Monday, April 16, 2012

KARKUZARI ORANG BUTA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Cerita/karkuzari ni dh lama, tp ditulis setelah beberapa kali ana terkenangkan seorang sahabat ni (dia brpangkat kakak, kerana umurnya sudah awal 40-an). Lama benar tak jumpa dia, teringin benar nak jumpa dan tengok perkembangan trbarunya. Paling akhir jumpa ialah pada 2008 setelah dia selalu datang ke rumah ana untuk brziarah.

Perkenalan kami bermula ketika dia datang ke rumah ana utk nusrah jemaah masturat/wanita yang sedang transit selama 3 hari untuk berlepas ke India. Namanya Hasmiah, dia suruh panggil kak Miah je. Kak Miah ni merupakan ibu tunggal, ada 4 org anak. Smuanya dah dewasa tp masih bujang. Sblum ni kak Miah buka gerai makanan.

Pd pagi jemaah nak sampai ke rmh, ana diberitahu oleh suami yg ada sorang prmpuan nak dtg join program/nusrah. Dia tggl di kwsn prumahan kita jgk, kata suami. Tp ana tak pernah kenal dia selama ni. Dia ada sorg adik lelaki yg dah buat usaha agama. Adiknyalah yg bgtau kat dia yg ada jemaah nak dtg rmh ana. Jd kak Miah ni pun taknak la lepaskan peluang ikut program ni.

Utk pngtahuan smua, sbnrnya kak Miah ni tak dpt melihat, kalau istilah senang kita panggil org buta.. Jd, pagi tu dia dtg jln kaki dgn dipimpin tgn oleh anak lelakinya yg bongsu sambil bwk payung dijadikan sbgai tongkat. Masa tu jemaah belum smpai lg. Alhmdulillah masak pun dah setel. Jd ana guna la pluang tu utk layan dan ikram dia.

Rupa2nya, kak miah ni baru je buta...ana tak ingat dh brapa lama, tp ada la bbrapa bulan camtu. Katanya ini kali ke 2 dia buta. Tkejut dgn crita tu mmbuatkan ana lantas bertanya lanjut, apa sebab boleh jd mcm tu? Dia bgtaulah yg kali prtama dia trjatuh terlentang, asbab jatuh tu maka urat blkg leher dia ntah jd macam mana, terus mata jd kabur, lama2 hilang pandangan. Lalu dia pun berubat mcm2, tak lega juga. Last skali dia buat rwtn refleksi. Alhmdlillah...lama2 mata dia pulih dan boleh melihat mcm biasa.

Selang bberapa bln lps tu, dia jatuh terlentang lg. Buta lg utk kali ke 2. Dia pun terus pergi buat rwtn refleksi lg, tp Allah tak izin utk sembuh. Dia pun menangis tak sudah. Dlm masa yg sama, dia trfikir mgknkah selama ni dia byk lalai, lupa tggungjwb pd Allah. Wktu senang slalu alpa, tp wktu susah baru ingatkan Allah...begitulah dia trfikir. Itulah yg dia dtg rmh ana dgn niat nak belajar, betulkan kekurangan dan islah diri.

Ooooh..cmtu critanya. Lalu ana suruh dia bykkan sbr dan doa spya Allah bantu. Mana tau berkat susah pyh dtg, Allah terima doanya. Bila jemaah pun smpai tghri tu, kami pun sambut jemaah dgn senang hati. Ana pun perkenalkanlah kak Miah ni dekat mereka smua. Alhmdulillah ahli jmaah smuanya baik2 belaka..dlm jmaah ni ramai org lama yg dah buat usaha. Jd, ikram pun tentulah high class punya.

Selama 3 hari kat rmh ana, dia tido, makan dan buat smua aktiviti dgn jmaah. Nak brgerak ke mana2, mesti kena pimpin. Spanjang program, kak Miah ni slalu menangis. Dia kata terkenangkan diri yg byk dosa, sbb tu Allah uji mcm2. Utk tenangkn hatinya, jmaah bgtau yg Allah uji ni ada hikmahnya. Mgkn sbb nak tgktkan drjat dan iman kita. Tiap2 hari dia mengadu tringin nak tengok muka jmaah sblm diorg berlepas ke India. Ana kata doa la dgn Allah kak...mudah2an Allah bg pluang kat akak. Jmaah pun tak putus2 bg smngat dan sntiasa bangun mlm berdoa utknya.

Dipendekkan crita (cam dah panjaaaaaang jer), pd mlm terakhir brsama jmaah, kak Miah ni bangun awal utk solat tahajud. Meraba2 dia dlm gelap mncari bilik air. Keadaan rmh dia dan rmh ana sama je, sbb tu hari ke 3 dia dh boleh mengagak kdudukan rmh.Dia pegi solat kat ruang tamu dpn (tmpt bayan). Keadaan masa tu samar2 je, sbb hnya buka lampu dapur. Rupanya dia tak buka kipas sbb tak jmpa suis. Jd, dia pun solat dlm keadaan berpeluh2.

Pagi tu lps solat subuh ada sikit program muzakarah. Dia pun dok skali. Lps siap smua, dia asyik senyuuuuuum je. Pelik juga. Lps tu dia mntak cermin. Ana pun pegi la ambik cermin kecik bg kat dia, tp lps tu baru la trpikir buatpe dia mntak cermin. Org buta kan tak boleh tengok muka sndiri? Dia ambil cermin tu, tp dia letak je. Masa borak2 tu, ana perasan yg cara dia bercakap sudah pandang tepat ke anak mata kita. Ana tanya, eh akak sbnrnya nmpk ke tak nmpk? Tibe2 berjurai2 airmata dia dan terus peluk kami semua. Jemaah kehairanan, apahal kak Miah ni? Rupanya dgn rhmat dan kshNya, Allah kabulkan permintaan beliau. Slps solat tahajud 12 rakaat mlm td, dia doa dgn Allah spya Allah celikkan matanya smula. Menangis-nangis dia doa smbil pejam mata. Bila buka je mata, kak Miah ckp ada nmpk satu lintasan chya di dpnnya. Lalu dia pun buka mata pelan2, dan dia rasa mcm matanya ada nmpk objek dlm rmh sikit2. Lama2 matanya smakin terang. Subhanallah...alhamdulillah...Allah Maha Kuasa...kami pun peluk2 dan nangis sama2..pastu terus sujud syukur. Prkhbran ni terus dimaklumkan kpd amir jemaah..dan suami2 mereka sgt trkejut dan gembira. Masa bayan tgguh sblm mereka berolak ke airport, yg paling ana ingat ialah pembayan tu kata, bila kita bantu agama Allah insyaAllah Allah akan bantu kita. Cash Allah bg. Itulah cerita yg brlaku.

Lps jmaah brangkat, kak Miah pun nk blk dh. Ana kata nak pnggil anak dtg jemput ke? Dia kata tak pyhlah, akak blk jln kaki sndiri. Dlm pjlnan, smua org tegur dia. Eh, Joyah kau dh nmpk ke? (kat sini org pggil dia Joyah rupanya). Kak Miah kata alhmdulillah,,,berkat jemaah dtg sini smlm. Diorg tanya ada doktor mata ke dlm jmaah tu? Eh takdelah...diorg tolong doa saja. Terus kak Miah promote ttg pentingnya buat usaha agama, Allah akan bg kjyaan dunia akhirat. Asbab crita kak Miah ni la yg rmh ana sntiasa dpt sambutan ramai org bila ana ada amik jmaah. Alhmdulillah...

Tp yg tak bestnya, slps bbrpa kali dia dtg ziarah, kak Miah terus menghilang tanpa kbr brita. Mgkn dia kehilangan nmbr hp ana, lgpun dia ada pindah rmh bbrapa kali. Kbrnya dia dh blk ke Sabah. Kak Miah ni asal org Sabah. Taktau pula di daerah mana. Mgkn kgkwn yg tggl kat Sabah boleh mmbntu. Tringin sgt nak jumpa dia.

Kak Miah, di manakah kau berada?

Mudah2an krkuzari ni dpt mencelikkan mata hati kita smua ttg perlunya buat usaha atas iman. Allah brkuasa, makhluq takde kuasa. Takde yg mustahil bg Allah jika Dia ingin lakukan ssuatu prkara. Kun, fayakuuun.

p/s: Umu, gambo tak sempat upload msuk komputer lg. Snap pun blum. hehe. Sabo no...

8 comments:

umu6point said...

Assalamualaikum kak..
Allahuakhbar, berlinang air mata umu baca karkuzari akak sambil menyusukan asma' ni. Pasti hebat amalan kak miah, jemaah dan lebih2 lagi tuan rumah sehingga Allah swt bagi cash nusrahNya tanpa bertangguh. Moga umu dapat sifat seperti kalian. Amin.

hmm..agak2 k.miah tu ada di mana ye. Akak cari nama adiknya yang buat usaha tu, InsyaAllah mudah sikit nak jejak kalau karkun ni.

*x sabor nak tengok Sumayyah si masturat cilik tu..hehee

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tegak jugak bulu tengkok saya membacanya menandakan kekesanan karkuzari ini...subhanallah!

Sumayyah bakal menjejakkan kaki ke sekolah saya tahun 1 tahun depan (orang asli yang beragama Islam)..

eh..tetiba teringat pada Sumayyah Alia Azuan pulak....nak cubit lagi pipinya...

Anak Pendang Sekeluarga said...

terkesan dgn karkhuzari ini...bermanfaat buat saya yg punyai hati yg keras..

Danial_arif said...

assalamualaikum. mengalir ior mata bila baca karkuzari ni...Hebatnya ALLAH...

ALIAAZUAN said...

Assalamualaikum.

Umu,
Kalau citer psl amal, tuan rmh la yg paling ciput skali. Hish!
Mmg dh tpikir psl adiknya tu, tp mslhnya dgn dia2 skali ilang...kMiah ni byk kali pndah rmh, nmbr hp pun slalu btukar.

Ckgu Humairi,
Ana bab meremang ni kalau trtengok citer hntu je.Papepun Allah kuase, hntu takdak kuase.
Wah, Sumaiyah dh ada kembar la..7 thn beza umurnya. Tp sumaiyah yg ini mlayu ori, lmbt sikit nak kluar... :)

Anak Pendang,
Ana pun hati keras cam batu juga. Tp ada msa bgus gak sifat ni...kalau org marah dan kutuk pun boleh rilek lg, still buat tak reti. Untungnya kalau smua org mcm ni.. Kuar jmaah insyaAllah tak jd pecah hati.
Isy, dh jd pantun la pula. :)

Danial_arif,
Subhanallah..kehebatan yg tak trjangkau oleh akal fikiran kita. Hanya dgn amal dan doa dpt mmbantu kita smua. InsyaAllah.

musa said...

Salam, meleleh air mata cikgu membacanya, Allah buat segala-galanya, saya ada satu cerita juga, ada seorang pemuda berumur 30an berpangkat pegawai tinggi tentera udara, orangnya kacak menjadi gilaan wanita, pada pandangan saya pun mmg kacak, dia juga suka berpeleseran dengan wanitaberbagai bangsa, wangnya banyak belum kahwin ramai kawan-kawan yang rapat dengannya. Pendek cerita dia menderita demam panas menyebabkan matanya buta, bermula lah epispod gelap dlam dirinya, semua wangnya beratus ribu dibelanjakan untuk mengubat penyakitnya, semua kawan rapatnya menjauhi darinya, dia telah mendapat medical board, dia keseorangan masa ini lah dia terkenangkan kawannyayang ramai ketika senang, dan dia sendiri tak pernah mengerjakan solat dan puasa, tetapi katanya masa itu dia terkenagkan seorang kawan baiknya juaga pegawai sama dengannya dari Sarawak datang semata -mata menziarahinya dan memberitahu tentang usaha nabi saw, dahn rahmat allah, ini menjadi asbab dia mengikut Tablig, dan dia sudah pun keluar 4 bulan IPB. Dulu masa mula-mula ikut tabligh zaman sekolah dahulu kata oarang lama "buat tabligh mudah daripada naik basikal" orang buta boleh buat tabligh tapi tapi boleh mengayuh basikal nanti langgar orang

ALIAAZUAN said...

Salam, ckgu Musa.
Subhanallah..asbab ujian mcmtu terus Allah bg taufiq kat dia. Buat usaha agama pulak tu. Smoga Allah buka pntu hati kita smua dan sluruh umat..amin..

andi tholha said...

subhanallah

aku terharu membaca karguzari ini


semoga ALIAAZUAN dan kak miah di pertemukan kembali oleh ALLAH di dunia,terlebih lagi di akhirat dalam keadaan kalian di rdhoi.amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails