Thursday, March 24, 2011

SEDIH & GEMBIRA

بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam satu riwayat daripada Abu Darda, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Allah akan bangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya-cahaya wajah mereka (cahaya bergemerlapan). Mereka berada di atas-atas mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemburui mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan para syuhada'. Seorang badwi berkata: "Ya Rasululullah, terangkan kepada kami sifat-sifat mulia mereka supaya kami dapat mengenali mereka." Rasulullah bersabda: Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum & berlainan tempat, mereka berkasih sayang semata-mata kerana Allah & berkumpul untuk mengingati Allah & menyebut namaNya"... (Tibroni)

~Mudah-mudahan Allah sentiasa terima amal perbuatan kita semua, kerana Allah dan Rasul tak pernah memungkiri janji2Nya...~InsyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:( Sepanjang minggu lepas, ana dalam mood berduka, (ntah apa-apa ntah.....), tapi sekarang duka itu sudah terubat. Alhamdulillah.

Percaya tak, asbab jemaah tak jadi datang rumah ana minggu lepas...kesannya sampai diri ni susah hati terlebih-lebih.. blog pun tak lalu nak buka. Akhirnya kena migrain. Pelik sungguh kan. (ada ka orang jadi mcmni?) Memang tak berapa minat makan ubat, tapi teringat ada satu ayat dalam surah Al-Waqi"ah untuk buat ubat sakit kepala. Malam tu hanya guna perantaraan ayat Quran je. Bila dah sakit sangat, masa nak tido tu terus pasang earphone kat h/p dengar bacaan Al-quran sampai la tertidur..bangun2 je bateri dah habis...

Alhamdulillah, clean n clear la pulak kepala ni. Allah bagi sihat, Allah bagi sembuh..

Hmm..almaklumlah, setiap kali suami bagi nama kat markas, biasanya Allah pilih rumah kami...tapi yang berlaku mggu lepas adalah sebaliknya. Sedangkan rumah dah siap sedia, betul2 macam nak ambil jemaah..sebab pihak markas suruh standby. Sorong kerusi tarik kerusi, alih barang sana sini, sampai rumah dah berpusing 360 darjah. hehe..Semuanya untuk keselesaan jemaah ketika buat program. Tak apalah penat sikit kan.

Ohh...mungkin salah kami juga hingga nama tak tersenarai kali ni. Ha..check amal, check amal...

Tapi kami tak putus asa, minggu ni bagi nama lagi. Alhamdulillah...Allah terima... jemaah kat markas pun dah call bagi lampu hijau. Jadi insyaAllah la sabtu ni kami suami isteri akan menyambut kedatangan tetamu/jemaah selama 3 hari. Mudah-mudahan ianya benar-benar pilihan Allah. Taktau la dari mana yerk. Suami takde la bertanya pula. Dia kata tak perlu tanya, yang penting, mereka ni original hot n spicy dari Malaysia... ehehe, esok karang berkenalan la kan. Dulu ada sekali terima jemaah foreign dari negara China. Alhamdulillah, ada la sorang dua yg boleh cakap english n arabic. Hat lain-lain tu bahasa china pure. Kira tangan je lah yang bersilat guna bahasa isyarat. Papepun yang seronoknya, bila berjumpa untuk tujuan begini, ukhwah & kasih sayangnya lain. Macam dah bertahun-tahun kenal..sbb maksud & tujuannya satu je...dakwah ilallah. Dalam kepala ni dah terpikir-pikir nak jamu kuih apa yang ringan2 masa depa sampai nanti.

Haa..buat puding jagung ni ok dak. Ini kuih kegemaran kami suami isteri. Boleh kata tiap2 mggu la buat. Tak reti jemu.

Untuk pembaca di luar sana, jika nak tau apa program yang akan berlangsung sepanjang 3 hari ni, jemput2 (bukan cekodok) la datang ye. Perempuan di rumah, lelaki kat masjid. Kawan-kawan masturat pun ramai yang sedia nak tolong khidmat masak. Alhamdulillah...

Kebiasaannya, program yang disusun ketika khuruj macam ni lah ye..antaranya:

-Ceramah/tazkirah daripada pihak lelaki (bayan). Wanita ikut pintu belakang & duduk belakang tabir ye.

Program sesama wanita pulak:
1. Bacaan taklim.
2. Dakwah/Muzakarah 6 sifat sahabat.
3. Halaqah Al-quran/tajwid.
4. Muzakarah adab sunnah, seperti:
-adab makan/minum
-adab istinjak/ keluar masuk tandas
-adab tidur
-adab safar
-sabar & tahammul
-kepentingan tahajud
-adab usul, fikir alami, muzakarah jaga solat awal waktu, kepentingan taklim, hidup sederhana...dan banyak lagi lah.

-Jemaah biasanya makan ramai2. Uish, macam2 rezeki Allah hantar, tambah2 lepas program bayan, sampai boleh bungkus2 lah kat jiran. Selain tu, jemaah akan belajar amalan2 tersebut sepanjang 3 hari tu secara praktikal. Dan ditekankan juga bahawa pentingnya menjaga amalan2 tersebut walaupun selepas balik dari 3 hari. Wah, betul2 rasa macam pegi program motivasi jatidiri. Lagipun bukan lama, 3 hari je...macam pegi outstation kerje la jugak. Sama je situasinya. Tak perlu risaulah.. Dan tak lain tak bukan, mereka khuruj 3 hari tu adalah untuk belajar perbaiki/islah DIRI, IMAN serta AGAMA dalam diri masing2.

Maka, bermulalah kesinambungan lagi kerja-kerja untuk menyambut kedatangan tetamu ni. Antaranya, mengemas lagi dan lagi, standby set memasak/taam & cuci toilet/bilik air supaya lebih berkilat-kilat...hehe. Tidak lupa juga acara jemput-menjemput saudara/kakak serta jiran-jiran sekitar rumah ana yang baik-baik hati ni. Alhamdulillah...kalau lama tak ambil jemaah, mereka akan tanya... apasal dah lama jemaah tak datang? Sebab diorang suka dengar dan join dalam program. Moga-moga Allah lembutkan hati mereka semua suatu masa nanti. Cuma yang palin risau, hall rumah ana tak besar sangat. Biasanya orang tempatan/jiran terlalu ramai datang (kalau kena timingnya), belum lagi kira dengan jemaah masturat yang datang nusrah. Ramai2 datang ni biasanya time bayanlah. Tapi takpa, depa sanggup bersempit-sempit, aircond pun ada walaupun sizenya kecik ciput...speaker sound pun clear bunyinya, takde gedegang gedegung. Moga2 Allah bagi lebih tawajjuh.

Ni lagi satu, menu apa pulak nak masak kat diorang tghari nanti ye...kesian, dah sampai nanti confirm semua lapar nasik....errr...ada cadangan menu tak? Blurrr, asbab baru hilang sakit kepala.

Wallahu alam... dijemput datang bagi sape2 yang berkelapangan ye.

17 comments:

CS said...

assalamualaikum w.b.t
akk rindu pula dengan akk...lama xdengar cerita..kebetulan kita...sy baru post entry fasal makanan juga...tp utk minum petang la pulak...hmmm teringin terima jemaah...tp ALLAH belum izin lg...wpun dh tersenarai beberapa kali...InsyaALLAH xterima jemaah, kita nusrah, xnusrah kita kuar...tu je keje kite kat dunia ni kan??? ^_^

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Cs,

A'ah, ye lah. pusing2 kot tu la keje kita yg sbnornye. Mudah2an Allah pilih umah CS gak satu masa nnti. ala..takde syor rspi ker? Ngeee..

نور توفيقة ادريس said...

Waiza maridtu fahua yashfin..
:)

Akak, masaklah kari ayam n sambal udang.. Lagipun udang cepat masak:)

Hari tu ada majlis dekat rumah. Dyorang janji datang lepas solat jumaat, tapi on the same day change plan datang pukul 10.30. Sempat masak dua lauk tu untuk almost 70 orang within 3 hours..

Captain said...

salam,

Majlis ilmu itu baik dan manfaat...teruskan begini insyaAllah Allah akan memberi rahmatNya dan hidayah kepada jemaah yg berkunjung nnt... jazakallah khairan.

Captain said...

salam,

Majlis ilmu itu baik dan manfaat...teruskan begini insyaAllah Allah akan memberi rahmatNya dan hidayah kepada jemaah yg berkunjung nnt... jazakallah khairan.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Allahu Akbar! Tinggi dah tu ustazah, sampai bermurung durja bila jemaah tak masuk rumah.

Apabila sudah lama tetamu tidak bertandang ke rumah Saidina Ali r.a, beliau akan resah gelisah. Ustazah kira ada sifat macam Saidina Ali r.a ini juga la ni,

Apapun tahniah, akhirnya Allah perkenankan juga doa ustazah. Selamat berkorban demi cinta. Jemaah masturat melahirkan masyarakat akhirat.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sungguh nikmat,
bila sakit menjadi sihat,
bila duka sudah terubat.

...moga tabah mengharungi hidup.

Tokwan said...

Alhamdulillah seronoknya baca karguzari jemaah masturat masuk rumah kita, yg tokwan terharu tu bila ada perasaan sedih jemaah tak dapat masuk rumah, itulah yg membuatkan allah jadi gembira, perasaan ini tokwan memang cemburulah sbb tokwan belum dapat lagi.Tokwan dak lamadah tak terima jemaah masturat, Tok tak bagi terima lagi sbb banyak bahagian dalam rumah yg rosak perlu dibaiki dulu, tapi keperluan belum cukup lagi, insyaallah moga allah mudahkan

ahLia shahril said...

nak ikot jugeee...


masak dahi kak.hehe

fuad ansari said...

Moga Allah balas kesedihan akak di dunia dengan kegembiraan di hari akhirat.. (",)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum smua,

Piqa,
Wah, sdp tu. Mmg peberet lah. InsyaAllah bleh msyuarat dgn suami, sempat lg sbb belum beli brg basah.


Captain,
Jazakallah atas doanya. smoga rahmat turun mencurah2. amin.


Ustaz Ishak,
Erk! Ana budak baru bljr, apa org kata? baru nk stat..
Uisy, tkde la smpai tahap saidina ali pun. Shbt ni lain.. kita baru2 nk tiru cra hdup mereka.
Kalau org lain x jd dtg rmh, tkde la pikir sgt pun. Tp kalau jemaah x jd dtg, mmg rasa lain sgt...sedih...
:(

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum .

Cikgu Humairi,
Bila sihat, mudah la buat sgala urusan kan. InsyaAllah..


Tokwan,
Insyaallah, suatu masa nnti pasti Allah slsaikan kprluan Tokwan sbb fikir tokwan tggi.


Zai,
aduhai...asal nak jmpa je, awak trkpsa pidah lg. Mmg tkde rzki kita nk jmpa la. Mcmana keje kat tmpt baru, best?
Masak dahi? er..er..er..taktau rspi lah. Nntilah kita tanya org bangla. he...


Tuan Fuad,
Amiin...atas doa Tuan. sedih sedih jugak, tp yg paling penting kena redha.

Ismi Ijmi said...

MasyaALlah... seronok ya.. Doakan mak saya,dan duia kakak saya, dan semua kak2 Ipar saya, dan ank2 sedara saya, dan semua la woreh waroh saya dapat taufiq kuar jemaah..

kak,kalau belum kawen leh kuar masthurat ke?

Bijen M. said...

Salam.
Haa.
Jangan lupa hantar parpukari ke peti sejuk saya ye.
Err, karkuzari budak tu lah.
Okbai.
:)

Unknown said...

mashaAllah....salam ziarah

AhliaSaleh said...

salam aa,
Alhamdulillah..bahagia hati bila nak terima jemaah.Moga ALLAH pilih rumah saye juge...asap utk kali kedua..amen.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum smua.

Tuan Ibnu Mutalib,
Mmg sronok, sbb ramai2 n ada suasana. sama2 la kita doa ye. kalau belum kawen tak boleh kluar masturat lg, nusrah aje yg boleh.


Tuan Bijen,
Parpukari? Dah hntr brmangkuk2 dh kat peti sjuk tu...


APS,
MasyaAllah juga, salam ziarah!


Ahlia saleh,
Mudah2an, amin...jgn serik, ambil dan ambil lg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails