Friday, November 19, 2010

CERITA TENTANG DUNIA & SEORANG NENEK TUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Dikatakan bahawa satu ketika Hazrat Isa Alaihissalam telah melihat dunia dalam bentuk kasyaf. Baginda melihat rupa dunia seperti seorang perempuan yang tua, giginya pun tercabut kerana usianya yang terlalu tua. Dengan pakaian & perhiasannya, dia nampak seperti pengantin baru. Hazrat Isa Alaihissalam bertanya kepadanya:

Nabi Isa: Selama ini sudah berapa kali kamu berkahwin? (kerana dalam keadaan sekarang pun masih pakai pakaian & perhiasan seperti pengantin)

Nenek tua: Tidak terhitung bilangannya.

Nabi Isa: Apakah mereka semua (bekas suamimu) mati atau menceraikan kamu?

Nenek tua: Aku sudah bunuh mereka semua!

Nabi Isa: Celakalah bagi bakal-bakal suamimu yang tidak mengambil pengajaran daripada bekas-bekas suamimu sebagaimana kamu telah bunuh mereka seorang demi seorang.
Sekali tengok memang anak dara, dua kali tengok, perempuan tua pun ya...

Hazrat Abdullah Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu berkata bahawa pada hari kiamat dunia akan dibawa ke padang mahsyar dalam rupa seorang perempuan yang terlalu tua, hodoh, gigi terkeluar & mata yang hitam tenggelam dalam lubang mata.

Manusia bertanya: Apakah kamu sekalian kenal siapa dia ini?

Mereka yang lain menjawab: Semoga Allah lindungi kita. Apakah bala ini?

Maka akan diberitahu bahawa, inilah dunia yang menjadikan kamu bunuh-membunuh antara satu sama lain, memutuskan silaturrahmi, menaruh hasad dengki antara satu sama lain. Kerana dialah kamu akan saling benci membenci antara satu sama lain. Inilah dunia yang menjadikan kamu terpedaya.

Kemudian perempuan tua itu akan dicampak ke dalam api neraka Jahannam. Dia akan menjerit: "Tolong berikan sahabat-sahabatku, biarlah mereka mengekori aku bersamaku di sini!" Maka Allah Taala akan mengarahkan agar mereka yang telah mengekorinya menjadi sahabatnya di dalam neraka Jahannam!
Seperti seorang pengantin...

Sesungguhnya, inilah perkara yang sebenar. Dunia merupakan seorang perempuan tua, yang menghiaskan dirinya dengan pakaian yang menarik serta barang-barang perhiasan. Melihat kecantikannya yang zahir itu, manusia akan terpedaya. Apabila manusia terperangkap, maka dia akan mengkhianati & merosakkan rancangan mereka, lalu memasukkan racun yang merbahaya. Selepas mengetahui akan hakikatnya, lalu diangkat tirai dari wajah wanita itu, barulah manusia dapat melihat rupanya yang sangat hodoh.
Hai, hai, hai, inilah wajah saya yang sebenar. Kenapa, tak percaya?

Kata Ibnu Ubaid Rahmatullahi Alaih: Perumpamaan dunia adalah seperti orang yang nyenyak tidur, lalu bermimpi. Apabila dia terjaga, mimpi itu akan lenyap. Demikianlah di dunia ini, manusia itu seperti berada dalam keadaan tidur & melihat segala-galanya dalam mimpi...apabila telah mati, barulah matanya terbuka, serta dia akan sedar & melihat bahawa dunia ini tiada langsung keseronokannya...

...Oleh itu, ana berpesan pada diri ini, perlulah sentiasa sedar akan hakikat dunia dengan sungguh-sungguh. Dalam keadaan kita yang tidak berupaya & terpaksa terlibat dalam urusan dunia, maka perlu yakinkan dalam hati bahawa dunia ini sebenarnya tiada apa-apa, cuma pinjaman semata-mata..insyaAllah, semoga Allah beri kekuatan.

Maka, dengan asbab itu perlulah kita berusaha untuk meletakkan akhirat sebagai matlamat/hala tuju masing-masing & bersedia untuk perbetulkan/islah diri dengan belajar korbankan harta, diri & masa di jalan Allah Taala, menggalakkan mahram untuk menjalankan dakwah sebagai kerja utama para nabi, kerana inilah kemuliaan kita semua ummat akhir zaman..Dengan cara ini barulah fikir risau akhirat akan terbentuk, agama akan tersebar ke dalam diri & juga seluruh alam, insyaAllah...Dunia adalah sementara, akhirat sedang menanti kita di sana.
Dunia itu penuh dengan perhiasan...

Kata Hazrat Imam Hassan Radiyallahu Anhu:

يَا أهْلَ لَذَّاتِ دُنْيَا # إنَّ اغْتِرَارًا ِبظِلِّ زََائِلٍ حُمُقٌ
Wahai mereka yang menggemari kelazatan dunia...duniamu tidak akan kekal, terpedaya dengan bayang-bayang yang bergerak, itulah suatu kebodohan.

Wallahu alam.

~Dipetik dari kitab fadhilat sedekah karangan Syeikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi Alaih dengan olahan ayat~

8 comments:

mamawana said...

Salam eidul adha...

Entri peringatan yg bagus banget.

Cikgu Sue [CS] said...

salam aa,
jazakillah atas perkongsian ilmunya..mmg benar dunia ni makin byk dlm hati, makin meresahkan...tp kalau akhirat makin menyesak dlm hati, makin menenangkan InsyaAllah...
CS:insan yg mendamba damai di hati... =)

karkunah said...

aa,jazakillah
atas perkongsian yg bermanfaat..mdhan kita dpt amalkn..

z@i said...

salam...
hodoh upenyer dunia nie..
smlm sy terfikir..sy tgk ramai fmly karkun nie sweet2... kelurga pon cm best jer... upenyer2 sbb diorg byk beljar cne nk bhgiakn keluarga.. eldes pon byk ajar mse bayan etc.. klu bndingkn ngn org biasa diorg sibuk kejar dunia jer..th jer cne nk bhgia kn fmly tp xsempat nk amalkn.. so btol la bila kita ada akhirat kita dapat segalanya (dunia dan akhirat)

best gk tblgh nie.heee... moga Allah tetapkn kita dalam usaha nie. insyaallah

Ibnu Mutalib said...

masyaAllah..
inilah dunia yang dikejar2

aliaazuan said...

Salam semua...

Mamawana,
jazakillahu khairan.


CS,
Rasa takut lak dgn tipuan dunia, kita ni dh slalu sgt trpedaya.


Karkunah,
InsyaAllah..amin.


Zai,
Alhamdulillah..slalu minta dgn Allah moga diberi kefahaman deen.

Ibnu Mutalib,
Kejar dunia dpt dunia.
Kejar akhirat, dunia/akhirat akan dpt. InsyaAllah.

Jazakumullahu khairan.

Bijen M. said...

Salam.
Wanita hiasan dunia.
Seindah hiasan adalah wanita solehah.
Ha ha ha.
Peewit!

aliaazuan said...

Salam tuan Bijen.

Betui2, dan sbg bonusnya, lelaki soleh pulak tolong la jd tukang hias wanita solehah (isterinya), amacam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails