Showing posts with label ikramul muslimin. Show all posts
Showing posts with label ikramul muslimin. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

MENCARI DUIT YANG HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu malam, seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Dia ternampak seorang kanak-kanak duduk termangu di bawah sinaran lampu itu.Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya, bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah rumput-rumput itu.

"Apa yang kamu cari?" soal lelaki itu kepada kanak-kanak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.

Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab, "Saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi."

"Oh, ye ke.." Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak-kanak yang sedang duduk termangu.

"Kenapa pula dengan kamu? Kamu menunggu apa di sini?"

Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya dan berkata."Duit saya pun hilang di situ juga tadi."

"Habis kenapa kamu tidak mencarinya?", tanya lelaki itu.

Kanak-kanak itu menjawab dengan selamba,"Tempat itu gelap, macamane saya nak cari?."

Hmm..ye lah, dah orang taknak cari, takkan nak paksa pula kan..
Lalu, lelaki itu menggeleng-geleng kepala dan berlalu pergi bersama anaknya...

(^_^)
Alahai..duit hilang pun taknak cari yerk..kalau hilang RM50 taknak cari balik ke dik.. Mcm2 boleh beli tu...cekelat, kaler pensel, jajan...macam2 lagilah.. Ooo, mungkin budak itu orang yang asal usulnya kaya raya. Antum semua kalau duit hilang, pi cari balik tak? :-) Macam sayang la pulak kan. Buleh beli kitab ke apa ke...

Pengajaran kisah di atas: Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat Islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut ilmu yang berusaha mencari ilmu yang hilang itu. Lambat laun dia akan menemuinya. Kanak-kanak yang duduk-duduk saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu. Dia tidak akan dapat apa-apa...

Kesimpulannya: Ilmu agama adalah harta umat Islam yang semakin hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari selagi hayat kita di kandung badan...InsyaAllah.


العِلْمُ أنِيْسٌ فِى الْوَحْشَةِ
ILMU PENGHIBUR HATI KETIKA GELISAH

وَمُحَدِّثٌ فِى الْخَلْوَةِ
DAN TEMAN BERBUAL KETIKA KESEORANGAN

وَدَلِيلٌ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ
MENJADI PETUNJUK KETIKA SUKA & DUKA


Err..bagi sesetengah pendapat, mungkin ILMU & DUIT tu dua perkara berbeza.. Takpa2, smuanya betul, boleh diterima. Kita kan muzakarah je....insyaAllah.

P/S: Tahniah untuk adik2 kita ni...asbab fikir risau mereka dalam ilmu & agama, Allah pilih mereka juga untuk gi taklim mingguan kat Puchong Ahad baru-baru ni.. Dapat dengar bayan drp maulana dari Indonesia. Jangan serik tau..nak jadi orang baik2 kena usaha cari suasana & tempat yang baik2. Ni dia anak2 bujang yang best & nakal2 ni, semua mesra & sporting.. AYU, BINTI ZAKARIA, AFIDA ANUAR, FARHA (MATADORE), ATIKAH, WANI... Sorang lagi, SHAQIFAH (tak dpt dtg lak mggu ni). Hmm..nampaknya ana sorang je lah yang dah kawin dalam kelompok ni...Sangat gembira dapat jumpa kalian walau selama ni tak pernah kenal di alam nyata, terpaksalah jd kanak2 sekejap :-) ..Mudah2an Allah pilih lagi. Sama2 kita tingkat korban, insyaAllah..

Dan baru2 ni, ana dapat sekeping poskad istimewa drp United Kingdom, lepas tu dpt gambar2 musim bunga kat sana pulak lagi... Ni dia pengirimnya.. SRIKANDI UMMAH...masih student & bujang juga. Gembira tak terkata, maklum la baru kenal tapi rasa ukhwah tu dah lama sangat dah...dan sangat rapat.. Nanti balik Malaysia ada rezeki kita jumpa ye.. Kalau boleh akak nak bawak pegi majlis taklim taklum.. pastu boleh jumpa dgn adinda2 kat atas tu.. InsyaAllah, amin..

Poskad...

Ni salah satu gambar musim bunga kat UK...yang lain banyak lagi, smua cantik2 tp tak larat nak upload dah..Jazaakillah atas kirimannya yer...

Wallahu alam...

Thursday, March 3, 2011

MARI BERZIARAH & MENERIMA TETAMU

بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu ketika Hazrat Ali Karramallahu Wajhu sedang menangis. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata: Sejak tujuh hari tiada seorang tetamu pun datang ke rumahku. Aku takut Allah Subhanahu Wataala ingin menghinakan aku (kerana sesuatu kelakuanku yang tidak disukaiNya)...

(dipetik daripada kitab Fadhilat Sedekah-jilid 4- karangan Sheikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi Alaih).

Kesimpulan: Kena fikir risau & susah hati tetamu tak datang rumah kita sampai berhari-hari. Mari tingkatkan amalan berziarah dan menerima tetamu. Azam, insyaAllah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tetamu tak diundang....terjumpa kat google. Terkejut sungguh dibuatnya.

Tuesday, February 22, 2011

PABILA SUDAH BERTUNANG...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum & apa khabar semua...
Dah 2 minggu tak berblog nampaknya. Ini kerana ana ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan sepanjang tempoh tersebut. Ke hulu ke hilir la jugak kat luar kawasan aritu...dan masyaAllah...agak memenatkan. Minta maaf kepada semua kerana tak dapat nak menjenguk blog kalian dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah sekarang dengan izin Allah kembali semula nak jumpa semua kawan-kawan..

Asalnya posting terbaru ni nak buat citer lain, tapi memandangkan ada hajat daripada 'seseorang' yang dihantar melalui emel. Beliau berhajat supaya ana menulis sikit tentang sesuatu perkara, maka diusahakanlah juga untuk tunaikan hajatnya. Nak belajar ikram orang lain...InsyaAllah dik...tak menyusahkan... Apakah perkara itu? Oh..pasal adab bertunang...rupanya beliau dah dipinang oleh seseorang baru-baru ini...alhamdulillah...Dan tak pasti pula samada tuan punya diri izinkan atau tidak untuk link-kan nama/blog dia kat sini, tapi rasanya eloklah dirahsiakan ye..tak perlulah dihebohkan dulu sebab dia cuma bertunang, belum buat majlis walimah lagi.Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Rahsiakan pertunangan, dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” (riwayat Ahmad)

gambar hiasan...

Sebenarnya tak pandai juga nak tulis lagu mana, sebab diri ini pun masih kurang ilmunya & masih belajar tak sudah-sudah lagi. Memang sangat gembira bila mendengar berita ini. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk adik melalui usaha solat istikharah & melakukan istisyarah. Cuma sekadar nak ingat memperingati bahawa bertunang itu bukanlah lesen untuk setiap pasangan itu melakukan apa saja sesuka hati mereka...walaupun pengertian umumnya adalah untuk mengenal wanita secara dekat, dengan tujuan untuk dinikahi, supaya lebih memahami bentuk rupa, perilaku bahkan perangainya. Tapi maksudnya tak sama dengan yang satu ini, apa orang kata sekarang? Bercinta? Lain maknanya kan? Tambah pulak 'bercinta' menurut ukuran sekarang dapat dikatakan hampir menjurus kepada kemaksiatan secara mutlak, kerana percintaan yang dikenal dewasa ini tidak lepas dari berkhalwat di tempat-tempat sunyi atau berdating di sana sini. Nauzubillah...sangat pentingnya hidup beragama ni kan. Namun, bukanlah bererti agama menutup rapat-rapat untuk mengenal seseorang wanita secara dekat, tetapi berusahalah melakukannya dengan mengikut cara agama. Yang penting ianya tidak melampaui batas, dan tujuannya benar-benar untuk dinikahi, bukan sekadar mencari kesenangan hati. Dewasa ni kita lihat ramai pasangan muda-mudi yang belum berkahwin berdua-duaan/berpeleseran kat sana sini, semata-mata nak memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Malah yang lebih berat daripada itupun banyak, baru bertunang sehari dua tapi sudah hidup macam suami isteri. :' (

Salah ana lah sebab kurang sangat buat dakwah nih.

Jadi sama-samalah berusaha menjaga batas-batasnya, lebih-lebih lagi dalam pergaulan/aurat. Iman & taqwa itulah yang dapat memelihara diri dari godaan syaitan.Kadang-kadang bab yang kita rasa remeh temeh pun rupanya syaitan boleh mencelah. Rasulullah pernah bersabda yang lebih kurang begini mafhumnya: Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ke tiga iaitu syaitan...

Kalau boleh janganlah bertunang lama-lama dik ye...lagi cepat kahwin lagi bagus...tujuannya untuk nak elak fitnah atau berlakunya perkara-perkara yang tak diduga. Mungkin boleh tersingkapnya keaiban antara satu sama lain, banyak bermain dengan perasaan, berkemungkinan juga memberi peluang kepada orang lain yang sedang menaruh hati pada pasangan...Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku semasa tempoh bertunang..mungkin adik sendiri boleh fikirkan sebab-sebab yang lain. Kena sentiasa beringat, lagipun si dia sebenarnya belum confirm jadi milik yang hak lagi semasa dalam tempoh tu..melainkan jika sudah ada ikatan perkahwinan yang sah. Yang penting, banyak-banyak doa semoga Allah pelihara iman & beri yang terbaik untuk kita.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ -٩٧

Mafhumnya: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl, ayat 97)

Allahu akbar...apa lagi adik ye? Dah habis dah kot... ringkas je la yea.. (rasa macam pendek, tapi nampak panjang juga). Mintak maaf jika jawapan post ini tak menepati kehendak adik. Memang diakui tak lengkaplah, tambah pulak menulis dalam kekalutan. Sape yang nak bagi tambahan nasihat lagi (pengantin baru @ pengantin lama...yang bujang pun boleh...), boleh la bagi dalam ruangan komen nanti, mudah-mudahan bukan saja jadi ilmu untuk tuan blog & adik kita ni, untuk pakcik makcik yang ada anak nak kawin atau sape yang ada adik yang tengah bertunang tu, elok la kita pakat-pakat berkongsi ilmu dengan mereka. Dan lebih aula lagi jika dapat dirujuk dengan orang alim yang lebih muktabar, atau selak kitab-kitab agama...

Erm..buat suspen jer..sebelum orang ramai lebih suspen lagi siapakah gerangannya yang berhajat minta tulis posting ni, baik ana berhenti dulu di sini. Karang ramai yang tanya, jenuh pula nak menjawab..kan kan.Didoakan kepada adik semoga impian untuk melangkah ke alam perkahwinan akan terlaksana, insyaAllah...amin.

Wallahu 'alam.

Thursday, October 7, 2010

TOLONG DOAKAN...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dari Anas bin Malik Radiyallahu Anhu meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, dia akan melompat masuk dalam rahmat Allah, dan apabila duduk dengan orang sakit, dia akan tenggelam dalam rahmat Allah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah untuk orang sihat yang mengunjungi orang sakit. Apa yang diperolehi oleh orang sakit? Rasulullah bersabda: Dosa-dosa orang sakit diampuni. (Riwayat Ahmad)

...InsyaAllah ana akan berangkat pulang lagi ke kampung halaman ana di Kedah pada malam ini (lebih kurang seminggu) untuk menziarahi emak yang sedang uzur di sana dan kakak ana yang sedang sakit di hospital..Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan sakit kencing manis. Doakan moga-moga sakitnya tidak berterusan dan lekas sembuh.Amin Ya Allah.

Thursday, September 30, 2010

MARI BUAT 'TUKAR GANTI'...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Allah telah bagi nikmat yang amat banyak kepada hamba-hambanya sepanjang usia ini, ada yang Allah bagi usianya 1 tahun, 10 tahun, 40 tahun, 50 tahun, malah ada juga yang menjangkau umur 120 tahun...mungkin ada yang lebih lagi. Jadi sama-samalah usaha untuk bersyukur kepada Allah dengan memperbaiki serta memperbanyakkan amal soleh, serta buat sesuatu perkara yang dapat menyukakan Allah... Seperti seorang ibu @ bapa yang sayang kepada anak-anaknya, sudah tentu dia mengharapkan yang terbaik daripada anaknya, baik dari segi agama, ilmu dan sebagainya. Maka sebagai anak yang baik, patuh & taat, sudah tentu juga anak itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati kedua ibubapanya. Bila sudah berjaya mencapai matlamat ibubapanya, apa yang parents mereka rasa? GEMBIRA... Begitulah juga Allah Subhanahu Wataala,lebih-lebih lagi Dia akan rasa gembira dengan apa saja amal kebaikan yang kita sudah lakukan..
Hari ni ingat nak masak tomyam, esok nak masak apa pula ya?...lusa...tulat...isy! isy!

Sahabat-sahabat sekalian, sudah menjadi fitrah setiap hari kita tukar pakaian, tukar menu makanan, tukar langsir/perabot baru setiap kali perayaan (mungkin tak semua orang), tukar kereta 5 tahun sekali (tak semua juga kot), tukar cat rumah bila dah berkarat (sebab dah banyak peta dunia-anak conteng sana sini, @ jiran asyik datang rumah borak kosong bersandar berjam-jam sampai dinding dah naik hitam legam)...pendekkata semua ada keinginan nak tukar. Mungkinkah itu keperluan kita @ nafsu semata-mata? Hanya diri sendiri yang tau. Jika betul-betul ia suatu keperluan, insyaAllah...

Perabot ni dah rosak...perlu diganti baru?

Ha..dah ganti baru dah...

Jika semua perkara di atas dah ditukar, mari kita sambung baca entry ni lagi (harap SABAR ya, walaupun entry ni macam panjang tak larat nak baca, insyaAllah ada khir untuk kita). Begitu la si Aliaazuan ni yang baru merangkak nak belajar ni, kerana dakwah & agama tak apa, insyaAllah. Moga Allah bagi kekuatan.

Saudara saudari sekalian, alangkah berbahagianya hidup ini (di dunia & akhirat) jika percakapan kita, akhlak kita, fikir kita serta amalan kita juga dapat 'ditukar ganti' kepada yang lebih diredhai Allah, menyukakan Allah...Hari ini kita banyak cakap tentang kebesaran/kehebatan makhluk @ perkara-perkara dunia yang melalaikan, sehingga percakapan tentang iman/agama menjadi terlalu asing kepada kita, jadi pelik & tak masuk akal pula... Bukan itu saja, malah kita tertawakan pula pada orang yang asyik cakap/bercerita kebesaran Allah. Yang buat muka sardin @ menyampah pun ada. Yang buat seteru pun ramai juga...hmm.. :( Sungguh! Sampai begitu sekali kita hilang minat pada agama.Pada ana, itu lah sifat yang paling pelik! Memang pelik!Tak tau macamana pula dengan antum semua. Pelik juga ke bila dengar orang cakap pasal iman, dakwah, agama? Sedangkan itulah kerja para anbiyak & sahabat R.anhum.

Sesungguhnya, ulama telah rumuskan (kajian daripada Al-Quran & hadis) bahawa jika percakapan/perbuatan kita di luar daripada perkara-perkara di bawah ini, maka ditakuti sia-sialah apa yang kita dah buat tu...

1. Yakin dengan Allah dan Rasulnya melalui mafhum kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah. (bukan setakat zikir @ mewiridkannya sahaja). Kena belajar memahami maksudnya.

2- Menjaga solat di awal waktu dengan penuh khusyuk.

3- Yakin dengan hakikat ilmu & zikir.

4- Tunaikan hak/hajat saudara kita melalui sifat ikramul muslimin.

5- Tashih/ikhlaskan niat -buat atau tinggalkan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah.

6- Dakwah ilallah (khuruj fi sabilillah)-belajar korban harta, diri, masa untuk agama, insyaAllah baru dapat kemanisan dunia akhirat.

Begitu juga nak dapatkan iman yang sempurna, kena ada 3 perkara ni:

1- Tasdiq bil-qolbi (benarkan dalam hati)
2- Iqrar bil-lisan (ucap dengan lidah)
3- Amal bil-jawarih (amal dangan anggota/perbuatan)

Contoh paling mudah, SOLAT. Benarkan dalam hati bahawa solat itu perintah Allah & yakin bawaha hanya dengan solat yang sempurna, Allah selesaikan segala masalah kita. Kemudian, banyak buat dakwah dengan lidah kita tentang kepentingan/kelebihan solat...cakap...cakap....lagi dan lagi...sehingga perkara itu masuk dalam hati. Akhir sekali, amalkan solat tu dengan baik dengan membawa sifat-sifat dalam solat, insyaAllah iman akan meningkat. Lagi satu sentiasa ada rasa kesian/risau dekat saudara seislam kita yang masih tinggal-tinggalkan/lewat2kan solat. Fikir...macamna nak buat...doa untuk dia, sebut nama dia dalam doa tu...Hmm...macam tu la lebih kurang huraiannya.

(yang citer kat atas tadi tu sebenarnya ana nak tunaikan hajat Capt yang dah lama tertangguh, dia minta ana huraikan, maaf ya Capt, lambat pula ana ni. Takut juga Capt akan tuntut perkara ni kat ana di akhirat nanti, jadi diharap Capt berpuashati... :) insyaAllah.

Semoga ana sendiri dapat amal & sampaikan.

Saturday, September 4, 2010

ALHAMDULILLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah. Semalam ana dapat hamper raya ni daripada seorang hamba Allah. Maka, dapat laaa kuih raya tambahan. Jazakallahu khairan kathiran untuk pemberinya.


اللّهُمَّ ارْزُقْنِي رِزْقًا وَاسِعًا
اللّهُمَّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وارْزُقْنِي
آمِينْ يَا رَبّ

Thursday, August 5, 2010

NAK BELAJAR MEMULIAKAN SAUDARA SEISLAM KITA ; KARKUZARI KHAS UNTUK UMU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah...sambil2 kerling jam, rupanya ada juga peluang untuk ana buat entry baru hari ni..Jadi, jangan lah terkejut pulak sebab cerita kali ni tiba2 dah lain. Ana sebenarnya nak ikram & tunaikan hajat saudara ana ni, siapa dia? Adik Umu...Ana ada tanya kat dia resepi begedel special, lalu dia bersusah payah pula menyalinnya..pastu dia berhajat supaya ana dapat buat resepi ni. Alhamdulillah, dah selesai sudah. Oleh kerana resepi ni memang best (dengan izin Allah), ana pun bersush payah juga buat entry ni untuk memberitahu khabar gembiranya. Diharap laporan ni dapat menyenangkankan hati Umu..Erm, Umu ni bagus betul! Suka muliakan org lain, sbb tu la sifat ikram dia tinggi. Jadi ana pun nak belajar-belajar sifat mulia ni dengan dia. Dalam masa yg sama, ana jugak nak mohon maaf pada Captain sebab ada hajatnya yang belum ana tunaikan ( terteringat balik). InsyaAllah ya Capt..ana akan cuba tunaikan. Err..Capt ingat ke tak lagi tu? (Ini ada satu hadis:

عن سالم عن أبيه رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته

Dari Anas Radiyallahu anhuma meriwayatkan Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (Abu Daud)



Untuk pengetahuan Umu, rancangan masak-memasak ni dirakamkan berlaku pada hari Selasa yang lalu. Tanpa melengahkan masa, mari kita terus ke dapur Chef Wan AliaAzuan. Sebelum masuk dapur, pastikan timingnya tak ganggu waktu solat ya. Lepas tu perlu la buat apa2 yang patut dulu, ambil wudhuk..pastikan pakaian tutup aurat, cover kepala..baca doa..cuci tangan bersih2. Mulakan dengan BISMILLAH. Dengan penuh yakin kepada Allah, (insyaAllah) ana pun memulakan operasi dengan menyiapkan bahan2nya. Bahan2 itu adalah seperti kat sebelah ni..(gambar je la yerk, jika nak salin resepi asal, boleh terus layari blog Umu..)Jangan lupa, sambil gaul2 & letak bahan2 tu, elok la berzikir..selawat..doa hidayat...niat juga untuk hulur2 kat orang lain..(kat resepi Umu tu takde garam, jadik ana taruk sikit je garam, hujung sudu camtu..)

Lupa pulak nak maklumkan kat Umu, resepi ni cuma buat separuh
je, just untuk cuba dulu. Kmudian, bila dah tengok hasilnya bagus mcm ni (dengan izin Allah),nak pulak khidmat masak kat jemaah2. Azam insyaAllah, semoga Allah mudahkan. (gambar yang last tu kira dah campur smua bahan, siap nak goreng)

















Dan....akhir sekali, ini la hasilnya..


Nama resepi ni ialah, BERGEDEL DAGING ISTIMEWA.
Setengah adunan dapat 20 bijik. Sape2 yang singgah kat blog ni, jemput2 tengok semua ye..nak ajak makan tak boleh, dah habisss...

Hehe..malu gak nak tunjuk sebenarnya, mugkin Chef2 handalan yang lain akan ketawa bila tengok persembahan yang ntah apa2 ni...hiasan takde..bunga takde...air kopi secawan pun takde...hmm..takpe la, nak cepat..Lepas ni boleh la puan pengadil Umu bagi markah. Rasanya memang sangat sedap (dengan izin Allah juga), ini bukan bodek ya. Sebab orang lain yang merasa semuanya suka makan, anak buah yang umur setahun lebih tu pun makan banyak! Terkejut gak. Apa2 pun, Allah yang bagi rezeki, Allah yang bagi sedap...kita takde daya upaya ape2..nak gerak tangan memasak ni pun dengan kuasa Allah..

Last sekali, jgn lupa (pesanan utk diri sndiri)..bawak beberapa prkara ni ketika menghadap rezeki daripada Allah..

1- Yakin dengan Allah, makanan tidak dpt mengenyangkan kita, Allah yang memberi rasa kenyang. (ada org makan berpinggan2, tapi tak kenyang2..betul tak. Ada org mkn bergedel seketul je, tapi kenyang sampai malam).

2- Makan ikut cara/sunnah Rasulullah kerana di situ ada kejayaan & khairnya.

3- Perlu ada ilmu, pastikan makanan itu takde yang haram & unsur2 syubhat. Juga banyakkan zikir, sekurang2nya baca 'allahumma lakal hamdu wa laka assyukru'.


4- Muliakan orng lain yang makan bersama2 kita, org tua, kanak2..dahulukan mereka.

5- Ikhlaskan niat...makan kerana ini adalah perintah Allah..


6- Bersifat mujahadah...terima seadanya rezeki yang telah Allah tentukan utk kita...jangan komen2... tak sedap, sikit @ sebagainya, kerana ada juga orang yg tak dapat makan langsung..

....Dan amalkan juga adab2 makan yang sempurna, supaya ada keberkatan dalam hidup kita insyaAllah...

Macamna Umu, ada lulus???

Jazakillahu khairan kathiran untuk Umu. Wallahu alam..




Monday, July 12, 2010

ANTARA KEINGINAN & TANGGUNGJAWAB

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, pertama kalinya ana pohon beribu-ribu kemaafan kepada semua, lebih-lagi kepada Cikgu Humairi dan Encik Saiful kerana tak mampu nak tunaikan hajat mereka 100% iaitu nak bagi nota isi ceramah Israk Mikraj seperti yang ana telah war-warkan pada entry yang lepas..kerana ada sedikit musyaqqah (kesulitan) seperti yang perlu antum baca kat bawah ni...

Begini ceritanya...Pada hari Sabtu lepas, ana telah mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar, minta tolong khidmat jaga babynya yang berumur setahun. Biasanya, ayah dia yang jaga sebab tak bekerja hari Sabtu...Maknya kerja. Tapi pada hari tu, ayahnya perlu hadiri satu program penting anjuran pejabat. Anak buah ana tu pulak baru sihat sikit dari sakit lelahnya..tapi boleh tahan gak lasaknya. Jadi biasanya ana la yang selalu ambil tanggungjawab mengasuh jika berlaku kecemasan. Tak apalah, ana redha jika itu kehendak Allah, itupun pahala besar gak, sedangkan pada pagi tu target asal ana ialah nak pegi ke Subang Jaya nak dengar ceramah Israk Mikraj...takpe,kedua-duanya ada kebaikan. Haa...camtulah ceritanya...Allah tak izin pergi la namanya tu, semoga Allah bagi juga pahala kerana berkhidmat untuk anak buah ana tu..insyaAllah..

Ini la rupanya wajah anak buah ana ni...pengubat tika kesunyian...
~Muhammad Aqif Qayyim~
(ada sesiapa tak nak cubit pipi dia?)

Tapi cikgu Humairi & Encik Saiful jangan le frust dengan ana... hehe..apa yang Ustaz Maulana Abdullah Hizli terangkan tu, sama juga dengan apa yang beliau telah ajar kami di kelas pengajian masaail..sbb dia ialah tuan guru kami. Benda yang sama juga..Dan bukan senang nak kutip ilmu dari orang alim yang ada sanad ni.Untuk tunaikan hajat kedua-duanya, jadi ana perlu la ikram tuan-tuan berdua. InsyaAllah, ana cerita juga serba sedikit kesimpulan daripada peristiwa Israk Mikraj ni hasil dari klas pengajian tersebut..mungkin tak dapat lengkap.Ana tak boleh nak cerita semua sbb terlalu panjang. Selebihnya bolehlah dirujuk pada mana-mana alim, kitab-kitab dan sebagainya.

*****************************************************************************

Mita maaf ye tak dapat tunai hajat sepenuhnya... kereta ni ana bagi kat cikgu Humairi & cik saiful. Kongsi buleh? Ini bukan buraq tau.


*****************************************************************************

-Peristiwa Israk Mikraj ini adalah bersandarkan dalil firman Allah dalam surah al-Israk dan juga bersandarkan kepada banyak hadis yang kukuh sehingga diangkat hadis-hadis tersebut menjadi mutawatir kerana ramainya periwayat, (lebih kurang 28 hadis mutawatir). Oleh kerana itu kita wajib beriman dan percaya dengannya.

-Peristiwa ini berlaku ketika Nabi dilantik menjadi nabi, iaitu dalam keadaan masyarakat ketika itu kalut dalam menimbang dalam perlantikan seorang Nabi, kerana penyembahan berhala sedang berleluasa.

-Surah Al-Israk ini adalah lambang kenabian Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Kisah ini perlu diceritakan kepada anak cucu kita supaya ianya tidak dianggap sebagai cerita lawak @ dongeng..selain itu untuk menanamkan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul.

Peristiwa ini juga menunjukkan, untuk sampaikan takluq (hubungan) kita dengan Allah, masjid @ rumah Allah itu adalah penghubungnya. Jadi bagi lelaki2 yang beriman, jagalah waktu solat di masjid-masjid kita ya.

-Bila nabi telah melalui berbagai peristiwa ketika malam Israk Mikraj ini, semangat Nabi berkobar-kobar untuk sampaikan dakwah baginda kepada seluruh orang Quraisy sehingga nabi berjaya mengumpulkan & mendakwahkan mereka. Malah seorang paderi besar (bernama Bitrik) juga telah masuk Islam asbab peristiwa ini.

-Ramai di antara kita tak tau berapakah masa yang diambil oleh Rasulullah untuk ke Sidratul Muntaha pada malam kejadian. Ada yang kata selama tempoh satu malam, ada yang kata separuh malam...mengenangkan peristiwanya yang terlalu banyak dialami oleh nabi. Jadi bagaimana kita nak tau? Begini ceritanya...

Dalam hadis sohih riwayat Ummu Hani (sepupu Rasulullah) beliau menceritakan, pada malam kejadian, Nabi tidur di rumahnya kerana untuk mencari perlindungan daripada ancaman kafir Quraisy. Malaikat Jibril datang, pegang tangan Nabi dan membawanya ke Kaabah. Nabi telah ditunjukkan dengan seekor buraq.

Dalam riwayat Anas bin Malik: dikatakan buraq itu amat takut lantaran terlalu gerun kepada Nabi hingga telinganya bergerak-gerak. Ia meronta-ronta. Jibril kata pada buraq itu: Diam, mari ke sini. Tiada penunggang lagi yang lebih baik selain drp lelaki ini, dialah Muhammad. Lalu, buraq itu menangis...maka menungganglah Rasulullah di atas buraq itu...

Dalam riwayat Ummu Hani tadi menceritakan,orang-orang arab ketika itu mempunyai pintu rumah yang mempunyai rantai serta peyelak. Ketika Rasulullah keluar pada malam itu, rantai pintu itu dalam keadaan bergoyang.. dan apa yang menakjubkan kita ialah, ketika Nabi pulang dari Israk Mikraj, rantai selak pintu itu masih bergoyang!!! Subhanallah, Maha Suci Allah..hanya Dia sahaja yg mengetahuinya berapa lama masa yang diambil. (ini berdasarkan kalimah ليلاً -lailan-mempunyai tanwin yang bermaksud segelintir malam sahaja). Wallahu alam, begitulah kisahnya.

-Kita kena yakin berlakunya peristiwa ini kerana Allah yang ikrarkan peristiwa tersebut melalui firmannya, bukan direka-reka. Dan peristiwa ini sudah tentu mempunyai banyak hikmahnya.

- Menolak firman Allah adalah fasiq, dan menolak peristiwa ini ialah golongan zindiq (murtad).

-Barangsiapa yang beriman sebelum Hijrah (awwalun-yakni golongan sahabat), iman mereka tak sama dengan orang yang beriman selepas hijrah. Ermm...bagaimana pula dengan iman kita ni ya..?

Jadi itu lah serba sedikit cikgu Humairi & Encik Saiful ya...jangan marah.. takpa, biar sikit2, senang kita nak tikror (ulang balik) cerita ni kat orang lain. Oh ya...rupanya cerita kita ni masih kat bumi lagi, itupun masih banyak belum cerita, belum naik langit lagi nampaknya. Allahu akbar, tak larat dah nak menaip gayanya ni. InsyaAllah cuba la cari bahan rujukan dari tempat lain pulak ya. Ataupun to be continue tahun depan insyaAllah. (itupun jika umur masih panjang...)

Wallahu alam...

Tuesday, July 6, 2010

UBAN : KAITANNYA DENGAN TUA


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai orang yang telah merasai umur tua, dan ramai juga yang tak sempat menghadapi hari-hari tua...Persoalan tentang umur tua & muda ini pula, bermacam-macam pandangan yang pernah didengari daripada masyarakat kita. Ada yang kata masuk 40-an baru disebut sebagai tua, ada pula yang kata umur 60-an baru boleh dipanggil tua. Ada pula yang kata rambut dah beruban baru kira tua. Masalahnya sekarang, kadang2 ada juga yang belum masuk umur 30 tapi dah tumbuh uban.Dan tak kurang juga yang marah-marah bila digelar sebagai orang tua, kerana alasan mengatakan dirinya masih muda walaupun umurnya masa itu memang dah tua.

Pada pandangan ana pula, setiap masa dan saat akan bergerak dengan izin Allah, dan umur kita juga akan bergerak seiring dengan masa, jadi perlu sentiasa alert atau berjaga-jaga kerana itu maknanya kita sudah semakin tua! Jadi bagi yang dah ada uban sikit-sikit tu (maksudnya untuk orang -orang yang tak bersedia jadi tua), harap dapat jaga uban-uban tu. Kerana yang dah bersedia jadi tua, insyaAllah dia takkan cabut uban itu, mungkin kerana dia sudah bersedia @ memahami mafhum hadis seperti di bawah...

Dari Abdullah bin Amr mriwayatkan bahawa Rasululullah telah melarang mencabut rambut putih dan bersabda: Sesungguhnya ia adalah nur dari seorang mukmin. (Tirmizi)

Abu Hurairah mriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda: Janganlah kamu mencabut rambut putih kerana ia akan menjadi nur pada hari kiamat. Baragsiapa bertambah tua dalam Islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikan untuk setiap rambut, menghapuskan satu dosa baginya dan menaikkan baginya satu darjat. (Ibnu Hibban)

Bagi yang merasakan dirinya muda pula mungkin selalu membayangkan bila tua nanti kita baru nak menjadi orang soleh atau beriman ,melazimi ke masjid,solat sunat banyak-banyak,baca Al-Quran bila bosan, tasbih sentiasa di tangan...Tak kurang juga inilah masanya nak bergurau senda dengan ahli keluarga & cucu-cucu mereka..

Mana mugkin masa itu kita masih bernafsu untuk makan makanan yang sedap-sedap, manis-manis dan berkolestrol tinggi. Mana mungkin masa itu kita masih berselera untuk menonton astro? Mana mungkin masa itu kita masih ketagih dengan kereta-kereta model terbaru dan rumah besar?

Bila tua, semangat untuk semua itu semakin pudar. Begitu juga bagi sesetengah orang yang sudah menjangkau umur tua masih ramai lagi yang masih dengan dunia mereka sendiri, masih dengan tabiat/perangai lama mereka, yang diamalkan berpuluh-puluh tahun sebelumnya, masih terbawa-bawa. Yang diistilahkan sebagai akhlaq...tapi tidaklah semua.Ramai juga yang telah memperolehi hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala ketika umur mereka menginjak ke tua.

Walau berapa sekalipun umur yang Allah pinjamkan untuk kita, mestilah kita bersyukur & manfaatkan umur itu dengan sebaik-baiknya. Semoga dengan nikmat hidup yang sementara ini (umur pendek @ panjang ), masa yang ada itu perlulah dijadikan zakirah (bekalan) untuk dibawa ke akhirat. Dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya, pasti dan pasti akan dituai di akhirat nanti, baik amalan yang dibawa itu cantik @ sebaliknya, semuanya akan ditanya di akhirat nanti..

Wallahu alam.



Tuesday, June 8, 2010

JOM BACA CERITA 'SENDA GURAU'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Telah berkata para ulama: Bergurau yang terlarang ialah yang dan bersifat keterlaluan dan dengan cara terus menerus, kerana bergurau yang seperti itu menimbulkan ketertawaan & kekerasan hati yang akan mencegah daripada mengingati Allah Taala & dari berfikir dlm hal2 penting mengenai urusan agama. Dalam banyak keadaan biasanya ia boleh mmbawa kepada:
-menyakitkan hati teman,
-menghidupkan perasaan dendam

-melenyapkan rasa ketenangan.

Adapun senda gurau yang terhindar daripada kesan2 diatas, maka itulah senda gurau yang dibenarkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Sebabnya, baginda jarang2 sekali bergurau kecuali jika ada muslihat menariknya untuk bergurau, seperti menggembirakan hati orang yang baginda berkata2 dengannya atau untuk menyedapkan perasaannya...maka senda gurau seperti ini tidaklah dilarang sama sekali, bahkan kadang2 hukumnya menjadi sunat.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda: Jangan kamu bertengkar dengan saudaramu & jangan terlalu byk bergurau dengannya, dan jangan kamu menjanjikan sesuatu, lalu kamu memungkirinya! (riwayat Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, dia berkata: Para sahabat berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai Rasulullah, engkau juga kerap bergurau dengan kami. Jawab baginda: Benar, tetapi aku tidak pernah mengatakan kecuali yang benar sahaja. (riwayat Tirmizi)

...Semoga kita berusaha untuk membetulkan perkataan2 yang selalu keluar dari mulut kita. Jika terdapat kesan2 tidak baik daripada senda gurau trsebut, maka istighfarlah di atas kesilapan2 tersebut. Wallahu alam.

(Dipetik dari kitab Imam Nawawi Rahmatullahi Alaih dgn olahan ayat.)

Saturday, May 22, 2010

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah...di pagi hari Sabtu yg mulia dgn izin Allah ana kembali smula di sini..masih ada nmpknya kelapangan masa yg Allah bg pd ana pagi ini.Sudah seminggu juga ana tak masukkn entry baru kat blog ni. Err..brbicara ttg topik ari ni, smuanya jgn la kelam kabut ya. Ni bkn la nk citer psl cari jodoh mana satu yg nak dipilih @ nak beli produk mana satu yg murah lagi bkualiti...atau...atau...ntah la apa lg ya..sila smbung sndiri jika anda seorang yang rajin.
Sbnarnya entry kali ni nk ceritakan ttg suatu ucapan yg slalu kita dgr @ slalu kita ucapkan apabila menerima kebaikan drp seseorg. Contoh, TERIMA KASIH atau THANK YOU atau SYUKRAN & sebagainya.. Di sekolah2 juga guru2 slalu menitikberatkan kpd plajar2 akan pentingnya ucapan ini kerana ia menunjukkan budi bhsa kita & sbagai tanda pnghargaan kita kpd org lain..begitu juga di sektor2 awam @ swasta sntiasa diberi latihan dan peringatan ttg pkara ini. Maka kesimpulannya kita sntiasa diajar ttg sifat berbudi kpd org lain. Alhamdulillah...suatu nilai murni telah kita pelajari dan hayati.
Di sini ana ingin kongsikan satu lg kalimah (yg ana yakin & rasa sgt terbaik) yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.InsyaAllah dgn ucapan trsbut ia sgt melengkapi akan bbrapa prkara berikut...
Pertama: tanda kita syukur pd Allah atas kebaikan trsebut,
Ke 2: sbgai tanda terima kasih kpd saudara kita dan

Ke 3, kita mendoakan pula kebaikan utk saudara kita.

Jadi, mari kita sama2 hayati bbrpa hadis nabi yg sohih ini & apakah dia ucapan kalimah trsebut...
  • Diriwayatkan drp Usamah b. Zaid r.a, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Brgsiapa yg dibuat kpdnya suatu kebaikan lalu dia berkata kpd yg membuatnya, JAZAAKALLAHU KHAIRA (moga2 Allah membalasmu dgn sgala yg baik) -sebenarnya ia telah menyampaikan kemuncak sanjungan! (HR Tirmizi).
  • Dlm satu riwayat lain,drp Usamah b. Zaid r.a juga,Rasulullah brsabda: Brgsiapa yg dibuat suatu kebaikan padanya, lalu dia berkata kpd pelakunya: JAZAKALLAHU KHAIRAN (moga2 Allah mmbalasmu dgn kebaikan) maka ia telah mmberikan ucapan terima kasihnya yg byk kepadanya (HR Tirmizi).
  • Begitu juga dlm satu rwyt sohih yg lain Rasulullah brsbda bahawa brgsiapa yg membuat ssuatu kebaikan kpd kamu, hendaklah kamu membalasnya. Dan jika kamu tiada mendapati apa2 utk membalasnya, maka hendaklah kamu mendoakan baginya sehingga kamu merasakan bhw kamu sudahpun membalasnya.
Yg mana satu pilihan kalbu...atas atau bawah...?

Maka, apabila ada org yg berbuat baik kpd kita @ kepada org lain @ kpd sesiapa pun, wajarlah kita berdoa baginya, berterima kasih padanya & mendorongnya utk brbuat kebaikan spt itu.

Smoga perkongsian ini dpt memberi manfaat yg berguna kpd kita. Bknlah bertujuan utk menafikan kebaikan ucapan 'terima kasih' yg slalu kita gunakan, TIDAK...,cuma sbgai tambahan ilmu utk kita sama2 amalkan. Mgkin ucapan' jazakallah khair' itu agak berat pada kita, kerana alasan kita, aku bukanlah org Arab @ org2 alim..bkn juga pelajar skolah pondok & agama @ perkataan itu hnya utk org zmn dlu2 kala, tak sesuai disebut di zmn millenium ini...tp pada ana kalimah ini sgt brharga & penting..dan ucapan terima kasih itu adalah baik, cuma kurang melengkapi & hanya mnjadi budaya dan adat kita shj. Justeru,apa salahnya kita cuba bljr menyebut ucapan trsebut (jazakallahu khaira) kerana kebaikannya yg saaaangat byk... ini adalah kerana dlm amalan sunnah pasti ada kejayaan. Jd, jgn lah malu dan segan utk menyebut prkataan yg baik ini. InsyaAllah.. smoga Allah memberi kita kemudahan utk berusaha mencantikkan lg segala amalan kita. Amin...

Sekian, wallahu alam.

(dipetik dari kitab Al-Azkar Nawawi Rahimahullah Taala)

Friday, May 14, 2010

LIDAH TIDAK BERTULANG: BAHAYA GHIBAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Duhai manusia, jagalah lidahmu!
Jangan sampai engkau digigitnya
kerana ia ular yg berbisa...
Betapa banyak penghuni kuburan
dicelakakan lidah yang sangat keterlaluan
yang dahulunya pernah digeruni para pahlawan...

Ketahuilah, bahawasanya setiap mukallaf perlulah mnjaga lidahnya dlm sgala perbicaraannya, kcuali perbicaraan yg mmbawa maslahat & faedah. Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a, nabi telah brsabda: Brgsiapa yg beriman kpd Allah & hari penghabisan (kiamat), hendaklah ia berkata baik @ diam. (Bukhari & Muslim).

APA ITU GHIBAH? GHIBAH ialah mengumpat, iaitu menyebut mengenai yg lain, iaitu sesuatu yg dibenci olehnya, samada pada:
1-BADANNYA: Contoh seperti mengatakan: Dia itu buta, tempang, kepala botak, pendek, panjang, hitam dan sebagainya.
2- AGAMANYA: seperti mengatakan: Dia itu fasiq, yakni jahat, pencuri, pengkhianat, zalim, sentiasa melalaikan solat, memandang enteng prkara2 tg najis, tidak mntaati kedua ibubapanya, tidak meletakkan zakat pd tempatnya, tidak meninggalkan ghibah (yakni suka mengumpat org lain) & sbagainya.
3- DUNIANYA: seperti mengatakan: Dia kurang ajar, suka menyia-nyiakan org lain, tidak mnjga hak org lain, byk mulut, byk mkn & tidur, suka tidur bkn pd wktunya, suka duduk bkn pada tempatnya & seumpama itu.
4- AYAHNYA: sprti mengatakan: Ayahnya seorang yg fasiq, ayahnya org India, @ org Nabati @ bangsa Negro, tukang kasut, penjual kain baju, peniaga, tukang besi, tukang jahit & seumpama itu.
5- KELAKUANNYA: sprti mengatakan: Dia buruk kelakuannya, sombong, suka mengangkat diri, berpura-pura, gopoh, suka menganiaya org lain, sikapnya lemah, hatinya lemah, suka menekan org lain, bengis, bermoral rendah & sebagainya.
6- PAKAIANNYA: sprti mengatakan: Pakaiannya menggelebeh, menyeret tanah, kotor bolor & sebagainya.

Begitu juga dgn keadaan dirinya, bentuknya, hartanya, anaknya, suami @ isterinya, pembantunya, hamba sahayanya, serbannya, perjalannya, kepergiannya, gerak-gerinya, senyumannya, keterdedahan tubuhnya, masam @ manis wajahnya, @ yg sebagainya dr prkara2 yg berkaitan dirinya, samada menyebut dlm ucapan @ tulisan juga sindiran, atau mengisyaratkannya dgn mata/tangan/kepala @ sebagainya...Dan perkara2 yg disebut di atas tadi adalah sebagai contoh. Atas kesepakatan para ulamak, hukumnya adalah HARAM brdasarkan dalil2 yg terang drp Al-Quran & Sunnah, begitu juga dgn ijmak para ulamak.
Adakah lidah kita bermasalah?

Allah Subhanahu Wataala berfirman:
49:12
"Wahai org yg beriman, jauhilah kebanyakan drp sangkaan, krna ssungguhnya sbhgian drp sgkaan itu adalah brdosa. Jgnlah kamu mengintip @ mncari2 kesalahan & keaiban org. Jgnlah setengah kamu mengumpat satu dgn yg lain. Adakah seseorg drp kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? Jika demikian sudah tentulah kamu jijik kpdnya. Brtaqwalah kamu kpd Allah, sesungguhnya Alah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat:12)

104:1
"Celakalah bg setiap pengumpat, penista" (Al-Humazah: 1)

.....Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Tahukah apa itu ghibah? Para sahabat mnjwb, Allah & Rasulnya shj yg lbih tahu. Baginda brsbda, Ghibah ialah engkau mengatakan darihal saudaramu apa yg dibencinya. Ada yg brtanya: Baiklah, jika mmg betul ada pd saudaraku apa yg aku katakan itu? Jwb Baginda: Jika ada pd saudaramu apa yg engkau katakan, maka engkau telah mengumpatnya. Dan jika tidak ada padanya apa yg engkau katakan, maka engkau telah berdusta ke atasnya. (riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai. Dan brkta Tirmizi hadis ini bagus & sohih).

Ini menunjukkan bahawa ghibah @ mengumpat itu sgt berat dosanya, dan ia tidak sepadan dgn pmberian apapun yg diberikan kpd org yg mengupah itu, biar berapa byk @ mahal sekalipun, kerana ia adalah prkara yg dicela dlm agama...

Smoga sama2 kita mendpt ilmu & berusaha utk amalkan, insyaAllah...


Sekian, wassalam.


(dipetik dr kitab Kumpulan Doa & Zikir Imam Nawawi Rahimahullah)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails