Saturday, May 8, 2010

BERSUGI vs GOSOK GIGI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...bertemu lagi kita pd entry yg seterusnya...semoga pembaca2 sekalian berada dlm kesihatan yg baik & sentiasa dlm lindungan Allah Subhanahu Wataala.Walaupun ada sedikit masyaqqah (kesulitan) & byk juga perkara yg nak kena dibereskan serta difikirkan, ana masih dpt juga luangkan masa mengadap komputer ni. Tp dgn syarat, tidak mengganggu timing @ jadual2 ana yg nampak semakin padat akhir2 ini...& yg paling penting tidak mengganggu amalan2 ana serta kerja2 usaha agama.

Baiklah, antum semua sudah baca tajuk entry ana kali ni? Sudah bukan? Mula2 ana terfikir gak, entry ttg ni dh byk ditulis oleh blogger2 lain @ drp org2 yg sntiasa menjaga amalan ini, cuma penyampaiannya mgkin dr sisi yg berbeza2. Oleh itu, perlukah ana buat lg? Jawapannya... PERLU! (hi..hi..maaf, nampaknya ana sndiri yg tlg jawabkn...) kerana mengenangkan perkara ini perlu disebarkan lagi & lagi..ia berkaitan dengan SUNNAH Rasulullah serta amalan yg sesuai diamalkan spnjg zaman & perlu dipertahankan sampai bila2.

Ini gmbr 2 btg berus gigi sama kayu sugi.

Suka ana nk ceritakan di sini bahawa ramai shbt2 ana yg mengamalkan sunnah ini, masyaAllah...mmg cantik habis gigi mereka...diaorg ckp kami takde la pulak pegi jumpa doktor setahun 2 kali, malah dh lama sgt tak pegi klinik, alhamdulillah asbab istiqomah pakai kayu sugi ni, gigi takde masalah... Malah ada juga antara sahabat ana yg langsung tak sentuh ubat & berus gigi, still pakai kayu sugi jer. Giginya sgt putih & bersinar2!Begitu juga penduduk2 Islam di negara2 yg kuat mengamalkan sunnah, kayu sugi sentiasa dibawa bersama & mnjadi amalan mereka. Jika ana tengok dr dekat, mmg lawa sungguh gigi mereka. Subhanallah! Jd, jgn lah kita tolak mentah2 sunnah ini, kerana yakinlah, dgn amalan sunnah yg dilakukan secara istiqomah, ada kebaikan & kejayaan padanya!
Contoh kayu sugi yg dijual secara packing

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:"Jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali untuk bersolat". (HR Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah telah bersabda:Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”. ( HR Bukhari ).

Hendaklah kamu mengambil berat ttg sugi, kerana ia mempunyai 10 faedah:Bersugi merupakan salah satu sunat wudhuk, ttp umumnya tidak diberi perhatian lg. Sedangkan diriwayatkan dlm sbuah hadis: Solat yg dikerjakan dgn bersiwak, adalah 70 kali ganda lebih baik drp solat yg dilakukan tanpa bersiwak. Diriwayatkan juga dlm sebuah hadis lain:
-membersihkan mulut
-menjadi sebab keredhaan Allah

-menyebabkan kemarahan syaitan

-Allah & para malaikat mengasihi org yg bersugi

-menguatkan gusi

-menghilangkan gelema

-mewangikan mulut

-menghapuskan safra' (sejenis penyakit)

-menguatkan pndangan mata

-menghilangkan bau busuk mulut


Anak2 pun sudah diajar bahawa pentingnya gosok gigi sekurang2nya 2 kali sehari. Bagaimana pula dgn amalan bersugi?

Para ulama telah mencatatkan bhw trdapat 70 faedah dlm bersugi.Salah satu faedah itu ialah,dapat mengucap kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH ketika meninggal dunia. Sebaliknya terdapat 70 kemudharatan pula dlm mengambil candu, dan salah satunya ialah lupa kalimah syahadah tersebut ketika meninggal dunia...

Selain itu, ada 5 perkara yg menguatkan ingatan kita:
1-jangan byk ckp/kurangkan bercakap sia2
2-berbual dgn org soleh (beragama)
3-bergaul dgn ulamak
serta selalu duduk dlm majlis ilmunya
4-byk membaca Al-Quran & menghafaz

5-menggunakan miswak



Jenis kayu sugi yg slalu digunakan:

-Yg terpilih untuk digunakan ketika bersiwak ialah kayu Araak, walaupun boleh dgn lain2 kayu spt kayu dr batang Su'ud & sbgainya. Batangnya hendaklah drp kayu yg sederhana, tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut. Jika keras gigi siwak itu, hendaklah dilembutkan dgn air, panjangnya sekadar sejengkal.

Cara bersugi, menyimpan & membuangnya:

-Bersugi dgn meniatkan sunnat.
-Berkata stgh sahabat, ketika bersugi bacalah doa ini: Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah aku dlm bersugi,wahai yg Maha Rahmat drp sekalian org yg merahmati.

-Hendaklah bersugi dgn meliputi gigi2 yg di luar & di dlm, melalukan siwak pd semua penghujung gigi & gusi2nya serta langit2 tekaknya dgn perlahan2.

-Mulakan dari geraham kanan (atas & bwh), tolak ke kiri hingga ke geraham kiri (secara melintang).
-Tolak sugi itu smpai dlm lidah sehingga tekak kita berbunyi "ak" (spt bunyi hendak muntah). Ini adalah amalan sunnah.
-Air liur pertama miswak itu hendaklah ditelan kerana ia menjadi ubat, sakit kusta, sopak & lain2 penyakit mata, rabun, katarak, ketumbit & sebagainya.
-Basuh miswak slps penggunaan pertama td.

-Air liur ke 2 & seterusnya jgn ditelan kerana menelannya boleh menyebabkan sakit was2.
-Jgn hisap sugi, menyebabkan kaburnya mata.

-Jgn digunakan kayu sugi itu pada kedua2 belah, kerana ia makruh & bkn amalan sunnah.
-Letakkan kayu sugi secara menegak, yg berbulu di atas, ketika menyimpannya.
-Jika miswak itu sudah hbs @ tidak boleh dipakai lg, makruh dibuang. Akan tetapi hendaklah dipacak di bumi, bhgian bulunya berada di atas.
-Hendaklah membasuh kayu sugi tersbut samada sblum & selepas menggunakannya.

-Boleh berkongsi kayu sugi dgn org lain, dgn syarat mendapat keizinan tuannya. Kelebihannya, akan mengeratkan kasih syg.

Nak tak gigi macam ni?

......Jadi begitulah serba sedikit penceritaan ttg kebaikan & fadilat bersugi. Memang payah utk kita amalkan sunnah yg mulia ini secara istiqomah jika tiada kekuatan & suasana di sekiling kita. Akan tetapi jika kita azam bersungguh2 utk mengamalkannya, maka teruskanlah. Mengamalkan sunnah2 Rasulullah adalah seperti ibarat menggenggam bara api, perlukan ketahanan, kekuatan iman, kesanggupan serta keyakinan yg tinggi...Dan langkah pertama utk menguji ketahanan anda ialah, MULAKANLAH MEMBELI KAYU SUGI! kemudian barulah fikir apa yg nak dibuat dgn kayu sugi tu...dan seterusnya....dan seterusnya.....

Sekian dulu drp ana, semoga apa yg dibincangkan ini dpt kita sama2 amal & smpaikan. InsyaAllah...Wassalam.

(Dipetik drp kitab Azkar Nawawi, Sabiilul Muhtadiin, Munabbihat Ibni Hajar & Fadhail Amal dgn sedikit olahan ayat).

13 comments:

Unknown said...

Salam melawat.

Heh..heh..cntik tul gigi tue. Alagkah bestnye jika gigi saye juge scntik itu.

Amatullah said...

Salam ziarah..
Ada orang kata,isap air siwak yg pertama juga dapat awet muda & sembuhkan sakit asma.wallahua'lam..disamping tu,dapat menguatkan ingatan..insyaAllah,moga sama2 amalkan.saya nak bersugi skarang jugak..jom!!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..
Cik Nur Muhammad, mknanya anta kena pakai kayu sugi skrg jgk! Tp pape hal pun,kene la syukur dgn anugerah Allah,apa yg diberinya kena terime dgn redha...

Utk cik Amatullahitaala, jazakillah la atas tambahan ilmu tu. Insyaallah semua penyakit bleh hilang, sbb tu la ulamak pun suruh kita telan air sugi yg pertama tu.Jom le sugi sama2.

Captain said...

salam,

sy gunakan sugi hampir 5 tahun..pergi kemanax bawa kayu sugi..lps makan sja apa-apa sugi tak kira kat restoran mamak ke kedai biasa..janji lps makan bersihkan gigi.

ada mata memandang dan perli pun ada.. biasalah org kita..lps tu sakit telinga mereka kena tazkirah dgn capt..

Tak pernah sakit gigi dan gusi sejak hari mula guna sugi..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt.

Alhmdulillah, itu la amalan yg sbaik2nya dan ia amat sesuai diamalkan spnjg zmn wlaupun zmn cyber la ni. Pndgn org mmg mcm tu...yg penting kita tetap pertahankan sunnah ini & ada usaha nak amalkannya.

Lg satu kan ulamak ada ckp, elok bwk kayu sugi ni ke mana2, ofis ke...kcualilah ke tandas. Insyaallah, asbab bwk kayu sugi tu, Allah akan pelihara diri @ anggota bdn kita.. & salah satu klbihannya juga menjdi asbab kemarahan syaitan.Yg penting kita kena tanamkan keyakinan bhw smua perlindungan itu adalah drp Allah... Wallahu alam.

Loyar Lawa said...

nak gigi cntek jugak...kayu sugi satu...muahahhaa

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Loyar Lawa..

Tu senyum meleret dlm gambo tu...oh patut la, giginya trsembunyi. Tp still lawa.. Lps ni pi beli kayu sugi sndiri yea.

taib wahid said...

Salam cik Alia,banyak ilmu2 berkaitan bersugi di sini, tak rugi membaca dan mendapat pengetahuan. Alangkah baik lagi andai itu menjadi amalan. Semoga diberi petunjuk untuk sentiasa mengamalkannya. Cik Alia takde jual ke kayu sugi yg dijual cara paket tu?=)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cik Taib...

Mmg mujahadah betul bg yg tak biasa nk mulakan bersugi ni. Org gelak kat kita tu pkara biasa, maklum la amal sunnah zmn skrg ni org nampak pelik, tp ajaib. Jazakillah le tnya soalan yg bernas, smnjk buat entry ari tu ada gak trpikir. tp sat dulu lah. Kalo cik Taib nk cari kayu sugi, cuba cari kat msjd2 bsr yg slalu buat jual2 tu. Hari jumaat kebanyakan msjd ada jual. Err..dh bertekad ke nk bersugi? Hidayat...

Hawa Mahabbah said...

mintak izin share beberapa petikan ayat dara blog ini ye...
jazakaallahu khairan... =)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...

Dipersilakan Hawa. Ambiklah.. krana smua ilmu tu dtgnya drp Allah..

KlUE Bundle said...

packing punye ada d jual d jln masjid india..

i am no one said...

salam..saya baru mula bersugi..nak tya sket..berapa lama kita kene rendam kayu sugi dalam air sebelom guna, dan macam mana n bila nak buang bulu yang dah kita guna??harap boleh bantu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails