Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

PETUA AJAIB & CERITA ORANG DULU-DULU... (PART II)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...bertemu lagi dgn entry yang seterusnya. Syukur kepada Allah Taala kerana Dia telah memberi nikmat kelapangan masa kpd ana hari ini. Sesungguhnya gunakanlah masa yang Allah Subhanahu Wataala berikan kpd kita dgn sebaik2nya. Dan perlu kita beringat2 dgn bbrapa perkara ini...
-SIHAT sebelum SAKIT
-LAPANG sebelum SIBUK
-MUDA sebelum TUA

Adakah sepanjang umur ini Allah Taala akan berikan kepada kita?

Jika entry yg pertama ana telah menceritakan ttg petua2 yg boleh menjamin kebahagiaan kita dunia & akhirat, entry kali ini pula adalah sbgai penyambungnya...Sebagai manusia kita memang tak lari dari berbuat kesilapan. Setelah bertaubat, bagaimana kita nak usahakan spya kesilapan2 yg lalu tidak kita ulangi lagi? Ini satu persoalan yg sukar untuk dijawab, tp mudah bagi orang yang mahu berfikir & berazam sungguh2 utk merubah dirinya ke arah kebaikan... Pendekkata sentiasa belajar & usaha untuk tekan nafsu!

Seterusnya, apa lg petua2 yg disampaikan oleh ulama & orang dulu2 utk kita amalkan ni ya. Silalah baca...
Berkata Ibrahim bin Adham Rahimahullahu Taala:
1.Barangsiapa yg banyak makan, nescaya tiada mendapat ia kelazatan berbuat ibadat. 2.Barangsiapa yg memperbanyakkan tidur, nescaya tiada mendapat ia keberkatan umurnya. 3.Barangsiapa yg banyak menuntut ia akan kegemaran manusia, nescaya tiada ia mendapat ia kegemaran Allah Taala.
4.Dan barangsiapa memperbanyak ia akan berkata2 yang sia2 & mengumpat, maka tiada ia keluar ia drp dunia atas agama Islam...

Begitulah pesanan2 berharga utk kita moga2 dptlah diamalkan hendaknya. (maaf, ada masa2nya ana ni tak pandai nak pusing ayat sbb ana belajar bahasa dulu2, pakai kitab lama)-dipetik dari kitab AL-MUHIMMAH & AL-MAWAIZ AL-BADI'AH.

Alhamdulillah,banyak betul juadahnya. Tapi ingat..makan ketika lapar, berhenti sblm kenyang..

Saudara/i yg dimuliakan Allah...Allah Taala telah hantar kita ke muka bumi ini dgn 1 maksud iaitu untuk taat & beribadat kepadaNya..Allah sentiasa sayangkan hamba2Nya lbih berkali2 ganda daripada seorang ibu yg sayangkan anaknya. Baik yg beriman @ tidak, Allah tetap memberikan rezeki & nikmat kepada hamba2Nya...cuma caranya berbeza,begitulah kasih syg Allah kpd kita.

Tidur adalah satu nikmat..namun jgn berlebih2-an...

Sememangnya,kita sentiasa kalah dgn NAFSU! Ya, nafsu yg membawa kita ke arah keburukan & kemaksiatan. Setiap anggota tubuh badan kita setiap masa sentiasa terdedah dengan bisikan2 syaitan yg telah berjanji akan menyesatkan mausia hingga hari kiamat.Allah SWT telah mengingatkan kita melalui firmannya:

2:195

Mafhumnya:Dan nafkahkanlah apa yg ada pada kamu (kerana menegakkan agama Allah), dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dlm bahaya kebinasaan. Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berbuat baik. (Al-Baqarah-195).

Dan satu prkara yg paling susah manusia utk mengawalnya ialah lidah. Kerana lidahlah yg membuatkan manusia dihumbankan ke dalam neraka. Nauzubillah..Satu contoh yg jelas, melakukan perbuatan @ bercakap yg sia2 pun Allah dan nabi suruh elakkan, apatah lagi melakukan dosa @ bercakap2 ttg prkra2 keburukan2 orang lain. Sudah tentulah azabnya tidak tertanggung di akhirat nanti. Dan dlm Al-Quran juga Allah sudah janjikan balasan bagi seorang pengumpat, iaitu neraka Wail..Semoga Allah ampunkan kita.

Dari Uqbah bin Amir berkata ,aku telah bertanya kpd Rasulullah,apakah cara utk mendapat keselamatan? Baginda telah bersabda: Kawallah lidah, tetap tinggal di rumah( jgn berjalan2 dgn sia2) & tangisilah dosamu ( riwayat Tirmizi)

Api dunia...bagaimana dg api akhirat?

Justeru, hindarkanlah kita daripada melakukan amal2 yg sia2, kerana ia merupakan satu jalan mudah utk kita melakukan dosa. Iman kita sentiasa diuji oleh Allah Taala, maka sentiasalah berjaga2. Perbanyakkanlah perkataan2 yg kluar dari mulut kita itu dgn membesarkan Allah serta memujiNya, kalimah yang baik2, atau percakapan2 yg boleh meningkatkan iman kita. Begitu juga amalan2 & perbuatan kita, mesti berusaha ke arah untuk menjadikan kita insan yg bertaqwa. Lakukanlah amalan tersebut berdasarkan lunas2 Al-Quran @ sunnah2 Rasulullah, insyaAllah kejayaan menanti kita di sana...

Sekian utk kali ini. Semoga apa yg ditulis ini dpt sama2 amal & sampaikan.InsyaAllah akan dtg ana bakal memulakan apa yg telah ana azam akan dibuat sepertimana pada entry yg pertama dahulu. Semoga Allah mudahkan..

Wallahu alam. Wassalam.

Saturday, May 1, 2010

PETUA AJAIB & CERITA ORANG DULU-DULU... (PART I)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam mahabbah drp ana utk antum semua shbt2 ana sekalian. Alhamdulillah..ada gak masa lapang utk ana pd pagi hari Sabtu yg mulia ni, dapat leee menulis & bercerita sepatah dua kata. Ana ni ada satu mslh je bila ngadap komputer lama2 ni. Dgn izin Allah,mudah sgt kene migrain. Jd, ana draft sikit2..

Sblm ana mengorak langkah memanjangkan post2 dlm blog ana ni, ana nak cerita sikit brkenaan tajuk entry kali ni. Tajuk ini sgt penting utk kita kerana ia adalah jwpn yg kita cari2 selama ini. Dan ini bukanlah citer atuk nenek kita masa zaman Tanah Melayu dijajah @ petua2 utk awet muda @ goreng ikan supaya tak hangus...bukan! bukan! bkn yg itu. tp, citer ape yerk! Hmm..ana pun tak tau nak ckp macana. Kalau nak tau, baca la entry ni sampai abis...pelan2 ya,baca sikit2 & jgn boring.

Kota A Famosa..mmg cerita dulu2. (takde kaitan pun dgn entry nih)

Begini ceritanya..
Seorg waliyullah yg bernama Abu Yazid Busthami Rahimahullah Alaih telah mencari guru yg dpt menyelesaikan 3 masalahnya. Beliau telah pergi kpd 4440 mimbar (org2 lama dulu dia pakai pkataan 'mimbar',yg brmaksud ulamak. Mereka guna istilah tu utk menjaga maruah & kpntingan para alim ulama ketika tu). Malangnya dia tidak bertemu jwpn kpd soalan2nya. Lalu pergilah dia ke Kaabah & msuk ke dlmnya dgn berjabat dgn daun pintu Kaabah trsbut. Beliau pun mengulangi soalan2nya lagi...

SOALAN 1: Wahai Tuhanku,apakah satu2nya jalan utk selamatkan AGAMA? Maka trdengarlah satu suara yg menyeru dari Yang Menyeru.."Hai Aba Yazid,selamatnya agamamu adalah dgn kamu memelihara kesempurnaan janji Tuhanmu.."

Nampak tak ayat apa ditulis kat dlm gambar tu?

SOALAN 2: Wahai Tuhanku, apakah yang dapat menyelamatkan IMAN? Maka menyeru oleh Yang Menyeru.."Hai Aba Yazid,bermula selamat iman itu adalah dlm memelihara lisanmu drp dusta, dan drp mengumpat2 & berkata yg sia2 yg tiada faedah kpd akhirat.."

Gambar student mana ni? Oh,gambar hiasan aja...mgkin diorg brbincang psl pljran tu...

SOALAN 3: Wahai Tuhanku, apakah yang dpt menyelamatkan ROH & JASADku? Maka menyerulah dari Yang Menyeru..."Hai Aba Yazid,bermulanya selamat roh & jasadmu itu dlm meninggalkan sgala keinginan dunia & segala lazatnya.."

Apa pula yg ada dlm kotak ni ya? Wah, mgkin al-fulus @ harta qoooruuun...

Sahabat2 sekalian..inilah pkara yg nak ana nk smpaikan hari ini. Ceritanya pendek aja,tp diganggu pula dgn gambar2 yg tibe2 muncul,maka jadilah panjang entry ni... Cerita ni ana petik drp sbuah kitab pondok lama, AL-MUHIMMAH & AL-MAWA'IZ AL-BADI'AH. Dan huraian ceritanya telahpun ana mempelajarinya drp tok guru ana. Alhamdulillah..

Jdi, apa pengajaran @ 'petua' yg dpt diambil drp cerita di atas?

1-Utk selamatkan agama kita, kita sndiri kena ada usaha. Sama2lah kita tunaikan kewajipan kita trhadap Allah Taala.
2-Utk memelihara iman kita pula,prlu lah berusaha menjaga lidah drp brdusta, mengumpat & brckp yg sia2.
3-Utk selamatkan roh & jasad kita, perlu jaga nafsu kita yg payah nk kawal ni & jgnlah berlebih2-an...

Firman Allah Taala:

3:133
Mafhumnya:Dan bersegeralah kamu kepada keampunan drp Tuhan kamu (mengerjakan amal2 yg baik) dan mendapat syurga yg luasnya seluas langit & bumi, yg disediakan bg org yang bertaqwa..(Ali 'Imran-ayat 133).

Semoga kita sama2 dpt amalkan...dan ingat, ini baru part 1. Ada lg part 2 nye yg akan menyusul, insyaAllah...

Wallahu alam. Wassalam...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails