Tuesday, February 22, 2011

PABILA SUDAH BERTUNANG...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum & apa khabar semua...
Dah 2 minggu tak berblog nampaknya. Ini kerana ana ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan sepanjang tempoh tersebut. Ke hulu ke hilir la jugak kat luar kawasan aritu...dan masyaAllah...agak memenatkan. Minta maaf kepada semua kerana tak dapat nak menjenguk blog kalian dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah sekarang dengan izin Allah kembali semula nak jumpa semua kawan-kawan..

Asalnya posting terbaru ni nak buat citer lain, tapi memandangkan ada hajat daripada 'seseorang' yang dihantar melalui emel. Beliau berhajat supaya ana menulis sikit tentang sesuatu perkara, maka diusahakanlah juga untuk tunaikan hajatnya. Nak belajar ikram orang lain...InsyaAllah dik...tak menyusahkan... Apakah perkara itu? Oh..pasal adab bertunang...rupanya beliau dah dipinang oleh seseorang baru-baru ini...alhamdulillah...Dan tak pasti pula samada tuan punya diri izinkan atau tidak untuk link-kan nama/blog dia kat sini, tapi rasanya eloklah dirahsiakan ye..tak perlulah dihebohkan dulu sebab dia cuma bertunang, belum buat majlis walimah lagi.Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Rahsiakan pertunangan, dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” (riwayat Ahmad)

gambar hiasan...

Sebenarnya tak pandai juga nak tulis lagu mana, sebab diri ini pun masih kurang ilmunya & masih belajar tak sudah-sudah lagi. Memang sangat gembira bila mendengar berita ini. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk adik melalui usaha solat istikharah & melakukan istisyarah. Cuma sekadar nak ingat memperingati bahawa bertunang itu bukanlah lesen untuk setiap pasangan itu melakukan apa saja sesuka hati mereka...walaupun pengertian umumnya adalah untuk mengenal wanita secara dekat, dengan tujuan untuk dinikahi, supaya lebih memahami bentuk rupa, perilaku bahkan perangainya. Tapi maksudnya tak sama dengan yang satu ini, apa orang kata sekarang? Bercinta? Lain maknanya kan? Tambah pulak 'bercinta' menurut ukuran sekarang dapat dikatakan hampir menjurus kepada kemaksiatan secara mutlak, kerana percintaan yang dikenal dewasa ini tidak lepas dari berkhalwat di tempat-tempat sunyi atau berdating di sana sini. Nauzubillah...sangat pentingnya hidup beragama ni kan. Namun, bukanlah bererti agama menutup rapat-rapat untuk mengenal seseorang wanita secara dekat, tetapi berusahalah melakukannya dengan mengikut cara agama. Yang penting ianya tidak melampaui batas, dan tujuannya benar-benar untuk dinikahi, bukan sekadar mencari kesenangan hati. Dewasa ni kita lihat ramai pasangan muda-mudi yang belum berkahwin berdua-duaan/berpeleseran kat sana sini, semata-mata nak memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Malah yang lebih berat daripada itupun banyak, baru bertunang sehari dua tapi sudah hidup macam suami isteri. :' (

Salah ana lah sebab kurang sangat buat dakwah nih.

Jadi sama-samalah berusaha menjaga batas-batasnya, lebih-lebih lagi dalam pergaulan/aurat. Iman & taqwa itulah yang dapat memelihara diri dari godaan syaitan.Kadang-kadang bab yang kita rasa remeh temeh pun rupanya syaitan boleh mencelah. Rasulullah pernah bersabda yang lebih kurang begini mafhumnya: Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang ke tiga iaitu syaitan...

Kalau boleh janganlah bertunang lama-lama dik ye...lagi cepat kahwin lagi bagus...tujuannya untuk nak elak fitnah atau berlakunya perkara-perkara yang tak diduga. Mungkin boleh tersingkapnya keaiban antara satu sama lain, banyak bermain dengan perasaan, berkemungkinan juga memberi peluang kepada orang lain yang sedang menaruh hati pada pasangan...Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku semasa tempoh bertunang..mungkin adik sendiri boleh fikirkan sebab-sebab yang lain. Kena sentiasa beringat, lagipun si dia sebenarnya belum confirm jadi milik yang hak lagi semasa dalam tempoh tu..melainkan jika sudah ada ikatan perkahwinan yang sah. Yang penting, banyak-banyak doa semoga Allah pelihara iman & beri yang terbaik untuk kita.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ -٩٧

Mafhumnya: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl, ayat 97)

Allahu akbar...apa lagi adik ye? Dah habis dah kot... ringkas je la yea.. (rasa macam pendek, tapi nampak panjang juga). Mintak maaf jika jawapan post ini tak menepati kehendak adik. Memang diakui tak lengkaplah, tambah pulak menulis dalam kekalutan. Sape yang nak bagi tambahan nasihat lagi (pengantin baru @ pengantin lama...yang bujang pun boleh...), boleh la bagi dalam ruangan komen nanti, mudah-mudahan bukan saja jadi ilmu untuk tuan blog & adik kita ni, untuk pakcik makcik yang ada anak nak kawin atau sape yang ada adik yang tengah bertunang tu, elok la kita pakat-pakat berkongsi ilmu dengan mereka. Dan lebih aula lagi jika dapat dirujuk dengan orang alim yang lebih muktabar, atau selak kitab-kitab agama...

Erm..buat suspen jer..sebelum orang ramai lebih suspen lagi siapakah gerangannya yang berhajat minta tulis posting ni, baik ana berhenti dulu di sini. Karang ramai yang tanya, jenuh pula nak menjawab..kan kan.Didoakan kepada adik semoga impian untuk melangkah ke alam perkahwinan akan terlaksana, insyaAllah...amin.

Wallahu 'alam.

20 comments:

ahLia shahril said...

siapa yer?

jeng jeng jeng

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

sape lagi???/z@i kot????...jeng jeng jeng...

selamat bertunang....

....salah saya juga sebab kurang berdakwah juga!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Zai & cikgu Humairi,
jeng jeng jeng, biarkan anda tertanya-tanya.
Eh eh, takde nasihat pon.

نور توفيقة ادريس said...

Alhamdulillah..
Dapat ilmu yang sangat2 bermanfaat..
Rasanya boleh link bila empunya tu berkahwin..
Mesti akak antara orang 1st yang dia bagitahu.
Semua yang datang blog akak boleh doakan dia sama2..

:)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Piqa,
Betul2, pape pun kena tggu tuan punya diri on dulu lah.
:)

ahLia shahril said...

hahaha... saya ker org nyer tu?

Captain said...

salam aliaazuan...
Lagi kita banyak belajar lagi rasa semakin cetek ilmu yg kita pelajari...terasa banyak tak dan cover..

Kepada pasangan ini elak perkarax yg ditegah dlm Islam... 6 bulan ke bertunang?

Jazakalllah khairan..

umu6point said...

Assalamualaikum kak..

wah..memang suspen lerrr... x sabar nak tunggu sidang media di buat..kikiki..

Sememangnya, benar apa yang menjadi ingatan akak tu.. terutamanya kita kena sangat menjaga hubungan time bertunang kerana kesannya nanti akan kita rasa selepas berkahwin. Jika elok cara jagaannya maka elok juga la hasilnya nanti begitu jua lah sebaliknya..

ucapan selamat buat mereka yang baru bertunang.. eeerrr..bukan zai kn? hahaaa

Ismi Ijmi said...

menarik aliaazuan..
siapa laaa agaknya.

CS said...

Assalamualaikum aa,
hmmm..ni dh jd medan tekateki...cepucemas....hmmm biar sape pun orgnya, diucapkan selamat menjaga iman & amal....sediakan iman & diri (fizikal & mental) utk masuk ke gerbang perkahwinan...jgn diturut perasaan & godaan syaitan...mmg cabaran pling besar wktu bertunang ni...[brckp brdasarkan pngalaman...huhuhu]...xpyh nk brcinta2 bagai nk rak....dh nikah nnt...barulah lebih exciting InsyaALLAH...alamak dh bebel mcm kat kelas pulak...ok murid2!!!! kelas dismissed!

Bijen M. said...

Salam.
Wahh.
Apesal Zai kena aim?
Ohh Zai nak bertunang tak roger gua ye?

Peluncur Islam said...

tajuk macam dah kena pada ana...

ahLia shahril said...

bertunang kne rahsia...

dah kwen br kne heboh. xgitu? keh3

islamic skaterboy dh ngaku tu. g aim die plak.

heee

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum smua.

Zai,
Mungkin juga tu! ececeh.


Captain,
Ye, kpd sape2 yg brtunang,elok dgr nasihat drp org lama mcm Capt ni.
Err, tak tau la brapa lama diorg brtunang capt. Nanti sat nak pi tanya.


Umu,
Yg ni pulak nasihat drp pengantin baru. mari kita amik pengajaran drp nasihat beliau. Suspen yea...jenuh laaa org tu kena panggil press nak bersidang. :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Ibnu Mutalib,
Taktau la, sapaaaa la dia yerk.


CS,
Takpe2, kami suka tadah telinga mendengar bebelan. alhamdulillah la bebel yg baik2.


Bijen,
Dia kena aim psl jd pengomen nmbr 1, ayat dia suspen plak tu. Ok2, nanti suruh dia roger dulu kat Tuan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

peluncur Islam,
Ye ke? Mmg entry ni utk tuan juga pun.
P/S: Jgn tunang lama2.


Zai,
Betui3x.
Dok tgh aim dia jugak ni.

hidayu samsudin said...
This comment has been removed by the author.
AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Ayu, insyaAllah boleh la gi taklim mggu ni, kot2 trlepas rindu. :)
Yg bertunang tu mesti la org yg tak kawen lagi...kan kan.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Selamat mendirikan masjid kepada jejaka dan jejaki misteri tersebut. Semoga Allah permudahkan segala urusan. :-)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.

ustaz Ishak,
Amin...ya robb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails