Friday, May 14, 2010

LIDAH TIDAK BERTULANG: BAHAYA GHIBAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Duhai manusia, jagalah lidahmu!
Jangan sampai engkau digigitnya
kerana ia ular yg berbisa...
Betapa banyak penghuni kuburan
dicelakakan lidah yang sangat keterlaluan
yang dahulunya pernah digeruni para pahlawan...

Ketahuilah, bahawasanya setiap mukallaf perlulah mnjaga lidahnya dlm sgala perbicaraannya, kcuali perbicaraan yg mmbawa maslahat & faedah. Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a, nabi telah brsabda: Brgsiapa yg beriman kpd Allah & hari penghabisan (kiamat), hendaklah ia berkata baik @ diam. (Bukhari & Muslim).

APA ITU GHIBAH? GHIBAH ialah mengumpat, iaitu menyebut mengenai yg lain, iaitu sesuatu yg dibenci olehnya, samada pada:
1-BADANNYA: Contoh seperti mengatakan: Dia itu buta, tempang, kepala botak, pendek, panjang, hitam dan sebagainya.
2- AGAMANYA: seperti mengatakan: Dia itu fasiq, yakni jahat, pencuri, pengkhianat, zalim, sentiasa melalaikan solat, memandang enteng prkara2 tg najis, tidak mntaati kedua ibubapanya, tidak meletakkan zakat pd tempatnya, tidak meninggalkan ghibah (yakni suka mengumpat org lain) & sbagainya.
3- DUNIANYA: seperti mengatakan: Dia kurang ajar, suka menyia-nyiakan org lain, tidak mnjga hak org lain, byk mulut, byk mkn & tidur, suka tidur bkn pd wktunya, suka duduk bkn pada tempatnya & seumpama itu.
4- AYAHNYA: sprti mengatakan: Ayahnya seorang yg fasiq, ayahnya org India, @ org Nabati @ bangsa Negro, tukang kasut, penjual kain baju, peniaga, tukang besi, tukang jahit & seumpama itu.
5- KELAKUANNYA: sprti mengatakan: Dia buruk kelakuannya, sombong, suka mengangkat diri, berpura-pura, gopoh, suka menganiaya org lain, sikapnya lemah, hatinya lemah, suka menekan org lain, bengis, bermoral rendah & sebagainya.
6- PAKAIANNYA: sprti mengatakan: Pakaiannya menggelebeh, menyeret tanah, kotor bolor & sebagainya.

Begitu juga dgn keadaan dirinya, bentuknya, hartanya, anaknya, suami @ isterinya, pembantunya, hamba sahayanya, serbannya, perjalannya, kepergiannya, gerak-gerinya, senyumannya, keterdedahan tubuhnya, masam @ manis wajahnya, @ yg sebagainya dr prkara2 yg berkaitan dirinya, samada menyebut dlm ucapan @ tulisan juga sindiran, atau mengisyaratkannya dgn mata/tangan/kepala @ sebagainya...Dan perkara2 yg disebut di atas tadi adalah sebagai contoh. Atas kesepakatan para ulamak, hukumnya adalah HARAM brdasarkan dalil2 yg terang drp Al-Quran & Sunnah, begitu juga dgn ijmak para ulamak.
Adakah lidah kita bermasalah?

Allah Subhanahu Wataala berfirman:
49:12
"Wahai org yg beriman, jauhilah kebanyakan drp sangkaan, krna ssungguhnya sbhgian drp sgkaan itu adalah brdosa. Jgnlah kamu mengintip @ mncari2 kesalahan & keaiban org. Jgnlah setengah kamu mengumpat satu dgn yg lain. Adakah seseorg drp kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? Jika demikian sudah tentulah kamu jijik kpdnya. Brtaqwalah kamu kpd Allah, sesungguhnya Alah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat:12)

104:1
"Celakalah bg setiap pengumpat, penista" (Al-Humazah: 1)

.....Dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Tahukah apa itu ghibah? Para sahabat mnjwb, Allah & Rasulnya shj yg lbih tahu. Baginda brsbda, Ghibah ialah engkau mengatakan darihal saudaramu apa yg dibencinya. Ada yg brtanya: Baiklah, jika mmg betul ada pd saudaraku apa yg aku katakan itu? Jwb Baginda: Jika ada pd saudaramu apa yg engkau katakan, maka engkau telah mengumpatnya. Dan jika tidak ada padanya apa yg engkau katakan, maka engkau telah berdusta ke atasnya. (riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai. Dan brkta Tirmizi hadis ini bagus & sohih).

Ini menunjukkan bahawa ghibah @ mengumpat itu sgt berat dosanya, dan ia tidak sepadan dgn pmberian apapun yg diberikan kpd org yg mengupah itu, biar berapa byk @ mahal sekalipun, kerana ia adalah prkara yg dicela dlm agama...

Smoga sama2 kita mendpt ilmu & berusaha utk amalkan, insyaAllah...


Sekian, wassalam.


(dipetik dr kitab Kumpulan Doa & Zikir Imam Nawawi Rahimahullah)

8 comments:

Captain said...

salam,

Kerana mulut badan binasa..orang politik mulut mereka ini yang bnyk buat dosa dengan mengaibkan seseorang itu walaupun benar.

Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahawa,

"Engkau tidak akan memperolehi hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.


Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "

Jaga lidah dengn byk zikirullah..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt..jzkallah atas ulasan yg cntik.

MasyaAllah...benar! Ana slalu dgr kata2 Imam Hasan Basri spt yg Capt tulis tu..risau ttg ayat ttg hakikat IMAN tu, krna hari2 mulut ni sntiasa bckp. Jd, utk mengelakkan dr bckp yg bkn2, kena la slalu ckp ttg dkwh...Allah suka, Nabi pun suka...

Sbnrnya org yg byk diam itu adalah org yg cerdik akalnya. Bila byk ckp, sudah tentu mengundang bahaya utk diri kita. Mari kita sama2 fikirkn..

Captain said...

salam,

lagi satu blog capt utk kawan yg rapat dgn capt...pi pd satu blog capt yg Tulis "Login to read" yg pembaca tak akan buka kerana kena log in. Aliaazuan tekan blog tsb dan baca pd salsilah keturunan capt..Lps baca nanti simpan dihati shj...ada seorang hamba Allah secara tak sengaja tertekan blog dan baca. Sampai skrg siang dan malam mesti dtg..Tapi itulah hakikat sebenarnya.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt...nnti ana buka insyaAlahh..

taib wahid said...

Salam cik alia,

Terima kasih atas ingatannya. Semoga ana dapat membaiki diri dan menjadi lebih baik di masa hadapan. Semoga memberi manfaat dan suatu pelajaran kepada sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah.

Loyar Lawa said...

sharing is caring...amar maruf nahi munkar... terimaksih daun keladi esok2 cerita lagi ye. thx tue captain jgak... ai ai captain....hakhakhak

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...
Eh, cik Taib n LL pun ada kat sini ke. berjangkit2 nmpknye...ke kembar? alhmdulillah.

Bgus la gitu cik Taib,ilmu yg brmanfaat ialah, jika kita dpt mngamalkannya..pastu istiqomah pulak. Dlm msa yg sama mmprbetulkn diri sndri.tu la yg trbaik..

Ye la cik LL, sharing is caring, amar makruf nahi mungkar. Dlm diri kita smua pun kmungkaran msih byk lg. Meh le kite pakat2 usaha btulkan.Eh..kenal Capt jugak yea..ha, elok la pi blog dia. byk ilmu brmnfaat kat sana.

taib wahid said...

Salam,

Erk,kembar. main tembak saje cik alia ni. nnt disaman loyar nnt. Kalau saudara seIslam adalah lebih bertepatan =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails