Monday, December 27, 2010

DEMI MASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ni bersantai-santai je..Maaf sebab tak buat topik seperti biasa.

Entah kenapa semenjak dua-menjak ni rasa kurang selera pulak nak mengadap komputer, walaupun banyak ilham yang Allah bagi untuk menulis...Sudah kurang minatkah si Aliaazuan ni? Entah la. Yang pastinya, memang tak berapa lalu, macam orang yang sudah kurang selera makan gitu..tapi terpaksa buat-buat lalu jugak kerana memikirkan dah lama sangat tak masuk entry baru. Biasanya bila online, ana cuma tengok blog sendiri, blog sahabat2 yang dah diupdate & check e-mel.. itu je laaa... Memang kekurangan masa & boleh jadi kurang minat juga nak buka benda-benda lain dalam internet ni. Tapi itu pun bukan semua blog yang sempat dibaca. Salah satu puncanya ialah asbab kekangan masa & program yang bertali arus, lagipun musim cuti sekolah ni banyak jemaah yang sedang bergerak dan perlu ziarah rakan-rakan yang sedang ditinggalkan (kerana mahram mereka sedang khuruj). Ni pun tak habis berziarah lagi. Belum lagi masuk bab ziarah rakan2 yang baru melahirkan anak. Oh, sibuknya.

Bukan jam tangan penulis...

Pernah juga terfikir nak pencen dari dunia blog, tapi sampai sekarang takder pencen2 juga..sebabnya kadang2 tu rasa blog ni seperti mengganggu urusan harian je (dalam hati sayang la pula...cinta dunia dah banyak masuk kot). Mungkin orang lain takde masalah seperti ana ni...

Teringat satu bayan/ceramah yang pernah ana dengar sebelum ni.. Allah Taala dah bagi masa yang terbaik untuk kita setiap hari, iaitu 24 jam. Dalam tempoh itulah kita perlu belajar & kena pandai menguruskan masa. Ramai juga ana dengar pandangan2 daripada orang lain yang mengatakan hidup perlu seimbang, dunia & akhirat.. Erm, seimbang dari segi macamana agaknya tu ye? (faham atau buat2 tak faham nih?). Tapi pada pandangn ana yang baru merangkak nak belajar ni, rasanya rata-rata manusia memang selalu cakap macam tu. Tapi hakikat sebenarnya, dunia dah masuk berlebih-lebihan dalam hati kita, (tanpa sedar atau memang secara sedar, nauzubillah).. Kemudian, bila ada keperluan atau takaza yang menjurus pada agama, tak sanggup pula nak buat. Atau sekurang-kurangnya banyak alasan yang diberi, penat...letih...ada hal lain...Bukankah tadi kata nak seimbang?

Jika kita buka sirah nabi & para sahabat pula, tak silap ana para nabi & sahabat ni amat mementingkan agama, lebih daripada dunia. Maksudnya, mereka kehadapankan urusan yang berkaitan Allah Taala & akhirat terlebih dahulu. Sebab apa, mereka adalah insan mulia yang telah diberi kefahaman oleh Allah Taala bahawa akhirat itu adalah halatuju mereka & pasti mereka semua akan ke sana. Kefahaman itu datang dalam diri asbab mereka banyak korban untuk agama. Keperluan dunia mereka pula sangat ringkas. MasyaAllah, betul ke kita semua ni dah dapat ikut macam mereka?. Bukankah selama ini selalu dilaung-laungkan bahawa Rasulullah & para sahabat itu sebagai role model kita? Masalahnya sekarang, kita berusaha atau tidak untuk menjadi seperti mereka? Atau mungkinkah kita semua kurang persediaan diri untuk mengikut jejak langkah mereka? Wallahu alam, tepuk dada tanya IMAN.

InsyaAllah, ulama' kata, dalam sehari (24 jam), perlu ambil kira beberapa perkara di bawah ni & usahalah untuk dimasukkan dalam jadual harian kita, iaitu:

-dakwah, bukan setakat nak bercakap tentang iman sahaja, tapi berusaha untuk bentuk yakin dalam hati, iqrar dengan lisan serta beramal dengan perbuatan. Sekurang-kurangnya mengadakan halqah bersama ahli keluarga setiap hari, sebaik2nya di pagi hari untuk muzakarah tentang hakikat iman yakin. Beberapa minit pun sudah memadai, insyaAllah.

-taklim taklum, sekurang-kurangnya 1/2 jam dengan baca beberapa kelebihan amal. Tujuannya ialah, untuk nak baca & dengar ayat Al-Quran & hadis berulang-ulang kali, supaya timbul yakin dalam hati terhadap Allah Taala, seterusnya mendorong kita berusaha untuk melakukan amal yang terbaik.

-ibadat, seperti solat wajib & nafilah, tahajjud, istiqomah baca Quran, zikir, hafaz doa2 masnun & melakukan urusan2 harian dengan ikut adab sunnah, insyaallah ia akan mendapat pahala ibadat.

-khidmat, iaitu buat kerja-kerja untuk keperluan agama, termasuklah juga mencari nafkah sebagai keperluan hidup, urusan rumahtangga dsb.

Yang selebihnya, sedikit masa untuk rehatkan tubuh badan...
Purata masa bagi manusia tidur di akhir zaman ni pula ialah 8 jam sehari. MasyaAllah, lama betul ye? Sedangkan Rasulullah & para sahabat tak lena tidur pun sebab banyak fikir masalah ummat. Bayangkan jika kita tidur selama tempoh tersebut setiap hari (selepas didarab, tolak, campur, bahagi), kita telah menggunakan masa selama 20 tahun atau 1/3 bahagian daripada usia semata-mata untuk tidur je. Allahu akbar...

Jadi aliaazuan, kena salahkan diri sendirilah nampaknya ni. Jangan salahkan masa. Hakikat sebenarnya, dunia ni dah tak lama. Pejam celik pejam celik, hari & masa terus berubah sejajar dengan meningkatnya usia kita. Umur bukan semakin muda, tapi sudah semakin menginjak ke arah tua. Ada faham wahai aliaazuan?

Justeru, sama-samalah kita berfikir sejenak, bagaimana nak gunakan masa dengan sebaik-baiknya..الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الأخِرَة Dunia tempat bercucuk tanam, hasilnya insyaAllah akan dituai di akhirat nanti. Malahan bagi orang yang tinggi iman yakinnya pula, Allah Taala akan bagi ganjarannya semasa kat dunia ni lagi. CASH... itu janji Allah...tak percaya? Cuba test tengok, insyaAllah Allah akan bagi...Buatlah apa2 amal kebaikan pun dengan penuh yakin pada Allah Taala & rasai sendiri apa dia janji2 Allah itu. Hanya orang yang diberi kefahaman oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai betapa tingginya hakikat IMAN..sangat manis, lebih berkali-kali ganda manisnya daripada minum air tebu... tak terungkap dengan kata2. Caranya bagaimana? Kena belajar untuk sediakan diri di jalan Allah, insyaAllah baru Allah kasi faham. Nak tau lebih lanjut peringkat seterusnya, rajin-rajin lah ke masjid terlebih dahulu (untuk lelaki). InsyaAllah ada kejayaan kat sana. Isteri pula kena la bagi galakan ye.

InsyaAllah tentu boleh...sebab kalau nak bagi anak cemerlang pun kita sanggup keluarkan beratus-ratus ringgit untuk hantar kem motivasi sana sini untuk dapat kecemerlangan. Hatta nak lunaskan keinginan nafsu sendiripun, kita sanggup korban apa saja. Macam tu la juga IMAN, nak dapatkan kejayaan, hakikat & kemanisannya, perlu la ada buat sedikit pengorbanan....lagi banyak lagi bagus...Allah sangat suka...Apa tu perumpamaan orang melayu cakap? "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian?". Ha, lebih kurang camtu la maksudnya.

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah Taala telah beli harta & diri orang mukmin itu dengan syurgaNya...

Lalu, apa hadiah terbaik yang akan dipersembahkan untuk Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti? Semuanya bergantung pada amal yang ikhlas & usaha kita.

"Ya Allah...terimalah pengorbanan kami yang sedikit ini..."

Wallahu alam.

7 comments:

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

tulis jer. AA bukan je dah tulis sepotong ayat....berjela-jela tu, maka bertambah-tambahlah pahalanya, insyaAllah!

Bijen M. said...

Salam.
Sampaikan dariku walau seotong ayat.
He he he.
Chaiyok chaiyok!

Umma-ali said...

Salam,
samalah kita, kkdg rs nk pencen je...
tp kkdg gatal tgn nk menaip...
huhu...apa2 pun kmbali kpd Allah selalu...

Hadiah istimewa kpd Allah ialah hati kita...
insyaAllah takluk padaNya...
korban harta, diri, masa...latihan je...
sebenarnya utk dpt takluk hati pada Allah x kira masa...
Hati ialah sesuatu yg paling bernilai dan berharga...
itu yg kita kena korbankan paling tinggi....
insyaAllah...
saya budak baru bljr,
kalau salah tolong tunjukkan...
tret tet tet...

wslm.

aliaazuan said...

Asalamualaikum smua,

Ckgu Humairi,
Amin ya Robb.
Er..tu la pasai. Mulanya kata mcm dh tak brpa lalu, tp bila dh pegang keyboad, uih dh x mau brenti la pula. Lps publish tu baru la perasan dh pnjg brjela. Byk ckp pun bahaya jgk ni. Org yg trbaik ialah yg pendek ucapannya & panjang pula dalam solatnya. Smoga Allah ampun.


Tuan Bijen,
Ni bkn sepotong, dh perpotong-potong.
Letih nk baca kan, larat ke nak melayannye?
Kalau tak larat, abaikan je..
Hehehe.


Kak J (umma ali),
Kite pulak budak baru nk kayuh basikal,
kalu salah tolong la betulkan.
trot tot tot...(tak tau bunyi apa)

Jazakumullah khir.

Captain said...

salam aliaazuan,

Walaupun tiada masa terutama minggu depan sudah mula persekolahan dan minggu ini mesy guru. jengukx kawan dialam maya juga ya!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”. - Riwayat al-bukhari

Jazakallah khairan.

Cikgu Sue [CS] said...

Assalamualaikum w.b.t
apa khabar aa?rindu kat CS tak?hehehe perasan jap.
hmm menarik entry kali ni...suka dgn isinya...
mmg xmudah nk seimbangkan dunia & akhirat...tp dunia yg xada nilai hatta sebelah kepak nyamuk ni la yg kita selalu asakkan dlm hati kita...bayangkan hati kita yg kecil ni, kita telah sumbat dgn dunia yg besar ni...MASYAALLAH...

aliaazuan said...

Assalamualaikum semua,

Catain,
MasyaAllah,capt sudah marah sama ana sbb lama sgt x jenguk dia :(
Jgn risau capt, insyaAllah ana akan dtg melawat juga samada cepat atau lmbt je.

Betul. Hari2 mmg kena buat mesyuarat harian. :)
Jazakallah ingatkn psl silaturrahmi. InsyaAllah sdg usaha cari kawan2 seluruh dunia yg boleh bantu fikir atas agama. Insyaallah.


Ckgu Sue,
Heeee...mmg rindulah! trtuggu2 CS blk. Alhmdulillah smuanya baik2 je.
Btul la, kdg2 rasa sesak napas sbb dunia dh jd mcm raja kt dlm hti.
Nnti bg laporan sikit dlm entry eh, karkuzari msturat. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails