Friday, June 11, 2010

MEREKA MAKAN, KITA PUN MAKAN...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya, perintah untuk makan/minum kepada manusia telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam firmanNya, antaranya:

".....Dan makan serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas." (Al-A'raaf-ayat 31).

Semua manusia, Islam maupun yang bukan beragama Islam sentiasa berhajat kepada makan mahupun minum. Jadi untuk membezakan antara amalan kita dan mereka, maka cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah panduan terbaik untuk kita, insyaAllah barulah amalan kita mendapat pahala sunnah. Paling penting, bawalah beberapa sifat ini ketika makan @ ketika menghadapi rezeki daripada Allah Taala:

1- IMAN YAKIN, yakin bahawa rezeki adalah daripadaAllah Subhaanahu Watala.
2-IKUT CARA RASULULLAH, menjaga adab-adabnya.
3- ILMU, mengetahui apa yang halal,haram,makruh & syubhat.
4- ZIKIR, sentiasa ingat Allah Subhanahu Wataala, @ membaca zikir ketika makan, 'Allahumma lakal hamdu wa lakasy syukru".
5- MEMULIAKAN SAUDARA YANG LAIN, mendahulukan yang kanan, kanak2 & orang yang lebih tua.
6- IKHLAS, iaitu makan kerana perintah Allah, & utk memudahkan kita melakukan perintah Allah.
7- BERSIFAT BERMUJAHADAH, iaitu menerima & berlapang dada serta bersyukur dengan segala rezeki yang telah Allah tentukan untuk kita.

InsyaAllah...

ADAB-ADAB MAKAN:

- Rasulullah telah brsabda: Hendaklah mmbaca BISMILLAH, makan dgn tgn kanan & ambil makanan yg paling tepi & yg paling brhampiran (Bukhari)

- Jangan mkn dgn tgn kiri, begitu juga jgn minum dgnnya krana ssungguhnya syaitan makan & minum dgn tgn kiri. (Muslim)

- Jangan bersandar semasa makan. (Bukhari)

- Jgn minum dari bekas emas & perak, begitu juga jgn mkn dari talam dari keduanya. (Bukhari)

- Ssungguhnya syaitan menumpang makan makanan yg tidak dibacakan BISMILLAH. (Muslim)

- Daripada Hazrat Aisyah R.Anha meriwayatkan, Rasulullah bersabda: jika seseorang itu lupa membaca BISMILLAH lalu teringat kemudiannya, maka bacalah BISMILLAHI AWWALAHU WA AAKHIROHU- dengan nama Allah, Dia Yang Awal & Dia Yang Akhir.

- Jgn sapu tgn dgn sapu tgn sehinggalah menyisip jari-jemarinya, krana sesungguhnya ia tidak mengetahui makanan yg manakah mengandungi berkat. (Muslim)

- Makanan seorang mencukupi utk 4 org & makanan 4 org mncukupi utk 8 org. (Muslim)

- Brgsiapa yg tidur mlm sedangkan di tgnnya trdapat kesan makanan & tidak membasuhnya, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa jika tertimpa ke atas dirinya sebarang musibah. (Tirmizi & Abu Daud)

- Sesungguhnya berkat turun di tgh2 makanan, maka makanlah dari bahagian tepinya & janganlah makan dari bahagian tengahnya. (Tirmizi)

- Nabi tidak mencerca makanan. Jika diingini, baginda akan makan, sebaliknya jika tidak menyukai, baginda akan meninggalkannya. (Bukhari)

- Hazrat Asma' binti Abu Bakar R.Anha apabila beliau masak, ia menutup makanan trsebut hingga hilang wapnya & berkata: Sesungguhnya aku telah mndengar Rasulullah telah brsabda: Ianya lebih membawa berkat. (Hakim)

- Rasulullah menyuruh melicinkan talam & bersabda: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di dlm makanan kamu yg manakah mengandungi berkat. (Muslim)

- Rasulullah makan di atas safrah (kain alas hidangan). (Bukhari)

-Anas bin Malik R. Anhu brkata: Aku telah melihat Rasulullah duduk di atas tapak kaki dgn menegakkan betisnya sambil memakan tamar. (Muslim)

- Sahabat2 telah berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah,kami makan tapi tidak juga kenyang. Sabda Rasulullah: Seolah2 kamu makan berasingan. Mereka menjawab: Sememangnya ya Rasulullah. Maka Rasulullah brsabda: Berjemaahlah dalam menikmati makanan kamu & sebutlah nama Allah kerana ianya akan diberkati untukmu di dalamnya. (Abu Daud)


ADAB-ADAB KETIKA MINUM:

- Janganlah minum dengan tangan kiri, bahkan minumlah dengan tangan kanan. (Muslim)

- Janganlah minum dalam bekas emas & perak. (Bukhari & Muslim)

- Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk lepas seteguk. (Tirmizi)

- Jangan bernafas di dalam bekas air, bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya, lalu bernafas. (Tirmizi)

- Jangan minum berdiri. (Muslim)

- Jika berbaki sedikit dari minumannya, maka berikan kepada orang yang berada di sebelah kanannya. (Bukhari & Muslim)

- Apabila ingin minum, bacalah BISMILLAH, bila mengangkat bekas minuman, pujilah Allah, ALHAMDULILLAH. (Tirmizi)

- Apabila minum susu, buatlah seakan-akan mengunyah kerana di dalamnya ada lemak. (Bukhari)

...Wahai saudaraku, bandingkanlah cara makan kita dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, samada serupa atau jauh bezanya dengan Baginda, sedangkan kita perlu yakin bahawa dalam mengamalkan sunnah itu ada kejayaannya. Terlalu banyak amalan sunnah dan doa-doa yg baginda lakukan ketika makan/minum. Oleh kerana dikhuatiri terlalu panjang lebar, ana telah meringkaskannya .Mungkin di sini ada mana2 amalan Rasulullah yang tertinggal, maka dengan rendah hati dan diri, ana mohon kepada sahabat2 untuk menambah mana2 yang tidak dinyatakan di sini. InsyaAllah sama2 kita berkongsi untuk kebaikan & memperbaiki apa yang kurang, serta berazam & berusahalah untuk mengamalkannya. InsyaAllah...

Jazakallahu Khairal Jazak...Wassalam.

2 comments:

ahmad humairi said...

salam,

semua orang makan. semua makhluk berhajatkan pada makan dan minum. jika kita makan dan minum tidak mengikut sunnah...samalah seperti 'kau' makan.










**kau - cow

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...ckgu.

He..he..ya,ya..betul tu,ana phm mksud ckgu.
Ingatkn bahasa sstera,rupanya bhsa omputeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails