Thursday, November 25, 2010

KEPENTINGAN MAJLIS TAKLEEM DI RUMAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa itu majlis takleem wat ta'allum?

Takleem & ta'allum adalah belajar & mengajar. Ia merupakan perintah Allah Subhanahu Wataala & sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Yang mana,ini adalah tertib daripada Allah Taala lalu disampaikan kepada Jibril alaihissalam, kemudian kepada Rasulullah seterusnya disampaikan kepada sahabat, dan seluruh manusia. Takleem merupakan amalan masjid nabawi, juga merupakan harta pusaka Rasulullah...

Jika tiada takleem & ta'allum dalam kehidupan/rumahtangga kita, maka agama akan mati...manusia tidak kenal Allah & tidak taat pada perintah Allah..berbagai2 kemaksiatan akan muncul di muka bumi ini. Apabila semua itu berlaku, maka Allah akan hantar azab, bukan saja di akhirat, malah di dunia lagi Allah akan beri azab itu, nauzubillah.

Rumah-rumah yang wujud amalan takleem, bermakna mewarisi pusaka Rasulullah maka rahmat & berkat datang, ketenteraman & ketenangan (sakinah serta inayah) akan wujud..rumah & seluruh isinya dipelihara serta diziarahi para malaikat, diturunkan taufiq hidayah serta rahmat. Segala amal buruk, zulumat (kegelapan) & ketegangan akan keluar dari rumah-rumah kita. Sebab amalan takleem itu membawa cahaya. Seisi keluarga (suami isteri/anak-anak) akan berada dalam kehidupan kasih sayang yang sempurna.

Cara-cara/adab-adab majlis takleem:

Perlu kita usahakan untuk melakukan adab yang sempurna semasa takleem...jika diadakan majlis ni sambil lewa seperti contoh: baca sambil lepak-lepak macam baca novel, atau sambil landing kat katil ke...sambil makan kacang goreng ke..sambil tengok drama ke...kesannya tak sama jika dilakukan dalam keadaan tawajjuh' penuh adab & penuh fikir. Ini sangat penting, kerana antara asbab hidayat tersebar ke seluruh alam ialah, dapat melakukan majlis ini dengan sesempurna yang mungkin..seperti melakukan beberapa perkara di bawah..

1-Mesyuarat suami isteri/keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting & mulianya majlis ini. Kalau yang bujang, cuba ajak kawan-kawan serumah untuk sama-sama duduk dalam majlis ni. Jika tak ada siapa, boleh buat sorang-sorang..takde masalah. Bagi lelaki, istiqomahkan diri dengan takleem harian di surau/masjid.

2- Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa yang bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.

3-Istiqomah tempat yang sesuai.

4- Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, ambil wudhuk, duduk rapat-rapat..tutup aurat dan lain-lain.

5- Baca kitab tentang kelebihan amal (fadhail amal) & sebagai tambahan, baca kitab muntakhab ahadith.

6. Baca & dengar dengan penuh tawajjuh. Seluruh ahli keluarga cuba belajar untuk ambil bahagian dalam majlis ini samada mendengar atau membaca.

7- Bacalah beberapa bab & tingkatkan kualiti masa dari sehari ke sehari secara istiqomah. Azam untuk sampaikan ilmu pada yang tiada dalam majlis tersebut.

8- Juga buatlah azam untuk melakukan takleem penuh iaitu pergi ke takleem-takleem mingguan yang diadakan di tempat masing-masing.

InsyaAllah...jika kita dapat hidupkan takleem di rumah, bermakna rumah kita telah ada ciri-ciri amalan agama seperti rumah Rasulullah & para sahabat. Bagaimana Allah taala tarbiyyah (didik) mereka, begitu juga Allah taala akan mendidik kita. Apa-apa jua sifat mulia yang ada dalam diri mereka, insyaAllah, Allah akan beri sedikit-sedikit pada diri kita.

Kata Maulana Yusof Rahmatullahi alaihi;
Takleem adalah satu amalan yang penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis takleem ini, menjaga adab-adab, ketinggian & kehormatan majlis itu. Ambillah wudhuk terlebih dahlu, jangan sesekali duduk bersandar, jangan sesekali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat @ nafsu, jangan sesekali berbual & berbisik-bisik semasa takleem sedang dijalankan. Jika kita menghormati adab-adabnya, nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli-ahli majlis akan akan mendapat taufiq untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya, nescaya dianugerahkan nur Hadith & Al-Quran yang mendatangkan hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah Subhanahu Wataala.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua.

InsyaAllah...wallahu 'alam.

17 comments:

asy_syakirin said...

salam kak...jazakillah...teruskan kongsi ilmu ya...:)

Ibnu Mutalib said...

MasyaAllah...
"jangan sesekali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat @ nafsu,"
nasihat ni untuk saya

mf'aushssn said...

subhanAllah..terima kasih atas penerangan.selama ni saya kurang faham apa yang dimaksudkan dgn taqlim.terima kasih kak~jazakallah khayran.

hidayu samsudin said...

salam kak...

terima kasih yer atas penerangan...kdg2 termiss juga taklim dirumah..
dah 2 minggu x dpt ke taklim mingguan di puchong:(
doakan ayu terus istiqomah...

kek_gebu said...

salam,,
terima kasih atas perkongsian ini..
minta copy..syukran =D

salam ukhwah..

Bijen M. said...

Salam.
Taklim adalah kunci kepada anak-anak dan suami untuk solat berjemaah di surau/masjid dan juga kunci untuk mereka keluar sebagai dai'e.
Huuu.

aliaazuan said...

Assalamualaikum.

Asy_syakirin,
Baarokallah fiik..
pkra yg baik,kita syer la sesama kan.
Jazakillah sudi komen.

Tuan ibnu Mutalib,
Sama la kita...
Moga dpt usaha utk tekan nafsu.

mf'aushssn,
barokallah fiik juga utk anta.
Blum lengkap lg isinya tu..
kna rajin dok taklim & dgr fadhilat mjlis.

Ayu,
Wah, wah..sibuk ke skrg ni? Hehe.
Moga Allah mudahkn ye.
musim cuti sek ni x brapa rmai yg dtg tklim kat Puchong kita, mgkn balik kg. Tuan rmh pun tgh khuruj.

kek-gebu,
Jazakillah atas komennya.
Asbab taklim, moga brtmbh2 gebu laaa iman di hati ye.

Tuan Bijen,
Betui2. Setujuuuuuu!
(tetibe ada trbaca 'ayat skema baik punya' kat komen tuan).

Umma-ali said...

hmm...mantopp!

aliaazuan said...

Salam kak Z (uma Ali),
Mantopp takpe, jgn meletopp dah le.

n0vemBer zuLu said...

sy..... bace sengsorg jek...

takde masa yg ditetapkan. kdg2 lps bace quran. kdg2 lps solat. keadaan? atas sejadah dan masih bertelekung.

tp btol la, feel dia lain kalu bace atas katil or ngadap laptop hehhe.

Captain said...

salam aliaazuan..

Baik dan manfaat posting ni...banyak yg kita kena tahu adab-adabnya..Mugax Allah swt rahmati keatas kita nanti..

Jazakallah khairan.

ahmad humairi said...

salam taklim,

cara berbeza 'taklim' - mungkin kat atas katil atau sambil lepak-lepak lebih 'berhikmah'? wallahualam.

aliaazuan said...

Assalamulaikum semua,

Nov.Zulu,
Erk! Baca smbil ngadap laptop? Dasat!


Captain,
Betul tu...penuh dgn mujahadah, kena byk tekan nafsu. Boleh tengok kitabnye kt sini.. http://need-iman.blogspot.com/2010/11/kitab.html


Cikgu Humairi,
Slmt kmbali...Kalau org kita, lps solat tu ssuai sgt la buat mjlis taklim di rmh. Terus buat halaqah, kat lantai je...n duduk rapat2.

Captain said...

cuba buka link tu : page not found..

Bijen M. said...

Salam.
Hah?
Yang mana?

z@i said...

salam..
kak, rindu akak.hehe...

ble la bleh tumpang ayu g taklim kt puchong skali. jeles kt ayu =(

sy bc taklim sorg2 kt umah, tp bc dgn takot2 sbb takot mak dgr, die dh tgk kitab tklim, pastu die komen mcm2.. jd sy xnk r tnjuk sy bc bnder tu, penakot tol sy ni kn? padahal Allah ada, Allah dh jnjikan kejayaan klu amal sunnah. watper nk takot kn? bertahan!! heee..

terima kasih yer kak perkongsian besh nie..

haa..satu lg nk tnyer mse tklim kt umah pon kne ckp 6sifat gk keR?

jazakillah kak.. i lap u

aliaazuan said...

Assalamualaikum semua.

captain,
Op, takleh bukak ye. belum rzki kot.
Ana bukak biasa dpt aje.
nape ye?

Tuan Bijen,
Yg mana?
Alah, yg itu.....tu...tu..tu...

Zai,
Wah, rindu nmpk.
Dia tak tau kita lg la rindu...grrr....
Esok2 dtg KL umah pak sedara, sggah2 la sini, bleh pi taklim skali, jmpa ayu sama.
Elok la buat taklim wlaupun sensorang. lama2 insyaAllah la allah buka pintu hti mak tu...Pertahankn sunnah ni!
Lps buat taklim mmg pun spatutnya kena buat 6sifat. Buat jeh. Jgn le risau takde org kiri kanan. Malaikat kan ada.

Huhu, smpai ati nak 'lap' kita...hehehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails