Saturday, October 30, 2010

MAHU HIDAYAT, TAPI MASIH GOYANG KAKI?

بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaAllah, setiap perbuatan yg kita lakukan dalam tempoh 24 jam tidak sunyi dari adab & doa , daripada nak tidur hinggalah bangun tidur kembali.Inilah yang dikatakan sunnah Rasulullah. Sorang kawan ana (masturat), sepanjang beberapa hari ana khuruj dengan dia, mulutnya tak lepas-lepas dengan doa. Hujan turun, baca doa. Bentang & lipat saprah, baca doa.Masuk dapur, baca doa., potong bawang, sukat beras, doa lagi.Dia memang seorang yang tak banyak cakap, apatah lagi perkara sia-sia. Terus terang, ana banyak belajar sifat tu dengan dia..dan rasa malu pula dengan Allah Taala. Ilmu yang banyak bukanlah ukuran kejayaan jika tak diamalkan...betul? Jika kita mudahkan diri melakukan apa yang nabi buat itu, insyaAllah... Allah akan mudahkan kita lakukan amalan sunnah yang dirasakan sangat berat untuk dilakukan, contoh: solat jemaah di masjid (lelaki) & khuruj di jalan Allah...bukan calang-calang ya...semua itu pilihan Allah. Untuk keperluan dunia kita sanggup lakukan apa saja, tapi untuk keperluan akhirat? banyak sungguh alasan diberi. Para alim berkata: jika kita hidupkan suasana agama dalam kehidupan, maka mudahlah urusan dunia & akhirat. Jika tak hidupkan suasana itu, maka payahlah urusan kita dunia akhirat. Wallahu alam.

Sepanjang ana libatkan diri dalam usaha agama yang mulia ini, alhamdulillah Allah hantar ramai sahabat yang satu fikir, 1 risau dari seluruh pelosok negara. Sama-sama tukar pandangan, belajar merasa apa yang dimaksudkan 'korban kerana agama', sama-sama menangis ketika menyebut perihal perjuangan rasulullah, sahabat & sahabiah...Namun begitu ana sedar, pengorbanan yang ana lakukankan selama ini masih sekelumit, sangat sedikit, banyak main-main, tak sungguh-sungguh, 'fikir' atas ummat masih kurang. Bagaimana Allah nak hantar bantuan jika kita buat usaha atas nama agama tapi masih inginkan senang lenang tanpa mujahadah, mahu goyang-goyang kaki sahaja? Natijahnya: kesan agama yang masuk dalam diri sangat kurang, apatah lagi kesan untuk orang lain. Berbanding dengan usaha yang dilakukan di siang hari dengan penuh fikir, susah payah, mujahadah, penderitaan, deraian airmata...(yang kesannya sangat efektif), orang-orang beginilah yang mewarisi sifat-sifat da'ie...kesannya berbeza, bangun malamnya lebih mudah...doanya juga mudah dikabulkan Allah.. Mirip-mirip dengan susah payah & korban nabi/sahabat dalam menyebarkan dakwah. Bandingkanlah dengan diri kita (tuju kat diri ana sendiri ni...), dapat tak buat macam tu? Siang hari kita banyak dicampur adukkan dengan perkara hak & batil! Amalan belum 100% ikut sunnah! Dakwah pun kurang! Menangis untuk ummat pun kurang!tengok citer hindustan atau novel cinta boleh nangis pulak...terbawak-bawak sampai seminggu! Sungguh tawajjuh. Tidur malam pula macam mayat! Hmm..tawajjuh lagi! Jadi bagaimana Allah nak dengar rintihan kita? Bagaimana masalah ummat & penderitaan mereka akan selesai? Janganlah salahkan orang lain jika maksiat masih berleluasa di dalam rumah & sekeliling kita, sedangkan diri kita sendiri masih begitu. Dakwah setiap hari tapi hakikatnya tak ada fikir, tiada doa hidayat di malam hari, tanpa deraian airmata... Begitukah sifat-sifat orang yang buat usaha dakwah? MasyaAllah..memang betul pun salah ana.

Ini goyang kaki jugak.. tapi guna untuk kepentingan agama.

Mari kita lihat sirah kembali. Adakah Rasulullah SAW hanya duduk bergoyang kaki, tanpa apa-apa usaha? Adakah dengan mengetahui bahawa Islam itu adalah agama yang benar, Rasulullah tunggu sahaja tiba masanya Allah membinasakan kaum kuffar di Hijaz Arab atau di kawasan-kawasan yang ditakluki oleh para Muslimin? Tidak sama sekali...Baginda keluar bertemu mereka, lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati...

Baginda hidup untuk berjuang, menghabiskan hidupnya untuk dakwah, menyeru sekalian manusia untuk menyembahNya. Hinggakan Allah mengiktiraf sempurnanya agama dalam Al-Quran. Baginda menjadi saksi yang sebenar-benarnya terhadap syahadah di bumi ini.Baginda sendiri tidak dapat menyaksikan Islam berkembang hingga menguasai dua pertiga dunia. Namun, kemenangan telah berjaya digapai oleh umat Islam pada suatu masa dahulu, khairul quruuun...umat yang paling berjaya! Itulah kejayaan yang diberikan olehNya.

Baik, berhenti dulu di sini, sekadar nak melepaskan pemikiran yang tengah berserabut di sini..Hmm..ada kejayaan ke ni?

Lupa pula, sebenarnya asal entry ni ialah nak kongsi doa, tibe-tibe pegi ke lain pulak. Manusia merancang, Allah yang settlekan. Ini adalah doa supaya Allah tak ambil nyawa kita dalam keadaan terkejut/mati tiba-tiba..insyaAllah.

Dalam kitab Ibnus-Sunni, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam ketika baginda berpagi & berpetang, baginda selalu membaca doa ini:

اللّهُمَّ أَسْألُكَ مِنْ فَجْأَةِ الْخَيْرِ وَأَعُْوذُبِكَ مِنْ فَجْأَةِ الشَّرِّ

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku bermohon denganMu dari kebaikan yang datang mendadak, dan aku berlindung diri denganMu dari keburukan yang datang mendadak".

InsyaAllah doanya pendek saja, sama-samalah kita hafaz ya. "Slow n steady, tak hafal tak jadi". Paling penting, amal...Semoga Allah pelihara iman hinggalah di akhir kalam kita (mati dalam iman) & kekalkan dalam usaha agama hingga penghujung nyawa. Amin.

Wallahu alam.


20 comments:

Unknown said...

Assalam..

Cantekkk...saya setuju!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Nur Anisah,

Ahamdulillah, smoga Allah bgi kefahaman pada diri kita semua. Jazakillahu khairan.

Captain said...

salam aliaazuan,

Baru dpt buka dan baca..tenet slow 2 hari ni!
Terima kasih berkongsi ilmu...

Jazakallah khairan.

ahLia shahril said...

salam kak..

lemah iman.. iman kuar masuk.

tp best entry akak. sy terkena.aduss...

tq kak share

Bijen M. said...

Salam.
Banyak orang ada ilmu solat tahajud.
Tapi tak banyak orang yang amal.
Jadi Allah SWT pandang yang mana?
He he he.

*Btw saya ada emel anda. Tolong check tengok.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Alangkah dicemburuinya nikmat fikir agama ustazah ini. Almarhum Allamah Hujjatul Ummah Maulana Umar Palanpuri rah.a pernah bermadah:

Untuk hidayat perlu muhajadah..
Apa yang nak dimujahadah..

Mujaahadah: مجاهده

= م+ج+ا+ه+د+ه

masa :م:مال
diri: ج:جسم
banyak masa: ا:اوقات
hijrah: ه:هجرة
dakwah: د:دعوة

natijahnya:

hidayat: ه:هداية

Untuk dapat hidayat perlu korbankan harta, diri, masa.. Perlu bergerak dalam menjalankan dakwah. Maka baru Allah berikan hidayat..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Captain,

Ana pun sama, nak buka blog sndiri pun pikir byk kali...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam zai,

Ada pun adik Zai kita ni..Jgn smpai 'kluar masuk', BAHAYA!

'Turun naik' tu mmg pkara biasa, lbih2 lg manusia mcm kita ni.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen,

Mesti la Allah pandang yg buat amal, dgn istiqomah, dgn penuh keikhlasan hati, rendah diri...insyaAllah.

*Err..emel yg mana? Yg 1st aritu dh reply dh. Ada 2nd emel lg ke? takdak pun.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Ustaz Ishak,

Jgnlah dicemburui dgn fikir ana yg belum smpurna ni..patut segala mslh ngadu dgn Allah Taala. Ngadu kat entry apa yg dpt? isy..isy..lemahnya diri ana ni.

Tp mmg betul. kena slalu sedar bhwa, tanpa 'fikir' Allah susah nk buka jalan.

Sgt trtarik dgn kata2 Maulana Umar Palampuri td,
nak salin juga lps ni. Cuma pembetulan sikit, mgkn ustaz trsilap taip.مال = harta. Jazakallahu khairan,wallahu alam.

Bijen M. said...

Salam.
Haa.
Ada dalam kotak Spam.
Patut tak perasan.
Dah reply.
Check check rock rock.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam tuan Bijen,

dah baca dh...

Unknown said...

Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam, anak pendang sekeluarga,

Jazakallah...insyaAllah nnti ana buka.

light 0F happiness said...

salam,

syukran post, saat baca terkenang diri sendiri. Masih banyak yg perlu diperbaiki

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Light of happiness,

Jazakillah atas komentar.Ana pun dok trkenang diri sndiri yg byk buat kesilapan..

cik miss said...

sy share ye.. syukran..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cik Miss,

Alhamdulillah, silakan.

roses said...

salam kak alia.

insyaAllah, tak goyang kaki dah lepas ni:)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam roses..

Oh, mendalam sgguh maksud tuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails