Friday, June 4, 2010

TANDA ORANG YANG BERAKAL

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"AL-'AQLU NI'MA AR-RIFQI"

-bermula akal itu sebaik-baik taulan.

Kata Hazrat Aisyah Radhiyallahu Ta'ala Anha (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam): Tanda orang yang berakal itu 10 perkara, 5 perkara daripada zahirnya & 5 perkara daripada batinnya...

5 PERKARA YANG ZAHIR ITU IALAH:
1- Diam diri
2- Menahan marah

3- Merendahkan diri

4- Meramah-ramahkan

5- Berbuat amal soleh


YANG BATIN ITU PULA 5 PERKARA:
1- Berkata-kata dengan kebajikan
2- Berbuat ibadat

3- Sentiasa takut akan Allah Subhanahu Wa Taala

4- Membesarkan dosa dirinya

5- Menghinakan dirinya di hadapan Allah


KATA HUKAMA' PULA, TANDA ORANG BERAKAL ITU 7 PERKARA:
1- Jika orang lain membuat kejahatan ke atasnya, maka dibalasnya dengan kebajikan...suka hatinya dan memaafkannya.
2-Merendahkan diri di hadapan orang yang kurang martabat daripadanya & dimuliakan akan orang yang lebih martabat daripadanya.
3-Diusahakannya kepada segala kebajikan serta disegerakannya pada mengerjakannya.
4- Benci kepada segala pekerjaan yang jahat.
5- Sentiasa menyebut nama Allah, memohon ampun daripada dosanya, serta mengaitkan maut dengan kuburnya.
6- Bercakap sesuatu perkara atas pengetahuannya dengan nyata & sesuai pada tempatnya.
7- Apabila ditimpa kesulitan @ kesukaran, berlindung & berharap ia akan Allah spya meluputkan dia dari bahayanya.

TANDA ORANG YANG KURANG AKAL ITU PUN 7 JUGA:
1- Menganiayai orang2 yang di bwh jagaannya.
2- Membesarkan dirinya di hdpn org yg lebih mulia drpdanya, serta menilik manusia dgn mncari kekurangan2 mereka, serta melebih-lebihkan dirinya.
3- Tiada berkata2 dgn orang lain dgn adab sopan.
4- Kasih ia kpd sgala prbuatan yang salah & juga kasih kpd organg berbuat jahat.
5- Suka melambat2kan dlm melakukan prkara kebaikan & bersegera pula melakukan prkara2 kejahatan.
6- Apabila didatangkan kpdnya suatu kesukaran, maka tiadalah sabar ia.
7- Tidak merasa benci akan kesalahan2nya.

.....Semoga beroleh manfaat & pengajaran.InsyaAllah, amal & sampaikan. Wallahu alam.

-Dipetik dari kitab Al-Muhimmah & Al-Mawa'idz Al-Badii'ah (pengajaran yang ke 41)

5 comments:

ahmad humairi said...

salam,

ikut hati mati,
ikut rasa binasa,
ikut akal tak kekal,
ikut entri berperi-peri.

aliaazuan said...

Salam cikgu Humairi..

Jazakallah khir atas komentarnya.. smoga kita smua brusaha prbetulkan sgala ksilapan yg mnjdi ketidaksukaan Allah...

Penulis Seni said...

salam, wah, bca kitab muhimmah..versi jwi ke rumi..beli kat ne? ada kitab bahrul mazi x?

aliaazuan said...

Salam...cik Penulis seni.

Skrg tgh bljr pengajian kitab pondok...utk tmbh2 kan ilmu,insyaAllah. Kitab muhimmah tu ana sdg guna buat bljr la tu, kitab Bahrul mazi pun ana ada jugak. Err..biasa guna & baca kitab tu ker?

aliaazuan said...

Salam cik Penulis Seni.

Lupa lak nk jwb soalan anti, yg ana ada tu versi rumi, beli melalui tuan guru ana. insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails