بسم الله الرحمن الرحيم
Mari kita baca...Daripada Hafs bin 'Aasim Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk dianggap seseorang itu sebagai pembohong bahawa dia menceritakan semua perkara yang telah didengari tanpa usul periksa (HR Muslim).
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk seseorang itu dianggap sebagai berdosa bahawa dia menceritakan semua perkara yang didengarinya tanpa usul periksa. (HR Abu Daud).
Keterangan: Menceritakan segala perkara yang didengari tanpa usul periksa adalah satu tingkatan dalam berbohong yang kerananya hilang kepercayaan orang ramai terhadap seseorang.
P/S: Telefon buruk? Apa pulak kaitannya dengan cakap bohong? Bukan ape, ana teringat masa sekolah kecik2 dulu kami sesama kawan-kawan main 'telefon buruk'. Kami pun beratur la ramai2. Orang pertama kena baca satu cerita pendek yang disediakan kat dalam sekeping kertas, pastu hafal, pastu terus kena pegi cerita kat orang berikutnya secara hafalan jugak. Orang ke dua pulak kena cerita kat orang yang berikutnya apa yang telah dia dengar tadi. Begitulah seterusnya sehingga habis semua orang dengar cerita, tapi dah jadi lain2.. Akhirnya, ntah apa2 cerita yang sampai kat telinga kat orang last... Oh, rupanya ada pengajaran... Nabi pun dah lama pesan, jangan suka menyampai-nyampai cerita kat orang lain tanpa usul periksa. Bukan saja tak betul, malah akan jadi DOSA. Lebih baik kita banyak cakap tentang dakwah, iman & amal... InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Wallahu alam.
(Hadis dipetik dari kitab Muntakhab Al-Ahaadith)
11 comments:
assalamualaikum,
....kalaun diam?, lebih baik kann?
Assalamualaikum aa,
hmmm selalu gak ajak anak murid main tpon buruk ni..since ank murid CS istimewa, CS bg perkataan mudah saja. penah satu hari tu, CS bisik kat tlinga mereka "nasi goreng",,,sampai org terakhir lainnn sgttt..kalau xsilap yg keluar dr mulutnya "harimau"...trkjut harimau ckgunya..hehe!
hmm...xelok SAMPAI MENYAMPAI...takut2 yg keluar hanya 'SAMPAH' yg akhirnya buat orang 'MENYAMPAH' lebih ngeri lg takut org 'MENYUMPAH'.. berkatalah benar walaupun pahit... =)
Salam.
Erk CS, nasi goreng jadi harimau.
Dahsyat tu.
Tapi kadang-kadang orang main telefon buruk ni saja main-main tukar berita yang disampaikan.
Orang jenis macam ni kategori penyebar fitnah pula.
Banyak pengajaran dari game ni.
Aslmkm..
Bila baca entry ni teringat dua rangkap syair yang sorang pensyarah saya pernah kongsikan di UKM dahulu. Ringkas tapi menarik.
Rebutlah dua rakaat solat, ketika berdiri di gelita malam.
Diam itu lebih berguna, meskipun engkau petah berkata-kata.
salam..
cakap dakwah hari-hari best kan?
kalu rse bosan mksudnyer? lemah iman yer kak?
Assalamualaikum semua,
Cikgu Humairi,
Nak jadi pendiam gak lah..
'Byk ckp membahayakan kesihatan (rohani)'.
Cikgu Sue,
Nasi goreng jadi harimau??? Sgt ajaib tuh. Byk pengjaran dr prmainan ni kan.
Betui tu, lbh baik kita byk sampai menyampai dlm berdkwh, dgn hikmah & bjksana.
Tuan Bijen,
A'ah, ada jgk yg pesen mcm tu. Sajaaaaaa je buat citer bkn2. Trlebih cerdik kot. Mcmne pun, cikgu/fasilitator tu kena la bgtau apa pengajarannya kat bebudak spya depa paham.
Ustaz Ishak,
Ya,stuju. Org yg petah ni slalunya byk ckp. Perlu byk buat latihan 'mendiamkan diri'. Jenuh la jgk kan, sbb slama ni mulutnya tak buleh duduk diam.
Zai,
Sgt betul apa yg zai kata. Lemah iman la tu namanya.
kita sndiri perasan dgn prckpn & prbuatan kita, samada ke arah dkwah atau sbliknya. Jd, kena cari suasana utk peningkatan iman.
=)
Salam.
Tuan Bijen,
PEMBETULAN: Astaghfirullah..Bukan manusia yg bg faham..Allah yg bg faham kat bebudak tu..
salam,
minggu lps sibuk sikit..mertua sakit dan meninggal. isnin pulak ambil anak pompuan kat changlun sakit kaki jatuh tangga pulak.Baru skrg free sikit baru dpt lawat blog kengkawan..
Nak buat mcmana redha dgn ujianNya.. Jazakallah khairan.
salam capt...
Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun.
sabarlah atas ujiannNya.
ciri munafik,berdusta apabila berkata kata?betul ke kak?
takut la tergolong.Nauzubillah
Salam.
Livestrong,
Iye dik...betui...
Kurangkan berckp atau byk diam, itu la yg lbh slmt insyaAllah.
Post a Comment