Tuesday, April 19, 2011

MENCARI DUIT YANG HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu malam, seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Dia ternampak seorang kanak-kanak duduk termangu di bawah sinaran lampu itu.Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya, bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah rumput-rumput itu.

"Apa yang kamu cari?" soal lelaki itu kepada kanak-kanak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.

Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab, "Saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi."

"Oh, ye ke.." Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak-kanak yang sedang duduk termangu.

"Kenapa pula dengan kamu? Kamu menunggu apa di sini?"

Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya dan berkata."Duit saya pun hilang di situ juga tadi."

"Habis kenapa kamu tidak mencarinya?", tanya lelaki itu.

Kanak-kanak itu menjawab dengan selamba,"Tempat itu gelap, macamane saya nak cari?."

Hmm..ye lah, dah orang taknak cari, takkan nak paksa pula kan..
Lalu, lelaki itu menggeleng-geleng kepala dan berlalu pergi bersama anaknya...

(^_^)
Alahai..duit hilang pun taknak cari yerk..kalau hilang RM50 taknak cari balik ke dik.. Mcm2 boleh beli tu...cekelat, kaler pensel, jajan...macam2 lagilah.. Ooo, mungkin budak itu orang yang asal usulnya kaya raya. Antum semua kalau duit hilang, pi cari balik tak? :-) Macam sayang la pulak kan. Buleh beli kitab ke apa ke...

Pengajaran kisah di atas: Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat Islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut ilmu yang berusaha mencari ilmu yang hilang itu. Lambat laun dia akan menemuinya. Kanak-kanak yang duduk-duduk saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu. Dia tidak akan dapat apa-apa...

Kesimpulannya: Ilmu agama adalah harta umat Islam yang semakin hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari selagi hayat kita di kandung badan...InsyaAllah.


العِلْمُ أنِيْسٌ فِى الْوَحْشَةِ
ILMU PENGHIBUR HATI KETIKA GELISAH

وَمُحَدِّثٌ فِى الْخَلْوَةِ
DAN TEMAN BERBUAL KETIKA KESEORANGAN

وَدَلِيلٌ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ
MENJADI PETUNJUK KETIKA SUKA & DUKA


Err..bagi sesetengah pendapat, mungkin ILMU & DUIT tu dua perkara berbeza.. Takpa2, smuanya betul, boleh diterima. Kita kan muzakarah je....insyaAllah.

P/S: Tahniah untuk adik2 kita ni...asbab fikir risau mereka dalam ilmu & agama, Allah pilih mereka juga untuk gi taklim mingguan kat Puchong Ahad baru-baru ni.. Dapat dengar bayan drp maulana dari Indonesia. Jangan serik tau..nak jadi orang baik2 kena usaha cari suasana & tempat yang baik2. Ni dia anak2 bujang yang best & nakal2 ni, semua mesra & sporting.. AYU, BINTI ZAKARIA, AFIDA ANUAR, FARHA (MATADORE), ATIKAH, WANI... Sorang lagi, SHAQIFAH (tak dpt dtg lak mggu ni). Hmm..nampaknya ana sorang je lah yang dah kawin dalam kelompok ni...Sangat gembira dapat jumpa kalian walau selama ni tak pernah kenal di alam nyata, terpaksalah jd kanak2 sekejap :-) ..Mudah2an Allah pilih lagi. Sama2 kita tingkat korban, insyaAllah..

Dan baru2 ni, ana dapat sekeping poskad istimewa drp United Kingdom, lepas tu dpt gambar2 musim bunga kat sana pulak lagi... Ni dia pengirimnya.. SRIKANDI UMMAH...masih student & bujang juga. Gembira tak terkata, maklum la baru kenal tapi rasa ukhwah tu dah lama sangat dah...dan sangat rapat.. Nanti balik Malaysia ada rezeki kita jumpa ye.. Kalau boleh akak nak bawak pegi majlis taklim taklum.. pastu boleh jumpa dgn adinda2 kat atas tu.. InsyaAllah, amin..

Poskad...

Ni salah satu gambar musim bunga kat UK...yang lain banyak lagi, smua cantik2 tp tak larat nak upload dah..Jazaakillah atas kirimannya yer...

Wallahu alam...

26 comments:

Anonymous said...

salam ukhuwwah (^_^)

Semoga akak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

maaflah akak, poskad biasa2x aje nak di bandingkan dengan kad balasan akak berseta hadiah "comel " lagi.

jazakillah kak =)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kalau dah jumpa duit tu nanti bolehlah dibelanjakan ke jalan nan lurus....pahala bertambah lagi, insyaAllah.

morsmode said...

kadang kadang takut nak pegang duit banyak banyak,
nanti Allah tanya pergi mana semua duit tu.

samalah jugak macam ilmu kan.

T_T

Marina Ali said...

Salam kasih sayang kak,baru nak mendarat di blog akak nie,terkesan betul dgn entrynya...betullah kak bahawa Allah SWT telah beli diri ,harta,masa kita dengan gantian ganjaran JANNAH,memang syurga itu menagih ujian yang berat,dan neraka itu dipagari ribuan nikmat...kak...takutnya kalau Allah limpahkan rezeki yg melimpah ruah...

Kak nak tanya cuti sekolah akak keluar masturat...jemaah dah cukup tak? :)

fuad ansari said...

ilmu itu seperti mangkuk yang cantik.. orang yg berilmu itu seperti madu.. tetapi untuk beramal dengan ilmu yang ada itu lebih sukar dari meniti di atas sehelai rambut.. (",)

Ismi Ijmi said...

alhamdulillah

"jadilah org yang mengajar, atau belajar, atau mendengar (pengajaran), dan jangan jadi yang keempat," .... apa ya?

atau satu lagi dgn tambahan,..." atau suka dgn org mengajar,belajar, dan mendenger, jangan jd yang kelima, membenci ...." adeih. tak le aliaazuan.
ada sorg kawan tiap kali nak ajak saya ke tempat pengajian, saya akan sebutkan yang 11st, dia akan sebut ataupun .. yang kedua tu.
heh.

btw sakan ya dapat kad.cantik

Ismi Ijmi said...

bukan 11, 1 (satu/pertama)

hidayu samsudin said...

salam kak..

betul kan,klau duit hilang bukan main lg kan nak mencari tp kalau iman hilang,,,ad x usaha nak cari balik iman tu...

umat dh jauh dr agama,umat dh jauh dr sunnah,,sedih lah...

sangat,sangat,sangat gembira dapat jmpa dgn kawan2 blog,ya allah bahagia rase,bila zai balik...sedih sgt kak...

bertuah dpt kenal dgn akak..akak best...

RuMaH TuA said...

Ilmu tanpa zikir lebih bahaya daripada kejahilan kerana membawa kepada kelalaian. Zikir tanpa ilmu lebih bahaya daripada kelalaian kerana membawa kepada kesesatan.

Moga dicintai Allah...

Unknown said...

saya juga terkesan......aduhai...Ya Allah ampuni sya....

jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...

Ismi Ijmi said...

Tumpang menjemput.kalau2 accidently mana2 reader ada di kelantan

SAMBUTAN JUBLI EMAS PONDOK PASIR TUMBOH

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum.

Srkandi Ummah,
Alhmdulillah, walaupun pd pndgn anti ianya biasa2, tp akak rasa itu dh sgt special. Tmbh pulak anti rajin calling2 dr UK..uish..lg la trharu. Akak tak call2 lg..hehe.


Ckgu Humairi,
Ye, ckgu. harap2 jmpa la duit tu, nnti kena kebas ngan org len. :-)


Matadore,
Tkpe kalau duit tebal penuh poket pun, jnji ada kpntingan utk guna di jln agama. Kena buat tabung akhirat la cmnih.

Anonymous said...

alhamdulillah , doakan saya akak (^_^)

insyaAllah semoga ketemu lagi

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Marina.
Cuti sek yg mana satu? Kalau prtghn thn ni dh ada takaza 3h nk bwk jiran jual nasik lemak kat tepi suarau akak ni ha..insyaAllah. Takaza 10h pun ada gak, kat Pontianak, Indon. Tk tau mana satu Allah pilih. Hujng thn ni suami blum tafakut lg. Jom la, jom la.


Ibnu Mutalib,
Biarlah kita jd salah satu yg pnting tu, jgn tak jd pape lgsg. takut rugi dunia akhrat.
Ye...nk dpt sifat ikram muslimin kena la bersakan-sakan & sgguh2 kan.. Mudh2an Allah bg hakikat.


Ayu,
A'ah...apa yg dikata tu benar.
Hehe..akak kan, kalo duit hilang pun kena cari jgk lah, sbb nk beli kitab la...kalau tk jmpa, apa nk buat..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Tuan Fuad,
maaf lah, terlangkau la pulak.
benar....ilmu yg brmanfaat itu ialah yg kita dpt amalkan dgn istiqomah, walaupun ianya sdikit. Akak pun nk jd cam madu & mgkuk cntik gak.


baitl Atiqa,
Amin...anti pun benar juga.mudh2an apa yg dinyatakan itu ana sndiri dpt amalkn..jazaakillah.


APS,
Akak lg la trkesan, sbb kurang ilmu. :-(
InsyaAllah, nnti akan smpai jgk mmbaca blog tuan.


Ibnu Mutalib,
Elok la juga iklan. Moga2 ramai yg Allah bg taufiq. InsyaAllah akan diusahakan jgk utk me-war2-kannya..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

srikandi ummah,
insyaAllah..amin. :-)

ahLia shahril said...

duit duit di mana kau duit.hehehe...

nyanyi lak..

ilmu kena cari kn? nk cari ilmu kne ader taufik dari Allah.. cane nk ader taufik dari Allah? kne Allah pilih, cne nk Allah pilih? kena kurangkan dosa dan tingkatkn amal

ye ke x nie? wuwuw

terima kasih kak.. akak pon cm org muda gk lagi.hehe.. awet muda gitu.heee

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.
Zai/binti Zakaria (eh mana satu nih?).

Ada stgh org tu, mata dia kdg2 mengeluarkn gmbr duit..begitu kalis sekali. hehe.
Aih, mana ada awet muda...ade2 je la.. 'orat' tu.. 'orat'...
Patut kena rasa makin tua, stiap saat yg brgerak x buleh patah blk..nmpknya u all je la yg jd kanak2 ribena. :-D

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Akak..
Pqa je tak jumpa akak lagi.
:'(

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

W'salam.

Piqa, insyaAllah ye, ada rzki nnti kita jmpa kat mjls 'gitu2'..Mudh2an Allah izinkn.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Selamat mencari ilmu.. :)

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum kak,

Alhamdulillah, dapat mengambil ibrah dari perkongsian ini.
syukran kak.

Jemput dtg ke blog ke-2 ana ye :-)( http://rakanseusaha.blogspot.com), isya'ALLAH sama-sama usaha atas iman

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

'Duit' yang hilang masih belum jumpa....ke manakah menghilang?

Norsha said...

Assalamualaikum,
sayapun tertanya2.....macam dh lama takde N3 baru....ke mana ye?

Abu Zarim Mohamad said...

masyaAllah,,duit xjmpe lg?,,,best ada kenangan2 mcm ni,,,insyaAllah

Ismi Ijmi said...

assalamualaikum.

agaknya aliaazuan keluar negara jauh??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails