Wednesday, January 26, 2011

SUATU PERKHABARAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Ini ada satu emel yang ana terima daripada seorang toolib Madrasah Miftaahul Ulum Sri Petaling, minta diwar-warkan kepada para pelajar atau pembeli kitab haid “Tuhfat al-A’izza” oleh al-Fadhil al-Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz. Jadi, sila ambil perhatian ye. Harap maklum.

Letak bunga kat sebelah, kasi cantik sikit....dengan izin Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini emelnya...

Assalamualaikum, Saya Abdullah Muhammad al-Marbuqi talib al-ilm diMiftahul Ulum Sri Petaling, berikut ialah iklan pembetulan di dalam kitab haid Ustaz Mansoor al-Hafiz, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memaklumkan pemberitahuan ini di dalam laman sesawang dan blog pihak tuan. Jasa baik tuan saya dahulukan ribuan terima kasih. Bersama ini saya sertakan lampiran muka surat tambahan bagi kitab tersebut.

Pemberitahuan Pembetulan

~Pada Kitab Haid “Tuhfat al-A’izza” oleh al-Fadhil al-Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz~

Perubahan, penambahan serta pembetulan rajah dimuka surat 23, 24 dan 25 daripada kitab “Tuhfat al-A’izza” Edisi Awal. Oleh kerana masalah haid adalah rumit dan bercelaru serta jarang-jarang dibahaskan, maka saya hamba yang daif penyusun kitab ini membuat perubahan, penambahan dan pembetulan rajah supaya memudahkan pelajar-pelajar yang baru hendak mempelajarinya. Dengan ini saya harap pembaca-pembaca dan pelajar-pelajar dapat membetulkan pada muka surat 23, 24, 25 dan 26 dengan penuh kasih sayang. Ini terjadi dengan sebab kelalaian, kecuaian serta bergopoh-gapah dalam menyiapkan kitab ini. Semoga kita dapat kongsi sama-sama daripada ilmu yang rumit dan yang boleh hilang ini. Bersama ini dilampirkan perubahan dan penambahan - atau hubungi saya pada nombor 019-693 0480 – dan dapatkan edisi baru dengan soalan-soalan tambahan.

Jumlah muka surat daripada 223 menjadi 239 dengan soalan-soalan yang menarik.

--

طالب العلم وخادمه

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم
والحمد لله رب العالمين

www.masjidsp.com
www.shafiifiqh.com

Sila klik gambar di bawah ye

InsyaAllah.

15 comments:

ahlia azharjaafar said...

akak dpt gak email dr ustaz abdullah tu..tp kene tunggu cik abe balik dr klr 2 bln dulu baru le dia update..akak ni buta IT ler..hehe

ahlia azharjaafar said...

Salam..ahlia azuan ni masih guna no hp 01223..175 tu lg ker?

aliaazuan said...

Salam kak H_ _ _ a,

A'ah, ada jgk tengok blog suami akak tu, tp blum update lg nmpknya. Rasanya ramai yg dpt emel ni. Takpe lor buto IT sikit2, yg penting tak buto agama...ngeeee...

Hehhee...ntah nmbr sape2 la akak tulis kat atas tu.. dulu kita ada tukar nmbr hp kat banting kan. Utk update, meh nak bg nmbr baru.. 013-........ (eh mai le alamat emel,mana bleh dedah kat sini. Ari tu sy hntr emel kat akak, tp cam tak smpai jer.) Awat ye?

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

belum lagi memilikinya. ada sedikit sebanyak kefahaman saya mengenai tajuk dari laman AA sahaja.

aliaazuan said...

Salam cikgu humairi,
Tkpa,takpa, kayuh pelan2...
Ilmu yg sikit itu jika diamalkan lbih bermanfaat drp ilmu yg byk tp tak berusaha nak amalkan.
Sama la kita, ana pun msih blaja2 juga..
:)

ibnu dinar said...

salam..akk, SINI tu xdapat dibukak pon..
bhgian ape ye yg salah tu?

ahlia azharjaafar said...

salam...email add akak - ikhlas114@yahoo.com..

aliaazuan said...

Salam...

Tuan ibnu dinar.
Oh, ye la..maaf2. tak boleh buat link la pulak. Takpe, tu dh bg dh imejnye. Boleh klik gmbr tu utk proses tumbesaran ye.
Akak seniri pun tak sempat check lg kat mana perubahannya. Er, dh beli ke bukunya? :)

aliaazuan said...

Salam.

Kak H.....,
Baik2, jazakillah. InsyaAllah emelnye akan menyusul kmudian.

Captain said...

salam aliaazuan,

email juga ana...mahu tahu isi kandungannya boleh manfaat kita semua..jazakallah khairan.

aliaazuan said...

Salam capt.
alhamdulillah..dah send.
walaupun kat n3 ni pun dh boleh baca, tp atas prmintaan, ana send lg skali kat capt.

akuhuduh said...

kitab baru nie nape tukar lak dia punya kulit depan uhuks...
ari ust mansoor kasi tau ade sb2 nape tak air terjun n sume design tu....
alhamdulillah dah abis hadiahkan (berbayar) 30 bijik kitab nih..

aliaazuan said...

Salam Tuan AkuHuduh.


Yg gmbaq kat atas tu, dh lama ana snap..tapi tak guna pon. Ni le baru letak kat entry. yg ni kulit pesen lama. Yg gmbr air terjun tu versi baru punya..

alhamdulillah...dh infaq 30 bjik ker? masyaAllah..moga Allah brkati rezeki tuan.

umu6point said...

Assalamualaikum kak,

hari tu dah buka entry ni tp pembetulannya x ada.. Alahmdulillah, dtg lg tengok sekarang dah ada..jazakillah ye.. boleh la umu betulkan mana2 yg patut...ke nak suruh orng yg hadiahkan tu tolong betulkan (suami laa..)hehee :)

aliaazuan said...

W'salam, Umu,

alhmdulillah..dh betulkn dh. Tak prasan lak takleh link. hehe, check2 la kat imej tu apa yg patut ye.
Ha, elok la suruh yg hadiahkan tu betulkan. Buleh muzakarah skali.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails