Monday, October 25, 2010

NAK SEMBUH? INILAH RAWATANNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Ulama memberi perumpamaan...

"NAFSU adalah seperti periuk yang sedang mendidih, begitu menggelegak isinya sehingga terkeluar kacang-kacang dal dari dalamnya. Akan tetapi, jika diletakkan ke atas penutupnya apa-apa sahaja benda yang berat (yakni ubahkan keadaan & suasananya), maka didihan itu akan berhenti. Begitulah keadaannya dengan NAFSU, perlu diletakkan beban yang berat (KETAATAN) ke atasnya, maka nafsu itu akan ditundukkan..."

...Nampak macam senang...macam kita masak bubur kacang tu la agaknya ya. Nak cepat empuk dengan izin Allah, kita buat macam-macam cara, tutup dengan tudung periuk la, letak sudu la, taruk minyak sikit la. Bila dah mendidih, terkeluar pula isi-isinya..lalu kita cari lesung batu letak kat atas dia supaya tak berhamburan lagi...(tapi biasanya ana slowkan api je). Takpe-takpe, perumpaman kat atas tu ulama yang bagi, memang ada benarnya. Tapi bila sampai bab tekan nafsu, masyaAllah... rupa-rupanya perlukan pengorbanan yang sangat besar. Sungguh, tiba-tiba rasa payah pula untuk merealisasikannya!

Ya Allah...mudahkanlah, kerana kami hanyalah hamba yang lemah...

Wallahu alam.

Dipetik daripada kitab Malfuzat...Hadraji Maulana In'amul Hasan Rahmatullahi Alaih.

16 comments:

Cikgu Sue [CS] said...

salam aa,
teringat pula pesan suami waktu keluar hari tu..dia pesan supaya kita tekan perasaan n nafsu demi agama...siapa yg xmahu bersama isteri n family spanjang masa? tp inilah pengorbanan kecil2 yg kita cuba belajar2 drpd pengobanan hebat Nabi s.a.w kpd kita ummatnya..ni slh satu contohlah..byk aspek lg yg perlukan kita melawan hawa nafsu...apa2 yg bertentangan nafsu mmg payah nk dbuat, tp kita ttp kena belajar utk buat... :) MUJAHADAH ITU PAHIT, TETAPI NATIJAHNYA MANIS, InsyaAllah!

**sorry pjg plak komen CS... =P

ahmad humairi said...

salam,

ikut nafsu, punah,
ikut hati, mati,
ikut al Quran dan sunnah,
Allah jamin kebahagiaan yang pasti.

ALIAAZUAN said...

Salam Cs,
hehe..bagus2. Pnjg pun x pe, akak suke je..nafsu yg kecik2 pun kdg2 kita tak tahan, apatah lg nafsu yg bsr2. Mcmna byk jenis nafsu pun yg ada dlm diri, kena la bljr2 tekan...ye dok? (tiru tuan Bijen)

ALIAAZUAN said...

Salam cikgu Myri,

Budak2 main batu,
Jgn suka ikut nafsu...

(hehe, pantun dua kerat je..bab ni mmg kalah dgn ckgu)

hidayu samsudin said...

salam kak....

Benar kak,orang yang paling berjaya, adalah org yang berjaya melawan nafsu...

ALIAAZUAN said...

Salam Ayu,

Ayu pun benar. sapa yg brjaya lawan hawa nafsu, dia la yg kuat...tak pyh bina2 badan @ main wrestling lg.

Bijen M. said...

Salam.
Nafsu dan iman ni boleh diumpamakan seperti kuda dan penunggangnya.
Kalau nafsu kuat dan iman lemah, kuda akan kontrol kita.
Kalau iman kuat dan nafsu lemah, kita akan kontrol kuda.
Tapi kalau nafsu kuat dan iman pun kuat, ibaratnya seperti pengunggang yang handal mempunyai kuda yang kuat.
Kita dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk manfaat kita.
Ke ke ke.

ALIAAZUAN said...

Salam Tuan Bijen,

Bagus perumpamaan 'org yg naik kuda tu'. Sama mcm bwk kereta la jugak kot eh.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..
Jazakillah. Perumpamaan yang bagus. Pernah juga dengar seorang sahabat berseloroh, katanya macam jongkang jongket je nafsu ni. Kalau nafsu di atas, iman di bawah. Kalau nafsu ditekan dibawah, baru iman naik ke atas. Tapi memang degil sungguh nafsu ni. Walaupun usia makin tua, tapi nafsu tak pernah tua. Moga Allah beri taufik pada kita untuk dapat mengawal nafsu.

ALIAAZUAN said...

Salam Ustaz Ishak,

Ya, cantik...prumpamaan yg ustz bg tu lg senang kan, bila bgtau ttg ni kat budk2, boleh bwk cerita psl jongkang jongket...jazakallahu khairan.

Bijen M. said...

Salam.
Setapak kita menjauhi nafsu, sepuluh tapak kita makin hampir dengan syurga.
Peewit.
Tak mau lagi?
Ha ha ha.

*Naik kereta Ferrari. Ha ha ha.

aliaazuan said...

Salam Tuan bIjen,

wah,naik keta ferrari ya? Buat keje betul2 baru dpt, insyaAllah.

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik

Menarik!!

namun zaman sekarang orang kelihatan lagi seronok dgn nafsu sehingga langsung tidak dihiraukan nasihat para ulama. Lebih-lebih lagi generasi muda dan anak-anak sekolah.

aliaazuan said...

Salam Al-Mu'allim,

Betul, kena buat fikir macamna nak selesai mslh ni.

Jazakallahu khairan.

Captain said...

salam aliaazuan,

Perbezaan manusia dan malaikat kerana kita dikurniakan nafsu. Nafsu jika dikawal dengan baik ke jalan yg betul akan memberi kebahagiaan pada diri kita sebaliknya jika nafsu mengawal kita tanpa iman yg kuat akan merosak tubuh dan akal kita.

Jazakallah khairan.

aliaazuan said...

Salam. captain,

Perumpamaan ni pun ana suka. Sgt2 betul.

Jazakallahu khairan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails