Mungkin boleh share...kata beliau:

-Sesungguhnya, agama itu adalah kejayaan.
-Orang yang diberi kefahaman oleh Allah & buat usaha agama, dia akan mendapat hikmah.
-Bila dipilih menjadi da'ie agama Allah, dia akan rasa cinta pada agama.
-Sebagai dai'e, kena usaha untuk buat kerja agama sungguh-sungguh.
-Ada beberapa perkara yang penting sebagai perantaraan dalam kerja agama;
(a) menitiskan airmata
(b) zikir serta doa hidayat.
(c) risau bimbang dalam hati, dan fikir bagaimana nak selamat seluruh ummat nabi ini daripada siksa neraka jahannam.
(d) belajar korban diri/harta /masa untuk berada di jalan Allah bagi mengislahkan diri/ top up IMAN.

ANTARA SIFAT DAI'E...

-TAAT seperti UNTA
-SABAR seperti TANAH
-LUASKAN HATI seperti LAUT
-TEGUH seperti GUNUNG
-TEPAT MASA seperti MATAHARI
-BERUSAHA seperti PETANI

Khulasahnya, ini kata-kata terakhir beliau:

-Kita nak jumpa Allah di akhirat nanti perlu bawa IMAN, seperti nak pergi IPB/luar negara kena bawa PASSPORT.
-VISANYA adalah SUNNAH.
-DUITNYA adalah AMAL...

MasyaAllah..semua perkara di atas sangat perlu kan? Baik untuk urusan dunia, lebih-lebih lagi untuk urusan akhirat...

Semoga sama-sama dapat ambil iktibar, amal & sampaikan...wallahu alam.

Tuesday, February 8, 2011

MENGGAPAI CITA-CITA

بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang guru telah bertanya kepada anak-anak muridnya tentang cita-cita mereka apabila besar nanti.

Cikgu: Jamal, besar nanti kamu nak jadi apa? =Nak jadi macam ayah saya, cikgu.
Murad, kamu pulak? =Jadi ultraman, cikgu.
Sakinah, macamana pula dengan kamu? =Saya takde cita-cita cikgu.

Cikgu tersenyum simpul sambil angguk-angguk kepala mendengar jawapan anak-anak muridnya. Maklum la budak2...

(maaf, cita-cita kat atas tu diubahsuai oleh penulis, hajat di hati tu sekadar untuk menyampaikan mesej cerita ni).

Errr..Hanzalah? kamu nak jadi apa? =Saya nak jadi macam sahabat2 Radhiyallahu Anhum.

?????
Hah! Tercengang cikgu tu. Jadi macam sahabat??? Apa maknanya tu??? Cikgu itu kurang jelas, lalu bertanya lebih lanjut kepada pelajar itu. Makanya anak itu pun mempelawa gurunya itu datang ke rumahnya.

Sampai di sana, didapati ibu pelajar itu sedang membaca sebuah kitab, lalu dijemputnya guru itu duduk sekali untuk mendengar. Apa yang didengarinya itu bukan cerita bukan2, tapi cerita-cerita benar yang berkisar tentang para-para sahabat/sahabiah Radhiyallahu anhum, serta amalan2 yang perlu kita usahakan sebagai seorang muslim untuk menjadi orang beriman dan lain2.

Setelah selesai, barulah guru itu mendapat tahu bahawa, keluarga itu selalu mengadakan majlis ilmu (taklim taklum) sebegini di rumahnya. Bermakna, anak itu sudah terbiasa mendengar kisah2 para sahabat & pengorbanan mereka..sehingga menimbulkan rasa semangatnya untuk menjadi da'ie seperti mereka. Guru itu sangat kagum dengan pelajar tersebut, lalu akhirnya beliau mendapat hidayah serta berazam untuk melakukan amalan seperti keluarga tersebut. Alhamdulillah...

~cerita tamat~

*****Erm, nampak macam tak berapa cantik la pulak susun atur cerita ni. Di kalangan rakan seusaha, laporan ini mungkin sudah biasa didengar. Cuma olahan ayatnya ana tak berapa reti nak buat. Sekiranya ada yang kurang atau tak betul, tolong bagitau ye. Yg penting pada ana sekarang ialah point utama & isi cerita tersebut.

Subhanallah...(kita balik pada cerita kat atas)...
Macam tu lah kesan agama yang masuk ke dalam diri manusia jika diusahakan, apatah lagi jika dapat dimulakan semenjak dari kecil. Mungkin setiap ibubapa mempunyai pendekatan atau cara yang berbeza dalam mendidik anak mereka..duniawi & ukhrawi.

Baby ni belum tau apa2, kitalah yang jadi pencoraknya...

Biar apa pun cita-cita anak itu untuk mendapatkan sedikit keperluan hidup di dunia ini, sangat perlu bagi kita melatih mereka cinta kepada agama, Rasulullah serta para sahabat radhiyallahu anhum. Sebahagian kita mungkin gemarkan cerita-cerita/hikayat dongeng atau lagu-lagu yang tak bermanfaat untuk didodoikan kepada anak ketika mahu tidur. Lalu, jika digantikan dengan kisah2 Rasulullah & sahabat atau cerita2 yang bermanfaat sebagai ganti kepada kisah yang sia-sia lagi dusta, maka amalan tersebut akan menjadi asbab peningkatan agama dalam diri. Begitu juga wanita-wanita di rumah jika dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng, ini akan mewujudkan keagungan & kecintaan terhadap para sahabat dalam hati-hati mereka, serta kegemaran terhadap hal-hal agama. Samada mereka mendapat peluang pekerjaan yang baik di dunia (sebagai keperluan) atau sebaliknya, InsyaAllah IMAN mereka sentiasa terbentuk & terpelihara berkat hasil usaha kita semua.

Tak minat?
Mari kita sama-sama belajar timbulkan minat. Moga Allah bagi taufiq insyaAllah.

وَكُلاًّ۬ نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۚ وَجَآءَكَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةٌ۬ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ (١٢٠

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Huud: 120)


Wallahu alam.

Yang masih berusaha, Aliaazuan.

Wednesday, January 19, 2011

KISAH TELEFON BURUK & CAKAP BOHONG

بسم الله الرحمن الرحيم
Mari kita baca...

Daripada Hafs bin 'Aasim Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk dianggap seseorang itu sebagai pembohong bahawa dia menceritakan semua perkara yang telah didengari tanpa usul periksa (HR Muslim).

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk seseorang itu dianggap sebagai berdosa bahawa dia menceritakan semua perkara yang didengarinya tanpa usul periksa. (HR Abu Daud).


Keterangan: Menceritakan segala perkara yang didengari tanpa usul periksa adalah satu tingkatan dalam berbohong yang kerananya hilang kepercayaan orang ramai terhadap seseorang.

Ni telefon antik.

P/S: Telefon buruk? Apa pulak kaitannya dengan cakap bohong? Bukan ape, ana teringat masa sekolah kecik2 dulu kami sesama kawan-kawan main 'telefon buruk'. Kami pun beratur la ramai2. Orang pertama kena baca satu cerita pendek yang disediakan kat dalam sekeping kertas, pastu hafal, pastu terus kena pegi cerita kat orang berikutnya secara hafalan jugak. Orang ke dua pulak kena cerita kat orang yang berikutnya apa yang telah dia dengar tadi. Begitulah seterusnya sehingga habis semua orang dengar cerita, tapi dah jadi lain2.. Akhirnya, ntah apa2 cerita yang sampai kat telinga kat orang last... Oh, rupanya ada pengajaran... Nabi pun dah lama pesan, jangan suka menyampai-nyampai cerita kat orang lain tanpa usul periksa. Bukan saja tak betul, malah akan jadi DOSA. Lebih baik kita banyak cakap tentang dakwah, iman & amal... InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Wallahu alam.

(Hadis dipetik dari kitab Muntakhab Al-Ahaadith)

Wednesday, January 12, 2011

WANITA : CARA KONTROL SUARA

بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah... Entry kali ni nak cerita pasal suara pulak. Bukan suara orang lelaki tapi suara wanita...diulang lagi sekali: suara wanita..Bukanlah bermaksud nak cerita detail aurat ke tak aurat ke.. Bukan juga nak cerita cara kontrol pernafasan waktu bersenam, atau cara nak buat pitching suara waktu nyanyi ke apa ke... masih bukan. Untuk suara orang lelaki pula rasanya tak perlu dibincangkan dah, sebab takde apa-apa masalah. Boleh bercakap lagi dan lagi...boleh bagi bayan lagi dan lagi...kami pun nak dengar lagi dan lagi... :)

Bagaimana cara kaum wanita untuk mengontrol suara apabila perlu berbicara kepada kaum lelaki yang bukan mahram? Ingat ya, 'jika terpaksa'...bukan saja-saja...

Dipetik dari kitab Al-Azkar An-Nawawi (kitab panduan kehidupan beragama sehari-hari), mari kita baca...

[Masalah], Jika seorang wanita perlu untuk berbicara kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya dalam hal jualbeli dan seumpama itu, maka hendaklah wanita itu menyaringkan suaranya dan mengkasarkannya. Dan jangan sesekali melembutkan suaranya kerana khuatir kalau-kalau orang yang mendengar suaranya itu akan terpikat kepadanya.

Sambungan dalam masalah ini lagi...

Berkata Imam Abul-Hasan Al-Wahidi dari para sahabat kami (dalam kitabnya, Al-Wasith): Memang dianjurkan bagi kaum wanita apabila dia berbicara dengan orang-orang asing (bukan mahram), supaya dikasarkan bicaranya, kerana cara begitu akan menghindarkan perhatian orang itu kepadanya. Allah Taala telah berpesan kepada Ummul Mukminin yang telah diharamkan secara peribadi dengan pesanan ini, dengan firmanNya:

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬

Ertinya: Wahai isteri-isteri Nabi. Bahawa kamu sekalian tidaklah sama dengan seorang pun dari wanita-wanita yang lain, jika kamu bertaqwa kepada Allah, maka janganlah kamu merendahkan suara kamu apabila berbicara, kelak akan tamak (terusik) orang yang di dalam hatinya ada penyakit...(al-Ahzab:32)

An-Nawawi berkata: Apa yang telah disebutkan Al-Wahidi tentang mengasarkan suara wanita itu, sama seperti yang dikatakan oleh para sahabat kami juga.

Berkata Syeikh Ibrahim Al-Mirwazi dari para sahabat kami: Cara hendak mengasarkannya, ialah dengan meletakkan belakang tangannya pada mulutnya, dan menjawab seperti itu (mengeraskan suara). Wallahu alam...

MasyaAllah...Kepada semua kaum wanita, mari kita praktik sekarang... Yang dah beristeri, boleh ajar isteri masing-masing... Nampak macam kecil je kesnya. Sekarang ni akhir zaman, zaman kerosakan ummat, fitnah di mana-mana boleh berlaku...baik sangat jika dapat diamalkan. Maka inilah satu cara untuk mengelakkan kaum wanita daripada bahaya-bahaya fitnah.

Smoga dapat kekuatan untuk amal dan sampaikan. InsyaAllah...

Saturday, January 8, 2011

KENA UJI? GRRR... vs ALHAMDULILLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk kita semua hari ini, dapat jalankan perintah Allah & melakukan amal-amal soleh. Mungkin ada yang bangun tidur pagi ni dengan muka yang berseri-seri, senyum-senyum simpul...maklum la hari ni cuti hujung minggu kan...ada jugak yang kerut-kerut dahi pikir masalah apa ntah la yerk. Ada yang tengah berleter-leter, marah-marah ...(err..marah kat sape tu? hehe). Baca doa bangun tidur tak pagi tadi? Dalam hadis ada dikatakan, bila kita tidur, syaitan akan ikat dengan 3 ikatan..siap dia dodoi kita lagi tu..Dan macamana lak nak lepas dari ikatan tu? Rasulullah kata: bila kita bangun tidur dan baca doa, terlerai satu ikatan. Bila ambil wudhuk, terlerai satu ikatan. Dan bila kita mendirikan solat, maka terlerailah ke tiga-tiga ikatan tadi. Jika tak buat apa yang disarankan nabi, maka itu yang yang membuatkan fiil kita jadi pelik-pelik sepanjang hari tu..sebab kita masih terbelenggu dengan tali yang diikat syaitan. Erm, check amal, dan benarlah apa yang nabi kata. (just cerita hadis ni sebagai selingan je, moga ada manfaat).

Tak dinafikan, memang dah jadi tabiat manusia, bila ada sesuatu perkara yang kita suka, maka tersenyum lebarlah jawabnya. Ucapan terima kasih tak henti-henti keluar dari mulut kita. Mungkin perkara itu akan dikenang sampai bila-bila, rasa terhutang budi sangat pada orang buat baik pada kita. Bagi yang baik sifatnya pula, dia akan terus puji Allah Taala, 'ALHAMDULILLAH...JAZAKALLAHU KHIR...' Kebaikannya itu akan sentiasa kita sebut-sebut. "Ha! Jangan ada yang nak mengata2 itu dan ini kat orang tu ye, dia dah buat kebaikan kat aku, sape yang mengata kat dia, siap laaa...!" Mungkin inilah percakapan yang sering berlaku. Jika macamtu, memang bagus sangat-sangatlah sikap begitu. Sangat setuju! Satunya, sebab dia dah syukur dengan Allah Taala, dan satu lagi dia dah menghalang orang lain daripada membuat kemungkaran, iaitu MENGUMPAT...

Namun, pernah tak terfikir bahawa kadang-kadang kita lupa satu perkara? Apa dia tu?

Bila datang ujian atau musibah kepada kita, (baik secara direct daripada Allah Taala ataupun melalui asbab perantaraan manusia), masyaAllah...susahnyeee la hai nak sebut syukur atau pujian pada Allah..jarang sangat atau barangkali tak pernah terkeluar pun dari mulut kita ni perkataan ALHAMDULILLAH..berat pulak rasa nak menyebutnya, nape eh? Bukan setakat takde ucapan pujian pada Allah, malah sanggup pula kita maki hamun dan kutuk-kutuk pada manusia yang buat kejahatan pada kita.. Secara tak langsung, bukan ke kita dah marah pada Allah Taala atas ujian tu? Nauzubillah...

Ada jugak kadang-kadang tu, orang lain tak buat salah ngan dia pun, tapi dikutuknya jugak. Pelik gak manusia gini. Banyak contoh nak bagi kat sini, tapi ana tak larat nak taip banyak-banyak. Yg paling mudah, kat jalanraya la kot. Orang lain relax je bawa kereta, kita sudah bising sorang-sorang, pon sana, pon sini, marah orang lain bawak kereta lambat la, lembik la, blablabla...hehe, contoh jer...Yang lain-lain tu cuba la pikir-pikir sendiri apa contohnya. Bukankah kita sudah diajar ,baik ketika susah maupun senang, banyakkanlah mengingat & memuji Allah...baru hati jadi tenang. Bukankah sepatutnya kita pakat-pakat bermuhasabah kembali, apa kesilapan yang telah dibuat hingga Allah uji begitu dan begini.mungkinkah juga ada amal-amal kita yang tak dijaga? Atau sekadar ujian daripada Allah Taala untuk menguji IMAN hambaNya? Wallahu alam. Tak silap ana, semenjak kecil lagi kita dah diajar oleh ibubapa, ustaz ustazah, rukun iman ada 6 perkara, siap nasyid-nasyid lagi. Yang terakhir tu, wajib prcaya pada qada' & qadar.. Apa? Dah tak ingat? Nak kena rotan ni...Cuba kebil mata sikit-sikit, insyaAllah nanti ingat la tu... :)

Sebagai pesanan untuk diri ini juga, kita kena yakin dengan qudrat & iradat Allah. Samada Allah bagi atau tak bagi sesuatu perkara tu, adalah atas kehendakNya jua. Kite takde daya upaya pun, laa haula walaa quwwata illa billah... Ada orang yang sangat suka kepada satu-satu perkara. Hari-hari dia berusaha, berdoa , mintak dengan Allah Taala, tapi Allah tak izin lagi untuk bagi kat die. Samada belum sampai masanya atau Allah tak bagi langsung. Jika tak diberi, mungkin ada keburukan untuk diri kita, insyaAllah moga Allah beri di akhirat nanti sesuatu yang terbaik. Ada juga orang yang tak suka kepada satu-satu perkara tu, dia tak pernah mintak apa-apa pun dengan Allah Taala, tapi Allah nak bagi jugak kat dia, kadang-kadang dapat cepat. Mungkin ada kebaikan untuk dirinya, lalu Allah pun bagi. Pendekata, semuanya ada dalam pengetahuan dan genggaman Allah. Kita sendiri pun sebenarnya tak tau pun apa hikmahnya & apa yang Allah dah atur untuk diri kita semua.

Allah Taala firman:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦
Mafhumnya: Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah-216)

Maka, kesimpulannya, kita kena bawa sifat SABAR dalam kehidupan,( kerana Allah firman: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ, sabar itu indah...) Selalu ingat Allah dalam apa jua keadaan & yakin dengan kuasaNya. Dan, untuk mendapatkannya, hari-hari kat rumah kena buat 'halaqah iman yakin' la nih. Baru hakikat ni akan masuk dalam hati. InsyaAllah, semoga dapat amal dan sampaikan.

Wallahu alam.

Monday, December 27, 2010

DEMI MASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ni bersantai-santai je..Maaf sebab tak buat topik seperti biasa.

Entah kenapa semenjak dua-menjak ni rasa kurang selera pulak nak mengadap komputer, walaupun banyak ilham yang Allah bagi untuk menulis...Sudah kurang minatkah si Aliaazuan ni? Entah la. Yang pastinya, memang tak berapa lalu, macam orang yang sudah kurang selera makan gitu..tapi terpaksa buat-buat lalu jugak kerana memikirkan dah lama sangat tak masuk entry baru. Biasanya bila online, ana cuma tengok blog sendiri, blog sahabat2 yang dah diupdate & check e-mel.. itu je laaa... Memang kekurangan masa & boleh jadi kurang minat juga nak buka benda-benda lain dalam internet ni. Tapi itu pun bukan semua blog yang sempat dibaca. Salah satu puncanya ialah asbab kekangan masa & program yang bertali arus, lagipun musim cuti sekolah ni banyak jemaah yang sedang bergerak dan perlu ziarah rakan-rakan yang sedang ditinggalkan (kerana mahram mereka sedang khuruj). Ni pun tak habis berziarah lagi. Belum lagi masuk bab ziarah rakan2 yang baru melahirkan anak. Oh, sibuknya.

Bukan jam tangan penulis...

Pernah juga terfikir nak pencen dari dunia blog, tapi sampai sekarang takder pencen2 juga..sebabnya kadang2 tu rasa blog ni seperti mengganggu urusan harian je (dalam hati sayang la pula...cinta dunia dah banyak masuk kot). Mungkin orang lain takde masalah seperti ana ni...

Teringat satu bayan/ceramah yang pernah ana dengar sebelum ni.. Allah Taala dah bagi masa yang terbaik untuk kita setiap hari, iaitu 24 jam. Dalam tempoh itulah kita perlu belajar & kena pandai menguruskan masa. Ramai juga ana dengar pandangan2 daripada orang lain yang mengatakan hidup perlu seimbang, dunia & akhirat.. Erm, seimbang dari segi macamana agaknya tu ye? (faham atau buat2 tak faham nih?). Tapi pada pandangn ana yang baru merangkak nak belajar ni, rasanya rata-rata manusia memang selalu cakap macam tu. Tapi hakikat sebenarnya, dunia dah masuk berlebih-lebihan dalam hati kita, (tanpa sedar atau memang secara sedar, nauzubillah).. Kemudian, bila ada keperluan atau takaza yang menjurus pada agama, tak sanggup pula nak buat. Atau sekurang-kurangnya banyak alasan yang diberi, penat...letih...ada hal lain...Bukankah tadi kata nak seimbang?

Jika kita buka sirah nabi & para sahabat pula, tak silap ana para nabi & sahabat ni amat mementingkan agama, lebih daripada dunia. Maksudnya, mereka kehadapankan urusan yang berkaitan Allah Taala & akhirat terlebih dahulu. Sebab apa, mereka adalah insan mulia yang telah diberi kefahaman oleh Allah Taala bahawa akhirat itu adalah halatuju mereka & pasti mereka semua akan ke sana. Kefahaman itu datang dalam diri asbab mereka banyak korban untuk agama. Keperluan dunia mereka pula sangat ringkas. MasyaAllah, betul ke kita semua ni dah dapat ikut macam mereka?. Bukankah selama ini selalu dilaung-laungkan bahawa Rasulullah & para sahabat itu sebagai role model kita? Masalahnya sekarang, kita berusaha atau tidak untuk menjadi seperti mereka? Atau mungkinkah kita semua kurang persediaan diri untuk mengikut jejak langkah mereka? Wallahu alam, tepuk dada tanya IMAN.

InsyaAllah, ulama' kata, dalam sehari (24 jam), perlu ambil kira beberapa perkara di bawah ni & usahalah untuk dimasukkan dalam jadual harian kita, iaitu:

-dakwah, bukan setakat nak bercakap tentang iman sahaja, tapi berusaha untuk bentuk yakin dalam hati, iqrar dengan lisan serta beramal dengan perbuatan. Sekurang-kurangnya mengadakan halqah bersama ahli keluarga setiap hari, sebaik2nya di pagi hari untuk muzakarah tentang hakikat iman yakin. Beberapa minit pun sudah memadai, insyaAllah.

-taklim taklum, sekurang-kurangnya 1/2 jam dengan baca beberapa kelebihan amal. Tujuannya ialah, untuk nak baca & dengar ayat Al-Quran & hadis berulang-ulang kali, supaya timbul yakin dalam hati terhadap Allah Taala, seterusnya mendorong kita berusaha untuk melakukan amal yang terbaik.

-ibadat, seperti solat wajib & nafilah, tahajjud, istiqomah baca Quran, zikir, hafaz doa2 masnun & melakukan urusan2 harian dengan ikut adab sunnah, insyaallah ia akan mendapat pahala ibadat.

-khidmat, iaitu buat kerja-kerja untuk keperluan agama, termasuklah juga mencari nafkah sebagai keperluan hidup, urusan rumahtangga dsb.

Yang selebihnya, sedikit masa untuk rehatkan tubuh badan...
Purata masa bagi manusia tidur di akhir zaman ni pula ialah 8 jam sehari. MasyaAllah, lama betul ye? Sedangkan Rasulullah & para sahabat tak lena tidur pun sebab banyak fikir masalah ummat. Bayangkan jika kita tidur selama tempoh tersebut setiap hari (selepas didarab, tolak, campur, bahagi), kita telah menggunakan masa selama 20 tahun atau 1/3 bahagian daripada usia semata-mata untuk tidur je. Allahu akbar...

Jadi aliaazuan, kena salahkan diri sendirilah nampaknya ni. Jangan salahkan masa. Hakikat sebenarnya, dunia ni dah tak lama. Pejam celik pejam celik, hari & masa terus berubah sejajar dengan meningkatnya usia kita. Umur bukan semakin muda, tapi sudah semakin menginjak ke arah tua. Ada faham wahai aliaazuan?

Justeru, sama-samalah kita berfikir sejenak, bagaimana nak gunakan masa dengan sebaik-baiknya..الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الأخِرَة Dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya insyaAllah akan dituai di akhirat nanti. Malahan bagi orang yang tinggi iman yakinnya pula, Allah Taala akan bagi ganjarannya semasa kat dunia ni lagi. CASH... itu janji Allah...tak percaya? Cuba test tengok, insyaAllah Allah akan bagi...Buatlah apa2 amal kebaikan pun dengan penuh yakin pada Allah Taala & rasai sendiri apa dia janji2 Allah itu. Hanya orang yang diberi kefahaman oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai betapa tingginya hakikat IMAN..sangat manis, lebih berkali-kali ganda manisnya daripada minum air tebu... tak terungkap dengan kata2. Caranya bagaimana? Kena belajar untuk sediakan diri di jalan Allah, insyaAllah baru Allah kasi faham. Nak tau lebih lanjut peringkat seterusnya, rajin-rajin lah ke masjid terlebih dahulu (untuk lelaki). InsyaAllah ada kejayaan kat sana. Isteri pula kena la bagi galakan ye.

InsyaAllah tentu boleh...sebab kalau nak bagi anak cemerlang pun kita sanggup keluarkan beratus-ratus ringgit untuk hantar kem motivasi sana sini untuk dapat kecemerlangan. Hatta nak lunaskan keinginan nafsu sendiripun, kita sanggup korban apa saja. Macam tu la juga IMAN, nak dapatkan kejayaan, hakikat & kemanisannya, perlu la ada buat sedikit pengorbanan....lagi banyak lagi bagus...Allah sangat suka...Apa tu perumpamaan orang melayu cakap? "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian?". Ha, lebih kurang camtu la maksudnya.

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah Taala telah beli harta & diri orang mukmin itu dengan syurgaNya...

Lalu, apa hadiah terbaik yang akan dipersembahkan untuk Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti? Semuanya bergantung pada amal yang ikhlas & usaha kita.

"Ya Allah...terimalah pengorbanan kami yang sedikit ini..."

Wallahu alam.

Thursday, November 25, 2010

KEPENTINGAN MAJLIS TAKLEEM DI RUMAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa itu majlis takleem wat ta'allum?

Takleem & ta'allum adalah belajar & mengajar. Ia merupakan perintah Allah Subhanahu Wataala & sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Yang mana,ini adalah tertib daripada Allah Taala lalu disampaikan kepada Jibril alaihissalam, kemudian kepada Rasulullah seterusnya disampaikan kepada sahabat, dan seluruh manusia. Takleem merupakan amalan masjid nabawi, juga merupakan harta pusaka Rasulullah...

Jika tiada takleem & ta'allum dalam kehidupan/rumahtangga kita, maka agama akan mati...manusia tidak kenal Allah & tidak taat pada perintah Allah..berbagai2 kemaksiatan akan muncul di muka bumi ini. Apabila semua itu berlaku, maka Allah akan hantar azab, bukan saja di akhirat, malah di dunia lagi Allah akan beri azab itu, nauzubillah.

Rumah-rumah yang wujud amalan takleem, bermakna mewarisi pusaka Rasulullah maka rahmat & berkat datang, ketenteraman & ketenangan (sakinah serta inayah) akan wujud..rumah & seluruh isinya dipelihara serta diziarahi para malaikat, diturunkan taufiq hidayah serta rahmat. Segala amal buruk, zulumat (kegelapan) & ketegangan akan keluar dari rumah-rumah kita. Sebab amalan takleem itu membawa cahaya. Seisi keluarga (suami isteri/anak-anak) akan berada dalam kehidupan kasih sayang yang sempurna.

Cara-cara/adab-adab majlis takleem:

Perlu kita usahakan untuk melakukan adab yang sempurna semasa takleem...jika diadakan majlis ni sambil lewa seperti contoh: baca sambil lepak-lepak macam baca novel, atau sambil landing kat katil ke...sambil makan kacang goreng ke..sambil tengok drama ke...kesannya tak sama jika dilakukan dalam keadaan tawajjuh' penuh adab & penuh fikir. Ini sangat penting, kerana antara asbab hidayat tersebar ke seluruh alam ialah, dapat melakukan majlis ini dengan sesempurna yang mungkin..seperti melakukan beberapa perkara di bawah..

1-Mesyuarat suami isteri/keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting & mulianya majlis ini. Kalau yang bujang, cuba ajak kawan-kawan serumah untuk sama-sama duduk dalam majlis ni. Jika tak ada siapa, boleh buat sorang-sorang..takde masalah. Bagi lelaki, istiqomahkan diri dengan takleem harian di surau/masjid.

2- Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa yang bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.

3-Istiqomah tempat yang sesuai.

4- Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, ambil wudhuk, duduk rapat-rapat..tutup aurat dan lain-lain.

5- Baca kitab tentang kelebihan amal (fadhail amal) & sebagai tambahan, baca kitab muntakhab ahadith.

6. Baca & dengar dengan penuh tawajjuh. Seluruh ahli keluarga cuba belajar untuk ambil bahagian dalam majlis ini samada mendengar atau membaca.

7- Bacalah beberapa bab & tingkatkan kualiti masa dari sehari ke sehari secara istiqomah. Azam untuk sampaikan ilmu pada yang tiada dalam majlis tersebut.

8- Juga buatlah azam untuk melakukan takleem penuh iaitu pergi ke takleem-takleem mingguan yang diadakan di tempat masing-masing.

InsyaAllah...jika kita dapat hidupkan takleem di rumah, bermakna rumah kita telah ada ciri-ciri amalan agama seperti rumah Rasulullah & para sahabat. Bagaimana Allah taala tarbiyyah (didik) mereka, begitu juga Allah taala akan mendidik kita. Apa-apa jua sifat mulia yang ada dalam diri mereka, insyaAllah, Allah akan beri sedikit-sedikit pada diri kita.

Kata Maulana Yusof Rahmatullahi alaihi;
Takleem adalah satu amalan yang penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis takleem ini, menjaga adab-adab, ketinggian & kehormatan majlis itu. Ambillah wudhuk terlebih dahlu, jangan sesekali duduk bersandar, jangan sesekali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat @ nafsu, jangan sesekali berbual & berbisik-bisik semasa takleem sedang dijalankan. Jika kita menghormati adab-adabnya, nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli-ahli majlis akan akan mendapat taufiq untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya, nescaya dianugerahkan nur Hadith & Al-Quran yang mendatangkan hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah Subhanahu Wataala.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua.

InsyaAllah...wallahu 'alam.

Saturday, October 30, 2010

MAHU HIDAYAT, TAPI MASIH GOYANG KAKI?

بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah, setiap perbuatan yg kita lakukan dalam tempoh 24 jam tidak sunyi dari adab & doa , daripada nak tidur hinggalah bangun tidur kembali.Inilah yang dikatakan sunnah Rasulullah. Sorang kawan ana (masturat), sepanjang beberapa hari ana khuruj dengan dia, mulutnya tak lepas-lepas dengan doa. Hujan turun, baca doa. Bentang & lipat saprah, baca doa.Masuk dapur, baca doa., potong bawang, sukat beras, doa lagi.Dia memang seorang yang tak banyak cakap, apatah lagi perkara sia-sia. Terus terang, ana banyak belajar sifat tu dengan dia..dan rasa malu pula dengan Allah Taala. Ilmu yang banyak bukanlah ukuran kejayaan jika tak diamalkan...betul? Jika kita mudahkan diri melakukan apa yang nabi buat itu, insyaAllah... Allah akan mudahkan kita lakukan amalan sunnah yang dirasakan sangat berat untuk dilakukan, contoh: solat jemaah di masjid (lelaki) & khuruj di jalan Allah...bukan calang-calang ya...semua itu pilihan Allah. Untuk keperluan dunia kita sanggup lakukan apa saja, tapi untuk keperluan akhirat? banyak sungguh alasan diberi. Para alim berkata: jika kita hidupkan suasana agama dalam kehidupan, maka mudahlah urusan dunia & akhirat. Jika tak hidupkan suasana itu, maka payahlah urusan kita dunia akhirat. Wallahu alam.

Sepanjang ana libatkan diri dalam usaha agama yang mulia ini, alhamdulillah Allah hantar ramai sahabat yang satu fikir, 1 risau dari seluruh pelosok negara. Sama-sama tukar pandangan, belajar merasa apa yang dimaksudkan 'korban kerana agama', sama-sama menangis ketika menyebut perihal perjuangan rasulullah, sahabat & sahabiah...Namun begitu ana sedar, pengorbanan yang ana lakukankan selama ini masih sekelumit, sangat sedikit, banyak main-main, tak sungguh-sungguh, 'fikir' atas ummat masih kurang. Bagaimana Allah nak hantar bantuan jika kita buat usaha atas nama agama tapi masih inginkan senang lenang tanpa mujahadah, mahu goyang-goyang kaki sahaja? Natijahnya: kesan agama yang masuk dalam diri sangat kurang, apatah lagi kesan untuk orang lain. Berbanding dengan usaha yang dilakukan di siang hari dengan penuh fikir, susah payah, mujahadah, penderitaan, deraian airmata...(yang kesannya sangat efektif), orang-orang beginilah yang mewarisi sifat-sifat da'ie...kesannya berbeza, bangun malamnya lebih mudah...doanya juga mudah dikabulkan Allah.. Mirip-mirip dengan susah payah & korban nabi/sahabat dalam menyebarkan dakwah. Bandingkanlah dengan diri kita (tuju kat diri ana sendiri ni...), dapat tak buat macam tu? Siang hari kita banyak dicampur adukkan dengan perkara hak & batil! Amalan belum 100% ikut sunnah! Dakwah pun kurang! Menangis untuk ummat pun kurang!tengok citer hindustan atau novel cinta boleh nangis pulak...terbawak-bawak sampai seminggu! Sungguh tawajjuh. Tidur malam pula macam mayat! Hmm..tawajjuh lagi! Jadi bagaimana Allah nak dengar rintihan kita? Bagaimana masalah ummat & penderitaan mereka akan selesai? Janganlah salahkan orang lain jika maksiat masih berleluasa di dalam rumah & sekeliling kita, sedangkan diri kita sendiri masih begitu. Dakwah setiap hari tapi hakikatnya tak ada fikir, tiada doa hidayat di malam hari, tanpa deraian airmata... Begitukah sifat-sifat orang yang buat usaha dakwah? MasyaAllah..memang betul pun salah ana.

Ini goyang kaki jugak.. tapi guna untuk kepentingan agama.

Mari kita lihat sirah kembali. Adakah Rasulullah SAW hanya duduk bergoyang kaki, tanpa apa-apa usaha? Adakah dengan mengetahui bahawa Islam itu adalah agama yang benar, Rasulullah tunggu sahaja tiba masanya Allah membinasakan kaum kuffar di Hijaz Arab atau di kawasan-kawasan yang ditakluki oleh para Muslimin? Tidak sama sekali...Baginda keluar bertemu mereka, lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati...

Baginda hidup untuk berjuang, menghabiskan hidupnya untuk dakwah, menyeru sekalian manusia untuk menyembahNya. Hinggakan Allah mengiktiraf sempurnanya agama dalam Al-Quran. Baginda menjadi saksi yang sebenar-benarnya terhadap syahadah di bumi ini.Baginda sendiri tidak dapat menyaksikan Islam berkembang hingga menguasai dua pertiga dunia. Namun, kemenangan telah berjaya digapai oleh umat Islam pada suatu masa dahulu, khairul quruuun...umat yang paling berjaya! Itulah kejayaan yang diberikan olehNya.

Baik, berhenti dulu di sini, sekadar nak melepaskan pemikiran yang tengah berserabut di sini..Hmm..ada kejayaan ke ni?

Lupa pula, sebenarnya asal entry ni ialah nak kongsi doa, tibe-tibe pegi ke lain pulak. Manusia merancang, Allah yang settlekan. Ini adalah doa supaya Allah tak ambil nyawa kita dalam keadaan terkejut/mati tiba-tiba..insyaAllah.

Dalam kitab Ibnus-Sunni, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam ketika baginda berpagi & berpetang, baginda selalu membaca doa ini:

اللّهُمَّ أَسْألُكَ مِنْ فَجْأَةِ الْخَيْرِ وَأَعُْوذُبِكَ مِنْ فَجْأَةِ الشَّرِّ

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku bermohon denganMu dari kebaikan yang datang mendadak, dan aku berlindung diri denganMu dari keburukan yang datang mendadak".

InsyaAllah doanya pendek saja, sama-samalah kita hafaz ya. "Slow n steady, tak hafal tak jadi". Paling penting, amal...Semoga Allah pelihara iman hinggalah di akhir kalam kita (mati dalam iman) & kekalkan dalam usaha agama hingga penghujung nyawa. Amin.

Wallahu alam.


Monday, October 25, 2010

NAK SEMBUH? INILAH RAWATANNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Ulama memberi perumpamaan...

"NAFSU adalah seperti periuk yang sedang mendidih, begitu menggelegak isinya sehingga terkeluar kacang-kacang dal dari dalamnya. Akan tetapi, jika diletakkan ke atas penutupnya apa-apa sahaja benda yang berat (yakni ubahkan keadaan & suasananya), maka didihan itu akan berhenti. Begitulah keadaannya dengan NAFSU, perlu diletakkan beban yang berat (KETAATAN) ke atasnya, maka nafsu itu akan ditundukkan..."

...Nampak macam senang...macam kita masak bubur kacang tu la agaknya ya. Nak cepat empuk dengan izin Allah, kita buat macam-macam cara, tutup dengan tudung periuk la, letak sudu la, taruk minyak sikit la. Bila dah mendidih, terkeluar pula isi-isinya..lalu kita cari lesung batu letak kat atas dia supaya tak berhamburan lagi...(tapi biasanya ana slowkan api je). Takpe-takpe, perumpaman kat atas tu ulama yang bagi, memang ada benarnya. Tapi bila sampai bab tekan nafsu, masyaAllah... rupa-rupanya perlukan pengorbanan yang sangat besar. Sungguh, tiba-tiba rasa payah pula untuk merealisasikannya!

Ya Allah...mudahkanlah, kerana kami hanyalah hamba yang lemah...

Wallahu alam.

Dipetik daripada kitab Malfuzat...Hadraji Maulana In'amul Hasan Rahmatullahi Alaih.

Monday, October 4, 2010

CONTOHI SIFAT MATAHARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pesanan daripada para alim ulama: Jadilah diri kamu bergerak di muka bumi ini seperti sifat matahari yang memancarkan cahaya ke seluruh alam. Dan NUR kamu ialah iman di dalam hati, serta mendakwahkan agama dengan amal, akhlak & ikhlas seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Matahari ada 3 sifat yang Allah berikan untuknya:

1- Bergerak membawa cahaya
2- Tetap berterusan bergerak

3- Tidak meminta balasan daripada setiap benda yang disinarinya.


Kita juga seharusnya bersifat begitu...bergerak memancarkan cahaya (memberi manfaat kepada orang lain) dan berterusan bergerak tanpa penat dan jemu. Jadikan sifat ini kerja asas dakwah, tanpa mengharapkan keuntungan semata-mata.

Sabda Nabi Nuh Alaihissalam ketika baginda bersusah payah keluar berdakwah kepada kaumnya:

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.." (As-Syu'ara': ayat 109)

Sama-sama kita renung & fikirkan. Wallahu alam.

(Diolah dari kitab Malfuzat Maulana Muhammad Yusuf Rahmatullahi Alaih-siri 2)

Thursday, September 30, 2010

MARI BUAT 'TUKAR GANTI'...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Allah telah bagi nikmat yang amat banyak kepada hamba-hambanya sepanjang usia ini, ada yang Allah bagi usianya 1 tahun, 10 tahun, 40 tahun, 50 tahun, malah ada juga yang menjangkau umur 120 tahun...mungkin ada yang lebih lagi. Jadi sama-samalah usaha untuk bersyukur kepada Allah dengan memperbaiki serta memperbanyakkan amal soleh, serta buat sesuatu perkara yang dapat menyukakan Allah... Seperti seorang ibu @ bapa yang sayang kepada anak-anaknya, sudah tentu dia mengharapkan yang terbaik daripada anaknya, baik dari segi agama, ilmu dan sebagainya. Maka sebagai anak yang baik, patuh & taat, sudah tentu juga anak itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati kedua ibubapanya. Bila sudah berjaya mencapai matlamat ibubapanya, apa yang parents mereka rasa? GEMBIRA... Begitulah juga Allah Subhanahu Wataala,lebih-lebih lagi Dia akan rasa gembira dengan apa saja amal kebaikan yang kita sudah lakukan..
Hari ni ingat nak masak tomyam, esok nak masak apa pula ya?...lusa...tulat...isy! isy!

Sahabat-sahabat sekalian, sudah menjadi fitrah setiap hari kita tukar pakaian, tukar menu makanan, tukar langsir/perabot baru setiap kali perayaan (mungkin tak semua orang), tukar kereta 5 tahun sekali (tak semua juga kot), tukar cat rumah bila dah berkarat (sebab dah banyak peta dunia-anak conteng sana sini, @ jiran asyik datang rumah borak kosong bersandar berjam-jam sampai dinding dah naik hitam legam)...pendekkata semua ada keinginan nak tukar. Mungkinkah itu keperluan kita @ nafsu semata-mata? Hanya diri sendiri yang tau. Jika betul-betul ia suatu keperluan, insyaAllah...

Perabot ni dah rosak...perlu diganti baru?

Ha..dah ganti baru dah...

Jika semua perkara di atas dah ditukar, mari kita sambung baca entry ni lagi (harap SABAR ya, walaupun entry ni macam panjang tak larat nak baca, insyaAllah ada khir untuk kita). Begitu la si Aliaazuan ni yang baru merangkak nak belajar ni, kerana dakwah & agama tak apa, insyaAllah. Moga Allah bagi kekuatan.

Saudara saudari sekalian, alangkah berbahagianya hidup ini (di dunia & akhirat) jika percakapan kita, akhlak kita, fikir kita serta amalan kita juga dapat 'ditukar ganti' kepada yang lebih diredhai Allah, menyukakan Allah...Hari ini kita banyak cakap tentang kebesaran/kehebatan makhluk @ perkara-perkara dunia yang melalaikan, sehingga percakapan tentang iman/agama menjadi terlalu asing kepada kita, jadi pelik & tak masuk akal pula... Bukan itu saja, malah kita tertawakan pula pada orang yang asyik cakap/bercerita kebesaran Allah. Yang buat muka sardin @ menyampah pun ada. Yang buat seteru pun ramai juga...hmm.. :( Sungguh! Sampai begitu sekali kita hilang minat pada agama.Pada ana, itu lah sifat yang paling pelik! Memang pelik!Tak tau macamana pula dengan antum semua. Pelik juga ke bila dengar orang cakap pasal iman, dakwah, agama? Sedangkan itulah kerja para anbiyak & sahabat R.anhum.

Sesungguhnya, ulama telah rumuskan (kajian daripada Al-Quran & hadis) bahawa jika percakapan/perbuatan kita di luar daripada perkara-perkara di bawah ini, maka ditakuti sia-sialah apa yang kita dah buat tu...

1. Yakin dengan Allah dan Rasulnya melalui mafhum kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah. (bukan setakat zikir @ mewiridkannya sahaja). Kena belajar memahami maksudnya.

2- Menjaga solat di awal waktu dengan penuh khusyuk.

3- Yakin dengan hakikat ilmu & zikir.

4- Tunaikan hak/hajat saudara kita melalui sifat ikramul muslimin.

5- Tashih/ikhlaskan niat -buat atau tinggalkan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah.

6- Dakwah ilallah (khuruj fi sabilillah)-belajar korban harta, diri, masa untuk agama, insyaAllah baru dapat kemanisan dunia akhirat.

Begitu juga nak dapatkan iman yang sempurna, kena ada 3 perkara ni:

1- Tasdiq bil-qolbi (benarkan dalam hati)
2- Iqrar bil-lisan (ucap dengan lidah)
3- Amal bil-jawarih (amal dangan anggota/perbuatan)

Contoh paling mudah, SOLAT. Benarkan dalam hati bahawa solat itu perintah Allah & yakin bawaha hanya dengan solat yang sempurna, Allah selesaikan segala masalah kita. Kemudian, banyak buat dakwah dengan lidah kita tentang kepentingan/kelebihan solat...cakap...cakap....lagi dan lagi...sehingga perkara itu masuk dalam hati. Akhir sekali, amalkan solat tu dengan baik dengan membawa sifat-sifat dalam solat, insyaAllah iman akan meningkat. Lagi satu sentiasa ada rasa kesian/risau dekat saudara seislam kita yang masih tinggal-tinggalkan/lewat2kan solat. Fikir...macamna nak buat...doa untuk dia, sebut nama dia dalam doa tu...Hmm...macam tu la lebih kurang huraiannya.

(yang citer kat atas tadi tu sebenarnya ana nak tunaikan hajat Capt yang dah lama tertangguh, dia minta ana huraikan, maaf ya Capt, lambat pula ana ni. Takut juga Capt akan tuntut perkara ni kat ana di akhirat nanti, jadi diharap Capt berpuashati... :) insyaAllah.

Semoga ana sendiri dapat amal & sampaikan.

Friday, September 24, 2010

ISLAH DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Inilah antara nasihat daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada orang-orang yang mahu mengambil manfaat dan peringatan...

Diriwayatkan daripada Abu Zar radiyallahu anhu, Rasulullah telah bersabda:

1- Aku nasihatkan kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah, kerana taqwa itu adalah tunggak bagi segala amalan.

2- Hendaklah kamu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah, kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi nur untuk kamu di permukaan bumi.

3- Hendaklah kamu banyakkan berdiam diri dan jangan bercakap melainkan perkara yang baik, kerana ini akan menjauhkan syaitan dan akan membantu kamu dalam urusan agama kamu.

4- Hindarkan dari banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati kamu dan nur daripada wajahmu akan lenyap.

5- Teruskan jihad kerana itulah kesolehan umatku.

6- Hendaklah mengasihi orang miskin, sentiasalah duduk bersama mereka.

7- Lihatlah keadaan orang yang lebih rendah daripada keadaanmu.

8- Janganlah lihat keadaan mereka yang lebih tinggi daripadamu, kerana dengan itu kamu tidak akan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untukmu.

9- Kukuhkan silaturrahmi dengan kaum kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungan dengan kamu.

10- Hendaklah memberitahu perkara yang hak kepada sesiapa saja walaupun dirasakan ianya pahit.

11- Jangan sesekali menghiraukan celaan daripada sesiapapun dalam menjalankan urusan agama Allah.

12- Lihatlah keaiban diri sendiri, dan jangan lihat keaiban orang lain.

13- Apabila kamu sendiri mempunyai sesuatu keaiban, maka jangan marah kepada orang lain yang mempunyai keaiban yang sama.

14- Wahai Aba Zar, tidak ada kebijaksanaan yang melebihi perancangan yang baik.

15- Sebaik-baik taqwa ialah ialah menjauhi segala perkara yang haram dan tidak ada kemuliaan yang setanding dengan akhlak yang baik.

(Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim dll).

****************************************************************************************

Cuci mata sket...
...Meskipun nampak sukar, kekadang kita "BOLEH!"...

Boleh faham ke maksudnya? INSYA ALLAH...Faham... dengan azam dan niat untuk amal agama sepenuhnya. Ya Allah..mudahkan kami.

(Foto dikredit daripada Ustaz Hambali)

Thursday, July 29, 2010

BERPESAN-PESAN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Asbab kesuntukan masa yang ada, hanya ini yang termampu...
(Sekadar mengingatkan diri ini)

Bila meminta, mintalah pada Allah


Kemudian, berusahalah dengan qudrat sendiri...

"DOA - USAHA - TAWAKKAL"

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan solah.."
(Al-Baqarah-ayat 45)

"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Hidup Ikut Sunnah & Cara Nabi SAW" InsyaAllah.

Foto dikredit dari Ustaz Hambali


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails