Thursday, August 5, 2010

NAK BELAJAR MEMULIAKAN SAUDARA SEISLAM KITA ; KARKUZARI KHAS UNTUK UMU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah...sambil2 kerling jam, rupanya ada juga peluang untuk ana buat entry baru hari ni..Jadi, jangan lah terkejut pulak sebab cerita kali ni tiba2 dah lain. Ana sebenarnya nak ikram & tunaikan hajat saudara ana ni, siapa dia? Adik Umu...Ana ada tanya kat dia resepi begedel special, lalu dia bersusah payah pula menyalinnya..pastu dia berhajat supaya ana dapat buat resepi ni. Alhamdulillah, dah selesai sudah. Oleh kerana resepi ni memang best (dengan izin Allah), ana pun bersush payah juga buat entry ni untuk memberitahu khabar gembiranya. Diharap laporan ni dapat menyenangkankan hati Umu..Erm, Umu ni bagus betul! Suka muliakan org lain, sbb tu la sifat ikram dia tinggi. Jadi ana pun nak belajar-belajar sifat mulia ni dengan dia. Dalam masa yg sama, ana jugak nak mohon maaf pada Captain sebab ada hajatnya yang belum ana tunaikan ( terteringat balik). InsyaAllah ya Capt..ana akan cuba tunaikan. Err..Capt ingat ke tak lagi tu? (Ini ada satu hadis:

عن سالم عن أبيه رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته

Dari Anas Radiyallahu anhuma meriwayatkan Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (Abu Daud)



Untuk pengetahuan Umu, rancangan masak-memasak ni dirakamkan berlaku pada hari Selasa yang lalu. Tanpa melengahkan masa, mari kita terus ke dapur Chef Wan AliaAzuan. Sebelum masuk dapur, pastikan timingnya tak ganggu waktu solat ya. Lepas tu perlu la buat apa2 yang patut dulu, ambil wudhuk..pastikan pakaian tutup aurat, cover kepala..baca doa..cuci tangan bersih2. Mulakan dengan BISMILLAH. Dengan penuh yakin kepada Allah, (insyaAllah) ana pun memulakan operasi dengan menyiapkan bahan2nya. Bahan2 itu adalah seperti kat sebelah ni..(gambar je la yerk, jika nak salin resepi asal, boleh terus layari blog Umu..)Jangan lupa, sambil gaul2 & letak bahan2 tu, elok la berzikir..selawat..doa hidayat...niat juga untuk hulur2 kat orang lain..(kat resepi Umu tu takde garam, jadik ana taruk sikit je garam, hujung sudu camtu..)

Lupa pulak nak maklumkan kat Umu, resepi ni cuma buat separuh
je, just untuk cuba dulu. Kmudian, bila dah tengok hasilnya bagus mcm ni (dengan izin Allah),nak pulak khidmat masak kat jemaah2. Azam insyaAllah, semoga Allah mudahkan. (gambar yang last tu kira dah campur smua bahan, siap nak goreng)

















Dan....akhir sekali, ini la hasilnya..


Nama resepi ni ialah, BERGEDEL DAGING ISTIMEWA.
Setengah adunan dapat 20 bijik. Sape2 yang singgah kat blog ni, jemput2 tengok semua ye..nak ajak makan tak boleh, dah habisss...

Hehe..malu gak nak tunjuk sebenarnya, mugkin Chef2 handalan yang lain akan ketawa bila tengok persembahan yang ntah apa2 ni...hiasan takde..bunga takde...air kopi secawan pun takde...hmm..takpe la, nak cepat..Lepas ni boleh la puan pengadil Umu bagi markah. Rasanya memang sangat sedap (dengan izin Allah juga), ini bukan bodek ya. Sebab orang lain yang merasa semuanya suka makan, anak buah yang umur setahun lebih tu pun makan banyak! Terkejut gak. Apa2 pun, Allah yang bagi rezeki, Allah yang bagi sedap...kita takde daya upaya ape2..nak gerak tangan memasak ni pun dengan kuasa Allah..

Last sekali, jgn lupa (pesanan utk diri sndiri)..bawak beberapa prkara ni ketika menghadap rezeki daripada Allah..

1- Yakin dengan Allah, makanan tidak dpt mengenyangkan kita, Allah yang memberi rasa kenyang. (ada org makan berpinggan2, tapi tak kenyang2..betul tak. Ada org mkn bergedel seketul je, tapi kenyang sampai malam).

2- Makan ikut cara/sunnah Rasulullah kerana di situ ada kejayaan & khairnya.

3- Perlu ada ilmu, pastikan makanan itu takde yang haram & unsur2 syubhat. Juga banyakkan zikir, sekurang2nya baca 'allahumma lakal hamdu wa laka assyukru'.


4- Muliakan orng lain yang makan bersama2 kita, org tua, kanak2..dahulukan mereka.

5- Ikhlaskan niat...makan kerana ini adalah perintah Allah..


6- Bersifat mujahadah...terima seadanya rezeki yang telah Allah tentukan utk kita...jangan komen2... tak sedap, sikit @ sebagainya, kerana ada juga orang yg tak dapat makan langsung..

....Dan amalkan juga adab2 makan yang sempurna, supaya ada keberkatan dalam hidup kita insyaAllah...

Macamna Umu, ada lulus???

Jazakillahu khairan kathiran untuk Umu. Wallahu alam..




14 comments:

ahmad humairi said...

salam,

aku terus luluskan sahaja...sebab aku nak belajar dari entri ini.

umu6point said...

Assalamualaikum kak..

Allahuakhbar... segannya umu. Menyusahkan akak ke ni nak bg karguzarinye? Jazakillah ye ikram umu balik..hehee

emmm..nampak sedap tu bergedil akak.. balik rumah hujung minggu ni, insyaAllah umu pun nak masak.. bergedil daging istimewa untuk hari yang istimewa..hehee

Bila akak ingatkan masukkan garam kan, baru umu sedar yang umu terlupa nak tulis.. dan untuk cover, umu nak kata resepi umu tu untuk pesakit darah tinggi..hikhik

Kak, bagusnya entry kali ini bukan sebab akak cuba resepi tu..tapi akak sertakan adab2 masuk dapur (perkara yang selalu di pandang ringan)..siap wat dakwah kat diri sendiri sebelum makan lagi tuu (perkara yang memang x akan ingat dah nak buat bila makanan dah berada di depan mata..lagi2 bila perut dah berkeroncong)..huhuu

okey..sebabkan akak hidangkan bergedil tu di atas pinggan biru iaitu antara warna kesukaan umu..makanya umu nak bagi akak pass with flying colours..heheee
yang itu untuk persembahan makanan je tau..

kalau nak markah mumtaz..kena bagi umu rasa la dulu bergedilnyaa..hihiiii..bila tu agak2nya??

Bijen M. said...

Salam.
Dah basuh tangan ni.
Nyam nyam.

Captain said...

Salam Aliaazuan,

Nampak sedap begedel tu! Serba boleh dalam semua perkara. Terima kasih kerana menunai hajat captain. Sungguh mulia diantara sifat ini.
Lepas ni masuk sikit menu masakan Kedah jika ada. Ana hobi suka masak..

Jazakallah Khairan.

aliaazuan said...

Salam cikgu,

Alhamdulillah,lulus eh ckgu...ana dpt brapa markah agaknya tu? hehe

aliaazuan said...

Salam Umu,

Isy isy,takpe..jgn le rasa brsalah lak. Akak yg nk amik rspi tu kan..Nk bljr kene la buat, dh mmg minat. Biasanya bab masak ni akak musti try n error dlu. Skrg bila Allah izin mnjadik, terus jer salin dlm buku galeri smpnan kat umah.

Tang nak rasa tu, nak kena buat poslaju ke bergedelnya? hikhik.InsyaAllah ada peluang Allah izin kita akan jmpa.Mana la tau, masa tu tgh buat bgedel lg...dpt la Umu makan.Eh nak le markah mumtaz gak...hehe.

aliaazuan said...

Salam Bijen M,

Ha, dh basuh tgn dah..baik! boleh makan skrg.

aliaazuan said...

salam Capt,

Mmg sedap pun resepi tu capt. mcmnapun, smua org prmpuan kena tau basic msk. Hehe, nmpknya blog ana ni lama2 jd blog resepi lak. InsyaAllah, takpe jika ada khairnya..Walaupun org kedah, tp ana tak brpa pndai msk org sana, lbih suka bljr makanan negeri lain. Capt pun suka msk? Sgt bagus tu, tolong2 org umah.

Captain said...

salam Aliaazuan,

Capt masak sbb minatnya. Anakx suka masakan ayah dari masakan emaknya. Nak buat mcm mana itu hobi semasa muda. Arwah kalau kenduri dia kontrak kat belakang buat lauk dan nasi kenduri. Laksa dia terkenal sampai digelar Pak Mat Laksa. Tapi anakx tak ambil resepinya..

SEKOLAH AGAMA RAKYAT ASSAADIAH said...

salam,

Selamat menyambut ramadhan al mubarak.
Moga diberkati.

aliaazuan said...

Salam Capt,
Dah tak ambil resepi,rugi la cmtu eh.


Salam Sek.Agama Rkyat Assaadiah,
Selamat menyambut Ramadhan juga..sama2 lipatgandakan amalan di bulan yg mulia ini.

z@i said...

salam kak..
sedapnyer begedil tu... nnti kak umu dan k.aliazuan buat.. nnti sy tolong mkn eh.hehe... kak,satu lg..bestnyer kt kl slalu ader bljar2 agama tu..byk kt sri petaling. trigin nk g..

aliaazuan said...

Salam Zainab,

Hehe..belum rasa dh nmpk sedap ye.. alhamdulillah, mmg sedap. Allah bg sedap. Dah nk tolong mkn, sikit je la dpt agaknya. he..

Esok dh kawin hijrah la kat sini..belajar ngan maulana. Ada sanad, penting tuh.

z@i said...

salam kak,
saya tgh risau nie.. aritu ader sorg guru nie ckp kt sy, haram potong rambut atas dari paras pinggang. so sy gtau r kwn2.. sumer tnyer mne dpt haram tu.. sy ckp r maulana yg ngaja alim kt sri petaling yg gtau. diorg xpuas ati.srh check mne dtg bnder tu.cne nie?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails