Tuesday, February 8, 2011

MENGGAPAI CITA-CITA

بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang guru telah bertanya kepada anak-anak muridnya tentang cita-cita mereka apabila besar nanti.

Cikgu: Jamal, besar nanti kamu nak jadi apa? =Nak jadi macam ayah saya, cikgu.
Murad, kamu pulak? =Jadi ultraman, cikgu.
Sakinah, macamana pula dengan kamu? =Saya takde cita-cita cikgu.

Cikgu tersenyum simpul sambil angguk-angguk kepala mendengar jawapan anak-anak muridnya. Maklum la budak2...

(maaf, cita-cita kat atas tu diubahsuai oleh penulis, hajat di hati tu sekadar untuk menyampaikan mesej cerita ni).

Errr..Hanzalah? kamu nak jadi apa? =Saya nak jadi macam sahabat2 Radhiyallahu Anhum.

?????
Hah! Tercengang cikgu tu. Jadi macam sahabat??? Apa maknanya tu??? Cikgu itu kurang jelas, lalu bertanya lebih lanjut kepada pelajar itu. Makanya anak itu pun mempelawa gurunya itu datang ke rumahnya.

Sampai di sana, didapati ibu pelajar itu sedang membaca sebuah kitab, lalu dijemputnya guru itu duduk sekali untuk mendengar. Apa yang didengarinya itu bukan cerita bukan2, tapi cerita-cerita benar yang berkisar tentang para-para sahabat/sahabiah Radhiyallahu anhum, serta amalan2 yang perlu kita usahakan sebagai seorang muslim untuk menjadi orang beriman dan lain2.

Setelah selesai, barulah guru itu mendapat tahu bahawa, keluarga itu selalu mengadakan majlis ilmu (taklim taklum) sebegini di rumahnya. Bermakna, anak itu sudah terbiasa mendengar kisah2 para sahabat & pengorbanan mereka..sehingga menimbulkan rasa semangatnya untuk menjadi da'ie seperti mereka. Guru itu sangat kagum dengan pelajar tersebut, lalu akhirnya beliau mendapat hidayah serta berazam untuk melakukan amalan seperti keluarga tersebut. Alhamdulillah...

~cerita tamat~

*****Erm, nampak macam tak berapa cantik la pulak susun atur cerita ni. Di kalangan rakan seusaha, laporan ini mungkin sudah biasa didengar. Cuma olahan ayatnya ana tak berapa reti nak buat. Sekiranya ada yang kurang atau tak betul, tolong bagitau ye. Yg penting pada ana sekarang ialah point utama & isi cerita tersebut.

Subhanallah...(kita balik pada cerita kat atas)...
Macam tu lah kesan agama yang masuk ke dalam diri manusia jika diusahakan, apatah lagi jika dapat dimulakan semenjak dari kecil. Mungkin setiap ibubapa mempunyai pendekatan atau cara yang berbeza dalam mendidik anak mereka..duniawi & ukhrawi.

Baby ni belum tau apa2, kitalah yang jadi pencoraknya...

Biar apa pun cita-cita anak itu untuk mendapatkan sedikit keperluan hidup di dunia ini, sangat perlu bagi kita melatih mereka cinta kepada agama, Rasulullah serta para sahabat radhiyallahu anhum. Sebahagian kita mungkin gemarkan cerita-cerita/hikayat dongeng atau lagu-lagu yang tak bermanfaat untuk didodoikan kepada anak ketika mahu tidur. Lalu, jika digantikan dengan kisah2 Rasulullah & sahabat atau cerita2 yang bermanfaat sebagai ganti kepada kisah yang sia-sia lagi dusta, maka amalan tersebut akan menjadi asbab peningkatan agama dalam diri. Begitu juga wanita-wanita di rumah jika dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng, ini akan mewujudkan keagungan & kecintaan terhadap para sahabat dalam hati-hati mereka, serta kegemaran terhadap hal-hal agama. Samada mereka mendapat peluang pekerjaan yang baik di dunia (sebagai keperluan) atau sebaliknya, InsyaAllah IMAN mereka sentiasa terbentuk & terpelihara berkat hasil usaha kita semua.

Tak minat?
Mari kita sama-sama belajar timbulkan minat. Moga Allah bagi taufiq insyaAllah.

وَكُلاًّ۬ نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۚ وَجَآءَكَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةٌ۬ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ (١٢٠

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Huud: 120)


Wallahu alam.

Yang masih berusaha, Aliaazuan.

16 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Betul.

Anak saya nak jadi anjing bila di tanya dulu sebab dia nampak kegarangan anjing, kuat berlari dan menggigit!

....skarang tak jadi anjing pun...

aliaazuan said...

Salam.

Cikgu, sgt betui.
budak2 mmg mudah trpengaruh dgn prsekitaran dan apa yg dia dgr/lihat. Kalo ikut logik akal, takkan besar esok nak jadi anjing pulak kan.

Cikgu Sue [CS] said...

Assalamualaikum aa,

byk kan karkuzari2 ttg bagaimana hidayat tu smpai pd seseorang,,,kdg2 nk menitis air mata dgr,,,andainya kita semua sedar betapa bernilainya hidayat Allah tu,,,

hmmm,,,dulu paling xsuka if ckgu tnya apa cita2 bila besar,,sbb xtau nk jd apa bila besar,,,InsyaAllah akan diusahakan pd anak2 nnt, utk pilih role model yg betul,,utk berjya di dunia & akhirat,,InsyaAllah!

Sham said...

salam kenal...

masa kecik ada member cita2 nak jadi komunis...haha klakar la plak...

z@i said...

cita-cita saya nk jadi ........

emmm....

nak masuk syurga paling atas!!

boleh?

matadore said...

peh. kool gila.

dulu masa kecik kecik tak kenal pun siapa sahabat tapi lagi kenal otomen T_T

Captain said...

Salam,

Akhirnya seorang guru mendapat hidayah.. Anak-anak kita akan mengikut apa ibubapa buat ketika hidup. Nak mencorak kehidupan mereka kita yang tentukan samaada nak jadi nasrani atau majusi atau pun anak yg soleh...semuga diberi rahmatNya...jazakallah khairan.

aliaazuan said...

Assalamualaikum smua.

Cikgsu Sue,
Bila dgr byk laporan/karkuzari, insyaAllah bertambah smngat utk buat usaha agama.


Encik Sham,
Hah! komunis? Hbis, skrg dia jd komunis tak? Dulu2 kalau dgr nama komunis takut nau..


Zai,
InsyaAllah boleh....call 24434. tmbah bbrapa nmbr lagi yg mampu pd nun di tgh mlm nnti, pastu jgn lupa dkwh...lastly doa..& mcm2 lg la amal kbaikan nak kena buat kan.

aliaazuan said...

Salam.

Matadore,
Betul, byk sungguh kita kenal, lbih drp para sahabat. Superman la, cicakman la..ninja turtle la. Penjajahan minda sgguh.


Captain,
Ya, Capt.
Cerita kat atas tu adalah kisah benar yg brlaku kat negara omputeh, oversea. Cikgu tu Kristian.. lastly dia masuk Islam. subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar...Allah Maha Kuasa.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,memang betoi,anak2 akan ikut mak ayah,kalo kene didikan tu,maka jadi la anaknya,sahabat2 mereka didik di rumah2 dan akhir jd insan yg gemilang...

p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan kakak artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu dan ayahlah yang akan mencorakkannya unutk menjadi apa. Moga Alah kurniakan akak zuriat yang soleh solehah dan berjiwa da'e seperti sahabat-sahabat r.hum.

Bijen M. said...

Salam.
Budak-budak pun boleh jadi asbab hidayat bila betul cara didikan.

Budak-budak sekarang nak jadi ceria je pasal banyak tengok Astro Ceria.
(Adik saya)
T_T

aliaazuan said...

Assalamualaikum,

Anak Pendang Sekeluarga,
Tuan juga benar.
Jazakallah ye, insyaAllah akan menyusul membaca entrinya.


Ustaz Ishak,
Amin Ya Allah. Itulah harapan kami.


Tuan Bijen,
benar..otak tgh fresh la katakan, smuanya mudah masyuk...

asy_syakirin said...

assalamualaikum..

dulu masa darjah dua..(zaman2 rambut melihat dunia)

saya bagitau cita2 saya dekat sahabat baik saya..

"aku cita2 nnt aku mau pakai tudung besar2..baju jubah macam kakak tuh.."

kawan saya ketawa tapi dia kata,

"baguslah..aku pun mau lah.."

aku senyum dan gelak2..

"ok,kita sama2 ya!"

----> haha..gelak sorg2 bila ingat cita2 yang agak pelik ini..huhu

terima kasih kak aa, best entrynya..huhu kena rajin taklim nih :)

semoga Allah tetapkan hati kita dalam usaha atas iman..Allahumma amin..

نور توفيقا said...

Waktu kecik cikgu tanya, I answered,
"Nak jadi housewife".

Padahal dekat rumah abah bagi ta'lim hari2, tapi waktu tu lagi terkesan tengok mak yang jadi suri rumah "jaga" abah n kitorang adik beradik..

Ish ish..

aliaazuan said...

Salam...

Ass-Syakirin,
InsyaAllah, skrg Baya dah pakai jubah n tudung besar dah kot...


نور توفيقا
Takpe Piqa, jadi housewife yang ada ciri2 sahabiah kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails