Monday, June 14, 2010

BEZA ORANG YANG 'TAHU' & ORANG YANG 'FAHAM'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



CERITA 1:

Daniel masih di ruang tamu tatkala lewat malam itu..sudah beberapa malam dia masuk tidur lambat kerana asyik menonton tv rancangan kegemarannya sehingga matanya semakin sembab, tak cukup tidur, malah kerana hal itu juga dia masuk ke pejabat dalam keadaan mengantuk sehingga menjejaskan tugas-tugasnya di pejabat. Lalu, berkatalah isterinya...

ISTERI : Abang, dah pukul berapa ni? Cepat lah masuk tidur, jangan la asyik tengok tv aje. Dah berapa kali abang terlewat bangun solat Subuh...

SUAMI : Ala...sekejap je, bukan selalu abang buat kerja macam ni. Nanti dah abis rancangan ni, abang masuk tidur la... Bukannya abang tinggalkan solat pun. Asalkan cukup 5 waktu sehari semalam, kira ok what...janji buat. Err..jangan lupa tolong kejutkan abang pukul 6.50 pagi ye. Nak solat Subuh nanti...

ISTERI : Baik bang... (lalu isterinya terasa senang hatinya, tersenyum bangga sambil berkata di dalam hati, Oh.. memang suamiku seorang yang baik agamanya & taat pada perintah Allah..memang dia tak pernah tinggal solat, cuma selalu lewat aje).

*****************************************************************************
CERITA 2 :

Musa sedang menyiapkan tugas2 akhirnya di tapak pembinaan sebuah taman perumahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Asyik sungguh dia dan kawan2nya buat kerja. Dalam sibuk2 bekerja di akhir2 waktu itu, mata Musa tak lepas2 memandang pada jam tangannya..gayanya seperti risaukan sesuatu.

MUSA : MasyaAllah! Lagi 15 minit nak masuk waktu Zohor. Baik aku berenti dulu buat kerja ni. Nanti terlewat pulak takbiratul ula bersama imam. Lepas solat boleh sambung balik. Kawan2, jom kita bersiap pegi solat dulu.(pelawa Musa pada shbt2nya dengan penuh senyuman).

KAWAN-KAWAN : La...kau ni Musa...waktu Zohor kan belum masuk lagi. Lagipun masanya panjang. Alang2 tu, siapkan lah kerja ni dulu, tinggal sikiiiiiiiiit je lagi. Lps ni solat la...takde sape nak marah dah.Kerja ni pun ibadat juga. Nanti bos soal, apa kau nak jawab? Bila bekerja dengan bos ni perlu ada dedikasi dan tanggungjawab. Nanti kau dah dikira makan gaji buta...Kami tak mau makan gaji guna duit tak berkat!

MUSA : Takpe lah...kalau macam tu, biar saya jawab dengan bos nanti. Saya pergi dulu ya.(kata Musa dengan senyuman yg semakin tawar).

Lalu pergilah Musa bersiap-siap membersihkan diri dan berjalan ke masjid yang berhampiran yang jaraknya hanya lebih kurang 100 meter itu...membawa bersama dengan perasaan sedih serta penuh fikir risau dengan sikap kawan-kawannya itu. Bukan tidak pernah didakwahnya kepada sahabat2nya itu, malah setiap kali masuk waktu solat, tidak jemu2 dia memujuk mereka dengan penuh hikmah...Dan di malam hari Musa menangis2 dalam tahajudnya merayu-rayu pada Allah Taala spya dibukakan pintu hati sahabat2nya itu ke arah kebaikan, didoakan juga supaya diberikan kefahaman, taufiq & hidayat untuk umat seluruh alam...

*****************************************************************************


Begitulah shbt2ku, walaupun tajuk entry ini nampak seperti sama maksudnya, tetapi hakikatnya tak sama. Orang yang faham agama akan merasa sedih jika dia ketinggalan sesuatu amalan yang memperolehi banyak fadilatnya serta menjadi asbab kesukaan Allah. Berbanding pula dengan orang yang cuma tahu, tetapi dia tidak merasa sedih atas perbuatan2 yang selalu melalaikan dirinya drp mengingati Allah. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti yang ditulis oleh Ibnu Hajar dlm Az-Zawajir, bermaksud:

Barangsiapa yang menjaga solahnya (berusaha mendirikannya di awal waktu serta khusyuk), maka Allah akan mengurniakan kepadanya 5 keistimewaan:

1- Diangkat kesempitan hidupnya ketika di dunia
2- Akan dihindarkan dari azab kubur
3- Akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan
4- Akan melintas titian sirat sepantas kilat
5- Masuk syurga tanpa hisab

Dan sesiapa yang meringan-ringankan solahnya, Allah akan menyeksanya dengan siksaan2 berikut:

5 siksaan di dunia:
1- Dicabut keberkatan umurnya
2- Dihapuskan tanda2 org soleh dari wajahnya
3- Allah tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
4- Doanya tidak akan diangkat ke langit (tidak diterima)
5- Dia tidak mendpt bahagian dalam doa orang yang soleh

3 siksaan ketika mati:
1- Dia akan mati dalam keadaan hina
2- Dia akan mati dalam keadaan lapar
3- Dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dpt menghilangkan hausnya.

3 siksaan ketika di alam kubur:
1- Kubur akan mghimpitnya hgga tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain.
2- Api akan dinyalakan di dlm kuburnya & dia dibalik2kan di atas bara siang & mlm.
3- Seekor ular besar yg brnama Ashuja'ul Aqra' akan dilepaskan ke atasnya.

3 siksaan ketika dibangkitkan dari kubur (padang mahsyar):
1- Penghisabannya menjadi berat
2- Dia dimurkai Allah Subhanahu Wataala
3- Dia dimasukkan ke dalam neraka

...Wallahu alam. Smoga Allah memberi taufiq & hidayat untuk kita semua. Sama2 lah kita memperbaiki segala amalan kepada yang lebih baik, insyaAllah..

Wassalam.

12 comments:

n0vemBer zuLu said...

terima kasih atas post ni..

slmt bulan rejab.

taib wahid said...

Salam,

Pengisian yang sungguh menarik berkaitan solat. Ramai antara kita yang masih meremehkan persoalan solat di awal waktu. Pada fikiran mereka,mereka still solat walau terlambat.
Semoga Allah membuka pintu rahmatnya kepada para sahabat dan saya terutamanya,yg sering lalai menunaikan tanggungjawabnya.

nor amira said...

syukran atas analog cerita pendek. memberi keinsafan ;)

sal said...

SALAM.ENTRY YANG MNARIK.MOGA MNJADI PRINGATAN KPD KITA SEMUA.AMIN

ahmad humairi said...

salam,

musim demam piala dunia...terlewat jugak solat takut miss gol live.

banyaknya siksa angkara terlewat solat...jangan lewat solat lagi!!!! insyaAllah.

aliaazuan said...

Salam cik novemBer zuLu,
Jazakillah khir, selamat menymbut Rejab juga. Baarokallahu fiik.

Salam cik Taib,
Mmg betul pun ckp cikTaib tu, itulah juga yg dsebut sbgai IMAN..selagi kita takde usaha buat prubahn utk diri sndri, bgitulah sikap kita slama2nya...smoga Allah betulkan kfahaman ana juga.

Salam cik Nor Amira,
Jazakillah khir atas komennya, sama2 usaha ya, sbb iman mmg kna slalu caj, x boleh dibiarkn lama2 nnti kehbisan baterinya lgi la parah..bila x caj, kita sndiri yg akan rasa lemahnya bila nk buat satu2 amalan..Betul? so bljr lah dgn org2 lama yg dh buat usaha agama,usaha Nabi, mcmne caranya nk caj iman kita ni,insyaAllah jwpnnya ada di situ..

Salam Sal...
Jazakillah..sbaiknya hadis tu kita hafal & teruskn tanam dlm hti spya mnjdi peringatan stiap kali msuk wktu solat. InsyaAllah.. Cerita dialog tu ana karang sndri, sbb ana mkin susah hati tengok keadaan org2 di skliling ana ni..dan pkara itulah yg slalu blaku dlm msyrkt Islam kita.Tak tau nk luah mcmna, so terluah la crite tu kat blog ni...

Salam cikgu Humairi,
Jazakallah ckgu. Ya..ana tau skrg org tgh demam bola walaupun ana pyh nk tengok tv..Tp lalai ni ana rasa bkn setakat sbb tv je, selagi pkra2 tu menjurus pd hal2 dunia, risikonya ttp akan ada.Betui x ckgu? Dan bgitulah siksa bg org yg ringan2kan solat, huraian hadis tu sbnrnya sgt pnjg, x mmpu ana nk tulis smuanya,tmbh2 huraian crita bab ular tu.Mmg mengerikan bg siapa2 yg mmbcanya.Itu baru ringankn solat, belum lg siksaan org yg tinggal solat, bgmna pula azabnya? mari kita sama2 ambil tahu, insyaAllah..

Loyar Lawa said...

waduh waduh terasa....bhahahhahaa... cerita yg dgunakan buat lebih rasa umphhhh ini entri...sngt sampaiii

aliaazuan said...

Salam cik LL,
Mari kita sesama amik pengajaran, insyaAllah.

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum.

Takutnya bila digambarkan azab macam tu sekali lekehkan solat.Thanks for sharing this informative post.

aliaazuan said...

Salam Sidratul Muntaha,

Jazakillah khir, smoga kita semua dpt amal n smpaikan. insyaAllah..

minaH said...

sangat susah nk jaga solat. asyik bertangguh jer... tp masyaallah siksaanny amat berat. takot sy.. "makin diri ini ingin mndekatiMU makin jauh aku terasa..."
**sgt susah nk jg iman

aliaazuan said...

Salam...

Btul tu dik Minah. Jaga iman mmg susah, bkn stkt brckp di mulut. Ulamak kata utk cpai tahap iman yg benar ada 3:

1-Tasdiq bil qolbi : benarkan dlm hati
2-Iqrar bil lisan : ikrar dgn lidah
3-Amal bil jawarih : amal dgn anggota.

So 3 pkra ni msti kena ada dlm diri kita, sbb tu la usaha atas Iman ni pnting...hri2 mau ckp dkwh iman yakin, hatta brckp dgn diri sndiri pun tak apa..smata2 nk bentuk kualiti iman tu.InsyaAllah, jgn lah kita lemah, cuba buat yg trbaik utk diri kita & usaha bntu org lain juga..ye dik minah cayang2 bucuk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails