Tuesday, May 4, 2010

PETUA AJAIB & CERITA ORANG DULU-DULU... (PART II)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...bertemu lagi dgn entry yang seterusnya. Syukur kepada Allah Taala kerana Dia telah memberi nikmat kelapangan masa kpd ana hari ini. Sesungguhnya gunakanlah masa yang Allah Subhanahu Wataala berikan kpd kita dgn sebaik2nya. Dan perlu kita beringat2 dgn bbrapa perkara ini...
-SIHAT sebelum SAKIT
-LAPANG sebelum SIBUK
-MUDA sebelum TUA

Adakah sepanjang umur ini Allah Taala akan berikan kepada kita?

Jika entry yg pertama ana telah menceritakan ttg petua2 yg boleh menjamin kebahagiaan kita dunia & akhirat, entry kali ini pula adalah sbgai penyambungnya...Sebagai manusia kita memang tak lari dari berbuat kesilapan. Setelah bertaubat, bagaimana kita nak usahakan spya kesilapan2 yg lalu tidak kita ulangi lagi? Ini satu persoalan yg sukar untuk dijawab, tp mudah bagi orang yang mahu berfikir & berazam sungguh2 utk merubah dirinya ke arah kebaikan... Pendekkata sentiasa belajar & usaha untuk tekan nafsu!

Seterusnya, apa lg petua2 yg disampaikan oleh ulama & orang dulu2 utk kita amalkan ni ya. Silalah baca...
Berkata Ibrahim bin Adham Rahimahullahu Taala:
1.Barangsiapa yg banyak makan, nescaya tiada mendapat ia kelazatan berbuat ibadat. 2.Barangsiapa yg memperbanyakkan tidur, nescaya tiada mendapat ia keberkatan umurnya. 3.Barangsiapa yg banyak menuntut ia akan kegemaran manusia, nescaya tiada ia mendapat ia kegemaran Allah Taala.
4.Dan barangsiapa memperbanyak ia akan berkata2 yang sia2 & mengumpat, maka tiada ia keluar ia drp dunia atas agama Islam...

Begitulah pesanan2 berharga utk kita moga2 dptlah diamalkan hendaknya. (maaf, ada masa2nya ana ni tak pandai nak pusing ayat sbb ana belajar bahasa dulu2, pakai kitab lama)-dipetik dari kitab AL-MUHIMMAH & AL-MAWAIZ AL-BADI'AH.

Alhamdulillah,banyak betul juadahnya. Tapi ingat..makan ketika lapar, berhenti sblm kenyang..

Saudara/i yg dimuliakan Allah...Allah Taala telah hantar kita ke muka bumi ini dgn 1 maksud iaitu untuk taat & beribadat kepadaNya..Allah sentiasa sayangkan hamba2Nya lbih berkali2 ganda daripada seorang ibu yg sayangkan anaknya. Baik yg beriman @ tidak, Allah tetap memberikan rezeki & nikmat kepada hamba2Nya...cuma caranya berbeza,begitulah kasih syg Allah kpd kita.

Tidur adalah satu nikmat..namun jgn berlebih2-an...

Sememangnya,kita sentiasa kalah dgn NAFSU! Ya, nafsu yg membawa kita ke arah keburukan & kemaksiatan. Setiap anggota tubuh badan kita setiap masa sentiasa terdedah dengan bisikan2 syaitan yg telah berjanji akan menyesatkan mausia hingga hari kiamat.Allah SWT telah mengingatkan kita melalui firmannya:

2:195

Mafhumnya:Dan nafkahkanlah apa yg ada pada kamu (kerana menegakkan agama Allah), dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dlm bahaya kebinasaan. Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org2 yg berbuat baik. (Al-Baqarah-195).

Dan satu prkara yg paling susah manusia utk mengawalnya ialah lidah. Kerana lidahlah yg membuatkan manusia dihumbankan ke dalam neraka. Nauzubillah..Satu contoh yg jelas, melakukan perbuatan @ bercakap yg sia2 pun Allah dan nabi suruh elakkan, apatah lagi melakukan dosa @ bercakap2 ttg prkra2 keburukan2 orang lain. Sudah tentulah azabnya tidak tertanggung di akhirat nanti. Dan dlm Al-Quran juga Allah sudah janjikan balasan bagi seorang pengumpat, iaitu neraka Wail..Semoga Allah ampunkan kita.

Dari Uqbah bin Amir berkata ,aku telah bertanya kpd Rasulullah,apakah cara utk mendapat keselamatan? Baginda telah bersabda: Kawallah lidah, tetap tinggal di rumah( jgn berjalan2 dgn sia2) & tangisilah dosamu ( riwayat Tirmizi)

Api dunia...bagaimana dg api akhirat?

Justeru, hindarkanlah kita daripada melakukan amal2 yg sia2, kerana ia merupakan satu jalan mudah utk kita melakukan dosa. Iman kita sentiasa diuji oleh Allah Taala, maka sentiasalah berjaga2. Perbanyakkanlah perkataan2 yg kluar dari mulut kita itu dgn membesarkan Allah serta memujiNya, kalimah yang baik2, atau percakapan2 yg boleh meningkatkan iman kita. Begitu juga amalan2 & perbuatan kita, mesti berusaha ke arah untuk menjadikan kita insan yg bertaqwa. Lakukanlah amalan tersebut berdasarkan lunas2 Al-Quran @ sunnah2 Rasulullah, insyaAllah kejayaan menanti kita di sana...

Sekian utk kali ini. Semoga apa yg ditulis ini dpt sama2 amal & sampaikan.InsyaAllah akan dtg ana bakal memulakan apa yg telah ana azam akan dibuat sepertimana pada entry yg pertama dahulu. Semoga Allah mudahkan..

Wallahu alam. Wassalam.

2 comments:

nz said...

terima kasih krn entri ni dpt mengisi hati yg kosong ptg ni dgn izin Allah..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

Jazakillah inas...sama2 la kita ambil pengajaran ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails