Monday, October 4, 2010

CONTOHI SIFAT MATAHARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pesanan daripada para alim ulama: Jadilah diri kamu bergerak di muka bumi ini seperti sifat matahari yang memancarkan cahaya ke seluruh alam. Dan NUR kamu ialah iman di dalam hati, serta mendakwahkan agama dengan amal, akhlak & ikhlas seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Matahari ada 3 sifat yang Allah berikan untuknya:

1- Bergerak membawa cahaya
2- Tetap berterusan bergerak

3- Tidak meminta balasan daripada setiap benda yang disinarinya.


Kita juga seharusnya bersifat begitu...bergerak memancarkan cahaya (memberi manfaat kepada orang lain) dan berterusan bergerak tanpa penat dan jemu. Jadikan sifat ini kerja asas dakwah, tanpa mengharapkan keuntungan semata-mata.

Sabda Nabi Nuh Alaihissalam ketika baginda bersusah payah keluar berdakwah kepada kaumnya:

وَمَآ أَسۡـَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (daripada Tuhanku). Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.." (As-Syu'ara': ayat 109)

Sama-sama kita renung & fikirkan. Wallahu alam.

(Diolah dari kitab Malfuzat Maulana Muhammad Yusuf Rahmatullahi Alaih-siri 2)

8 comments:

ahmad humairi said...

salam,

aku tak mampu menjadi mentari,
hanya mungkin mampu menjadi bulan,
berkongsi cahaya mentari,
menerangi gelapnya malam.

Bijen M. said...

Salam.
Jadi matahari nanti orang tak nak dekat.
'Panas'.
He he.

aliaazuan said...

Salam cikgu Humairi,

Diriku juga terasa seperti tidak mampu, cikgu...
Matahari & bulan...kejadian Allah yang tak ternilai.Elok lah kita usaha mengambil manfaat daripada kedua2nya..

aliaazuan said...

Salam Tuan Bijen,

Matahari 'panas' takpe, sbb ada manfaat. Org yg selalu 'panas-panas' ni la yg buat org len lari tak mau dekat.ye dok?

Cikgu Sue [CS] said...

salam
hmmm wat tanpa minta dibalas...susah kan?tp doa smoga Allah dpt tnjuk ajar kita utk dpt sifat tu..InsyaAllah.

Captain said...

salam aliaazuan,

Sifat begitu mesti ada pada setiap hambaNya...menerangi dan memberi manfaat kepada orang lain seperti Cikgu yg didekasi....tanpa minta apa-apa balasan. Sampai masa terpadam juga...

Jazakalllah Khairan.

aliaazuan said...

Salam CS,

Betui tu, hanya Allah saja yg dpt ajar kita sifat mulia ni..payah..mmg pyh jika kita x usaha utk bljr hakikat ikhlas ni.

aliaazuan said...

Salam Capt,

MasyaAllah, SYYY!!! Rahsia di dlm rahsia Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails