Saturday, January 1, 2011

PAGAR DIRI & HARTA

بسم الله الرحمن الرحيم

DOA ABU DARDA'...
Diriwayatkan dalam kitab Ibnus-Sunni, daripada Thalq bin Habib berkata: Sekali peristiwa datang seorang lelaki kepada Abu Darda' Radiyallahu Anhu seraya berkata: Wahai Abu Darda', rumahmu telah terbakar! Jawab Abu Darda': Tidak mungkin rumahku terbakar, mustahil Allah Taala akan melakukan begitu sesudah mendengar beberapa kalimat (doa) daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mengatakan: Barangsiapa membacanya pada awal siangnya, tidak akan ditimpa musibah hingga petangnya, dan barangsiapa membacanya pada akhir siangnya (di waktu petang), tidak akan ditimpa musibah hingga ke paginya. Doa itu ialah:

"Ya Allah, Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, kepadaMu aku menyerah diri, dan Engkau Tuhan yang memiliki arasy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah, pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakaiNya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tenaga melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi Maha Besar. Aku mengetahui bahawasanya Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Dan bahawasanya Allah telah meliputi ilmuNya kepada segala sesuatu. Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu daripada kejahatan diriku & dari kejahatan semua makhluk yang melata yang Engkau miliki kuasa ke atasnya. Sesungguhnya Tuhanku berdiri di atas jalan yang lurus"...

Diriwayatkan dari jalan yang lain (daripada seorang lelaki daripada sahabat nabi, tidak disebut namanya kepada Abu Darda'), juga riwayat lain lagi yang mengatakan bahawa orang lelaki itu datang berkali-kali kepada Abu Darda' mengatakan kepadanya: Segera lihat rumahmu, ia sudah terbakar! Namun begitu Abu Darda' tetap mengatakan: Bahkan, rumahku tidak boleh terbakar, kerana aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkata: Barangsiapa yang mengucapkan kalimat-kalimat ini (yakni doa ini) ketika dia berpagi, tidak akan menimpa dirinya, atau keluarganya dan juga harta bendanya. Dan aku sudah membacanya, (yakni doa tersebut) pada hari ini. Marilah kita pergi melihatnya kalau tidak percaya. Maka Abu Darda' bersama-sama dengan mereka pergi menuju ke rumahnya. Lalu, benarlah apa yang didakwa oleh Abu Darda' itu, semua rumah di keliling rumahnya habis hangus terbakar melainkan rumahnya saja, yang tertinggal tidak terusik sedikit pun!

Subhanallah... 'ajib kan? Dengan amal yang mudah beginipun, Allah akan pelihara & selamatkan kita daripada kecelakaan. Itulah janji Allah & RasulNya. Maka, apa lagi 'pagar' yang terbaik untuk melindungi kita dari segala musibah? Sama-samalah kita azam untuk amalkan dengan penuh yaqeenn, istimroor & istiqoomah.
Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua. Yakinlah bahawa semua kebaikan dan keburukan itu datang dari Allah dan dengan izinNyalah jua (atas usaha ini) ia dapat mengelakkan segala musibah daripada menimpa kita. InsyaAllah...

Wallahu alam.


14 comments:

ahmad humairi said...

assalamualaikum,
salam 1.1.11,

...saya insan yang lemah. Berdoa, namun yang dihajati belum tiba. Mungkin di suatu hari nanti. Harap AA bantu sanya berdoa sama untuk kesejahteraan saya di dunia dan akhirat.

CS said...

salam aa,
bila tgk gambar rumah terbakar, dh bleh agak nk cite fasal abu darda'.InsyaAllah kita kena usaha nk dapat yaqin mcm abu darda'. Allah Maha Kuasa, makhluq langsung xde kuasa. Allahuakbar!!!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum,

Cikgu Humairi,
Masyaallah...kita smua sama je ckgu. Allah Taala firman (sbgai motivasi utk kita smua ye):
"Boleh jd kamu tak suka ssuatu prkara itu, tp ianya baik utk kamu. Dan boleh jd kamu suka pada ssuatu pkra itu, tp dia boleh mndtgkan kburukan kpd kamu. Dan Allah mngetahui apa yg kamu tdk ketahui".
Jd, kita hanya mmpu berusaha. Jika ada kbaikan, Allah akan bg. Jika sbaliknya, maka kita kena redha. InsyaAllah, sama2lah kita bntu mmbntu dlm memohon pd Allah...

Cikgu Sue,
Lg satu bila nmpk ada kbkaran, kena 'takbir'. InsyaAllah amal dgn sohih yaqin, baru nusroh Allah akan turun.

Jazaakumullahu khairan.

Captain said...

salam aliaazuan,

Doa yg baik utk dibaca selepas solat..selalu juga baca supaya dipeliharaNya..jadikan doa ini kepada mereka yg lemah semangat atau dari dirasuk iblis dan jin..

jazakallah khairan.

ahLia shahril said...

salam kak..

saya br balik dari kl nie..eheh..

insyaallah cuba amal doa tu.

kne benar2 yakin kuasa Allah

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam.

Captain,
Dan doa ni juge sgt baik dibaca ketika nak kuar rmh sbgai pelindung & kslamatn.. Jazakallah khairan atas komennya.


Adinda Zai,
Oh, yo ko? Yo lah...tak mai Puchong pon.
Tkpe2, pelan2 hafal.
Slow n steady, tak mula tak jadi.

hidayu samsudin said...

salam

bercakap psl doa teringat cerita akak,akak prnah cite kak ayu,ad seoarang ahlia tu,ap2 kerja yg die buat msti didahulukan dgn doa...boleh dikatakan semua kerja dier la...ya allah..kagum dgn dia..
cte akak tu sentiasa ayu ingt...doakan kita sentiasa istiqomah dlm mengamalkan setiap sunnah dan amalan rasulullah s.a.w..x kira ap jua yg kita lakukan..insyaallah dpt keberkatan nya...

Bijen M. said...

Salam.
Mengikut syariatnya, rumah boleh terbakar atau dimasuki pencuri.
Hakikatnya Allah SWT boleh menjaganya, dengan kuasaNya saja semua itu boleh boleh berlaku.
Sama ada kita yakin atau tak saja dengan Allah SWT.
Ataupun keyakinan kita pada makhluk.
Ohhh.

Unknown said...

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamaualaikum,

Ayu,
Akak pun tgh bljr nk amal ssuatu pkra dgn istiqomah..insyaAllah smoga Allah bg kkuatan.


Tuan Bijen,
Tak pyh pakai guard dah.


Anak Pendang sekeluarga,
InsyaAllah...lps ni buka.

ummu said...

assalamualaikum Alia
Ya Allah, Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, kepadaMu aku menyerah diri, dan Engkau Tuhan yang memiliki arasy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah, pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakaiNya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tenaga melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi Maha Besar. Aku mengetahui bahawasanya Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Dan bahawasanya Allah telah meliputi ilmuNya kepada segala sesuatu. Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu daripada kejahatan diriku & dari kejahatan semua makhluk yang melata yang Engkau miliki kuasa ke atasnya. Sesungguhnya Tuhanku berdiri di atas jalan yang lurus

amin,amin ya Allah

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Alaikumsalam Ummu,
Moga diperkenankan Allah atas usaha Ummu ya, insyaAllah.

Anonymous said...

kak,doa tu mcm pernah nmpk.
tp xsure kat mane.

hehe.nmpk sgt xamalkan.
terlepas pandang.

dlm alMathurat ad ke?

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Livestrong,

Smoga strong slalu..hehe.
Doa ni ada kat kitab kanzul ummal, juz 2, m/s 638 atau dalam Manzil.
InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails