Saturday, January 8, 2011

KENA UJI? GRRR... vs ALHAMDULILLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk kita semua hari ini, dapat jalankan perintah Allah & melakukan amal-amal soleh. Mungkin ada yang bangun tidur pagi ni dengan muka yang berseri-seri, senyum-senyum simpul...maklum la hari ni cuti hujung minggu kan...ada jugak yang kerut-kerut dahi pikir masalah apa ntah la yerk. Ada yang tengah berleter-leter, marah-marah ...(err..marah kat sape tu? hehe). Baca doa bangun tidur tak pagi tadi? Dalam hadis ada dikatakan, bila kita tidur, syaitan akan ikat dengan 3 ikatan..siap dia dodoi kita lagi tu..Dan macamana lak nak lepas dari ikatan tu? Rasulullah kata: bila kita bangun tidur dan baca doa, terlerai satu ikatan. Bila ambil wudhuk, terlerai satu ikatan. Dan bila kita mendirikan solat, maka terlerailah ke tiga-tiga ikatan tadi. Jika tak buat apa yang disarankan nabi, maka itu yang yang membuatkan fiil kita jadi pelik-pelik sepanjang hari tu..sebab kita masih terbelenggu dengan tali yang diikat syaitan. Erm, check amal, dan benarlah apa yang nabi kata. (just cerita hadis ni sebagai selingan je, moga ada manfaat).

Tak dinafikan, memang dah jadi tabiat manusia, bila ada sesuatu perkara yang kita suka, maka tersenyum lebarlah jawabnya. Ucapan terima kasih tak henti-henti keluar dari mulut kita. Mungkin perkara itu akan dikenang sampai bila-bila, rasa terhutang budi sangat pada orang buat baik pada kita. Bagi yang baik sifatnya pula, dia akan terus puji Allah Taala, 'ALHAMDULILLAH...JAZAKALLAHU KHIR...' Kebaikannya itu akan sentiasa kita sebut-sebut. "Ha! Jangan ada yang nak mengata2 itu dan ini kat orang tu ye, dia dah buat kebaikan kat aku, sape yang mengata kat dia, siap laaa...!" Mungkin inilah percakapan yang sering berlaku. Jika macamtu, memang bagus sangat-sangatlah sikap begitu. Sangat setuju! Satunya, sebab dia dah syukur dengan Allah Taala, dan satu lagi dia dah menghalang orang lain daripada membuat kemungkaran, iaitu MENGUMPAT...

Namun, pernah tak terfikir bahawa kadang-kadang kita lupa satu perkara? Apa dia tu?

Bila datang ujian atau musibah kepada kita, (baik secara direct daripada Allah Taala ataupun melalui asbab perantaraan manusia), masyaAllah...susahnyeee la hai nak sebut syukur atau pujian pada Allah..jarang sangat atau barangkali tak pernah terkeluar pun dari mulut kita ni perkataan ALHAMDULILLAH..berat pulak rasa nak menyebutnya, nape eh? Bukan setakat takde ucapan pujian pada Allah, malah sanggup pula kita maki hamun dan kutuk-kutuk pada manusia yang buat kejahatan pada kita.. Secara tak langsung, bukan ke kita dah marah pada Allah Taala atas ujian tu? Nauzubillah...

Ada jugak kadang-kadang tu, orang lain tak buat salah ngan dia pun, tapi dikutuknya jugak. Pelik gak manusia gini. Banyak contoh nak bagi kat sini, tapi ana tak larat nak taip banyak-banyak. Yg paling mudah, kat jalanraya la kot. Orang lain relax je bawa kereta, kita sudah bising sorang-sorang, pon sana, pon sini, marah orang lain bawak kereta lambat la, lembik la, blablabla...hehe, contoh jer...Yang lain-lain tu cuba la pikir-pikir sendiri apa contohnya. Bukankah kita sudah diajar ,baik ketika susah maupun senang, banyakkanlah mengingat & memuji Allah...baru hati jadi tenang. Bukankah sepatutnya kita pakat-pakat bermuhasabah kembali, apa kesilapan yang telah dibuat hingga Allah uji begitu dan begini.mungkinkah juga ada amal-amal kita yang tak dijaga? Atau sekadar ujian daripada Allah Taala untuk menguji IMAN hambaNya? Wallahu alam. Tak silap ana, semenjak kecil lagi kita dah diajar oleh ibubapa, ustaz ustazah, rukun iman ada 6 perkara, siap nasyid-nasyid lagi. Yang terakhir tu, wajib prcaya pada qada' & qadar.. Apa? Dah tak ingat? Nak kena rotan ni...Cuba kebil mata sikit-sikit, insyaAllah nanti ingat la tu... :)

Sebagai pesanan untuk diri ini juga, kita kena yakin dengan qudrat & iradat Allah. Samada Allah bagi atau tak bagi sesuatu perkara tu, adalah atas kehendakNya jua. Kite takde daya upaya pun, laa haula walaa quwwata illa billah... Ada orang yang sangat suka kepada satu-satu perkara. Hari-hari dia berusaha, berdoa , mintak dengan Allah Taala, tapi Allah tak izin lagi untuk bagi kat die. Samada belum sampai masanya atau Allah tak bagi langsung. Jika tak diberi, mungkin ada keburukan untuk diri kita, insyaAllah moga Allah beri di akhirat nanti sesuatu yang terbaik. Ada juga orang yang tak suka kepada satu-satu perkara tu, dia tak pernah mintak apa-apa pun dengan Allah Taala, tapi Allah nak bagi jugak kat dia, kadang-kadang dapat cepat. Mungkin ada kebaikan untuk dirinya, lalu Allah pun bagi. Pendekata, semuanya ada dalam pengetahuan dan genggaman Allah. Kita sendiri pun sebenarnya tak tau pun apa hikmahnya & apa yang Allah dah atur untuk diri kita semua.

Allah Taala firman:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦
Mafhumnya: Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah-216)

Maka, kesimpulannya, kita kena bawa sifat SABAR dalam kehidupan,( kerana Allah firman: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ, sabar itu indah...) Selalu ingat Allah dalam apa jua keadaan & yakin dengan kuasaNya. Dan, untuk mendapatkannya, hari-hari kat rumah kena buat 'halaqah iman yakin' la nih. Baru hakikat ni akan masuk dalam hati. InsyaAllah, semoga dapat amal dan sampaikan.

Wallahu alam.

12 comments:

Captain said...

salam aliaazuan,

semua ketentuanNya, banyak bersabar dlm menghadapi ujianNya..Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.” Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”
Abu Thalib al-Makky mengutip sebahagian perkataan sebahagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”

Jazakallah khairan..
"Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepada mu"

ahLia shahril said...

sabar..sabar...

cobaan... =p

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamaualaikum.

Captain,
Alhmdulillah, jazakallah khir bg tmbahan ilmu kat sini. Er, sbnrnya entry ni ditulis slps mmbca komen drp cikgu Humairi (n3 lps)..Allah kasi idea, smoga ana sndiri dpt amal.


Zai,
Bunyi tu mcam citer P.Ramlee jerk! hehe.Td Ayu dtg umah, dh blk dah...

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Jazakillah, semoga kita dapat menahan diri dari mengomel bukan-bukan apabila diuji.

Fasobrun jamil.. intipati surah Yusuf, surah yang Allah beritahu di dalamnya terkandung sebaik-baik kisah.. iaitu kisah berkenaan ujian yang Allah datangkan kepada nabi Allah Yusuf a.s sejak baginda kecil sehinggala baginda dewasa. Dihumban ke dalam perigi oleh abang-abangnya sendiri, dijual sebagai hamba, digoda dan difitnah, dipenjara dan sebaginya. Macam-macam ujian yang nabi Yusuf terima, tapi nabi Yusuf tetap SABAR..

Iktibar untuk kita supaya sabar seperti nabi Yusuf a.s. Hujung-hujung surah Yusuf barulah Allah beritahu.. Katakanlah (Wahai Muhammad) Inilah jalanku, mengajak kepada Allah dengan basirah, aku dan pengikutku..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

sabar...memanglah...tapi syaitan tetap menggoda.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum.

Ustaz Ishak,
Jazakallah.Mari kita sama2 hayati kisah yg Ustz Ishak bagi ni.
'Sabar & tahammul', sifat mulia yg ada pd para nabi & shbt..oh, nk kene bljr byk lg nih.


Cikgu Humairi,
Jgn biarkn dia goda tau,ckgu. Lawan dia blk hingga titisan trakhir..Biasa syaitan nih!

Bijen M. said...

Salam.
Kena tambah lagi.
Zikir, fikir, syukur dan sabar.
Ehehehe.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Tuan Bijen,
dan tambah satu lagi, =KORBAN.
baru hakikat masuk. betui dok.
InsyaAllah.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

assalamualaikum

sabar...
insyaAllah :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam baya,

dan TAHAMMUL,,,,
insyaAllah.

=)

kabrsacks said...

2020 ford focus titanium | Titanium Art - T-Mobile
2020 ford titanium body jewelry focus titanium on Android 토토 사이트 홍보 the application is an excellent application for the mobile titanium nose rings application. babyliss pro nano titanium hair dryer We've given the user an opportunity to titanium watch

tebith said...

nv236 solovairwarszawa,autry 靴,lotto herren steppjacke,all star sports apparel,lottomilano,solovair batai,osiris schuhe kaufen,lotto roupas femininas,moonbootcanadasale ew151

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails