Friday, March 11, 2011

KEJAYAAN HANYA DALAM AGAMA

بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah..Entah kenapa kali ni terasa semangat begitu berkobar-kobar untuk khuruj ke jalan Allah. Bukanlah bermakna sebelum ini takde bersemangat. Cuma kali ni semangatnya agak lebih tinggi dan lain macam sikit. Biasanya ana kemas beg 1 hari sebelum berangkat. Kali ni 5 hari sebelumnya dah siap sedia kemas beg sendiri & suami.. gosok baju... Tinggal nak angkut beg je lagi dah. Hati tersangat laaa berbunga-bunga. Mungkin ini asbabnya...

Alhamdulillah, berkat doa tuan-tuan/ibu-ibu yang mulia untuk hidayat seluruh alam, serta istiqomahya amalan taklim & taklum semua dengan penuh fikir & tawajjuh, insyaAllah, seorang lagi sahabat ana sudah bersedia untuk khuruj ke jalan Allah buat kali pertamanya.. Moga Allah mudahkan & pilih dia serta kami semua. Doakan ya. Memang mengambil masa yang lama untuk ikram sahabat ana yang seorang ni. Dan ana sangat yakin bahawa setinggi manapun usaha & peranan kita, hidayah itu tetap milik Allah. Hanya Dia yang dapat membuka pintu hati hamba-hambaNya ke arah kebaikan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
InsyaAllah , jemaah kami seramai 6 pasang akan bergerak ke Hutan Melintang Tanjung Malim, Perak pada esok hari. Routenya kat Gedangsa, kawasan felda. Jauh gak kan, walaupun 3 hari. Biasanya dapat route dekat-dekat je. Takpe la, semua pilihan Allah. InsyaAllah ada khirnya. Bak kata pujangga, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila ada mujahadah, akan timbul kemanisan...subhanallah. Yang penting jemaah kena bersatu hati, baru Allah hantar nusrah & bantuan. Nak pinjam sikit ayat-ayat dakwah ni daripada Ustaz Ishak Zaini yang beliau pernah komen kat blog Tuan Azhar Jaafar... iaitu "Allah hokum mana nobir torika chola, dunia to shanti akhirat to shanti". heee...sempat lagi menyalin tuuu... Kalau nak tau maknanya, sila tanya ustaz Ishak ye.

Yang kat bawah ni adalah beberapa nasihat daripada orang lama yang kuat korban dalam usaha agama semasa kami ditasykil khuruj ke Illahabad pada 2009 yang lalu...kami panggil dia nenek Anjum. Dia sentiasa ikut kami ke mana saja jemaah bergerak. Alhamdulillah, banyak dapat belajar dengan dia....Mungkin boleh share...kata beliau:

-Sesungguhnya, agama itu adalah kejayaan.
-Orang yang diberi kefahaman oleh Allah & buat usaha agama, dia akan mendapat hikmah.
-Bila dipilih menjadi da'ie agama Allah, dia akan rasa cinta pada agama.
-Sebagai dai'e, kena usaha untuk buat kerja agama sungguh-sungguh.
-Ada beberapa perkara yang penting sebagai perantaraan dalam kerja agama;
(a) menitiskan airmata
(b) zikir serta doa hidayat.
(c) risau bimbang dalam hati, dan fikir bagaimana nak selamat seluruh ummat nabi ini daripada siksa neraka jahannam.
(d) belajar korban diri/harta /masa untuk berada di jalan Allah bagi mengislahkan diri/ top up IMAN.

ANTARA SIFAT DAI'E...

-TAAT seperti UNTA
-SABAR seperti TANAH
-LUASKAN HATI seperti LAUT
-TEGUH seperti GUNUNG
-TEPAT MASA seperti MATAHARI
-BERUSAHA seperti PETANI

Khulasahnya, ini kata-kata terakhir beliau:

-Kita nak jumpa Allah di akhirat nanti perlu bawa IMAN, seperti nak pergi IPB/luar negara kena bawa PASSPORT.
-VISANYA adalah SUNNAH.
-DUITNYA adalah AMAL...

MasyaAllah..semua perkara di atas sangat perlu kan? Baik untuk urusan dunia, lebih-lebih lagi untuk urusan akhirat...

Semoga sama-sama dapat ambil iktibar, amal & sampaikan...wallahu alam.

32 comments:

hidayu samsudin said...

SALAM KAK...
GEDANGSA, DAH DEKAT2 RUMAH AYU TU...KT RUMAH YE KAK???EXCITED NI!!!!!,KEBETULAN MINGGU NI BALIK KG...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

W'salam..

A'ah la ayu...Tak jadi la route kat ptrajya tu. insyaAllah nnti akak bgtau alamatnya. meh le dtg.

hidayu samsudin said...

INSYAALLAH KAK...
NANTI AKAK BGTAU ALAMAT YER,
DH DEKAT DH TU DGN RUMAH,CUMA FELDA GEDANGSA TU MSUK DLM LG,KAWASAN FELDA,NANTI JMPA KG AYU DLU ...
:)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Oh...cmtu...mknanya nnti akak just lalu & babai ayu je la kat situ ye...(ops, tak nmpk lah, cik abg je yg nmpk). Yg masturat smua trpksa lentok dalam kereta. kelam gelemat.

hidayu samsudin said...

hihihihi....nanti dh nk smpai jenguk2 kot2 ayu ad kt tepi jalan tu..

allah mudahkan khuruj kli ni ye kak dan menjadi asbab hidayah pd penduduk setempat...amin amin,amin...insyaallah...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

maaf tanya, brapa jam perjalanan ke sana ye? saja nak tau...

hidayu samsudin said...

eh x pe..klau dr puchong ke gedangsa dlm 2 jam cm tu lah,ke tg malim dlm 1/30 minit

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Moga Allah permudahkan segala urusan...selamat pergi dan kembali.

x jadila beli buku tu...ada yang lebih utama lagi.

Ismi Ijmi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Ayu,
jazakillah khir..


Cikgu Humairi,
sama la dgn ana. Mmg tak rasa nak beli pun. Sbb byk lg kitab nk kena beli,kan.


Tuan Ibnu Mutalib,
Subhanallah, masyaAllah..rasanya Tuan tersalah org ni...Mohon maaf.

fuad ansari said...

Moga menjadi asbab kepada hidayat Allah.. Doakan kami semua agar lebih bersemangat dalam buat usaha agama.. (",)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam,
Tuan Fuad.
Jazaakallah...berkat doa Tuan mudah2an. kita doa utk smua ya.

نور توفيقة ادريس said...

Dalam tarbiyyah kitorang, we try our best to practice n keep 10 muwasafat tarbiyyah untuk didik diri jadi da'ie yang baik.. Kalau abah, abah suruh pegang 6 prinsip^^

Akak, BEST OF LUCK!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Piqa.

alhmdulillah, slagi stiap pkara tu ada kbaikan, amlkanlah. 10 muwassafat tarbiyyah ni jika diteliti mmg trdpt dlm ruang lingkup 6 prinsip. Cuma bezanya 6 prinsip ni sluruh dunia gunaknnya sbagi asas latihan utk dkwh & atas mksud agama..Bila dpt amalkannya, insyaAllah mudahlah utk mengamalkan kseluruhan agama. Jazaakillah..

Captain said...

salam aliaazuan,

Dah perbetulkan..nasib baik bagitau awal...semuga urusan Allah laksanakan dengan hati yg lapang dan penuh keimanan..jazakallah khairan..

ahLia shahril said...

salam kak..

saya di sini.hehe.. ayu balik kg sy malu nk g sorng2..hehe.. sy nk ikot blakang ayu jer.heee.. moga khuruj kali ini paling baik dalam yang baik2. insyaallah

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Captain,
Amin...moga Allah beri kemudahan.


Zai,
Ala..insyaAllah mggu dpn kan ada lg..jmpa kat taklim mggu dpn eh. Mggu ni mgkin ayu nak pi nusrah jemaah akak sbb dkt ngan kg dia.

CS said...

Assalamualaikum aa,
wah begitu bersemangatnya....Alhamdulillah...CS belum packing apa pun lg...hmmm CS pernah jg dpt route tg malim...tp dkat kwsan perumahan...dr kl hr tu, dlm 1 jam dh smpai...tp mgkin berbeza masa yg diambil coz aa ke kwsan felda..InsyaALLAH CS akn Klang Utara...rumah kenalan yg pernah sama2 keluar jg...hmmm doakan la CS ye...mcm kurang bermaya sedikit 2/3 hari ni, tp InsyaALLAH azam nk kuar jg...esok bayan hidayat di mana? CS di rumah hj rashid..InsyaALLAH.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam..
Ye, sama la tu....bkmkna esok kita akan jumpa kat sana. InsyaAllah ye. Pahala berkali ganda bila sakit di jln Allah...mudah2an.

Hidayatullah said...

x pernah merasa keluar jemaah masturat.. bile la nk keluar nh..


mmg la xleh kuar.. sbb x kawin lg..ha3

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..Hidayatullah.

Jd, cpt2 la kawen. Bulan prtama terus tasykil ahlia kluar. tak gitu.

Bijen M. said...

Salam.
Wahh bagus orang banyak-banyak fikrah ni.
Fikir umat bertambah-tambah.
La la la la la.
:D
(Astaghfirullahalazim)
T_T

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen.

Tgh lemah fikir daaa. Tu yg kena kluar tu.

Nur Adilah said...

Salam.
Wah..jln2 smbil lihat kbsrn Allah. Bestnye..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam,
Adilah, alhmdulillah. Bila lg?

AhliaSaleh said...

Salam Ukhwah aa,

Alhamdulillah ALLAH masih pilih akak u khuruj..di Felda Gedangsa yea??blh saye tau rmh sape yea??coz kg saye di Felda Soeharto...depan skit,selepas Felda Gedangsa.

Saye xkenal karkunah2 Felda nie,bile balik kg xtau nak ziarah ahlia sape.Coz sy pun baru blajar lagi n lagi tntg usha nie..sy tau slpas kahwin.hehe...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

W'salam & slam prkenalan.
Ahlia Saleh,alhmdulillah, hdyt namanya tu. masyaAllah...org sana rupanya ye. Mmg akak dpt route kt felda soeharto pun.allahuakbar..
baru ni jemaah kami ke rmh ahlia Abd ghani. haa, elok la tu. Bila blk kg gi la ziarah..amik smngat dgn org sana. ;-)

AhliaSaleh said...

Salam aa,
owh..subhanallah.Kt kampung saya tu satu2 karkun y sy kenal ialah ahlia Abd Ghani tu la.Tapi kenal gitu2 shj,x pi ziarah coz xder maklumat diambil.Rugi sungguh rasenyer...kami kenal thn 2007 kat Hosp.Slim River ketika same2 nak melahirkan baby.Subhanallah...

Tokwan said...

Assmualaikum, Tokwan dok merewang-rewang di Blog dok tengok blog karkun, takdir Allah jumlah hatni, jadi tokwan bacalah kat toknek bagi dia dengar n dia syok dengar cite org keluaq masturat tapi segan(malas) nak baca, Dia seronok dengar sebab sejak dia mula kahwin umuq 18 tahun sampai lani 4 org cucu umuq hampir 50 tahun dia istiqomah 3h , 10h,15h dan 40 hari,tahun 2010 kami keluaq 15 h masturat ke Surabaya, Insyaallah cuti bulan May 2011 kami jemaah masturat 15hari 6 pasang dari halkah Alor Setar, akan berangkat ke Acheh Indonesia pada 27 May, Air Asia, tiket dah siap di beli pergi balik RM 510 sepasang. Doakan semoga Allah mudahkan safar kami

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalam.

ahlia saleh,
ye ke? masyaAllah...jumpa dia nanti kirim salam yer..


Tokwan,
Ahlan wasahlan. Maaf lambat layan. InsyaAllah kita doa utk smua skali. Moga ana juga dpt istiqomah mcm tokwan.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Uih, tak disangka saya punya kata-kata dalam bahasa Benggali tersebut kena quote di sini. Walau apa bahasa sekalipun, lebih kurang itu jugalah maknanya. Allah telah menetapkan keyaaan kita di dunia dan akhirat hanya dalam agama. Bunyi macam ringkas, tapi bila tenung dalam-dalam sebenarnya ia sangat padat dengan isi.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalam.

Ustaz,
Lmbatnye dtg. Dh tukar siaran dh pon.Tkpe2. Tgh bljr hafal ni, kurg2 kalo org sana dtg sini, kita boleh dkwh guna ayat tu, kan kan. jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails