Showing posts with label fadhilat solat. Show all posts
Showing posts with label fadhilat solat. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

CERITA ORANG NAK KURUS

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Wah3..nampaknya makan bulan lg nak mengupdate blog ni. Agaknya smua org dah jemu kot. Takpelah, tak kisah orang nak baca ke taknak baca...pada ana itu bukanlah kepentingan yg utama. Yg penting ana bahagia :-)

Selama 3 bulan lebih ni kan, sungguh! ana sangat sibuk. Bkn sibuk apa, kalut melayan puteri sulung ana nilah. Macamana la kalau org yg ada anak 10 ye. Sesekali rasa macam malas nak layan blog dah, tp sayang la pula...alih2 layan juga. :-(

Sepanjang dok menjaga baby ana ni, sedar tak sedar ramai pula yg kata ana dah kurus. Wktu mengandung dulu, tumbesaran agak memuaskan la juga. Maklumlah takde alahan, selera mkn pun boleh tahan... Entah la, ana pun taktau juga. Bila tengok kat cermin sama je. Suami pulak kata, biasa je. Kwn2 tanya, mmg nak kurus ke? Ana kata takdelah...bukannya diet pun, makan macam biasa, malah bertambah2 lg ada la. Ana trpksa mkn/minum selalu sbb dgn izin Allah nak byakkan susu bdn. Ha, ini la kelebihan baby minum susu badan. Sedar tak sedar tiap2 hari susukan anak, kita yg turun berat badan. Kalau dah berenti susu bdn esok, taktau la ye, mungkin naik mendadak lebih drp masa mengandung dulu. Oh, harap2 tidak. Jd, bg yg baru lps bersalin jgn la teragak2 nak susukan anak dgn susu bdn...byk kbaikannya. Salah satunya, boleh kurus. Kelebihan2 lain tu, boleh la gugel sendiri. Yg penting jaga kesihatan. Mcmana cara trbaik nak jaga kesihatan, boleh terus membaca entry ini jika mahu.

Cerita pasal kurus dan kesihatan, ni ada satu karkuzari untuk renungan kita semua...
Ada seorang hamba Allah, tiap2 waktu solat dia akan solat kat rumah je (ni lelaki ye, bukan perempuan). Lepas solat, dia pegi joging. Memang selalulah rutin dia macamtu, alasan dia adalah mahu jaga kesihatan. Masa berjoging, dia ternampak orang ramai baru selesai solat berjemaah kat surau nak balik rmah masing2. Dalam hati dia berkata, org2 ni asyik pegi surau je, bila masa dia nak jaga kesihatannya? Ye lah, macam dia hari2 solat juga, tp rajin joging, mesti la kesihatannya lebih power lg. Allah Maha Besar. Selang 3 hari lepas dia cakap mcmtu, Allah beri dia sakit jantung smpai kena duduk wad..masa kat wad, mcm2 penyakit lg dtg. Allah Maha Mengasihani...lepas kembali sihat, dtg keinsafan dlm dirinya lalu dia rajin pegi surau dan membanyakkan solat sunat.
Kesimpulannya: bkn tak boleh joging... tp IMAN YAKIN tu yg mesti kena jaga. Jd rajin2lah duduk dlm majlis taklim taklum, insyaAllah akan tau semuanya.Wallahu alam.


Ni gambar trbaru baby ana, SUMAIYAH (dah 97 hari @ 3 bln 7 hari)
Dah 5.2 kilo... Byk benda dah dia pandai. Paling utama kena ajar kalimah ALLAH dulu, pastu baru bleh kenal umi dan abinya.
Asma', nanti kita cari tudung kepala sama2 ye. Sumaiyah pun dh tak sabar nak pakai ni...sikit hari lg tringin nk msuk madrasah pulak. :-)

Wassalam...jumpa lg insyaAllah.

Thursday, April 7, 2011

TIDUR...KENA SIMPUL & KENA DODOI

بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila tidur salah seorang daripada kamu, syaitan akan mengikat dengan 3 simpulan di atas kepala kamu. Setiap simpulan dihembus: ... "Malam masih panjang lagi....Tidurlah kamu...."
-Sekiranya manusia bangun menyebut nama Allah, simpulan itu akan terbuka.
-Kemudian jika dia berwudhuk, simpulan ke 2 pula akan terbuka.

-Kemudian jika dia bersolah tahajjud, maka kesemua simpulan akan terbuka.

Maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan cergas & gembira serta banyak kebajikan yang diperolehinya. Dan sekiranya dia tidak bangun tahajjud, dia akan lesu, timbul sifat malas & rugi daripada segala kebaikan. (HR Abu Daud)

Wallahu 'alam.

Gambar hiasan..

P/S: Tiap-tiap malam bila tidur, kita asyik kena tipu di syaitan aje ye. Semoga penulis sendiri dapat kekuatan untuk amal & sampaikan.

Monday, January 31, 2011

MARI MEMBINA KEMAKMURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam hari Ahad...alhamdulillah selepas menghadiri majlis taklim di area Puchong Andalas ni, ba'da Zohor dan makan tengahari tu dapatlah rest-rest kejap. Oleh kerana ada sikit keperluan yang masih tertangguh, maka anapun citer la dengan suami tentang hajat tu. Nak beli sejumlah kitab untuk proses pembelajaran.. err, bukan window shopping yer, harap maklum. Eh, dia setuju la... Alhamdulillah... Ikutkan kami ni takde masa sangat nak keluar sana sini tanpa sebab. Nak gi beli barang keperluan untuk bulanan pun sekali je sebulan, tu pun puas cari masa. Al-maklum, suami seorang yang sangat sangat sibuk. Sibuk apa? Tak payah cerita lah ye. Ibarat Tuan Bijen Notasiku penah kata, seorang Maulana bagitau: "Kita ni kalau tak sibuk dengan kerja agama, tetap akan sibuk juga...iaitu sibuk dengan kerja dunia". Alhamdulillah..semoga suami Aliaazuan ni sentiasa berterusan sibuk dengan urusan akhirat.

Lalu, selepas Asar tu kami pun pergi la ke sebuah pasaraya yang terkemuka di daerah ini. Nak buat macamana, terpaksa la pegi sebab kat situ la satu-satunya terdapat toko buku yang terbesar.. Nak gi masjid India, suntuk sangat dah. Sebenarnya ana amat jarang menjejaki pasaraya besar tu, maklum lah suasananya sangat tidak kena. Tambah pulak, pakaian kami lain daripada orang lain... Memang la orang tengok semacam. Dah akhir zaman ni memang lah begitu. Yang pelik pada pandangan mata kita, jadi tak pelik pula pada pandangan mereka semua...istighfar...

Yang membuatkan ana sangat terkilan ialah, masyaAllah...ramainye manusia kat situ. Yang membeli-belah toksah kata lah. Yang saja-saja melepak rasanya lebih ramai daripada orang yang nak membeli, barangkali anak-anak muda ni dah mula lepak-lepak kat situ semenjak awal pagi kedai dibuka.. Ana percaya, tempat-tempat sebegini memang tak pernah surut dengan manusia, baik lelaki atau perempuan, mungkin 24 jam mereka dapat meng-imarahkannya.

Dulu-dulu (masa zaman batu dulu), perasaan risau runsing macam ni tak berapa datang dalam hati. Kalau adapun, risau gitu-gitu je..pastu hilang dibawa angin lalu. Bila Allah dah bagi usaha agama ni, perasaan risau akhirat tu lebih dalam. Susah hati pula dengan keadaan ummat nabi akhir zaman ni. Dan rasa nak berusaha buat sesuatu sepertimana nabi, sahabat, dan sahabiah lakukan suatu masa dahulu, moga-moga taufiq & hidayat tersebar ke seluruh alam. Dalam fikiran ni berkata-kata, alangkah bagusnya jika ramainya manusia di shopping complex ini berada di rumah-rumah Allah...menjadikan masjid/surau sebagai tempat ganti untuk mereka melepak...i'ktikaf di situ, meng-imarahkan masjid dengan rasa gembira sepertimana mereka gembira bila dapat berada di shopping2 complex seperti itu. Allahu akbar...Jadi, siapa yang kena dakwah semua ummat nabi? Kita yang bernama ummat nabilah yang kena bantu golongan macam ni. Jumpa mereka, cakap dari hati ke hati...Nak tunggu mereka baca dakwah kita kat depan laptop, belum tentu lagi. Kalau tak ada keinginan nak membaca hal agama, confirm lah dia akan alihkan siaran, dan perkara hiburan jugak yang dicarinya.

Cintailah rumah-rumah Allah...

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ

Mafhumnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
...(At-taubah: ayat 18)

******Hanya luahan hati seorang Aliaazuan di atas keyboard.
Wallahu alam.




Monday, September 20, 2010

FIKIR RISAU; CERITA DI SEBALIK RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..puasa Ramadhan sudah, raya pun sudah. Semoga semuanya beroleh kekuatan menyambung semula puasa-puasa yang tertunggak @ puasa sunat Syawal. Dalam sibuk-sibuk beraya & menghadiri jemputan sahabat-sahabat ni, kita banyak digemparkan dengan macam-macam berita yang mengejutkan rakyat Malaysia. Begitu juga rakan-rakan blogger yang mempunyai cerita tersendiri di sepanjang musim raya ni. Ana pun tak terkecuali, mungkin orang lain bila dengar agak biasa-biasa saja kot...

Syukur pada Allah Taala kerana Dia telah memberikan rezeki yang banyak sepanjang menguruskan blog ana yang lagi satu itu..lebih-lebih lagi pada musim raya ni. Walaupun hakikatnya bukan wang ringgit, keuntungan @ kumpul harta melimpah-ruah tu bukan menjadi matlamat ana, tapi ana berazam untuk menggunakan segala rezeki yang dikurniakan itu untuk rolling bagi kepentingan agama/akhirat (yang mana maksudnya sangat luas) ...bukan untuk joli sendiri, insyaAllah..

Erm..sedey!

Entry ni sebenarnya bukanlah nak cerita pasal bisnes, tapi ana nak meluahkan rasa sedih dan risau tentang apa yang berlaku pada ummat Islam kita akhir zaman ni. Mungkin ramai yang tak tau ana jadi pengedar 'set debu tayammum'. Alhamdulillah permintaan tiba-tiba jadi melonjak untuk set tersebut bila musim perayaan, ana pun tertanya-tanya. Adakah banyak sangat berlaku kemalangan di jalanraya @ eksiden asbab pakat-pakat main mercun...tak boleh nak dipastikan secara keseluruhan. Yang menimbulkan kerisauan (rasa nak marah pun ada sikit), kebanyakan mereka order produk tersebut pada hari ana dah balik kampung @ mungkin frasa ini lebih sesuai, "sudah terhantuk baru nak tengadah"(minta cikgu Humairi betulkan jika salah), pendekkata post office pun dah tak mau hantar barang sebab semua orang dah nak raya. Bukan marah sebab mereka tak jadi beli, jadiii.... Ana sikit pun tak kisah kalau tak jadi ambil set tu. Masalahnya ini berkaitan dengan SOLAT yang menjadi kewajipan kita. Mereka pula sanggup menunggu sampai hari pejabat pos buka. Dan dalam tempoh menunggu barang sampai, mereka tetap tak solat! Ana pun jadi susah hati. Ada yang sampai 2 minggu tak bersolat asbab eksiden, kemudian barulah terfikir nak buat tayammum..dalam masa yang sama, susah pula nak korek tanah. Bayangkan berapa solat fardhu sudah tertinggal? Mungkin juga tiada kesedaran perihal wajibnya solat, walaupun sebenarnya dia masih mampu bersolat. Ada juga seorang hamba Allah yang pernah ana kenali dulu yang sanggup tak mau solat sebab kes kena ragut. Lukanya sikit saja (dekat lutut pula tu) Alasannya, tak boleh kena air. Astaghfirullah...sebab tu je? Semoga Allah Taala ampunkan kita semua. Sebagai saudara seislam, ana juga merasa bertanggungjawab memberitahu kepada mereka.
Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin Abdullah Radiyallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الكُفْرِ تَرْكٌ الصَّلاةِ

-Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur. Dalam riwayat yang lain: Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur. (Ahmad, Muslim dll).

Hadis ini perlu kita renungkan bersama. Sesungguhnya banyak lagi hadis yang memberi amaran @ celaan ke atas mereka yang meninggalkan solah.

Bagi yang tak ada masalah dalam kes ni, insyaAllah tak cari produk ni pun tak apa. Tapi bagi yang ada kesulitan, terpaksa la cari inisiatif lain.. contoh seperti yang telah ana buat ni adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan. Jadi, sama-samalah kita beringat bahawa musibah tidak tau bilakah masanya. Bagi yang rasa keperluan ini patut ada di rumahnya, lebih selamat ianya disediakan lebih awal sebelum perkara yang tak diingini berlaku, nauzubillah..
Kerisauan tentang SOLAT ni kena ada pada diri setiap orang, bukan risau apa.. risau dengan azab Allah di akhirat nanti. Selalu tanya pada orang yang di bawah tanggungan kita samada dah solat atau belum. Ajar mereka berkenaan hukum hakam/masaail solat, serta beri mereka ilmu fadhail bagaimana nak dapatkan keghairahan/keseronokan dalam mendirikan solat (pendekkata buat satu halaqah majlis takleem setiap hari di rumah). Barulah kecintaan dalam agama itu akan datang. Jika kita cuma ajar hukum hakam solat tapi tak memberi ilmu fadhail tentang solat kepada mereka, maka inilah jadinya....tahu berkenan solat, tapi masih berat (banyak alasan) untuk mendirikan solat.

Wallahu alam...curahan rasa ini adalah peringatan untuk diri ana. InsyaAllah semoga Allah beri taufiq hidayat serta kefahaman agama untuk kita semua. Amin.

Thursday, July 1, 2010

TAKBIRATUL IHRAM/ULA : HANYA UNTUK MEREKA YANG KOMITED


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Daripada Anas bin Malik beliau berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa solat 40 hari secara berjemaah dalam keadaan sempat takbir pertama (dengan imam), ditentukan baginya dua kebebasan; kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq. (Hadith riwayat At-Tarmizi)

Ganjaran pertama: Kebebasan dari neraka.

Ganjaran kedua: Kebebasan dari nifaq (sifat munafiq).

Ganjaran kedua selari dengan ganjaran pertama. Bila hati sudah bebas dari ragu-ragu, bila apa yang disembunyikan dalam hati selari dengan apa yang dizahirkan, maka tiada lagi ganjaran yang lebih utama melainkan kebebasan dari neraka. Kerana asbab untuk masuk ke sana sudah tiada.

Caranya, solat berjemaah 40 hari dan sempat takbirah al-ihram bersama-sama dengan imam. Ertinya 200 waktu. InsyaAllah..bila istiqomah, akan terasa rugi jika terlambat untuk takbir bersama imam.

Mustahil?
Bagi orang yang sibuk, terikat dengan jadual yang ketat, ajakan seperti ini memang mustahil untuk ditunaikan. Paling tidak pun hampir-hampir mustahil. Ingin melazimi solat berjemaah saja sudah cukup susah, inikan pula takbirah al-ihram. Tak apa, perlahan-lahan.. Cuba try test dulu, belum cuba belum tahu. Ramai orang yang sibuk dengan tugas dapat menjaga takbiratul ula mereka, kenapa kita tak mahu mencuba dulu. Sekurang-kurangnya, fikir-fikirkan tentang mafhum hadis di atas..insyaAllah.

Tak mustahil?
Bagi orang yang tak sibuk, tidak terikat dengan mana-mana jadual, ajakan seperti ini dilihat seperti ajakan yang mudah. InsyaAllah, bila-bila masa sahaja boleh ditunaikan. Itupun kadang-kadang datang juga ujian-ujian, begitu juga syaitan selalu mebisikkan sesuatu ke telinga kita...Jangan..jangan..buat keje lain dulu sampai habis, katanya.

Saat berazam sahaja ingin melazimi perkara ini, pelbagai rintangan akan menjenguk. Kadang-kadang yang tak disangka-sangka. Kerana pertaruhannya adalah bebas dari neraka dan nifaq. Bukan calang-calang.

Banyak sudah kita lihat masjid-masjid, surau-surau yang tumbuh bagai cendawan. Begitu juga di pejabat @ sekolah, R &R serta di sepanjang jalanraya, rata-rata telah ada kemudahan untuk bersolat. Cuma, mahu @ tak mahu sahaja. MasyaAllah, Laa haula wala quwwata illa billah...

Untuk itu, satu gerak kerja yang tersusun perlu dirancang. Sama ada sibuk atau tidak, perlu ada keinginan yang disertakan dengan azam yang berterusan. Jika kita masih belum benar-benar memahami tabiat diri sendiri terhadap perubahan, jangan gopoh, atau kita akan diuji dengan putus asa untuk berubah. Buat perlahan-lahan & usahakan untuk istiqomah. Imarahkanlah masjid-masjid/surau-surau kita yang makin kosong, sunyi dan sepi. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan kepada semua umat Nabi.

Bagi wanita pula, usahakan juga untuk solat di awal waktu ,kerana kita mempunyai banyak keuzuran..aulanya di dalam rumah dan galakkan mahram-mahram kita juga untuk memperolehi takbiratul ula ini. Jom buat azam insyaAllah.

Wallahu alam.

Monday, June 14, 2010

BEZA ORANG YANG 'TAHU' & ORANG YANG 'FAHAM'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



CERITA 1:

Daniel masih di ruang tamu tatkala lewat malam itu..sudah beberapa malam dia masuk tidur lambat kerana asyik menonton tv rancangan kegemarannya sehingga matanya semakin sembab, tak cukup tidur, malah kerana hal itu juga dia masuk ke pejabat dalam keadaan mengantuk sehingga menjejaskan tugas-tugasnya di pejabat. Lalu, berkatalah isterinya...

ISTERI : Abang, dah pukul berapa ni? Cepat lah masuk tidur, jangan la asyik tengok tv aje. Dah berapa kali abang terlewat bangun solat Subuh...

SUAMI : Ala...sekejap je, bukan selalu abang buat kerja macam ni. Nanti dah abis rancangan ni, abang masuk tidur la... Bukannya abang tinggalkan solat pun. Asalkan cukup 5 waktu sehari semalam, kira ok what...janji buat. Err..jangan lupa tolong kejutkan abang pukul 6.50 pagi ye. Nak solat Subuh nanti...

ISTERI : Baik bang... (lalu isterinya terasa senang hatinya, tersenyum bangga sambil berkata di dalam hati, Oh.. memang suamiku seorang yang baik agamanya & taat pada perintah Allah..memang dia tak pernah tinggal solat, cuma selalu lewat aje).

*****************************************************************************
CERITA 2 :

Musa sedang menyiapkan tugas2 akhirnya di tapak pembinaan sebuah taman perumahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Asyik sungguh dia dan kawan2nya buat kerja. Dalam sibuk2 bekerja di akhir2 waktu itu, mata Musa tak lepas2 memandang pada jam tangannya..gayanya seperti risaukan sesuatu.

MUSA : MasyaAllah! Lagi 15 minit nak masuk waktu Zohor. Baik aku berenti dulu buat kerja ni. Nanti terlewat pulak takbiratul ula bersama imam. Lepas solat boleh sambung balik. Kawan2, jom kita bersiap pegi solat dulu.(pelawa Musa pada shbt2nya dengan penuh senyuman).

KAWAN-KAWAN : La...kau ni Musa...waktu Zohor kan belum masuk lagi. Lagipun masanya panjang. Alang2 tu, siapkan lah kerja ni dulu, tinggal sikiiiiiiiiit je lagi. Lps ni solat la...takde sape nak marah dah.Kerja ni pun ibadat juga. Nanti bos soal, apa kau nak jawab? Bila bekerja dengan bos ni perlu ada dedikasi dan tanggungjawab. Nanti kau dah dikira makan gaji buta...Kami tak mau makan gaji guna duit tak berkat!

MUSA : Takpe lah...kalau macam tu, biar saya jawab dengan bos nanti. Saya pergi dulu ya.(kata Musa dengan senyuman yg semakin tawar).

Lalu pergilah Musa bersiap-siap membersihkan diri dan berjalan ke masjid yang berhampiran yang jaraknya hanya lebih kurang 100 meter itu...membawa bersama dengan perasaan sedih serta penuh fikir risau dengan sikap kawan-kawannya itu. Bukan tidak pernah didakwahnya kepada sahabat2nya itu, malah setiap kali masuk waktu solat, tidak jemu2 dia memujuk mereka dengan penuh hikmah...Dan di malam hari Musa menangis2 dalam tahajudnya merayu-rayu pada Allah Taala spya dibukakan pintu hati sahabat2nya itu ke arah kebaikan, didoakan juga supaya diberikan kefahaman, taufiq & hidayat untuk umat seluruh alam...

*****************************************************************************


Begitulah shbt2ku, walaupun tajuk entry ini nampak seperti sama maksudnya, tetapi hakikatnya tak sama. Orang yang faham agama akan merasa sedih jika dia ketinggalan sesuatu amalan yang memperolehi banyak fadilatnya serta menjadi asbab kesukaan Allah. Berbanding pula dengan orang yang cuma tahu, tetapi dia tidak merasa sedih atas perbuatan2 yang selalu melalaikan dirinya drp mengingati Allah. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti yang ditulis oleh Ibnu Hajar dlm Az-Zawajir, bermaksud:

Barangsiapa yang menjaga solahnya (berusaha mendirikannya di awal waktu serta khusyuk), maka Allah akan mengurniakan kepadanya 5 keistimewaan:

1- Diangkat kesempitan hidupnya ketika di dunia
2- Akan dihindarkan dari azab kubur
3- Akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan
4- Akan melintas titian sirat sepantas kilat
5- Masuk syurga tanpa hisab

Dan sesiapa yang meringan-ringankan solahnya, Allah akan menyeksanya dengan siksaan2 berikut:

5 siksaan di dunia:
1- Dicabut keberkatan umurnya
2- Dihapuskan tanda2 org soleh dari wajahnya
3- Allah tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
4- Doanya tidak akan diangkat ke langit (tidak diterima)
5- Dia tidak mendpt bahagian dalam doa orang yang soleh

3 siksaan ketika mati:
1- Dia akan mati dalam keadaan hina
2- Dia akan mati dalam keadaan lapar
3- Dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dpt menghilangkan hausnya.

3 siksaan ketika di alam kubur:
1- Kubur akan mghimpitnya hgga tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain.
2- Api akan dinyalakan di dlm kuburnya & dia dibalik2kan di atas bara siang & mlm.
3- Seekor ular besar yg brnama Ashuja'ul Aqra' akan dilepaskan ke atasnya.

3 siksaan ketika dibangkitkan dari kubur (padang mahsyar):
1- Penghisabannya menjadi berat
2- Dia dimurkai Allah Subhanahu Wataala
3- Dia dimasukkan ke dalam neraka

...Wallahu alam. Smoga Allah memberi taufiq & hidayat untuk kita semua. Sama2 lah kita memperbaiki segala amalan kepada yang lebih baik, insyaAllah..

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails