Wednesday, January 18, 2012

HADIRNYA SI DIA...PERMATA YANG DITUNGGU.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah...

Apa khabar sahabat2 seperjuangan semua? Rindu sgguh dengan blog ni. Alhamdulillah, nampaknya masih ada peluang untuk ana mengupdate blog yang dah penuh semak samun ni. Memang ambil masa yg lama nak mengemas blog ni semula, sampai boleh kata dah blur, lupa segala benda. Pendekata kena i'adah (mengulang) balik. Maklum saja ana stop berblog semenjak bulan April tahun lepas. Ada bbrapa sbb kenapa ana berehat dari berblog sepanjang tempoh tersebut, tp cuma ada 1 perkara menarik saja yang ana nak share dengan semua...

Alhmdulillah, untuk pengetahuan semua, ana baru saja melahirkan anak pertama pada 29/12/2011 (khamis) jam 6.30 petang di hospital SALAM (Shah Alam Speacialist Hospital) setelah 9 tahun berkahwin-hari ini genap usia baby 21 hari. Bermakna ini merupakan cahayamata pertama ana dan suami. Allah Maha Hebat kan? Tiada satu makhluk pun yang dapat menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah. Ana pun tak sangka yang kami masih ada peluang untuk menimang anak sendiri, walaupun kadang2 rasa macam dah takde peluang..tapi Allah itu Maha Mengetahui. Lalu kami terima berita gembira ini dengan penuh syukur.

Entah kenapa, di awal kehamilan (2 bln pertama) ana takde selera langsung nak berblog. Padahal masa tu belum lagi buat ujian kehamilan...Walaupun dah buat check-up slps tu, 'kemalasan' ni tetap berlanjutan sampai la ana bersalin. Sepanjang tempoh kehamilan tersebut, ana sangat2 syukur pada Allah kerana takde mengalami sebarang alahan. Baby kat dalam perut pun sama, sangat sihat dan Allah mudahkan segalanya. Meskipun darah tinggi asyik naik melambung-lambung tiap2 kali jumpa doktor. Allah uji kat situ plak..sampai kena beli alat blood pressure sndiri, tp bila check kat rumah ok pulak bacaannya. Betullah, rumhku syurgaku..ada ketenangan dan sakinah kat dlm rumah sendiri. Bila kat luar rumah, banyak ujian, dugaan... Penuh dgn stress orang kata. Dah berapa kali doktor nak tahan wad seawal usia kandungan 3 bulan lagi, tapi Allah tak izin kena tahan. Untuk menghadapi perubahan hormon yang ketara dan mengelakkan stress yang berlarutan, ana banyak sibukkan diri buat keje brmanfaat...nusrah/ikram jemaah, terima jemaah dan kluar masturat ( sempat la 3 kali khuruj). Lg satu, kebanyakan hospital yang ana buat check up semuanya nak caesar ana terus, atas faktor banyak risiko. Tapi ana tak putus2 doa dengan Allah supaya jumpa doktor yang boleh bantu ana bersalin secara normal. Alhmdulillah, akhirnya dapat juga bersalin normal, kat hospital SALAM tulah. Kalau ada yang nak try bersalin kat sana, jangan bimbang sbb kat situ doktornya perempuan, nurse pun semua perempuan. Sangat selesa bersalin dengan doktor di sini, dia byk tenangkan hati dan sabarkan kita. Percakapan pun byk membesarkan Allah. Cuma kena keluar belanja lebih sikitlah...apa nak buat kan. Kalau nak tengok gambar baby ana, nilah dia... Ni gambar masa hari ke 7. Ptg tu nak cukur rmbut, tahniq dan nak buat majlis aqiqah pada malamnya. Ikut muka siapa la baby ni ye? Kami sendiri pun tak tau.

SUMAIYAH BT MOHD AZUAN (2.65 kg, masa lahir)
-sedang baring2 kat atas tilam yang nenek buatkan, tengah fikir umat ke? atau tgh fikir ttg dunia yang penuh tipu daya-
Mudah2an2 dia dapat sedikit sebanyak sifat Hazrat Sumaiyah Radiyallahu Anha. Jdi pembela agama. Amin..

Alhmdulillah, byk juga hadiah yang Sumaiyah dapat. Duit pun dapat banyak, terkejut sgguh. Dah tertulis rezeki Sumaiyah...Nk cerita ramai yang datang ziarah Sumaiyah nih, tiap2 hari ada aja orang datang rumah, teruja sgguh diorg nak tengok baby ni, maklumlah semuanya dah lama menunggu. Sampaikan nak makan minum, bertungku pun tak sempat, lari timing apa semua...

Mabruk alaik juga untuk Ummu (ahlia Ustaz Ishak) kerana dah selamat melahirkan anaknya, Ummu Asma' sehari selepas ana bersalin. Montel sgguh anak Umu. Tak sangka ye, lebih kurang je kita bersalin kan. Nanti boleh hantar anak masuk madrasah sama2. ;-) InsyaAllah.

Mudah2an apa yang terbaik yg pernah ana hajatkan untuk baby ana selama ni akan termakbul dan terlaksana. InsyaAllah, nak jadikan dia da'iah, alimah, hafizah, serta menjadikan agama/dakwah sebagai maksud hidupnya..serta dikurniakan tubuh badan yang sihat selalu. Smoga kehadiran anak ini tidak membantutkan kami dalam menjalankan segala urusan, lebih2 lagi dlm keje agama. Amin...

Jazaakumullahu khairan juga kpd shbt2 yg selalu mendoakan kebaikan untuk ana dan suami. Hanya Allah sahaja yg membalasnya.

Wassalam.


20 comments:

asy_syakirin said...

assalamualaikum...tahniah kak :)

alhamdulillah..semoga Sumaiyah menjadi anak ang solehah kelak..amin3..patutlah senyappp jek blognya..hihi

tahniah!!! :)

alhamdulillah...~

Marina Ali said...

Assalamualaikum kak,hai patutlah senyap,rupa2nya dah dapat buah hati pengarang jantung yg selama ini ditunggu2.alhamdulilah semuanya dah selamat ye,wah ramai baby yg lahir bulan disember ye,ina dan suami pun bulan disember,tarikh lahir suami ina pulak sama pulak dengan anak umu ustaz ishak,hah nanti bolehlah pakat beli kek sama2.ina pun tgh berusaha untuk tambah ahli keluarga untuk yg ketiga,akak doakan untuk kami sekeluarga ye,:)

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Tahniah atas rezeki yang Allah beri dan welcome back to arena blogger!

...antikapel... said...

mabruk alaiki sis...
smoga sehat2 dan ceria2 selalu dalam redha Ilahi...
:)

*teruja gak bila baca entry ni...hik hik

نور توفيقة ادريس said...

Assalamualaikum~

Akak~ Mabrouk~
Barakallah. Barakallah. Barakallah:')

Ya Allah.. Pqa sangat2 rindu akak taw..
Nak email serba salah, sebab takut akak actually needs your own personal time away..

Terharunya.. Tak pe lah 9 tahun tunggu, waktu zaman jahiliyyah dulu, berapa ratus tahun nak tunggu untill one lady as great as sumayyah was born:')

Semoga Sumaiyah bt Mohd Azuan jadi sehebat Sumayyah r.ha atau lebih hebat lagi~

Amin..

~PENCHENTA~ said...

Alhamdulillah semuanya baik2. :D

Tahniahbanyak2 kak. Dapat rezeki yang bernilai untuk diamanahkan. Jaga baik2 kak. InsyaAllah. :D

ahLia teeeetttttt..... said...

assalamualaikum kak..

masyaallah.. ader baby dah. alhmdullilah..

moga jadi seperti summayyah radiyallu anha.

best kan ader baby.hehe

tahniah again :)

fuad ansari said...

tahniah...

alhamdulillah.. wa syukurillah...
bersyukur, padaMu ya Allah..

untung sumaiyah.. punya abi wa ummi yang awal2 sudah fikir utk jadikan sumaiyah da'iah, hafizah dan 'alimah..

(",)

ALIAAZUAN said...

Alaikum salam smua..

Asy-syakirin,
Senyap ada mkna..hehe.


Marina,
Intan payung dh lahir, jd tgggjwb pun dh byk ni.
Aha, tmbh jgn tak tmbh. Slagi ada rzki. InsyaAllah ye.


Ustaz Ishak,
Jazakallah khir, mabruk utk ustz juga.


Antikapel,
Mudah2an..teruja gak ke?


Piqa,
MasyaAllah, amin..akan pun rindu sama piqa tau tak. Minta maaf sbb lama sgt x layan blog/emel. Walimah piqa pun akak x dpt pegi, ralat sgt rasanya.Akak dpt tau yg piqa pun dh preg. Alhmdulillah...jga kndungan leklok ye.Moga slmt smuanya.


Penchenta,
alhmdulillah, bila dh ada anak ni bmkna Allah dh bg amanah bsr kat kita.


Ahlia Teet..
Walaupun penat tak ckup tido, tp tetap best.


Tuan Fuad,
Ada pluang nnti bleh bljr dgn tuan yg dh bpengalaman, cmne nak bentuk anak jd yg trbaik. Mnta petua skit kat blog tuan tu ye.

AHLIA NAIEM said...

salam..akk..tahniah..seronok saya dengar Allah bg peluang pada akk ada zuriat sendiri..

moga saya juga dikurniakan zuriat pertama dan seterusnya nnti..dah 3 tahun tunggu kak..

sebut nama saya tau kak dlm doa akk..

ALIAAZUAN said...

Salam, ahlia Naiem,
Ahlia Naiem ni yg tggl kat ptrjya tu ke? Kalau salah maaf la ye, sbb rasa mcm kenal.
InsyaAllah jika ada kbaikan utk kita, Allah akan bg juga bila smpai masanya. Sabar ye.

ahmad humairi said...

Assaalamualaikum,

Dah jumpa duit yang hilang.....alhamdulillah, tahniah!

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum. MasyaAllah dah ada entry baru rupanya. dah ada 12 org komen lagi. maaf aliaazuan memang selalu ke Sri Petaling tapi tak dapat nak jumpa abg azuan. InsyaALlah next time. Ramai bloggers dapat @ bakal dapat anak baru nih. tahun lepas ramai lak kawen, taun ni ramai dapat anak. :-)

Alhamdulillah.

Daieah, alimah, hafizah, home made lah nampaknya InsyaALlah.

ALIAAZUAN said...

W'salam.

Cikgu Humairi,
A ah, lama betul duit tu hilang. alhmdulillah la tak kena curi.
Cikgu org lama, boleh la menuntut cara didik anak dgn cikgu. Tgh smngat ni.


Tuan Izmer,
Alhmdulillah rzki..Kbiasaannya cmtulah, kawen hjung thn, thn dpn nya dpt anak. Tp kes kami ni lain pulak, brtahun2 baru nk dpt. Alhmdulillah.
InsyaAllah, azam tu mmg mcm nk buat home made pun. Ibu itu adalah mdrsh prtama utk anaknya.

Norsha said...

Assalamualaikum.

Patutlah lama menyepi. Apapun tahniah....selamat jadi ibu, selamat
menempuh cabaran baru....

ALIAAZUAN said...

w'salam.
Norsha,
Jazaakillah khir..
kena jd ibu yg lbh byk sabar la nmpknya. Tmbh2 kena bjaga mlm. Meragam aja si kecik ni. Apapun, happy.. :-)

- Ukhty Iman - said...

Salam'alaik kak...

Selamat kembali berblog, dan tahniah ye atas kehadiran cahaya mata, moga jadi anak yg soleh, bakal hafizah, 'alimah dan da'iyah di jalan ALLAH...aamiin :)

salam buat baby sumaiyah, comel sangat dia =)

ALIAAZUAN said...

Salam,
Ukhty Iman..amin..
Jazaakillah khir.

Bijen M. said...

Pehh!
Muka cam pak dio.
:D

ALIAAZUAN said...

Salam tuan,
Haippp, betoi ka muka pak dia lagu tu?

:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails