Sunday, March 24, 2013

NAMA YANG BAIK MEMBAWA MAKSUD YANG BAIK, INSYAALLAH.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: "أَنْتِ جَمِيلَةُ".
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Aasiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Apa nama kamu?’. Jawab bapaku; ‘Hazn’. Lalu Rasulullah berkata; ‘Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; ‘Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku’. Said berkata; ‘(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya’”. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

***والله أعلم بالصواب***

6 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Lama x update blog... :)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Lama x update blog.....ko yang tanya sendirik...

Ahmad Humairi apakah maksudnya?

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

ya ckgu, soalan tuk diri sndiri la tu..
yg ayat bwh tu apakah mksudnya?

Bijen M. said...

Tak mikir lagi nama anak.
He he!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

tuan bijen,
ye ke, ye ke...? bleh caya ke.
hari ptma dftar nama anak, hari ke 7 baru gi syiar yo. jgn syiar awal2.

Bijen M. said...

Ooo.
Setakat ni nama dia Abang Batrisha.
Ha ha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails