Wednesday, January 12, 2011

WANITA : CARA KONTROL SUARA

بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah... Entry kali ni nak cerita pasal suara pulak. Bukan suara orang lelaki tapi suara wanita...diulang lagi sekali: suara wanita..Bukanlah bermaksud nak cerita detail aurat ke tak aurat ke.. Bukan juga nak cerita cara kontrol pernafasan waktu bersenam, atau cara nak buat pitching suara waktu nyanyi ke apa ke... masih bukan. Untuk suara orang lelaki pula rasanya tak perlu dibincangkan dah, sebab takde apa-apa masalah. Boleh bercakap lagi dan lagi...boleh bagi bayan lagi dan lagi...kami pun nak dengar lagi dan lagi... :)

Bagaimana cara kaum wanita untuk mengontrol suara apabila perlu berbicara kepada kaum lelaki yang bukan mahram? Ingat ya, 'jika terpaksa'...bukan saja-saja...

Dipetik dari kitab Al-Azkar An-Nawawi (kitab panduan kehidupan beragama sehari-hari), mari kita baca...

[Masalah], Jika seorang wanita perlu untuk berbicara kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya dalam hal jualbeli dan seumpama itu, maka hendaklah wanita itu menyaringkan suaranya dan mengkasarkannya. Dan jangan sesekali melembutkan suaranya kerana khuatir kalau-kalau orang yang mendengar suaranya itu akan terpikat kepadanya.

Sambungan dalam masalah ini lagi...

Berkata Imam Abul-Hasan Al-Wahidi dari para sahabat kami (dalam kitabnya, Al-Wasith): Memang dianjurkan bagi kaum wanita apabila dia berbicara dengan orang-orang asing (bukan mahram), supaya dikasarkan bicaranya, kerana cara begitu akan menghindarkan perhatian orang itu kepadanya. Allah Taala telah berpesan kepada Ummul Mukminin yang telah diharamkan secara peribadi dengan pesanan ini, dengan firmanNya:

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬

Ertinya: Wahai isteri-isteri Nabi. Bahawa kamu sekalian tidaklah sama dengan seorang pun dari wanita-wanita yang lain, jika kamu bertaqwa kepada Allah, maka janganlah kamu merendahkan suara kamu apabila berbicara, kelak akan tamak (terusik) orang yang di dalam hatinya ada penyakit...(al-Ahzab:32)

An-Nawawi berkata: Apa yang telah disebutkan Al-Wahidi tentang mengasarkan suara wanita itu, sama seperti yang dikatakan oleh para sahabat kami juga.

Berkata Syeikh Ibrahim Al-Mirwazi dari para sahabat kami: Cara hendak mengasarkannya, ialah dengan meletakkan belakang tangannya pada mulutnya, dan menjawab seperti itu (mengeraskan suara). Wallahu alam...

MasyaAllah...Kepada semua kaum wanita, mari kita praktik sekarang... Yang dah beristeri, boleh ajar isteri masing-masing... Nampak macam kecil je kesnya. Sekarang ni akhir zaman, zaman kerosakan ummat, fitnah di mana-mana boleh berlaku...baik sangat jika dapat diamalkan. Maka inilah satu cara untuk mengelakkan kaum wanita daripada bahaya-bahaya fitnah.

Smoga dapat kekuatan untuk amal dan sampaikan. InsyaAllah...

19 comments:

hidayu samsudin said...

salam kepada akak yg dikasihi...

betul sesangat kak...setuju!!!!
suara pun aurat kan...

isyh penah dlu...org ckp ayu sombong,sbab ckp kasar..biar ler,nak ckp ap pun heheh..

tp dlm kalangan perempuan kita boleh berkata dgn lemah lembut kan???:)

aliaazuan said...

salam ayu,
Lajunya...Dtg naik soyuz ke? hehe.
Tu la pasai, kdg2 bila ckp kasar, tokey kedai kata tak sopan pula. Takpe2, buat latihan kat umah,suruh member tlg responkan kasar ke tak.. Biar la org kata apa pun, bkn dia jd suami kita pon. hehe.

aliaazuan said...

Err Ayu,
Jgn lupa praktik letak blkg tapak tgn skali...
:)

z@i said...

kak sy lmbat cket. soyuz sakit blakang.ehehe

suara kasar ker garau nie?hehe..

kne letak tapak tgn eh kak? mase ngaja pon ker?

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

kalau xleh kontrol...guna je bahasa isyarat...
nanti jadi kes lain plak...adaaaa je.

Cikgu Sue [CS] said...

salam,
hehehehe....mcm dh terpraktik je..ish ish ckgu sue ni garang la kata ank muridku...terlebih praktik kot...suami dh pesan dh...if ckp dgn non mahram kene ckp suara tgas...

aliaazuan said...

Salam.

zai,
soyuz sakit atau drebar yg sakit blkg?
Sbnrnye mksud dia tu lbih kpd garau n keras.
Ni crite msa kita nk pi beli ikan kat pasar.Msa ngaja takyah la buat lagu tu, sblh nk pegang kapur, sblh lg pegang buku. abih sapa plak nk tlg tutup mulut ckgu Zai? hehehe.


Cikgu Humairi,
hehe. :D
adaaa je. tak boleh bayang le kalau smua prmpuan cakap bahasa isyarat. tangan je yg asyik bersilat.


CS,
Waa bgus2. Dh mngaja ni automatik kira dh trpraktik la. Lgpun ckp lembik2 nnti anak murid lak yg naik lemak. :)

Ercy Archie said...

salam.

nak tanya sikit. kalau perbualan harian antara lelaki dan perempuan yg belajar di kelas yang sama pulak, macam mana?

lagi satu, saya agak confuse sikit. suara wanita ni sebenarnya aurat ataupun tidak?

aliaazuan said...

Salam Ercy Archie,

Susah jgk bila kelas dah cmpur ni.Kalu takde bende, tak pyh la berbual. Pandai2 kontrol diri msing2.
Soalan ke2: Utk jln keselamatan, jwpnnye, wallahu alam. hanya Allah & Rasulnye shj yg lbih mengetahui. Atau saudara bleh rujuk kitab Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah utk penerangan lnjut. Nak terang kat sini pnjg pula.
Jazakallah.

Bijen M. said...

Salam.
Ingatkan nak ajar cara mengeraskan suara dari sudut biologi.
Siap ada gambar rajah pulak tu.
Heheh.
Kalau perempuan cakap kasar guna 'lu-gua' oke dak?
Ha ha ha.

Captain said...

salam aliaazuan..

Baik posting ini dan ingatan kpd wanita,,aurat bukan setakat menutup dengan pakaian,,tapi suara juga penting kerana suara juga banyak membuat lelaki yg terpukau dan ghairah..Bila bercakap lelaki akan pandang bibir wanita tsb,

Jazakallah khairan.

aliaazuan said...

Salam...

tuan Bijen,
Sayangnya penulis blog ni bkn ckgu biologi. sape yg tau, tolong terang sat kat Tuan Bijen ni.
Erk, prmpuan ckp 'lu-gua'? Tak manis la pula. Pyh2 ckp bhsa isyarat lah.


Captain,
Ye,ye. Betul tu capt. lps ni kena la kontrol ckp bila trpksa pegi kedai, atau ttup muka lg slmt. :)

Jazakallahu khairan smuanya.

umu6point said...

Assalamualaikum kak :)
hmm..rasanye senang je nak bg syor kt bijen tu.. suruh dia telan biji durian..yg besar sikit saiznya..huhuuu :p

Dulu umu bg syor kt kwn2 yg kata x leh nak kawal gelak supaya letak belakang tpak tgn di mulut time gelak sambil istifar.. x sangka plak cara ni pn bleh wat suara jadi kasar..hihii..

aliaazuan said...

Salam Umu,
Heheh..syor yg baik! Nanti sat nak pi beli buah durian.

Rasanya la kan, tutup mulut tu bkn boleh mengeraskan suara. Cuma kena buat gaya cmtu dan garaukan sendiri suara tu. Sbb pe, akak penah test tutup mulut, tp suara tak keras2 jgk. Ooo..rupanya sndiri buat la kekerasan tuh. :)

Nur Taufiqah Idris said...

Akak, patut la akak suggest pqa takyah contact dengan that guy..
Sampai macam ni kena jaga rupanya:(

Mak cakap dia call dari jauh, tak elok kalau takmo cakap.. So waktu kitorang cakap on the phone tu, is it applicable sambil cakap pqa letak tangan dekat mulut?

aliaazuan said...

Salam Piqa,

hmm,gitu lah kira2nya..akak suggest je yea..

akak rasa time call pun better la kita buat cmtu..tak kisah la kalau org tu tak dikenali skalipun. bila calling2, suara tu bunyi cam sedap je di hujung talian kan? hehe.

نورتوفيقا said...

Salam..
Oh..Ok2.. Insya Allah..
Hurm..Makin banyak clarify benda, makin banyak tahu dah buat salah..
Thank you..

LIVESTRONG said...

nasib baik suara kasar.hehs

aliaazuan said...

Salam.

Piqa, :-)

Livestrong,
Alhmdulillah, ada kbaikan kat situ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails