Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

JALAN-JALAN KE BANDUNG & IKRAM SAHABAT

بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat menunaikan ibadah puasa & terawih untuk semua...
Posting kali ni hanya letak gmbar2 masa bercuti kat Bandung baru2 ni (6-8 Julai 2013)...kami terbang skeluarga bsama sahabat masturat & suaminya, ni sekadar utk kenangan & ikram sahabat, Leea Zainal yg mau tengok apa yg ada kat sana. Gmbr byk juga, tp sbhgiannya utk simpanan pribadi. Maaf kalau tak menarik.. Taktau nak citer apa..layan je la ye.. :)

 dalam Air Asia..

 Ni airport Bandung.


 Ibis Bandung Trans Studio, hotel kami tggl. Dari tgkt 19 bleh nmpk matahari naik dan jatuh...tp smpai sudah tak jenguk2 pun kat luar tu.. :D

 Sesi malam...jln2 jer sekitar luar hotel. Hotel ni brsambung dgn Trans Studio...tmpt prmainan terkemuka di sana, ada roller coaster dll.. xnaik pun. bleh bayangkan tak jika kami naik bramai2? :D

Sumaiyah yg tpksa bngun awal pg...sdg mnunggu srpn, siaaaaan anak umi. Apepal ntah dh rotate/save byk kali gmbr ni tp xmau jd, sila sengetkan kepala ye.

 Sarapan pagi di hotel, RM25, caj yg trsgt mahal utk brekfes..tp ni je yg muat utk 1 perut. Slebihnye utk keuntungan pihak hotel..hehe.


 Ni la kawah gunung berapi kat Tangkuban Perahu...Subhanallah...

 Penjual lebih ramai drp pengunjung kat Tangkuban Perahu ni...asyik ngekor jer merayu-rayu suruh beli brg dia.



.
Pegi melawat stoberi farm...dan hasilnya.

 tetibe ada sekor kuda kat sblh..tringin nk naik, tp org yg nak naik ni cam x sesuai jer..hehe.


 Entah apa nama restoren yg kami sggh tghri tu...unik betul tmptnya..tmpt yg kami duduk ni kategori biasa je. ada lg yg mnarik tp dh penuh..mknnnya Allah bg sdp sgt. ikan gurame..jus alpukat (avokado), tringt smpai skrg.

 Ni makanan padang yg kami mkn pd mlmnya...jgn cuit smua, nnti juling biji mata nk byr..



 Kek kat kartika sari.

 pisang salai cheese..

 kata pnjual yg asyik mngekor kami di tgkuban perahu tu, batu ni diambil dr kawah gunung brapi...ntah la..

 Jalan2 kat pasar baru yg agak kecewa di sana..nape aliaazuan? nape? nape? :D


  lps sesi kecewa mmbeli belah di tgkt bwh, kami pun naik tgkt paling atas utk mkn tghri.. sblum btolak ke airport. ikan gurame lagik! dan set yg dioder...

 Sumaiyah yg dh keletihan...kat airpot bandung. Nak blk dh..
 selamat tggal...



 Ada 3 benda yg dicari2 tak dpt kat sini...mkn di restoren Kg Daun yg femes tu, eskrim doyan dan kain yg corak2 nya cam gini... :(

Dan lg satu benda pelik yg kami jumpa....org minyak!!! Depa minta sedekah ketuk pintu kereta supir kami. Panik sgguh, x dpt amik gmbr.. jd pinjam dr pokcik gugel ajer.. :D

Walaupun seronok bercuti...tp hati ni tetap rindu nak khuruj mcam kat Nizamudin & Illahabad dulu...amin...moga Allah mudahkn.


Thursday, March 24, 2011

SEDIH & GEMBIRA

بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam satu riwayat daripada Abu Darda, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Allah akan bangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya-cahaya wajah mereka (cahaya bergemerlapan). Mereka berada di atas-atas mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemburui mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan para syuhada'. Seorang badwi berkata: "Ya Rasululullah, terangkan kepada kami sifat-sifat mulia mereka supaya kami dapat mengenali mereka." Rasulullah bersabda: Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum & berlainan tempat, mereka berkasih sayang semata-mata kerana Allah & berkumpul untuk mengingati Allah & menyebut namaNya"... (Tibroni)

~Mudah-mudahan Allah sentiasa terima amal perbuatan kita semua, kerana Allah dan Rasul tak pernah memungkiri janji2Nya...~InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:( Sepanjang minggu lepas, ana dalam mood berduka, (ntah apa-apa ntah.....), tapi sekarang duka itu sudah terubat. Alhamdulillah.

Percaya tak, asbab jemaah tak jadi datang rumah ana minggu lepas...kesannya sampai diri ni susah hati terlebih-lebih.. blog pun tak lalu nak buka. Akhirnya kena migrain. Pelik sungguh kan. (ada ka orang jadi mcmni?) Memang tak berapa minat makan ubat, tapi teringat ada satu ayat dalam surah Al-Waqi"ah untuk buat ubat sakit kepala. Malam tu hanya guna perantaraan ayat Quran je. Bila dah sakit sangat, masa nak tido tu terus pasang earphone kat h/p dengar bacaan Al-quran sampai la tertidur..bangun2 je bateri dah habis...

Alhamdulillah, clean n clear la pulak kepala ni. Allah bagi sihat, Allah bagi sembuh..

Hmm..almaklumlah, setiap kali suami bagi nama kat markas, biasanya Allah pilih rumah kami...tapi yang berlaku mggu lepas adalah sebaliknya. Sedangkan rumah dah siap sedia, betul2 macam nak ambil jemaah..sebab pihak markas suruh standby. Sorong kerusi tarik kerusi, alih barang sana sini, sampai rumah dah berpusing 360 darjah. hehe..Semuanya untuk keselesaan jemaah ketika buat program. Tak apalah penat sikit kan.

Ohh...mungkin salah kami juga hingga nama tak tersenarai kali ni. Ha..check amal, check amal...

Tapi kami tak putus asa, minggu ni bagi nama lagi. Alhamdulillah...Allah terima... jemaah kat markas pun dah call bagi lampu hijau. Jadi insyaAllah la sabtu ni kami suami isteri akan menyambut kedatangan tetamu/jemaah selama 3 hari. Mudah-mudahan ianya benar-benar pilihan Allah. Taktau la dari mana yerk. Suami takde la bertanya pula. Dia kata tak perlu tanya, yang penting, mereka ni original hot n spicy dari Malaysia... ehehe, esok karang berkenalan la kan. Dulu ada sekali terima jemaah foreign dari negara China. Alhamdulillah, ada la sorang dua yg boleh cakap english n arabic. Hat lain-lain tu bahasa china pure. Kira tangan je lah yang bersilat guna bahasa isyarat. Papepun yang seronoknya, bila berjumpa untuk tujuan begini, ukhwah & kasih sayangnya lain. Macam dah bertahun-tahun kenal..sbb maksud & tujuannya satu je...dakwah ilallah. Dalam kepala ni dah terpikir-pikir nak jamu kuih apa yang ringan2 masa depa sampai nanti.

Haa..buat puding jagung ni ok dak. Ini kuih kegemaran kami suami isteri. Boleh kata tiap2 mggu la buat. Tak reti jemu.

Untuk pembaca di luar sana, jika nak tau apa program yang akan berlangsung sepanjang 3 hari ni, jemput2 (bukan cekodok) la datang ye. Perempuan di rumah, lelaki kat masjid. Kawan-kawan masturat pun ramai yang sedia nak tolong khidmat masak. Alhamdulillah...

Kebiasaannya, program yang disusun ketika khuruj macam ni lah ye..antaranya:

-Ceramah/tazkirah daripada pihak lelaki (bayan). Wanita ikut pintu belakang & duduk belakang tabir ye.

Program sesama wanita pulak:
1. Bacaan taklim.
2. Dakwah/Muzakarah 6 sifat sahabat.
3. Halaqah Al-quran/tajwid.
4. Muzakarah adab sunnah, seperti:
-adab makan/minum
-adab istinjak/ keluar masuk tandas
-adab tidur
-adab safar
-sabar & tahammul
-kepentingan tahajud
-adab usul, fikir alami, muzakarah jaga solat awal waktu, kepentingan taklim, hidup sederhana...dan banyak lagi lah.

-Jemaah biasanya makan ramai2. Uish, macam2 rezeki Allah hantar, tambah2 lepas program bayan, sampai boleh bungkus2 lah kat jiran. Selain tu, jemaah akan belajar amalan2 tersebut sepanjang 3 hari tu secara praktikal. Dan ditekankan juga bahawa pentingnya menjaga amalan2 tersebut walaupun selepas balik dari 3 hari. Wah, betul2 rasa macam pegi program motivasi jatidiri. Lagipun bukan lama, 3 hari je...macam pegi outstation kerje la jugak. Sama je situasinya. Tak perlu risaulah.. Dan tak lain tak bukan, mereka khuruj 3 hari tu adalah untuk belajar perbaiki/islah DIRI, IMAN serta AGAMA dalam diri masing2.

Maka, bermulalah kesinambungan lagi kerja-kerja untuk menyambut kedatangan tetamu ni. Antaranya, mengemas lagi dan lagi, standby set memasak/taam & cuci toilet/bilik air supaya lebih berkilat-kilat...hehe. Tidak lupa juga acara jemput-menjemput saudara/kakak serta jiran-jiran sekitar rumah ana yang baik-baik hati ni. Alhamdulillah...kalau lama tak ambil jemaah, mereka akan tanya... apasal dah lama jemaah tak datang? Sebab diorang suka dengar dan join dalam program. Moga-moga Allah lembutkan hati mereka semua suatu masa nanti. Cuma yang palin risau, hall rumah ana tak besar sangat. Biasanya orang tempatan/jiran terlalu ramai datang (kalau kena timingnya), belum lagi kira dengan jemaah masturat yang datang nusrah. Ramai2 datang ni biasanya time bayanlah. Tapi takpa, depa sanggup bersempit-sempit, aircond pun ada walaupun sizenya kecik ciput...speaker sound pun clear bunyinya, takde gedegang gedegung. Moga2 Allah bagi lebih tawajjuh.

Ni lagi satu, menu apa pulak nak masak kat diorang tghari nanti ye...kesian, dah sampai nanti confirm semua lapar nasik....errr...ada cadangan menu tak? Blurrr, asbab baru hilang sakit kepala.

Wallahu alam... dijemput datang bagi sape2 yang berkelapangan ye.

Tuesday, February 22, 2011

PABILA SUDAH BERTUNANG...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum & apa khabar semua...
Dah 2 minggu tak berblog nampaknya. Ini kerana ana ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan sepanjang tempoh tersebut. Ke hulu ke hilir la jugak kat luar kawasan aritu...dan masyaAllah...agak memenatkan. Minta maaf kepada semua kerana tak dapat nak menjenguk blog kalian dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah sekarang dengan izin Allah kembali semula nak jumpa semua kawan-kawan..

Asalnya posting terbaru ni nak buat citer lain, tapi memandangkan ada hajat daripada 'seseorang' yang dihantar melalui emel. Beliau berhajat supaya ana menulis sikit tentang sesuatu perkara, maka diusahakanlah juga untuk tunaikan hajatnya. Nak belajar ikram orang lain...InsyaAllah dik...tak menyusahkan... Apakah perkara itu? Oh..pasal adab bertunang...rupanya beliau dah dipinang oleh seseorang baru-baru ini...alhamdulillah...Dan tak pasti pula samada tuan punya diri izinkan atau tidak untuk link-kan nama/blog dia kat sini, tapi rasanya eloklah dirahsiakan ye..tak perlulah dihebohkan dulu sebab dia cuma bertunang, belum buat majlis walimah lagi.Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Rahsiakan pertunangan, dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” (riwayat Ahmad)

gambar hiasan...

Sebenarnya tak pandai juga nak tulis lagu mana, sebab diri ini pun masih kurang ilmunya & masih belajar tak sudah-sudah lagi. Memang sangat gembira bila mendengar berita ini. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk adik melalui usaha solat istikharah & melakukan istisyarah. Cuma sekadar nak ingat memperingati bahawa bertunang itu bukanlah lesen untuk setiap pasangan itu melakukan apa saja sesuka hati mereka...walaupun pengertian umumnya adalah untuk mengenal wanita secara dekat, dengan tujuan untuk dinikahi, supaya lebih memahami bentuk rupa, perilaku bahkan perangainya. Tapi maksudnya tak sama dengan yang satu ini, apa orang kata sekarang? Bercinta? Lain maknanya kan? Tambah pulak 'bercinta' menurut ukuran sekarang dapat dikatakan hampir menjurus kepada kemaksiatan secara mutlak, kerana percintaan yang dikenal dewasa ini tidak lepas dari berkhalwat di tempat-tempat sunyi atau berdating di sana sini. Nauzubillah...sangat pentingnya hidup beragama ni kan. Namun, bukanlah bererti agama menutup rapat-rapat untuk mengenal seseorang wanita secara dekat, tetapi berusahalah melakukannya dengan mengikut cara agama. Yang penting ianya tidak melampaui batas, dan tujuannya benar-benar untuk dinikahi, bukan sekadar mencari kesenangan hati. Dewasa ni kita lihat ramai pasangan muda-mudi yang belum berkahwin berdua-duaan/berpeleseran kat sana sini, semata-mata nak memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Malah yang lebih berat daripada itupun banyak, baru bertunang sehari dua tapi sudah hidup macam suami isteri. :' (

Salah ana lah sebab kurang sangat buat dakwah nih.

Jadi sama-samalah berusaha menjaga batas-batasnya, lebih-lebih lagi dalam pergaulan/aurat. Iman & taqwa itulah yang dapat memelihara diri dari godaan syaitan.Kadang-kadang bab yang kita rasa remeh temeh pun rupanya syaitan boleh mencelah. Rasulullah pernah bersabda yang lebih kurang begini mafhumnya: Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ke tiga iaitu syaitan...

Kalau boleh janganlah bertunang lama-lama dik ye...lagi cepat kahwin lagi bagus...tujuannya untuk nak elak fitnah atau berlakunya perkara-perkara yang tak diduga. Mungkin boleh tersingkapnya keaiban antara satu sama lain, banyak bermain dengan perasaan, berkemungkinan juga memberi peluang kepada orang lain yang sedang menaruh hati pada pasangan...Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku semasa tempoh bertunang..mungkin adik sendiri boleh fikirkan sebab-sebab yang lain. Kena sentiasa beringat, lagipun si dia sebenarnya belum confirm jadi milik yang hak lagi semasa dalam tempoh tu..melainkan jika sudah ada ikatan perkahwinan yang sah. Yang penting, banyak-banyak doa semoga Allah pelihara iman & beri yang terbaik untuk kita.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ -٩٧

Mafhumnya: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl, ayat 97)

Allahu akbar...apa lagi adik ye? Dah habis dah kot... ringkas je la yea.. (rasa macam pendek, tapi nampak panjang juga). Mintak maaf jika jawapan post ini tak menepati kehendak adik. Memang diakui tak lengkaplah, tambah pulak menulis dalam kekalutan. Sape yang nak bagi tambahan nasihat lagi (pengantin baru @ pengantin lama...yang bujang pun boleh...), boleh la bagi dalam ruangan komen nanti, mudah-mudahan bukan saja jadi ilmu untuk tuan blog & adik kita ni, untuk pakcik makcik yang ada anak nak kawin atau sape yang ada adik yang tengah bertunang tu, elok la kita pakat-pakat berkongsi ilmu dengan mereka. Dan lebih aula lagi jika dapat dirujuk dengan orang alim yang lebih muktabar, atau selak kitab-kitab agama...

Erm..buat suspen jer..sebelum orang ramai lebih suspen lagi siapakah gerangannya yang berhajat minta tulis posting ni, baik ana berhenti dulu di sini. Karang ramai yang tanya, jenuh pula nak menjawab..kan kan.Didoakan kepada adik semoga impian untuk melangkah ke alam perkahwinan akan terlaksana, insyaAllah...amin.

Wallahu 'alam.

Monday, December 27, 2010

DEMI MASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ni bersantai-santai je..Maaf sebab tak buat topik seperti biasa.

Entah kenapa semenjak dua-menjak ni rasa kurang selera pulak nak mengadap komputer, walaupun banyak ilham yang Allah bagi untuk menulis...Sudah kurang minatkah si Aliaazuan ni? Entah la. Yang pastinya, memang tak berapa lalu, macam orang yang sudah kurang selera makan gitu..tapi terpaksa buat-buat lalu jugak kerana memikirkan dah lama sangat tak masuk entry baru. Biasanya bila online, ana cuma tengok blog sendiri, blog sahabat2 yang dah diupdate & check e-mel.. itu je laaa... Memang kekurangan masa & boleh jadi kurang minat juga nak buka benda-benda lain dalam internet ni. Tapi itu pun bukan semua blog yang sempat dibaca. Salah satu puncanya ialah asbab kekangan masa & program yang bertali arus, lagipun musim cuti sekolah ni banyak jemaah yang sedang bergerak dan perlu ziarah rakan-rakan yang sedang ditinggalkan (kerana mahram mereka sedang khuruj). Ni pun tak habis berziarah lagi. Belum lagi masuk bab ziarah rakan2 yang baru melahirkan anak. Oh, sibuknya.

Bukan jam tangan penulis...

Pernah juga terfikir nak pencen dari dunia blog, tapi sampai sekarang takder pencen2 juga..sebabnya kadang2 tu rasa blog ni seperti mengganggu urusan harian je (dalam hati sayang la pula...cinta dunia dah banyak masuk kot). Mungkin orang lain takde masalah seperti ana ni...

Teringat satu bayan/ceramah yang pernah ana dengar sebelum ni.. Allah Taala dah bagi masa yang terbaik untuk kita setiap hari, iaitu 24 jam. Dalam tempoh itulah kita perlu belajar & kena pandai menguruskan masa. Ramai juga ana dengar pandangan2 daripada orang lain yang mengatakan hidup perlu seimbang, dunia & akhirat.. Erm, seimbang dari segi macamana agaknya tu ye? (faham atau buat2 tak faham nih?). Tapi pada pandangn ana yang baru merangkak nak belajar ni, rasanya rata-rata manusia memang selalu cakap macam tu. Tapi hakikat sebenarnya, dunia dah masuk berlebih-lebihan dalam hati kita, (tanpa sedar atau memang secara sedar, nauzubillah).. Kemudian, bila ada keperluan atau takaza yang menjurus pada agama, tak sanggup pula nak buat. Atau sekurang-kurangnya banyak alasan yang diberi, penat...letih...ada hal lain...Bukankah tadi kata nak seimbang?

Jika kita buka sirah nabi & para sahabat pula, tak silap ana para nabi & sahabat ni amat mementingkan agama, lebih daripada dunia. Maksudnya, mereka kehadapankan urusan yang berkaitan Allah Taala & akhirat terlebih dahulu. Sebab apa, mereka adalah insan mulia yang telah diberi kefahaman oleh Allah Taala bahawa akhirat itu adalah halatuju mereka & pasti mereka semua akan ke sana. Kefahaman itu datang dalam diri asbab mereka banyak korban untuk agama. Keperluan dunia mereka pula sangat ringkas. MasyaAllah, betul ke kita semua ni dah dapat ikut macam mereka?. Bukankah selama ini selalu dilaung-laungkan bahawa Rasulullah & para sahabat itu sebagai role model kita? Masalahnya sekarang, kita berusaha atau tidak untuk menjadi seperti mereka? Atau mungkinkah kita semua kurang persediaan diri untuk mengikut jejak langkah mereka? Wallahu alam, tepuk dada tanya IMAN.

InsyaAllah, ulama' kata, dalam sehari (24 jam), perlu ambil kira beberapa perkara di bawah ni & usahalah untuk dimasukkan dalam jadual harian kita, iaitu:

-dakwah, bukan setakat nak bercakap tentang iman sahaja, tapi berusaha untuk bentuk yakin dalam hati, iqrar dengan lisan serta beramal dengan perbuatan. Sekurang-kurangnya mengadakan halqah bersama ahli keluarga setiap hari, sebaik2nya di pagi hari untuk muzakarah tentang hakikat iman yakin. Beberapa minit pun sudah memadai, insyaAllah.

-taklim taklum, sekurang-kurangnya 1/2 jam dengan baca beberapa kelebihan amal. Tujuannya ialah, untuk nak baca & dengar ayat Al-Quran & hadis berulang-ulang kali, supaya timbul yakin dalam hati terhadap Allah Taala, seterusnya mendorong kita berusaha untuk melakukan amal yang terbaik.

-ibadat, seperti solat wajib & nafilah, tahajjud, istiqomah baca Quran, zikir, hafaz doa2 masnun & melakukan urusan2 harian dengan ikut adab sunnah, insyaallah ia akan mendapat pahala ibadat.

-khidmat, iaitu buat kerja-kerja untuk keperluan agama, termasuklah juga mencari nafkah sebagai keperluan hidup, urusan rumahtangga dsb.

Yang selebihnya, sedikit masa untuk rehatkan tubuh badan...
Purata masa bagi manusia tidur di akhir zaman ni pula ialah 8 jam sehari. MasyaAllah, lama betul ye? Sedangkan Rasulullah & para sahabat tak lena tidur pun sebab banyak fikir masalah ummat. Bayangkan jika kita tidur selama tempoh tersebut setiap hari (selepas didarab, tolak, campur, bahagi), kita telah menggunakan masa selama 20 tahun atau 1/3 bahagian daripada usia semata-mata untuk tidur je. Allahu akbar...

Jadi aliaazuan, kena salahkan diri sendirilah nampaknya ni. Jangan salahkan masa. Hakikat sebenarnya, dunia ni dah tak lama. Pejam celik pejam celik, hari & masa terus berubah sejajar dengan meningkatnya usia kita. Umur bukan semakin muda, tapi sudah semakin menginjak ke arah tua. Ada faham wahai aliaazuan?

Justeru, sama-samalah kita berfikir sejenak, bagaimana nak gunakan masa dengan sebaik-baiknya..الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الأخِرَة Dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya insyaAllah akan dituai di akhirat nanti. Malahan bagi orang yang tinggi iman yakinnya pula, Allah Taala akan bagi ganjarannya semasa kat dunia ni lagi. CASH... itu janji Allah...tak percaya? Cuba test tengok, insyaAllah Allah akan bagi...Buatlah apa2 amal kebaikan pun dengan penuh yakin pada Allah Taala & rasai sendiri apa dia janji2 Allah itu. Hanya orang yang diberi kefahaman oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai betapa tingginya hakikat IMAN..sangat manis, lebih berkali-kali ganda manisnya daripada minum air tebu... tak terungkap dengan kata2. Caranya bagaimana? Kena belajar untuk sediakan diri di jalan Allah, insyaAllah baru Allah kasi faham. Nak tau lebih lanjut peringkat seterusnya, rajin-rajin lah ke masjid terlebih dahulu (untuk lelaki). InsyaAllah ada kejayaan kat sana. Isteri pula kena la bagi galakan ye.

InsyaAllah tentu boleh...sebab kalau nak bagi anak cemerlang pun kita sanggup keluarkan beratus-ratus ringgit untuk hantar kem motivasi sana sini untuk dapat kecemerlangan. Hatta nak lunaskan keinginan nafsu sendiripun, kita sanggup korban apa saja. Macam tu la juga IMAN, nak dapatkan kejayaan, hakikat & kemanisannya, perlu la ada buat sedikit pengorbanan....lagi banyak lagi bagus...Allah sangat suka...Apa tu perumpamaan orang melayu cakap? "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian?". Ha, lebih kurang camtu la maksudnya.

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah Taala telah beli harta & diri orang mukmin itu dengan syurgaNya...

Lalu, apa hadiah terbaik yang akan dipersembahkan untuk Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti? Semuanya bergantung pada amal yang ikhlas & usaha kita.

"Ya Allah...terimalah pengorbanan kami yang sedikit ini..."

Wallahu alam.

Tuesday, November 9, 2010

INDAHNYA HIDUP BERJEMAAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan bersikap hidup secara nafsi-nafsi,
v
v
v

Seperti katak di bawah tempurung...
v
v
v

Bahkan, letakkkanlah diri kita secara ijtimai,
v
v
v

Ibarat seikat penyapu ni...
v
v
v

Berlaga pinggan? Ianya perkara lumrah...
v
v
v

Paling penting! Jangan sampai berpecah hati, macam dua makhluk Allah ni...
v
v
v

Seperti pinggan yang sudah retak, tiada gunanya lagi!
v
v
v

Usahalah pertahankan! Susah senang diharungi bersama,,
v
v
v

InsyaAllah, mudahlah menjalankan urusan agama ke seluruh dunia...
Senangnyaaaaa hati tengok burung-burung ni terbang (selingan sikit).
v
v
v

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) -ali Imraan:110

Wallahu alam

p/s:telah diedit..
jazakallahu khairan untuk Ustaz Ishak Zaini.


Monday, October 25, 2010

NAK SEMBUH? INILAH RAWATANNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Ulama memberi perumpamaan...

"NAFSU adalah seperti periuk yang sedang mendidih, begitu menggelegak isinya sehingga terkeluar kacang-kacang dal dari dalamnya. Akan tetapi, jika diletakkan ke atas penutupnya apa-apa sahaja benda yang berat (yakni ubahkan keadaan & suasananya), maka didihan itu akan berhenti. Begitulah keadaannya dengan NAFSU, perlu diletakkan beban yang berat (KETAATAN) ke atasnya, maka nafsu itu akan ditundukkan..."

...Nampak macam senang...macam kita masak bubur kacang tu la agaknya ya. Nak cepat empuk dengan izin Allah, kita buat macam-macam cara, tutup dengan tudung periuk la, letak sudu la, taruk minyak sikit la. Bila dah mendidih, terkeluar pula isi-isinya..lalu kita cari lesung batu letak kat atas dia supaya tak berhamburan lagi...(tapi biasanya ana slowkan api je). Takpe-takpe, perumpaman kat atas tu ulama yang bagi, memang ada benarnya. Tapi bila sampai bab tekan nafsu, masyaAllah... rupa-rupanya perlukan pengorbanan yang sangat besar. Sungguh, tiba-tiba rasa payah pula untuk merealisasikannya!

Ya Allah...mudahkanlah, kerana kami hanyalah hamba yang lemah...

Wallahu alam.

Dipetik daripada kitab Malfuzat...Hadraji Maulana In'amul Hasan Rahmatullahi Alaih.

Thursday, October 21, 2010

YANG PENTING LAGI BERMANFAAT...KITAB HAID

بسم الله الرحمن الرحيم
تحفة الأعزاء في إيضاح مسائل دماء النسآء
~Hadiah Untuk Insan yang Mulia Dalam Menjelaskan HUKUM DARAH WANITA~
Disusun oleh Al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail Al-Hafiz
Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur.
Harga: RM 60 (seperti yang ditulis pada kitab)

Untuk pengetahuan pembaca sekalian yang belum pernah mengetahui kewujudannya, ini adalah sebuah kitab penting yang akan membuka minda anda untuk lebih dekat & mudah memahami beberapa masalah HAID dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, insyaAllah. Dan alhamdulillah ana sendiripun sudah memilikinya.

SUAMI: wajib bagi anda mengajar isteri anda mengenai masalah ini. Jika anda tidak mampu mengajar, suruhlah isteri anda belajar dan berikanlah keizinan kepadanya untuk belajar. Wahai para suami! Anda juga perlu mengetahui masalah ini supaya anda tidak tersalah faham dalam menggauli isteri anda.

BAPA: wajib bagi anda mendidik anak-anak perempuan anda mengenai masalah ini. Jika anda tidak mampu mendidik, hantarlah mereka belajar mengenainya.

GURU: wajib bagi anda memberi bimbingan supaya murid-murid perempuan anda dapat mempelajarinya.

Walau siapapun diri anda, anda bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku di kalangan kaum perempuan sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini.

Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajari tentang haid & jenis-jenisnya. Mungkin dalam minda perempuan masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Dan apabila tempohnya terlebih sedikit maka ianya dikatakan istihadhah, padahal perkara tersebuat kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi, masyarakat hari ini kurang mengetahuinya, kerana wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya, lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita. Ada juga segelintir masyarakat menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang tak senonoh seolah-olah tak sesuai untuk diperbincangkan.

Malah, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya kerana khuatir masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya. Maka, jika fenomena ini berterusan, semua pihak akan menanggung dosa.

Antara kandungannya:
5 bab utama dalam kitab :-
  1. Haid.
  2. Darah dan pembahagiannya.
  3. Istihadah.
  4. Nifas.
  5. Mandi wajib dan qadha sembahyang.

Kitab yang jarang-jarang ditemui ini mengambil masa lebih daripada 3 tahun untuk disiapkan. Dengan menggunakan lebih daripada 50 kitab-kitab lain sebagai rujukan, Al-Fadhil Ustaz Mansoor serta barisan tenaga kerja yang lain berusaha mempersembahkan kitab setebal 223 muka surat ini dalam bentuk yang sangat mudah, pelbagai warna dan gambarajah dan menarik untuk difahami. Dengan menggunakan Bahasa Melayu, kitab ini sudah pasti akan memberikan banyak kemudahan kepada setiap golongan untuk memahami persoalan darah bagi wanita.

Akhir sekali, jika anda berasa perlu mengetahui masalah ini dan ingin memiliki kitab ini, milikilah ia dengan fikiran yang terbuka dan hati yang lapang tanpa mengira kos perbelanjaan yang akan dikeluarkan demi untuk meninggikan agama supaya anda dapat keluar daripada kejahilan. Boleh la kalo nak hadiah kat isteri ke...tunang ke...bakal tunang ke...anak-anak ke...InsyaAllah sesuai sangat.

*Cetakan kitab ini adalah terhad. Boleh didapati di premis-premis masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur & bagi kaum wanita yang berkelapangan, boleh hadiri kelas penerangan kitab haid di Sri Petaling pada jam 11.30-12.30 tghari (setiap Sabtu). Kelas pengajian disampaikan sendiri oleh Ustaz Mansoor. Yang tinggal jauh & tidak berkelapangan macamane pulak? ohhh... :-( (semoga Allah mudahkan)

"JADIKANLAH KITAB INI SEBAGAI CENDERAHATI BUAT INSAN YANG MULIA DI MAJLIS PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, KESYUKURAN & DAN LAIN-LAIN"...

Wallahu alam.

Monday, October 18, 2010

KELEKATU & LAMPU

بسم الله الرحمن الرحيم
Semua kenal kelekatu kan. Kelekatu ni ana rasa banyak kat kampung-kampung, termasuk la di rumah ana kat kampung tu.. Tak tau la kat bandar-bandar besar mudah jumpa atau tak, tapi tak mustahil boleh jumpa pasal kita banyak pakai lampu. Ana nak tulis entry pasal kelekatu ni bukan apa, sebab ada sesuatu yang menarik dan boleh kita fikirkan bersama...

Begini ceritanya...

Tiba-tiba pada malam itu, rumahku di kampung didatangi sekumpulan kelekatu (bermusim jugak kot benda ni), entah dari mana datangnya tak tau..(sebenarnya dari khazanah Allah), berduyun-duyun dia datang. Bukan kejar kita tapi kejar lampu, bukan main lari sana sini rupanya lampu jugak yang dia cari (lari bukan sebab apa, takut masuk telinga, hehe).

Banyak sungguh kelekatu ni, berterbangan ke arah beberapa buah lampu yang dipasang di dalam & luar rumah.. ditutup lampunya kat sini, dia pergi pula kat sana. Ana tengok kesemua kelekatu itu sibuk menerkam ke tempat yang masih dipasang lampu. Setiap kali terkam kelekatu itu pasti jatuh dan mati satu persatu. Ada juga seekor dua yang tak mati dan boleh terbang lagi. Ingatkan dia nak lari, rupa-rupanya tak serik-serik malah pergi lagi menerkam ke lampu tersebut. Bukannya ia tak tau yang ramai kawan-kawannya sudah tersungkur menyembah bumi. Nampaknya perkara itu tidak memberi pengajaran kepadanya, akhirnya dia juga tersungkur sama seperti yang lain. Wallahu 'alam. Hanya Allah yang tau kenapa kejadian kelekatu itu begitu.

.....Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan sesuatu perkara itu supaya manusia berfikir & terus berfikir.....

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Adalah perumpamaan antara aku dengan kamu sama dengan orang yang menyalakan api, lalu datang kupu-kupu berebut-rebut untuk masuk ke dalam api. Lalu aku menahan kamu semua jangan sampai kamu masuk ke dalam api..

.....Jika dilihat dengan mata kepala kita sendiri, maka kita akan tahu bahawa orang yang engkar kepada perintah Allah adalah mereka itu seperti kupu-kupu yang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam api. Cuba kita lihat pada malam hari (seperti cerita di atas tadi), kelekatu & binatang kecil yang terbang akan melaga-lagakan diri mereka pada lampu. Mereka akan melaga-lagakan diri mereka sehingga mati atau tidak boleh terbang lagi. Maka inilah yang dikatakan manusia yang bodoh, apabila mereka tahu siksa api neraka itu sangat pedih, tetapi ke situ juga yang mereka hendak pergi.

Sesungguhnya kejadian kelekatu ini memberi banyak pengajaran kepada kita. Bahkan jika tak digunakan akal fikiran kita untuk memikirkan kejadian itu, boleh jadi perangai manusia lebih teruk daripada kelekatu! Banyak contoh sikap-sikap manusia yang boleh kita lihat sama seperti sikap kelekatu ini, tahu api neraka itu sangat panas, tetapi masih melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah...mungkinkah sikap ini juga ada dalam diri kita? Nauzubillah...minta Allah pelihara iman kita semua. Jangan pula salahkan kelekatu, tapi salahkan diri kita sendiri.

InsyaAllah...Wallahu alam.

Friday, June 4, 2010

TANDA ORANG YANG BERAKAL

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"AL-'AQLU NI'MA AR-RIFQI"

-bermula akal itu sebaik-baik taulan.

Kata Hazrat Aisyah Radhiyallahu Ta'ala Anha (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam): Tanda orang yang berakal itu 10 perkara, 5 perkara daripada zahirnya & 5 perkara daripada batinnya...

5 PERKARA YANG ZAHIR ITU IALAH:
1- Diam diri
2- Menahan marah

3- Merendahkan diri

4- Meramah-ramahkan

5- Berbuat amal soleh


YANG BATIN ITU PULA 5 PERKARA:
1- Berkata-kata dengan kebajikan
2- Berbuat ibadat

3- Sentiasa takut akan Allah Subhanahu Wa Taala

4- Membesarkan dosa dirinya

5- Menghinakan dirinya di hadapan Allah


KATA HUKAMA' PULA, TANDA ORANG BERAKAL ITU 7 PERKARA:
1- Jika orang lain membuat kejahatan ke atasnya, maka dibalasnya dengan kebajikan...suka hatinya dan memaafkannya.
2-Merendahkan diri di hadapan orang yang kurang martabat daripadanya & dimuliakan akan orang yang lebih martabat daripadanya.
3-Diusahakannya kepada segala kebajikan serta disegerakannya pada mengerjakannya.
4- Benci kepada segala pekerjaan yang jahat.
5- Sentiasa menyebut nama Allah, memohon ampun daripada dosanya, serta mengaitkan maut dengan kuburnya.
6- Bercakap sesuatu perkara atas pengetahuannya dengan nyata & sesuai pada tempatnya.
7- Apabila ditimpa kesulitan @ kesukaran, berlindung & berharap ia akan Allah spya meluputkan dia dari bahayanya.

TANDA ORANG YANG KURANG AKAL ITU PUN 7 JUGA:
1- Menganiayai orang2 yang di bwh jagaannya.
2- Membesarkan dirinya di hdpn org yg lebih mulia drpdanya, serta menilik manusia dgn mncari kekurangan2 mereka, serta melebih-lebihkan dirinya.
3- Tiada berkata2 dgn orang lain dgn adab sopan.
4- Kasih ia kpd sgala prbuatan yang salah & juga kasih kpd organg berbuat jahat.
5- Suka melambat2kan dlm melakukan prkara kebaikan & bersegera pula melakukan prkara2 kejahatan.
6- Apabila didatangkan kpdnya suatu kesukaran, maka tiadalah sabar ia.
7- Tidak merasa benci akan kesalahan2nya.

.....Semoga beroleh manfaat & pengajaran.InsyaAllah, amal & sampaikan. Wallahu alam.

-Dipetik dari kitab Al-Muhimmah & Al-Mawa'idz Al-Badii'ah (pengajaran yang ke 41)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails