بسم الله الرحمن الرحيم
Disebutkan dalam kitab Al-Barakah, bahawasanya Allah Subhanahu Wataala akan melakukan penghisaban pada hari kiamat akan seorang hambaNya, maka timbangan kejahatan hamba itu adalah lebih berat daripada kebaikannya. Lalu hamba itu diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka.Apabila dibawanya ke situ, Allah berfirman kepada malaikat Jibril Alaihissalam: "Dapatkan hambaKu itu dan tanyakan kepadanya: Adakah ia pernah duduk bersama orang alim ketika di dunia? Aku akan ampuni dosanya dengan syafaatnya". Apabila ditanya oleh Jibril, hamba itu menjawab: "Tiada". Lalu berkata Jibril kepada Allah: "Hai Tuhanku, Engkau yang lebih Mengetahui dengan hal hambaMu"...
Firman Allah Taala lagi: "Hai Jibril, tanya akan dia, adakah ia kasih kepada orang alim?". Maka hamba itupun ditanya dengan soalan yang serupa oleh Jibril. Jawab hamba itu: "Tiada".
Kemudian, firman Allah lagi: "Tanya olehmu hai Jibril, adakah dia pernah duduk bersama-sama orang alim dalam satu hidangan (makan bersamanya)? Aku akan ampunkan dia". Selepas ditanya Jibril, hamba itu menjawab: "Tiada muafakat dengan dia (yang membawa maksud, tidak pernah)".
Maka firman Allah Taala: "Hai Jibril, ambil dia dengan tangannya dan masukkan dia ke dalam syurga. Sesungguhnya hamba ini seorang yang kasih kepada seorang lelaki, dan lelaki itu pula merupakan seorang yang sangat kasih kepada orang alim. Maka Aku ampuni dia dengan berkatnya"...
Sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam:
Barangsiapa kasih akan ulama, tiada ditulis atasnya kasalahan sepanjang hayatnya.
Subhanallah, lihat, begitu rahimnya Allah Taala kepada hamba-hambaNya sehingga berkawan dengan orang lain yang mengasihi ulama sahajapun akan dapat tempiasnya juga. Walaupun Allah kembalikan masuk ke dalam syurga (berdasarkan kisah dia atas), namun kita masih perlu untuk berusaha, bukan bermakna sudah cukup segalanya. Paling terbaik di sini ialah, hendaklah kita mengasihi dan memuliakan orang-orang yang alim atau ulamak yang hak kerana ilmu yang ada pada diri mereka.. Sekalipun tidak bersuhbat (bersahabat) atau kurang merapatkan diri dengan para alim, janganlah sesekali kita membenci mereka (yakni ulama yang hak). Muliakanlah mereka mengikut kedudukan mereka. Jangan pula kita bersikap 'bodoh sombong', sudahlah kurang berminat untuk mencari ilmu agama, nak menghormati mereka pula jauh sekali... (ini pesanan yang berharga untuk diri ana sendiri). Adapun ulamak yang hak ialah yang mengamalkan perintah Allah Taala & sunnah Rasulullah dalam setiap inci kehidupan mereka, selaras & seimbang dengan ilmu yang mereka miliki. Maka, asbab daripada amalan mereka, ilmu yang disampaikan itu insyaAllah akan lebih memberi kesan kepada hati untuk diamalkan.
Semoga Allah Taala beri kepada sifat yang terpuji dan masukkan keinginan dalam hati sanubari kita semua iaitu kasih kepada ilmu serta para alim ulamak.
Wallahu alam.
-Dipetik dari kitab Matla'ul Badrain karangan Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad in Ismail daun Fatani, dengan sedikit olahan ayat).
(InsyaAllah, ana akan bersafar/khuruj ke Kuantan, Pahang selama 10 hari mulai esok (11-12-2010). Maka selama tempoh tersebut, ana tidak online. Maaf atas segalanya).

مَنْ أحََبَّّ اللعُلَمآءَ لَمْ يُكْتَبْ عَلَيْهِ خَطِيْئَةُ أيَّامِ حَيَاتِهِ

وَاللّهُ يَهْدِى مَن يَشآءُ إلى صِرَاطٍ مُُسْتَقِيمٍ
Wallahu alam.
-Dipetik dari kitab Matla'ul Badrain karangan Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad in Ismail daun Fatani, dengan sedikit olahan ayat).
(InsyaAllah, ana akan bersafar/khuruj ke Kuantan, Pahang selama 10 hari mulai esok (11-12-2010). Maka selama tempoh tersebut, ana tidak online. Maaf atas segalanya).
6 comments:
salam maal hijrah,
moga dipermudahkan segala apa yang diuruskan, insyaAllah.
Salam cikgu,
Insyaallah..amin.
Salam.
Alhamdulillah dapat juga keluar ye.
Moga baik-baik semuanya.
Salam Tuan Bijen,
InsyaAllah azam nk pegi jauh2 lg...
salam aliaazuan,
Ulama' pewaris Nabi dan boleh memberi syufaat kepada kita. Sanjunglah mereka dari menyanjung artis-artis yg banyak melalaikan kita kesana..
Jazakallah khairan
Salam capt.
Sanjung ulama' dpt ilmu. Takkan rugi.
Jazakallahu khairan.
:)
Post a Comment