بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Telah berkata para ulama: Bergurau yang terlarang ialah yang dan bersifat keterlaluan dan dengan cara terus menerus, kerana bergurau yang seperti itu menimbulkan ketertawaan & kekerasan hati yang akan mencegah daripada mengingati Allah Taala & dari berfikir dlm hal2 penting mengenai urusan agama. Dalam banyak keadaan biasanya ia boleh mmbawa kepada:
-menyakitkan hati teman,
-menghidupkan perasaan dendam
-melenyapkan rasa ketenangan.
Adapun senda gurau yang terhindar daripada kesan2 diatas, maka itulah senda gurau yang dibenarkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Sebabnya, baginda jarang2 sekali bergurau kecuali jika ada muslihat menariknya untuk bergurau, seperti menggembirakan hati orang yang baginda berkata2 dengannya atau untuk menyedapkan perasaannya...maka senda gurau seperti ini tidaklah dilarang sama sekali, bahkan kadang2 hukumnya menjadi sunat.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda: Jangan kamu bertengkar dengan saudaramu & jangan terlalu byk bergurau dengannya, dan jangan kamu menjanjikan sesuatu, lalu kamu memungkirinya! (riwayat Tirmizi)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, dia berkata: Para sahabat berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai Rasulullah, engkau juga kerap bergurau dengan kami. Jawab baginda: Benar, tetapi aku tidak pernah mengatakan kecuali yang benar sahaja. (riwayat Tirmizi)
...Semoga kita berusaha untuk membetulkan perkataan2 yang selalu keluar dari mulut kita. Jika terdapat kesan2 tidak baik daripada senda gurau trsebut, maka istighfarlah di atas kesilapan2 tersebut. Wallahu alam.
(Dipetik dari kitab Imam Nawawi Rahmatullahi Alaih dgn olahan ayat.)
(Dipetik dari kitab Imam Nawawi Rahmatullahi Alaih dgn olahan ayat.)
7 comments:
yeahhh lepas neh jangan lawak keterlaluan dah... (pesanan utk dri sndri) ngeeee
Salam...cik Loyar Lawa..ya ukhtie.(arab skit...)
Err..kterlaluan ke anti punya lawak? Takde kot, sebab selama ni tkde pulak rasa sakit hati, berdendam ke apa ke..& membuat diri sndiri rasa x tenang disbbkn lawak cik LL, so takde yg keterlaluan lah. Malah brlapang dada & gembira je baca anti punya lawak, menceriakan suasana lg...hehe..tp dgn org lain tak tau la cik LL buat lawak mcmna.. smada org tu gumbira @ kcik ati ke... insyaAllah smuanya gumbira..hehe..
salam,
aduhai,
sakit bergendangan,
ditelinga ini,
kerana bahasa yang kaututurkan,
bahasa indah,
tajam menghiris,
bahasa pinjaman dari iblis,
teramat indah,
lalu kau zikirkan seharian.
kutanyainya,
sepantas reaksi kimia kaujawab,
...jujur ingin kukongsikan,
...cuma kau hati sensitif.
hati terhiris,
parah berkecai.
jangan kata apa,
diam sahaja,
jujur itu perlu,
begitu juga konsiderasi.
Salam...
MasyaAllah,tgginya bhsa sstera ckgu,err.. bleh la jgk buat ksimpulan sndri walaupun ana x brapa pndai sstera. Puas la otak ni putar sana putar sni..
Ya, betul apa yg ckgu katakan..(sbnrnya ana pun tak reti nak ulas mcmna). Jazakallahu khairan.
(: ...salam syg utk angah yg baik...miss u.
Assalamualaikum w.b.t.
Akak, nak mintak copy entry ni boleh? nak mSuk dalam blog ana. Satu perkongsian yang menarik...^^
Salam Srikandiunik...Jazakillah khir.
Ambik lah, dipersilakan..
Post a Comment