Thursday, August 26, 2010

PENCARIAN BAKAL BERMULA, INSYAALLAH.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bertemu kembali. Alhamdulillah 'ala kulli hal...walaupun kesibukan sedang melanda ana tika & saat ini, tak sampai hati pula rasanya nak dibiarkan blog ni kosong tanpa khabar berita. InsyaAllah malam ni lebih kurang jam 2 pagi ana akan bertolak balik ke kampung yang dirindui kat Jitra, Kedah selama beberapa hari, berada di sana sampai hari Isnin @ Selasa.. Minta didoakan keselamatan ana juga sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kenapa balik malam? Yang pertamanya sebab SUNNAH. Nabi selalunya jika nak memulakan perjalanan yang jauh/musafir, Baginda akan melakukannya di malam hari. Permukaan bumi juga akan menjadi pendek. Sebab tu la ana suka balik waktu malam, lagipun suasananya sejuk & aman, tak terasa letih lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. InsyaAllah..

Sebagai buah tangan sepanjang ketiadaan ana ni, nak le juga nukilkan sesuatu di sini..tiadalah pula ana berhajat nak iklankan sesuatu program seperti yang tertera di tajuk entry ni. Cuma ana dapat rasakan sepanjang kesibukan kita dipertengahan bulan Ramadhan ni (lebih-lebih lagi dah nak sampai musim raya) boleh kata semua orang akan sibuk, rutin harian akan berubah, buat kuih malam seribu bulan lagi..., semuanya ingin membuat persiapan yang rapi untuk menyambut hari raya..tak apa, itukan keperluan juga.. menjaga kebajikan keluarga..tapi mesti beringat & berpada-pada.
InsyaAllah beberapa hari lagi kita akan menghadapi 10 akhir Ramadhan yang mana ia adalah kemuncak kepada keseluruhan puasa kita pada tahun ini. Sudah bersediakah kita untuk mencari & menghadapinya? InsyaAllah..sama-samalah kita tingkatkan azam, buat persediaan fizikal & mental untuk memburu malam yang penuh barakah ini.

Daripada Aisyah Radiyallhu Anha, dia berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Jika aku merasakan berada di malam Lailatul Qadar, apa yang mesti aku ucapkan pada ketika itu? Jawab baginda, ucapkanlah doa ini:

اللِّهُمَّ إِنِّكََ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ertinya: Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan, maka ampunilah aku. (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dll).

Dianjurkan kepada kita supaya memperbanyakkan doa ini. Dianjurkan juga memperbanyak membaca Al-Quran, zikir serta doa yang dituntut membacanya pada tempat-tempat yang mulia. Berkata Imam Syafie Rahimahullah: Aku menganjurkan supaya mereka (kita) berusaha untuk mencari malam lailatul Qadar itu pada siang harinya sebagaimana dia mencari pada malam harinya. Kata Imam Syafie juga: Dianjurkan seseorang itu memperbanyakkan doa-doa untuk kepentingan kaum Muslimin, kerana itu adalah syiar @ tanda-tanda orang-orang yang soleh dan sebagai hamba-hamba Allah yang 'arif.
Semoga ada usaha yang bersungguh-sungguh daripada kita dengan membuat iktikaf setiap malam. Kaum lelaki digalakkan beramai-ramai beriktikaf di masjid/ surau-surau. Dan wanita bolehlah iktikaf juga di rumah, sediakan tempat/bilik khas di rumah untuk persediaan menghadapi malam lailatul Qadar.. Semoga Allah temukan kita dengan malam yang mulia ini. InsyaAllah, kepada Allah Taala kita memohon taufiqNya.

SELAMAT BERJUANG!

(dipetik dari kita Al-Azkar LinNawawi)

14 comments:

ziarah76 said...

selamat bertemu lailatulqadar

Captain said...

salam Aliaazuan,

Semuga selamat perjalanan pergi dan balik kampong...Pencarian Lailatul Qadar oleh hambaxNya akan meningkatkan amalan dan ibadat kita ini...Capt akan bagitau jika ada penunjuk nanti..

Jazakalllah Khairan.

Bijen M. said...

Salam.
Kenang daku dalam doamu jika kamu dipilih Allah berada di dalamnya.
He he he.
Semoga dipermudah Allah SWT untuk kita sama-sama berusaha mencarinya.

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

ahmad humairi said...

salam ramadan almubarak,

selamat pergi dan selamat kembali. Cukup berbekas frasa ini :
Baginda akan melakukannya di malam hari. Permukaan bumi juga akan menjadi pendek.

...kejadian siang dan malam - terkadang kita tidak sedar akan turunnya lailatul qadar bila dunia sebelah sini siang. Wallahualam.

Selamaat hari raya, maaf zahir dan batin.

z@i said...

salam.. kak...
lailatul qadar cne nk kenal

aliaazuan said...

Salam Ziarah76.
Salam brziarah..jom kita pakat2 cari.

aliaazuan said...

Salam Capt.

Alhmdulillah dh slmt kmbali. Jazakallah khir atas bantuan, tolong menolong ke arah kbaikan.

aliaazuan said...

Salam Bijen M.

Bkn stakat kenang saja, kena kejut bangun tido skali kot..hehe.

aliaazuan said...

Salam Fakeh.

Moga-moga anta jgk fakeh dlm agama. Insyaallah nnti ana try buka, insyaAllah.

aliaazuan said...

salam cikgu Humairi.

Betul tu...Jika rasa takleh nak sedar, kena tido2 ayam la gamaknya yer cikgu..

aliaazuan said...

Salam Zainab.

Cmne nak kenal? Akak blum la faqih lg..tp yg stkat diketahui selama ni, confirm la kjadian tu blaku pd wktu mlm di 10 hri trakhir.hehe..

Yg lain2 tu; hujan rintik2/gerimis, tkde anjing menyalak, sunyi, air laut jd manis, dan pokok2 brsujud.Biasanya para ahlullah dan hmba2 Allah yg kasyaf yg mampu melihatnya. Walau mcmnapun, 'man jadda wajada'= saper usaha dia dapat, insyaAllah.

Nur Fannun said...

org dulu2 slalu jumpa lailatulqadar..tp mrka xtau..org yg nk sgt jrg dpt..pakcik tu mlm pi sungai ambik wuduk..sangkut kopiah kt pkok, pas selesai nk ambik kopiah dh xde..(pkok sujud)de yg jumpa air beku la..cm2..moga2 kalian smua jumpa..tp trtnya2 tiap2 thun lailatulqadar ni tarikh yg sme @ tukar2??

Mana pergi CHATBOX & Siapa LUCKY FOLLOWER?

aliaazuan said...

Salam Nurfannun,

Mengikut ulamak2 trdahulu, tarikhnya brbeza-beza.Kita hanya berusaha, Allah yg Maha Mengetahui.Wallahu alam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails