Tuesday, July 6, 2010

UBAN : KAITANNYA DENGAN TUA


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai orang yang telah merasai umur tua, dan ramai juga yang tak sempat menghadapi hari-hari tua...Persoalan tentang umur tua & muda ini pula, bermacam-macam pandangan yang pernah didengari daripada masyarakat kita. Ada yang kata masuk 40-an baru disebut sebagai tua, ada pula yang kata umur 60-an baru boleh dipanggil tua. Ada pula yang kata rambut dah beruban baru kira tua. Masalahnya sekarang, kadang2 ada juga yang belum masuk umur 30 tapi dah tumbuh uban.Dan tak kurang juga yang marah-marah bila digelar sebagai orang tua, kerana alasan mengatakan dirinya masih muda walaupun umurnya masa itu memang dah tua.

Pada pandangan ana pula, setiap masa dan saat akan bergerak dengan izin Allah, dan umur kita juga akan bergerak seiring dengan masa, jadi perlu sentiasa alert atau berjaga-jaga kerana itu maknanya kita sudah semakin tua! Jadi bagi yang dah ada uban sikit-sikit tu (maksudnya untuk orang -orang yang tak bersedia jadi tua), harap dapat jaga uban-uban tu. Kerana yang dah bersedia jadi tua, insyaAllah dia takkan cabut uban itu, mungkin kerana dia sudah bersedia @ memahami mafhum hadis seperti di bawah...

Dari Abdullah bin Amr mriwayatkan bahawa Rasululullah telah melarang mencabut rambut putih dan bersabda: Sesungguhnya ia adalah nur dari seorang mukmin. (Tirmizi)

Abu Hurairah mriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda: Janganlah kamu mencabut rambut putih kerana ia akan menjadi nur pada hari kiamat. Baragsiapa bertambah tua dalam Islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikan untuk setiap rambut, menghapuskan satu dosa baginya dan menaikkan baginya satu darjat. (Ibnu Hibban)

Bagi yang merasakan dirinya muda pula mungkin selalu membayangkan bila tua nanti kita baru nak menjadi orang soleh atau beriman ,melazimi ke masjid,solat sunat banyak-banyak,baca Al-Quran bila bosan, tasbih sentiasa di tangan...Tak kurang juga inilah masanya nak bergurau senda dengan ahli keluarga & cucu-cucu mereka..

Mana mugkin masa itu kita masih bernafsu untuk makan makanan yang sedap-sedap, manis-manis dan berkolestrol tinggi. Mana mungkin masa itu kita masih berselera untuk menonton astro? Mana mungkin masa itu kita masih ketagih dengan kereta-kereta model terbaru dan rumah besar?

Bila tua, semangat untuk semua itu semakin pudar. Begitu juga bagi sesetengah orang yang sudah menjangkau umur tua masih ramai lagi yang masih dengan dunia mereka sendiri, masih dengan tabiat/perangai lama mereka, yang diamalkan berpuluh-puluh tahun sebelumnya, masih terbawa-bawa. Yang diistilahkan sebagai akhlaq...tapi tidaklah semua.Ramai juga yang telah memperolehi hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala ketika umur mereka menginjak ke tua.

Walau berapa sekalipun umur yang Allah pinjamkan untuk kita, mestilah kita bersyukur & manfaatkan umur itu dengan sebaik-baiknya. Semoga dengan nikmat hidup yang sementara ini (umur pendek @ panjang ), masa yang ada itu perlulah dijadikan zakirah (bekalan) untuk dibawa ke akhirat. Dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya, pasti dan pasti akan dituai di akhirat nanti, baik amalan yang dibawa itu cantik @ sebaliknya, semuanya akan ditanya di akhirat nanti..

Wallahu alam.



12 comments:

Cikgu Sue [CS] said...

salam aa,
jazakillahu khairan kathiiran...hmmmm ilmu yg sgt baru utk sy...zauj prnah bgtau sy b4 ni...tp sy kurang yakin, kerana xde hadis menyokong..katanya dia pernah dgr...so,sukar utk sy meyakininya...InsyaAllah lpas ni sy leh kongsikan dgn zauj ilmu ni...

Captain said...

Salam Aliaazuan,

Banyak lelaki yg inai rambut jadi hitam semula. Kononnya nampak muda. Yang tu memang capt tak pernah buat kerana biarlah uban itu tumbuh mengikut usia sebenar.

Yang penting amalan yg sedikit ini diperbanyakkan. Diamalkan bersesuaian dengan usia kita. Ada satu lagu kumpulan nasyid..."Kalau hidup seribu tahun tapi kalau tak sembahyang apa gunanya".

Tapi janggut putih cabutlah. Hukumnya makruh.
Manusia takut menghadapi hari tua bagi yg belum bersedia. InsyaAllah mintax dipanjang umur supaya dpt membuat amal jariah dan amalanx yg tertinggal dahulu.

Jazakallah Khairan.

Bijen M. said...

Semakin hari masa kita semakin singkat di dunia.
Apa yang sudah di buat dengan masa-masa lalu yang dibazirkan?

aliaazuan said...

Salam CS..

Baarokallahu fiik.Bab uban tu ada dlm kitab muntakhab ahadith.

aliaazuan said...

Salam Captain...

Ya..jazakallahu khairan krna Capt telah ingatkan ana psl inai. Tak teringat pula hal tu smlm. Err..Capt ada uban ke? Mcm tak caya je. Nmpak hitam & muda jerk. Hehe..

aliaazuan said...

Salam Bijen M...

Betul tu..rasa mcm byk plak masa bazir ke lain. Nnti tak sedar lama2 uban pun dah tumbuh satu2...baru laaa kelam kabut.

z@i said...

salam...
org ska cABUT uban sbb rse syok.leka jer... tp sy xder uban g..hehe..

aliaazuan said...

Salam Zainab...

A ah la..dlu2 akak slalu nmpk org dulu2 suka dok kat dpn beranda cabut uban. Nmpak lekaaaaa jer. Takpe..jika tumbuh sehelai pun takpe, tu mknanya Zainab kena kawen cpt2.

ahmad humairi said...

salam,

uban dah memenuhi ruang di kepala saya...kalau di cabut...botaklah kepala. Usia tua x dapat di sembunyikan melalui uban sahaja...

uban berterabur,
kulit kendur,
mata kabur,
gigi gugur,
...xlama masuk kubur!

Penulis Seni said...

salam, beza uban tua dgn uban gatal & uban rmbut rosak..uban tua ni cbut tak rasa apa..skit sbb rambut betul..uban gatal/rmbut rosak, bila cabut rasa gatal kdg2 sedap/best..uban jns ni, kasar dr rmbut yg lain..(yg ni tak kira tua muda kcuali rmbut yg sihat)biasanya uban mwakili rmbut yg stress atau byk prblem..

aliaazuan said...

Salam Cikgu Humairi.

Sedap pula..pandai ckgu susun ayat buat pantun,pakej yg lengkap bila usia dah tua..

aliaazuan said...

Salam Cik editor.

Betui tu. Pernah jugak org ckp cmni...: bila dh penah kena sengat dgn lebah, mudah tumbuh uban walaupun usia msih muda.. ada sorang sdara ana tu jadik kes cmtu gak...hmmm..tak tau la mitos tu betui ke tak, wallahu alam. Yg kita kena yakin ialah, smua yg blaku adalah dgn kehendak Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails