Friday, April 1, 2011

HANYA CERITA LAMA..

بسم الله الرحمن الرحيم

LAA ILAAHA ILLALLAH....ALLAH KUASA, MAKHLUK TAKDE KUASA... Mari kita belajar ckp kebesaran & kehebatan Allah lg & lg. Juga belajar buang kebesaran & kehebatan makhluk drp hati kita. Bukankah itu sangat menyukakan Allah?

Hmm..ini soalan penting utk diri ana sendiri.

:-)

Mungkin ini laporan/karkuzari yang dah basi. Harap sudilah membacanya ye. Kalau tak sudi, tuan punya blog terpaksa la baca sndiri2. :-) Ana belum sempat nak mengupdate blog beberapa hari yang lepas. Jadi dengan izin Allah, terlewatlah bagi laporannya.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 3 hari menerima jemaah yang datang di rumah pada minggu lepas, ana sangat senang hati menyambut kedatangan mereka. Setiap kali nak ambil jemaah, ana la yang paling kocoh-kacah. Suami pun memang banyak membantu, cuma dia jenis buat kerja cool jeh. Apa2 hal pun, jazakallahu khairan diucapkan untuk suami tersayang atas bantuannya.

Setelah berbincang dengan suami, beliau mengesyorkan supaya menu yang akan dimasak adalah yang ringkas, padat, cepat & 'sedap'. Yang akhir skali tu la yang gabra sikit, tp takpe, kan Allah yg kasi sedap? sejukkan hati sendiri, dan diiyakan pula oleh suami.. :-) Alhamdulillah suami yang buat usaha agama ni, dia tak cerewet bab makan.. sebab dia faham, sedap tak sedap tu bukan kerja isteri dia, tp smua tu atas kehendak Allah. Oh, bahagianya dapat suami yang faham agama. W/mcmnepun, ana cuba buat yg terbaik. Oleh kerana ana jenis suka masak sorang2 takleh org ganggu, maka suami pun terpaksa la bwk diri buat keje lain. Jd, bila dh sorang2 ni, kena la cari menu yg sesuai dgn kemampuan diri. Buat ayam masak merah + kubis lemak kuning. Tak byk pun bahannye, insyaallah akan ckup asbab makan cara berjemaah.. Rasulullah bgtau, mknan utk seorang ckup utk 2 org, mknan utk 2 org ckup utk 4 org, mkann 4 orang ckup utk 8 org...dan begitulah seterusnya.. Memang berkat, alhamdulillah. Menu yang Piqa cadang tu tak jadi, pasal tak cukup masa nak kopek udanglah, nak bancuh air bandung lagi..(err, cam alasan jer)... Tp memang tak sempatlah sbb buat kerja sorang2. Maaf la dik, tak kecik hati kan.. InsyaAllah lain kali boleh buat lg jika Allah beri kesempatan.

Alhamdulillah, orang awam/jiran2/kawan2 dalam jemaah ramai yang datang bantu. Depa tolong masak apa semua. Kesian kat jemaah katanya, dah susah payah datang sini.. macam kenduri kendaralah. Makanan melimpah ruah, smpai kena bngkus bwk blk. Belum buka peti ais lagi, penuh ngan bekas aiskrim, capati bertimbun2, buah2an...masyaAllah...

Tetamu sangat ramai kali ni, lebih daripada biasa, sampai tembus ke kawasan dapur. Duduk pulak rapat2, sampai takleh gerak. Ksian la pulak kat makcik2 yang sakit lutut tu. Aircond pun dah tak rasa, dipasang lagi kipas 3 bijik.. Allahuakbar.. mintak sabarlah semuanya ye.. Hasil mesyuarat dengan suami, kami dah buat kata sepakat. InsyaAllah kami akan cuba perbaiki kekurangan itu, mungkin aircond akan ditukar kepada HPower yg lebih tinggi & tambah ruang sikit lagi di bahagian depan untuk program bayan. Maknanya kena renovatelah. Jadi, insyaAllah ruang untuk program wanita akan lebih luas & lebih selesa.. walaupun orang yang datang semuanya jenis tak kisah, tapi diorg smua ok, mujahadah sikit katanya. Sebagai tuan rmh, ana rasa perlu buat yang terbaik untuk jemaah, tp mungkin ambil masa sikitlah nak selesaikan, sbb ada keperluan yang lebih besar untuk diselesaikan buat masa ni. Doa untuk kami dan seluruh ummat.

Jazakumullahu khairan untuk adik2 bloger yang sudi bertandang ke rumah pada hari tersebut..semata2 niat nak belajar. Adik Atikah, Ayu dan Farha (matadore).. Jemaah pula sambut adik2 kita ni dengan penuh sungguh2, kasih sayang... Walaupun Ayu & Farha dapat datang sekejap je sebab ada hal lain, tapi cukup besar manfaatnya untuk jemaah & tuan rumah. Kita makan sedulang masa tghari tu, seronok kan. Makan ikan bawal sweet sour + tomyam spesel. Bertambah2 akak tengok adik2 smua makan. Gembiranyaaa hati ni. Bersusah payah pulak datang rumah akak nak jumpa jemaah walaupun tak kenal lagi siapa orang2nya.

Atikah pun sama (dia bekas kawan sekelas TuanBijen kat UTP). MasyaAllah dik....3 hari adik sanggup berulang-alik dari rumah sewa semata2 nak duduk dalam program. Lepas 3 hari adik duduk program sama jemaah, jelas akak dapat baca isi hati adik. Tolong khidmat macam2, angkat gelas, susun pinggan, tolong hidang....tak terbalas sungguh. Tangisan dan kata2 adik tu, dapat menerangkan segala2nya. subhanallah....moga kalian smua dapat istiqomah selepas ni. InsyaAllah akak doakan. Kalau sape2 nak tanya pengalaman, contact la adik2 ni.

Semua jemaah induk seramai 6 pasang ni, mmg baik2 belaka. sangat sporting. Ada yg kali pertama khuruj & ada yang dah lama buat usaha. Saling lengkap melengkapi, walaupun sesama mereka baru kali pertama jumpa, tak pernah kenal. Penuh dengan mahabbah, baik waktu buat program atau lain2 waktu. Ana sempat la kenal dengan salah sorang jemaah tu sebelum ni, & pernah khuruj dengan dia. Ahlia Zaidi dr teluk Panglima garang. Mungkin CS kenal kot..

InsyaAllah...ada peluang kami azam nak terima jemaah lagi seberapa segera. Kalau dah Allah pilih, byk keperluan tak siap lagi pun nak buat macamana kan. Trima je lah., yang penting hati kena sedia. Belajar sambut takaza agama lagi & lagi , insyaAllah..

فَآسْتتَبِقُوا الْخََيْرَاتِ - Allah firman, maka berlumba2 lah kamu dalam membuat kebaikan. Ya Allah, berilah daku sifat yang mulia ini.. Amin.

Wallahu alam.

21 comments:

Cikgu Sue [CS] said...

Assalamualaikum aa,
waaa.....seronok...seronok...seronok..baca karkuazari akk..hmmm seronok kan terima jamaah..teringinnya sy...InsyaALLAH kena doa byk2 ni..Alhamdulillah usaha d tmpat akk,nmpak begitu maju..nmpaknya org telok panglima garang kena belajar lg dgn org puchong...hmmm ahlia zaidi? rasa2 mcm kenal..almaklumlah cs ni msih baru..tp mmg mcm kenal la..nnt CS confirm dgn suami dulu..hihihi.. =)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tahniah atas kejayaan menguruskan jemaah itu. Moga Allah terus berikan kekuatan bagi AA untuk membuat kebaikan.

Saya pun nak berlumba-lumba ini...1....2.....3....(terus berdoa dan berlari di muka bumi memohon naungan dari Ilahi)

z@i said...

salam...

wah, meriahnyer..

moga jadi asbab hidayat tersebar satu alam kak..

amin


(jeles ngn diorg yg nusrah)

fuad ansari said...

Salam..
Kan saya dah agak, saya kena banyak belajar dengan akak la bab2 usaha masturat ni...

Macam2 makanan ada kalau join jemaah.. Pelik gak kalau saper2 yang x nak join jemaah.. hehehe.. gurau je... (",)

Ibnu Mutalib said...

MasyaAllah
asbab betul
nak kena belajar lg nih

matadore said...

salam..
akak, dun weri bi hepi, syukur sangat dapat manfaat walaupun sekejap.
makanan hari tu alhamdulillah, semua Allah bagi sedap! XD

oke cukuplah kot cakap pasal makanan je kan. he he

Tenkiu Allah.

aliaazuan said...

Assalamualaikum.

Cs,
Tkpe, rmh kecik or bsr x jd hal dah skrg ni. Sbb kira dh takaza, rmh masturat slalu x ckup. Siaaaan depa takde rmh nk lepak. Suruh abg angkat tgn /bg nama kat markaz..slbihnya serah pd Allah utk proses tilik menilik..
Kami pun azam nk pi kutip ilmu dgn org teluk panglima Garang. (nama tmpat pun dh ckup menggerunkan). redah je la walau tak bwk senjata. :-)


Ckgu Humairi,
Alhmdulillah..insyaallah.
Laaa...ingat ckgu nak main kejar2 td. Ana pun dh stat bukak langkah ni... :)


Zai,
Haaa...tu la, rajin pindah sgt. Nnti mai pindah blk kat sini tau. :)

aliaazuan said...

Assalamualaikum,

Tuan Fuad,
Kita bljr sama2 la eh. Akak tak reti juga ni..
Hmm, pelik juga ya. Oh, bru tau,mgkin diorg pegi nusrah kat tmpat lain kot...agaknya mknan lbh spesel kat sana kot.. tu yg tak nk join kat sini. :-)


Tuan Ibnu mutalib,
Ayuh!!!


Matadore,
Mana ada weri, insyaAllah hepi jer..A'ah tak hbs2 psl mkn kite ni ye. Jom la buat dkwh pulak. :-)

Tokwan said...

Tokwan baru ni masak utk jemaah darp Sri lanka, jemaah ni Tokwan jumpa mereka kat markas Colombo semasa keluaq 40h d Sri Lanka, salat soranj bisik kat tokwan masak biaq pedas (mmg mereka makan pedas).Apa lagi Tok masak sambai cabai melaka + cabai hidup, mmg pedas berasap telinga, depa makan sedaplah, tapi kesian kat penterjemah langsung x boleh makan. Nasihat org tua2 kalau nak nusrah makanan pd jemaah luaq masaklah sama dgn masakan mereka, baru depa seronok

aliaazuan said...

salam,
A ah, ya la tokwan. Mmg betui, ana bab msk mknan org luar ni kurg mahir lg. capati tak pndai buat lg. Skrg tgh nk cuba bljr msk western food. mana tau org dr Australia plak dtg kat tmpt ana ni... :)

Cikgu Sue [CS] said...

salam aa,
hihihi..nama tmpat je gerun...orgnya suweeeetttt...hihihi..perasan!..hmmm kat sini zaidi ada 2...tp rasanya yg kuar kat umah aa tu, CS kenal..jmpa kat taklim n masa nusrah..ni la sronoknya usaha ni..slain dpt tingkat iman n amal, dpt ramai kenalan~~ seronok..seronok..seronok..

p/s: kak aa...nnt msa bayan hidayat nxt khuruj (masa skool holiday), kta jmpe ye..InsyaALLAH..xmau mcm hari tu..teringat2 CS smpai skrg..

umu6point said...

Assalamualaikum kak,

wah..seronok ye rumah kena pilih..hehee. ada sorang masturat time kuar d rumah umu tu cakap, antara sebab kita ni 3 bulan sekali keluar kerana, untuk bulan pertama kita sambut takaza, bulan kedua kita g nusrah dan bulan ketiga kita terima jemaah.begitu lah kita akan berpusing2 sehinggakan pada setiap bulan kita akan dapat belajar2 buat asaha masthurat ni :)

aliaazuan said...

salam.

CS,
Oh alhmdulillah..ingatkn gerun2 blaka.Hehhe.
Ni akak tgh pening kpala nk smbut takaza mana satu, samada 3h @ 10h. Kalo jd 3h, akak roger la CS. Kalo 10h pun, akak roger jgk. InsyaAllah. sdih gak ada peluang jmpa tp tk dpt jmpa aritu kan. Mudh2an Allah izin.


Umu,
Ha..itu la keje kita yg spatutnya. Satu bln utk khuruj, satu bln amik jemaah, satu bln lg usahakan gi nusrah full. jd, lbh kurg sama ngan org lelaki jgk lah. Yg penting x putus hbgan dgn jemaah.

نور توفيقا said...

assalam..

Akak, nangis baca...... Especially part rumah..

Pqa doa sangat2 Allah mudahkan akak & suami untuk apa pun being decided and being taken into action for Him..
Amin. Amin. Amin..

Pqa tak sabar sangat jumpa and join masturat.. Tolong doa busy kerja tak butakan mata tak tawarkan hati pqa towards all this..

نور توفيقا said...

Lupa nak respond towards your apology.. Takpe je tak masak as suggested.. Akak ni^^

P/s: Udang is best cooked sekali dengan kulit dia. Tu yang buat manis.. Usually pqa gunting kaki dia sikit, misai, & part dekat mulut dia yang tajam tu je:)

aliaazuan said...

salam..

Tkpe la piqa, korban sikit..., yg penting hati gmbira nak buat tu smua.
Jazaakillah atas doanya.
insyaAllah, mudh2an Allah pilih piqa khuruj masturat nnti.
erm, ok la... guntingkn je misai udang tu, kalo dia ada janggut jgn la gunting eh. :-)

Captain said...

salam,

Semuga mendapat rahmatNya dalam majlis yg barakah ini... rajin sungguh cikgu aliaazuan suami isteri... jazakallah khairan.

aliaazuan said...

Salam Capt,
alhamdulillah...nak jd rajin juge mcm Capt, insyaAllah..

hidayu samsudin said...

salam..sy nak korban lg dan lg...

sy nak g nusrah lg dan lg...

doakan ayu yer....istiqomah,istiqomah krn allah...

AhliaSaleh(jannah85) said...

Salam aa,
seronok sgt2 bace karkuzari aa nie..membuatkan hati saye makin membara nak terima jemaah lagi n lagi hingga tiada lg,amen.(",)

aliaazuan said...

Salam...

Ayu.....awat lmbt?
Trlepas flight eh.. Jika ada terselit walau sdikit keinginan di hatimu, InsyaAllah, Allah akan pilih juga.

Ahlia Saleh,
Hehehe, lmbt juge?
Wah, naik jazbah dah tu. InsyaAllah jazbah utk akak jgk utk trima jmaah lg & lg. Jgn serik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails