Monday, January 31, 2011

MARI MEMBINA KEMAKMURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam hari Ahad...alhamdulillah selepas menghadiri majlis taklim di area Puchong Andalas ni, ba'da Zohor dan makan tengahari tu dapatlah rest-rest kejap. Oleh kerana ada sikit keperluan yang masih tertangguh, maka anapun citer la dengan suami tentang hajat tu. Nak beli sejumlah kitab untuk proses pembelajaran.. err, bukan window shopping yer, harap maklum. Eh, dia setuju la... Alhamdulillah... Ikutkan kami ni takde masa sangat nak keluar sana sini tanpa sebab. Nak gi beli barang keperluan untuk bulanan pun sekali je sebulan, tu pun puas cari masa. Al-maklum, suami seorang yang sangat sangat sibuk. Sibuk apa? Tak payah cerita lah ye. Ibarat Tuan Bijen Notasiku penah kata, seorang Maulana bagitau: "Kita ni kalau tak sibuk dengan kerja agama, tetap akan sibuk juga...iaitu sibuk dengan kerja dunia". Alhamdulillah..semoga suami Aliaazuan ni sentiasa berterusan sibuk dengan urusan akhirat.

Lalu, selepas Asar tu kami pun pergi la ke sebuah pasaraya yang terkemuka di daerah ini. Nak buat macamana, terpaksa la pegi sebab kat situ la satu-satunya terdapat toko buku yang terbesar.. Nak gi masjid India, suntuk sangat dah. Sebenarnya ana amat jarang menjejaki pasaraya besar tu, maklum lah suasananya sangat tidak kena. Tambah pulak, pakaian kami lain daripada orang lain... Memang la orang tengok semacam. Dah akhir zaman ni memang lah begitu. Yang pelik pada pandangan mata kita, jadi tak pelik pula pada pandangan mereka semua...istighfar...

Yang membuatkan ana sangat terkilan ialah, masyaAllah...ramainye manusia kat situ. Yang membeli-belah toksah kata lah. Yang saja-saja melepak rasanya lebih ramai daripada orang yang nak membeli, barangkali anak-anak muda ni dah mula lepak-lepak kat situ semenjak awal pagi kedai dibuka.. Ana percaya, tempat-tempat sebegini memang tak pernah surut dengan manusia, baik lelaki atau perempuan, mungkin 24 jam mereka dapat meng-imarahkannya.

Dulu-dulu (masa zaman batu dulu), perasaan risau runsing macam ni tak berapa datang dalam hati. Kalau adapun, risau gitu-gitu je..pastu hilang dibawa angin lalu. Bila Allah dah bagi usaha agama ni, perasaan risau akhirat tu lebih dalam. Susah hati pula dengan keadaan ummat nabi akhir zaman ni. Dan rasa nak berusaha buat sesuatu sepertimana nabi, sahabat, dan sahabiah lakukan suatu masa dahulu, moga-moga taufiq & hidayat tersebar ke seluruh alam. Dalam fikiran ni berkata-kata, alangkah bagusnya jika ramainya manusia di shopping complex ini berada di rumah-rumah Allah...menjadikan masjid/surau sebagai tempat ganti untuk mereka melepak...i'ktikaf di situ, meng-imarahkan masjid dengan rasa gembira sepertimana mereka gembira bila dapat berada di shopping2 complex seperti itu. Allahu akbar...Jadi, siapa yang kena dakwah semua ummat nabi? Kita yang bernama ummat nabilah yang kena bantu golongan macam ni. Jumpa mereka, cakap dari hati ke hati...Nak tunggu mereka baca dakwah kita kat depan laptop, belum tentu lagi. Kalau tak ada keinginan nak membaca hal agama, confirm lah dia akan alihkan siaran, dan perkara hiburan jugak yang dicarinya.

Cintailah rumah-rumah Allah...

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ

Mafhumnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
...(At-taubah: ayat 18)

******Hanya luahan hati seorang Aliaazuan di atas keyboard.
Wallahu alam.




12 comments:

hidayu samsudin said...

SALAM KAK...
Rasenya tau kot tempat yg dimaksudkan...heheh..
Benar kak,kalaulah kat masjid dipenuhi sebegitu rupa,alangkah bgusnya...

samelah,klau dulu,fikir risau tu x delah cm skrg,(skrg pun lemah lg),tapi bila allah dah bg kefahaman ,g mane2 yg melibatkan hal dunia ni pun rse ad yg x kna..

semoga allah bg hidayah dan petunjuk pd ayu,n pd semua umat seluruh alam...aminn

nor amira said...

sama-sama beringat :)

Captain said...

salam aliaazuan,

Manusia kebanyakan suka membuang masa seakan mengisikan masa lapang dengan melepak..bersembang tanpa perkara yang berfaedah... walaupun berkali-kali ayat Allah dibaca Dari sekolah rendah sampai bekerja..

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

jazakallah khairan

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

moga taufik dan hidayah Allah kan terus-terusan kepada diri ini dengan terus berkunjung ke laman AA menimba ilmu...insyaAllah.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum...

Ayu,
Syy!rahsia, rahsia! :)
Hmm, sama la...lemah juga fikir kdg2 tu.


Nor Amira,
Beringat-ingat itu ada mnfaat, insyaAllah.


Captain,
"Brgsiapa yg dikehendaki oleh Allah dgnnya akan kebaikan, nescaya Allah akan beri kefahaman agama dlm dirinya..."


Cikgu Humairi,
Masih byk kekurangan pd blog ni, trmasuk penulisnya skali. Jazakallahu khairan kerana tak jemu2 singgah di blog yg dhoif ini...


Jazaakumullahu khairan juga utk smua ye.

CS said...

salam aa,
InsyaAllah semoga kita & suami kita disibukkan dgn perkara yang benar, InsyaAllah..

part menghidupkan pasar raya,,,mmg dh sgt maju skarang ni,,,menyedihkan kerana kedhaifan diri ini yg xmampu dakwahkan mereka,,alangkah indahnya,,andai yg hidup itu masjid,,InsyaAllah satu hari nanti,,, =)

suka part pakaian tu,,neeway CS pun dulu agak 'segan' utk expose diri dgn pakaian unik kita tu,,tp skarang xlagi,,kena betulkan yg biasa, & biasakan yg betul,,ni la fesyen sebenar,,ada kejayaan, InsyaAllah.

Bijen M. said...

Salam.
Dulu-dulu (waktu zaman Dinosor dulu), usaha agama hidup dekat Tanah Melayu.
Pedagang Arab dan India datang buat usaha dakwah.
Orang Barat jadi takut.
Depa datang jajah, bukan semata-mata sebab rempah.
Tapi sebab nak halang usaha agama dari berkembang.
Sama juga yang berlaku di India.
Arab?
Jangan tanyalah.
Siap cium-cium pipi ya habibi.

نور توفيقة ادريس said...

Assalam.
Dulu2 (waktu zaman Dinosour baru je pupus), Da'wah tu sangat dipandang mulia..
Orang rasa best sgt dgn usaha Da'awah.
Islam spreaded throughly sampai orang respect and gerun dgn Islam.
We reach till the level of becoming Ustaziatul Alam during Abbasiyah era..
Kita yang jadi rujukan.
Orang tiru cmana orang Islam berpakaian. Tiru our Deen.. etc etc etc

Those were the days..

Jom pakat bringing the glorious time of Islam back~!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

assalamualaikum.

Cikgu Sue,
Moga kita dpt istqmh dgn pkaian seragam tu. :-)
Biarlah dikeji mkhluk, asal Allah Taala suka & redha.


Tuan Bijen,
Ya,ya. So, cpt2 la gi India,Pakistan,Bgladesh. blajar buat dkwh n usaha agama dgn org sana...sbb org arab pun pi bljr buat usaha agama kat sana, bkn ka?


نور توفيقا
Betul lg benar apa yg dikatakn tu.
Nk citer kan, bkn saja tiru cara bpakaian, malah kita boleh tengok dgn mata kpala kita sndiri yg mubaligh2 bkn Islam pun sbnrnye 'yakin' bhwa dgn cara dkwh Rasulullah itu ada kjyaan utk menakluki hati manusia. Lihat kat kliling kita, diorg smpaikan dkwh dri rmh ke rmh, lorong ke lorong, hati ke hati...sama mcm nabi n sahabat R.anhum buat. Tp org Islam msih goyang kaki lagi, tak mau jumpa manusia utk smpaikan dkwh. Malu? Segan? jatuh standard? Tak rasa susah hatikah dgn situasi ini? :-(
Istighfar...

Jazaakumullahu khairan.

Anonymous said...

harap sgt dpt berdakwah,tp ilmu xcukup.

ahLia shahril said...

dakwah...dakwah... dakwah

cne nk dkwah kt kawan2?

nnti diorg ckp kte poyo lak

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.

livestrong,
hehehe...ilmu tak ckup? Mmg la...smua org ilmu blum ckup, sbb tuntut ilmu ni smpai masuk liang lahad. Brdkwh jgn utk betulkan org, tapi niat nak betulkn diri sndiri..insyaAllah, baru Allah masukkan hakikat. Dkwah illallah adalah keje smua umat nabi, tggngjwb kita smue.


Zai,
Ada satu hadis tu kan, Nabi sabda lbh kurg mafhumnya cmni:Jika kita buat ssuatu pkara utk mncari keredhaan mnusia(tp Allah tak redha),Allah sgt murka.Sbaliknya bila kita buat suatu pkara utk sukakan Allah, (dlm masa yg sama manusia tak suka) maka Allah akan redha. lalu Allah akan bolakkan hati2 manusia itu lama kelamaan mereka juga akan menyukai perbuatan trsebut. Wallahu alam.

So, biar la manusia tak suka, tapi Allah suka...
Dkwh dgn hikmah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails