بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, pertama kalinya ana pohon beribu-ribu kemaafan kepada semua, lebih-lagi kepada Cikgu Humairi dan Encik Saiful kerana tak mampu nak tunaikan hajat mereka 100% iaitu nak bagi nota isi ceramah Israk Mikraj seperti yang ana telah war-warkan pada entry yang lepas..kerana ada sedikit musyaqqah (kesulitan) seperti yang perlu antum baca kat bawah ni...
Begini ceritanya...Pada hari Sabtu lepas, ana telah mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar, minta tolong khidmat jaga babynya yang berumur setahun. Biasanya, ayah dia yang jaga sebab tak bekerja hari Sabtu...Maknya kerja. Tapi pada hari tu, ayahnya perlu hadiri satu program penting anjuran pejabat. Anak buah ana tu pulak baru sihat sikit dari sakit lelahnya..tapi boleh tahan gak lasaknya. Jadi biasanya ana la yang selalu ambil tanggungjawab mengasuh jika berlaku kecemasan. Tak apalah, ana redha jika itu kehendak Allah, itupun pahala besar gak, sedangkan pada pagi tu target asal ana ialah nak pegi ke Subang Jaya nak dengar ceramah Israk Mikraj...takpe,kedua-duanya ada kebaikan. Haa...camtulah ceritanya...Allah tak izin pergi la namanya tu, semoga Allah bagi juga pahala kerana berkhidmat untuk anak buah ana tu..insyaAllah..
Ini la rupanya wajah anak buah ana ni...pengubat tika kesunyian...
~Muhammad Aqif Qayyim~
(ada sesiapa tak nak cubit pipi dia?)
~Muhammad Aqif Qayyim~
(ada sesiapa tak nak cubit pipi dia?)
Tapi cikgu Humairi & Encik Saiful jangan le frust dengan ana... hehe..apa yang Ustaz Maulana Abdullah Hizli terangkan tu, sama juga dengan apa yang beliau telah ajar kami di kelas pengajian masaail..sbb dia ialah tuan guru kami. Benda yang sama juga..Dan bukan senang nak kutip ilmu dari orang alim yang ada sanad ni.Untuk tunaikan hajat kedua-duanya, jadi ana perlu la ikram tuan-tuan berdua. InsyaAllah, ana cerita juga serba sedikit kesimpulan daripada peristiwa Israk Mikraj ni hasil dari klas pengajian tersebut..mungkin tak dapat lengkap.Ana tak boleh nak cerita semua sbb terlalu panjang. Selebihnya bolehlah dirujuk pada mana-mana alim, kitab-kitab dan sebagainya.
*****************************************************************************
Mita maaf ye tak dapat tunai hajat sepenuhnya... kereta ni ana bagi kat cikgu Humairi & cik saiful. Kongsi buleh? Ini bukan buraq tau.
*****************************************************************************
-Peristiwa Israk Mikraj ini adalah bersandarkan dalil firman Allah dalam surah al-Israk dan juga bersandarkan kepada banyak hadis yang kukuh sehingga diangkat hadis-hadis tersebut menjadi mutawatir kerana ramainya periwayat, (lebih kurang 28 hadis mutawatir). Oleh kerana itu kita wajib beriman dan percaya dengannya.
-Peristiwa ini berlaku ketika Nabi dilantik menjadi nabi, iaitu dalam keadaan masyarakat ketika itu kalut dalam menimbang dalam perlantikan seorang Nabi, kerana penyembahan berhala sedang berleluasa.
-Surah Al-Israk ini adalah lambang kenabian Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Kisah ini perlu diceritakan kepada anak cucu kita supaya ianya tidak dianggap sebagai cerita lawak @ dongeng..selain itu untuk menanamkan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul.
Peristiwa ini juga menunjukkan, untuk sampaikan takluq (hubungan) kita dengan Allah, masjid @ rumah Allah itu adalah penghubungnya. Jadi bagi lelaki2 yang beriman, jagalah waktu solat di masjid-masjid kita ya.
-Bila nabi telah melalui berbagai peristiwa ketika malam Israk Mikraj ini, semangat Nabi berkobar-kobar untuk sampaikan dakwah baginda kepada seluruh orang Quraisy sehingga nabi berjaya mengumpulkan & mendakwahkan mereka. Malah seorang paderi besar (bernama Bitrik) juga telah masuk Islam asbab peristiwa ini.
-Ramai di antara kita tak tau berapakah masa yang diambil oleh Rasulullah untuk ke Sidratul Muntaha pada malam kejadian. Ada yang kata selama tempoh satu malam, ada yang kata separuh malam...mengenangkan peristiwanya yang terlalu banyak dialami oleh nabi. Jadi bagaimana kita nak tau? Begini ceritanya...
Dalam hadis sohih riwayat Ummu Hani (sepupu Rasulullah) beliau menceritakan, pada malam kejadian, Nabi tidur di rumahnya kerana untuk mencari perlindungan daripada ancaman kafir Quraisy. Malaikat Jibril datang, pegang tangan Nabi dan membawanya ke Kaabah. Nabi telah ditunjukkan dengan seekor buraq.
Dalam riwayat Anas bin Malik: dikatakan buraq itu amat takut lantaran terlalu gerun kepada Nabi hingga telinganya bergerak-gerak. Ia meronta-ronta. Jibril kata pada buraq itu: Diam, mari ke sini. Tiada penunggang lagi yang lebih baik selain drp lelaki ini, dialah Muhammad. Lalu, buraq itu menangis...maka menungganglah Rasulullah di atas buraq itu...
Dalam riwayat Ummu Hani tadi menceritakan,orang-orang arab ketika itu mempunyai pintu rumah yang mempunyai rantai serta peyelak. Ketika Rasulullah keluar pada malam itu, rantai pintu itu dalam keadaan bergoyang.. dan apa yang menakjubkan kita ialah, ketika Nabi pulang dari Israk Mikraj, rantai selak pintu itu masih bergoyang!!! Subhanallah, Maha Suci Allah..hanya Dia sahaja yg mengetahuinya berapa lama masa yang diambil. (ini berdasarkan kalimah ليلاً -lailan-mempunyai tanwin yang bermaksud segelintir malam sahaja). Wallahu alam, begitulah kisahnya.
-Kita kena yakin berlakunya peristiwa ini kerana Allah yang ikrarkan peristiwa tersebut melalui firmannya, bukan direka-reka. Dan peristiwa ini sudah tentu mempunyai banyak hikmahnya.
- Menolak firman Allah adalah fasiq, dan menolak peristiwa ini ialah golongan zindiq (murtad).
-Barangsiapa yang beriman sebelum Hijrah (awwalun-yakni golongan sahabat), iman mereka tak sama dengan orang yang beriman selepas hijrah. Ermm...bagaimana pula dengan iman kita ni ya..?
Jadi itu lah serba sedikit cikgu Humairi & Encik Saiful ya...jangan marah.. takpa, biar sikit2, senang kita nak tikror (ulang balik) cerita ni kat orang lain. Oh ya...rupanya cerita kita ni masih kat bumi lagi, itupun masih banyak belum cerita, belum naik langit lagi nampaknya. Allahu akbar, tak larat dah nak menaip gayanya ni. InsyaAllah cuba la cari bahan rujukan dari tempat lain pulak ya. Ataupun to be continue tahun depan insyaAllah. (itupun jika umur masih panjang...)
Wallahu alam...
13 comments:
Salam,
Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga atas laporan yang diberikan. Aku nak kumpulkan cerita-cerita seumpanyanya dalam blog sekolah rakyat saadiah. Kopipes...boleh kan?
Comei anak berbuah tu...saya dah cuuubit pipinya!
...keta tu, ada satu ke dua?...kang cik saiful amik dulu...ha melopong aku!
Bolehlah amalkan formula peluk dan selawat tu.
:)
Salam.
Ambik la cikgu, tapi ayat yg ana tulis ni ntah apa2la, tak tersusun.Yang penting ana rasa ada bbrpa perkara baru kat situ yang kita tak tau, ceritanya tak sama mcm Israk Mikraj masa belajar kat sekolah dlu. Kalau cerita hbs bab ni mungkin meremang dibuatnya kita.
Erk, anak berbuah? hehe..pape jelah. Tahniah krana cikgu dah berjaya cubit pipinya.Dan kereta tu hanya ada satu je, tak cukup bajet pula nak membelinya. Err...cikgu amalkan 'kongsi kereta' je lah dgn Cik Saiful eh.
Salam..Bijen M. (nama yg unik! sbenarnya nama betul anta ni apa ya?
Oh,cerita psl baby tu...ya, betul la tu, amalkanlah apa yg dicadangkan oleh cik Bijen M kita ni, dia banyak pengalaman menjaga baby. Sebarang petua yang diperlukan,silalah rujuk kat dia ya.InsyaAllah..
SALAM..
TERIMA KASIH ATAS LAPORANNYA.... MINTA IZIN DI COPY YE...
TO CIKGU HUMAIRI, TAK PE KALAU TAK CUKUP KITA POTONG DUA SAJA KETA TU...
Salam Cik Saiful,
Baarokallah.Copy la jika sudi. Artikel ana ni tak la seberapa jika nk dibandingkn dgn org lain.
Ha...cdgn yg bagusss..Cik Saiful buat la apa yg patut kat keta tu yerr.
Eh.
Apa pula.
Petua Umu tu.
(Mengumpat dia pula)
Ha ha ha.
Salam...Bijen M.
:)... (senyum itu sedekah)
Salam Aliaazuan,
Nak dtg selalu baca sini dah komputer capt hantar kat kedai repair hardisk. Ni berebut dgn org umah nak buka blog...sementara dia tidur...cuti sakit.
Dari kisah Israk Mikraj yang dilalui oleh baginda Rasulullah. Semua umat Islam wajib mempercayainya jika tidak hukumnya kafir.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan yang lurus dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Perjalanan Bertingkat pula dari Masjidil Aqsa ke Sirahtul Muntaha.
Selalu kita dah tahu apa kisahnya kerana setiap tahun kita akan dengar ceramah dari ustazx. Dari kecil sampai skrg.
Apa yg kita perlu ambil ikhtibar dari kisah Israk Mikraj iaitu kejadian yg berlaku..
Diantara kebesaran Allah swt dan Sifat Rasulullah yg merendah diri kpd Nabix yg terdahulu darinya berkenaan solat 5 waktu yg termampu dilakukan oleh umatnya skrg.
Baginda berulang alik dan bertanya kepada Nabix yg terdahulu, padahal baginda tahu akan umatnya. Itulah sifat rendah diri walaupun baginda adalah kekasih Allah swt. Baginda tahu kemampuan umatnya tetapi sebagai menghormati Nabix yg terdahulu bertanya pendapat mereka.
Jika kita adik bungsu kena hormat pd abangx dan kakak, walaupun tinggi kelulusan kita berbanding abangx yg hanya lulus SRP/SPM tetapi kena hormat mereka yg lebih tua.
Lain-lain peristiwa dari Israk Mikraj tentang makam yg berbau wangi semasa baginda lalu dlm perjalanan dll.
Jazakallah Khairan.
salam..Allah hu Akbar..peristiwa Israk Mikraj membawa makna yang tersurat dan tersirat..
Salam...
Cik Bijen M, enta ngumpat dia ke? Hehe..nanti ana selidik ayat enta tu semula. Oh.., main pat-pat siku lipat je tu...
Salam Capt...
Jazakallah atas tambahan ilmu tu..kita syer dgn semua..dan elok crita ni disampaikan pd generasi slps kita ni spya ia tak hilang ditelan masa..
Salam Sal...
Itulah yang menunjukkan kbesaran Allah & dalil nubuwwah...tak terjangkau dek akal fikiran kita apa yg berlaku ketika peristiwa tu.. setiap tahun jika dgr ceramah psl Israk Mikraj ni, mmg smakin trasa byk lg yg tak tau..Sentiasalah kita belajar n cari ilmu ya. Jgnlah ada perasaan bila dah pandai, ilmu dah setinggi langit, tak perlu bljr lg. semangat & keinginan kena kuat. Baru Allah pandang diri kita & memudahkan segala-galanya. InsyaAllah..
Post a Comment