Monday, September 20, 2010

FIKIR RISAU; CERITA DI SEBALIK RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..puasa Ramadhan sudah, raya pun sudah. Semoga semuanya beroleh kekuatan menyambung semula puasa-puasa yang tertunggak @ puasa sunat Syawal. Dalam sibuk-sibuk beraya & menghadiri jemputan sahabat-sahabat ni, kita banyak digemparkan dengan macam-macam berita yang mengejutkan rakyat Malaysia. Begitu juga rakan-rakan blogger yang mempunyai cerita tersendiri di sepanjang musim raya ni. Ana pun tak terkecuali, mungkin orang lain bila dengar agak biasa-biasa saja kot...

Syukur pada Allah Taala kerana Dia telah memberikan rezeki yang banyak sepanjang menguruskan blog ana yang lagi satu itu..lebih-lebih lagi pada musim raya ni. Walaupun hakikatnya bukan wang ringgit, keuntungan @ kumpul harta melimpah-ruah tu bukan menjadi matlamat ana, tapi ana berazam untuk menggunakan segala rezeki yang dikurniakan itu untuk rolling bagi kepentingan agama/akhirat (yang mana maksudnya sangat luas) ...bukan untuk joli sendiri, insyaAllah..

Erm..sedey!

Entry ni sebenarnya bukanlah nak cerita pasal bisnes, tapi ana nak meluahkan rasa sedih dan risau tentang apa yang berlaku pada ummat Islam kita akhir zaman ni. Mungkin ramai yang tak tau ana jadi pengedar 'set debu tayammum'. Alhamdulillah permintaan tiba-tiba jadi melonjak untuk set tersebut bila musim perayaan, ana pun tertanya-tanya. Adakah banyak sangat berlaku kemalangan di jalanraya @ eksiden asbab pakat-pakat main mercun...tak boleh nak dipastikan secara keseluruhan. Yang menimbulkan kerisauan (rasa nak marah pun ada sikit), kebanyakan mereka order produk tersebut pada hari ana dah balik kampung @ mungkin frasa ini lebih sesuai, "sudah terhantuk baru nak tengadah"(minta cikgu Humairi betulkan jika salah), pendekkata post office pun dah tak mau hantar barang sebab semua orang dah nak raya. Bukan marah sebab mereka tak jadi beli, jadiii.... Ana sikit pun tak kisah kalau tak jadi ambil set tu. Masalahnya ini berkaitan dengan SOLAT yang menjadi kewajipan kita. Mereka pula sanggup menunggu sampai hari pejabat pos buka. Dan dalam tempoh menunggu barang sampai, mereka tetap tak solat! Ana pun jadi susah hati. Ada yang sampai 2 minggu tak bersolat asbab eksiden, kemudian barulah terfikir nak buat tayammum..dalam masa yang sama, susah pula nak korek tanah. Bayangkan berapa solat fardhu sudah tertinggal? Mungkin juga tiada kesedaran perihal wajibnya solat, walaupun sebenarnya dia masih mampu bersolat. Ada juga seorang hamba Allah yang pernah ana kenali dulu yang sanggup tak mau solat sebab kes kena ragut. Lukanya sikit saja (dekat lutut pula tu) Alasannya, tak boleh kena air. Astaghfirullah...sebab tu je? Semoga Allah Taala ampunkan kita semua. Sebagai saudara seislam, ana juga merasa bertanggungjawab memberitahu kepada mereka.
Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin Abdullah Radiyallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الكُفْرِ تَرْكٌ الصَّلاةِ

-Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur. Dalam riwayat yang lain: Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur. (Ahmad, Muslim dll).

Hadis ini perlu kita renungkan bersama. Sesungguhnya banyak lagi hadis yang memberi amaran @ celaan ke atas mereka yang meninggalkan solah.

Bagi yang tak ada masalah dalam kes ni, insyaAllah tak cari produk ni pun tak apa. Tapi bagi yang ada kesulitan, terpaksa la cari inisiatif lain.. contoh seperti yang telah ana buat ni adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan. Jadi, sama-samalah kita beringat bahawa musibah tidak tau bilakah masanya. Bagi yang rasa keperluan ini patut ada di rumahnya, lebih selamat ianya disediakan lebih awal sebelum perkara yang tak diingini berlaku, nauzubillah..
Kerisauan tentang SOLAT ni kena ada pada diri setiap orang, bukan risau apa.. risau dengan azab Allah di akhirat nanti. Selalu tanya pada orang yang di bawah tanggungan kita samada dah solat atau belum. Ajar mereka berkenaan hukum hakam/masaail solat, serta beri mereka ilmu fadhail bagaimana nak dapatkan keghairahan/keseronokan dalam mendirikan solat (pendekkata buat satu halaqah majlis takleem setiap hari di rumah). Barulah kecintaan dalam agama itu akan datang. Jika kita cuma ajar hukum hakam solat tapi tak memberi ilmu fadhail tentang solat kepada mereka, maka inilah jadinya....tahu berkenan solat, tapi masih berat (banyak alasan) untuk mendirikan solat.

Wallahu alam...curahan rasa ini adalah peringatan untuk diri ana. InsyaAllah semoga Allah beri taufiq hidayat serta kefahaman agama untuk kita semua. Amin.

9 comments:

ahmad humairi said...

salam aidilfitri,

Alhamdulillah selamat semuanya...kembali berblog. Tak salah perumpamaan itu dan itulah yang berlaku.

Sepatutnya kena tahan pedih bila berwuduk di anggota yang terluka...ia boleh cepat sembuh. Namun tayamum sebagai pilihan...tiada alasan meninggalkan solat kecuali uzur syar'ie.

ziarah76 said...

ini lah yang berlaku....

semoga Allah ampunkan kita semua.
selamat berpose 6 juga.

Captain said...

salam,

Lama cuti dan tak ada N3, capt kerja lebih sikit je...bisnes untung banyak..alhamdulilah..
kena cari duit lps raya pulak...

ibnu dinar said...

solat tak penting..
solat jemaah tak buat tak pe...
peduli ape dengan masjid.... ade jemaah atau x?
yang penting ade kerja, ade duit.... dan lagi penting nafsu tak buleh di tekan dan di sekat..
hiduplah kita menurut kemahuan nafsu.. kerana kita telah mengambil syaitan sebagai sahabat karib!
fikir-fikirkankan bersama....

aliaazuan said...

Salam Cikgu Humairi,

Smoga Allah beri iman yg kuat kpd kita utk menunaikan segala perintah Allah.


Salam Ziarah76,
InsyaAllah Tuan lbih faham situasi ni kerana hari2 buat ziarah.


Salam Captain,
Sbnrnya ana dh blk sini hari Isnin mggu lps lg..cuma tak dpt nk ngadap screen lama2. Tu yg jd kurang berblog.


Salam Ibnu Dinar,
Tuan mmg benar. Kita smua dh byk ikut hawa nafsu, kena byk istighfar.

Jazakumullahu khairan.

Bijen M. said...

Salam.

Woah. Ada juga mereka kesedaran agama. Jadi tanggungjawab kitalah untuk bantu mereka memahami agama.

Kalau tak nanti, kita pasti akan dituntut di akhirat kelak. Semoga Allah SWT membantu kita dalam melaksanakan usaha ini.

aliaazuan said...

Salam Bijen M,
Tuan pun benar. Yang penting ada fikir & ada usaha utk ummat.InsyaAllah.

Peluncur Islam said...

kita kena byk nangis...kena kurang ketawa....

ramai yg menderita iman...
ramai yang teraba2 dlm gelap...
malah teraba2 dlm terang pun ada.

ya Allah ... :(

aliaazuan said...

Salam Peluncur Islam,

Ana pun sgt brstuju dgn tuan. Umat Nabi perlukan iman & hidayat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails