Tuesday, August 17, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Diriwayatkan dengan isnad sahih daripada Anas Radiyallahu Anhu, dia berkata: Adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah datang ke rumah Sa'ad bin Ubadah, lalu dibawakan kepada baginda roti & kismis. Baginda lalu memakannya, kemudian membaca:

أََفْطَرَ عِنْدَكُمُ آلصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ آلأبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ آلمَلآئِكَةُ٠

Ertinya: Telah berbuka puasa di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan makanan kamu orang-orang yang patuh & soleh, dan telah berdoa ke atas kamu para malaikat. (HR Abu Daud)

~Diriwayatkan daripada Anas Radiyallahu Anhu: Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam apabila berbuka di tempat orang, baginda sentiasa mendoakan bagi mereka dengan mengucapkan doa di atas hingga ke akhirnya...insyaAllah.

Antum semua dapat banyak tak jemputan berbuka tahun ni? Alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberikan Allah Taala. Dan minta maaf, entry ni sebenarnya bukanlah nak ceritakan aktiviti atau majlis berbuka puasa ana sepanjang Ramadhan ini, cuma nak menyebarkan sesuatu sunnah yang mungkin kita telah pinggirkan selama ini , nauzubillah...ataupun mungkin baru pertama kali kita mengetahuinya. Semoga sama-sama dapat amal & sampaikan. Jika tak ingat, boleh salin dan tampal (sebagai ikhtiar..-tanda keinginan kita yang kuat untuk beramal). Atau masukkan dalam poket baju/dompet. Bacalah ketika berbuka puasa di tempat/rumah orang. Paling baik jika dapat dihafaz dengan sungguh-sungguh, masyaAllah... lebih mabruk... Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, insyaAllah...BOLEH SEMUA?

Wallahu alam.

Dipetik dari Zikir-zikir Puasa-(kitab Al-Azkar Lin-Nawawi Rahimahullah).

12 comments:

ahmad humairi said...

salam ramadan almubarak,

risalah amal untuk kita berkongsi amalan. Terus terbitkan risalah-risalah sepertinya untuk saya dan para pengunjung kongsikan.

Cikgu Sue [CS] said...

salam aa,
hmmm jzkkk atas satu lagi perkongsian ilmu...InsyaAllah akn diusahakan utk dihafaz..selalu nk m'hafaznya kurang bermasalah...tp tang nk amal ni yg payah sikit...hehehe...cuba2lah yer..

p/s:doakan CS dpt kuar masturat nuzul quran ni yer...InsyaAllah..doakan Allah pilih CS n kita sumer...

aliaazuan said...

Salam Cikgu Humairi,

Alhamdulillah, ilmu yg baik itu dtgnya drp Allah insyaAllah.

aliaazuan said...

Salam Cikgu Sue,

Betui tu. Nak amal ssuatu prkara kena ada kkuatan. Bila tak ada usaha, susah la nk merasa mujahadahnya..insyaAllah,bila byk hafaz otak pun terang.

Moga dpt korban harta, diri & masa di jlnNya slalu. InsyaAllah kami dr Puchong juga ada buat azam, iaitu weekend (mggu trakhir Ramadhan). Smoga Allah permudahkan kita smua..amin.

Bijen M. said...

Salam.
Wahh terlupa pasal ni.
Jzkk ingatkan.
Dapat saham dah untuk orang yang amal insyaallah.
:)

Captain said...

Salam,

Capt selalu berbuka puasa bersama keluarga..hanya air masak dan kurma..selepas solat maghrib baru makan nasi dan lauk...

Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jazakallah khairan.

z@i said...

insyaallah boleh =)

aliaazuan said...

Salam..

Dah tolong ingatkan nih. Org amal, insyaAllah ana pun tumpang pahala sama..

aliaazuan said...

Salam Capt,

Ana pun buka puasa mcm Capt jgk, insyaAllah..

aliaazuan said...

Salam Zai.

InsyaAllah dh boleh juga..

Ummi Humaira said...

salam aliaazuan...

akak mohon copy n masuk dlm blog ek...

aliaazuan said...

Salam..

Amik je lah Umi.takpe...

Salam Ramadhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails