Thursday, October 21, 2010

YANG PENTING LAGI BERMANFAAT...KITAB HAID

بسم الله الرحمن الرحيم
تحفة الأعزاء في إيضاح مسائل دماء النسآء
~Hadiah Untuk Insan yang Mulia Dalam Menjelaskan HUKUM DARAH WANITA~
Disusun oleh Al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail Al-Hafiz
Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur.
Harga: RM 60 (seperti yang ditulis pada kitab)

Untuk pengetahuan pembaca sekalian yang belum pernah mengetahui kewujudannya, ini adalah sebuah kitab penting yang akan membuka minda anda untuk lebih dekat & mudah memahami beberapa masalah HAID dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, insyaAllah. Dan alhamdulillah ana sendiripun sudah memilikinya.

SUAMI: wajib bagi anda mengajar isteri anda mengenai masalah ini. Jika anda tidak mampu mengajar, suruhlah isteri anda belajar dan berikanlah keizinan kepadanya untuk belajar. Wahai para suami! Anda juga perlu mengetahui masalah ini supaya anda tidak tersalah faham dalam menggauli isteri anda.

BAPA: wajib bagi anda mendidik anak-anak perempuan anda mengenai masalah ini. Jika anda tidak mampu mendidik, hantarlah mereka belajar mengenainya.

GURU: wajib bagi anda memberi bimbingan supaya murid-murid perempuan anda dapat mempelajarinya.

Walau siapapun diri anda, anda bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku di kalangan kaum perempuan sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini.

Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajari tentang haid & jenis-jenisnya. Mungkin dalam minda perempuan masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Dan apabila tempohnya terlebih sedikit maka ianya dikatakan istihadhah, padahal perkara tersebuat kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi, masyarakat hari ini kurang mengetahuinya, kerana wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya, lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita. Ada juga segelintir masyarakat menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang tak senonoh seolah-olah tak sesuai untuk diperbincangkan.

Malah, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya kerana khuatir masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya. Maka, jika fenomena ini berterusan, semua pihak akan menanggung dosa.

Antara kandungannya:
5 bab utama dalam kitab :-
  1. Haid.
  2. Darah dan pembahagiannya.
  3. Istihadah.
  4. Nifas.
  5. Mandi wajib dan qadha sembahyang.

Kitab yang jarang-jarang ditemui ini mengambil masa lebih daripada 3 tahun untuk disiapkan. Dengan menggunakan lebih daripada 50 kitab-kitab lain sebagai rujukan, Al-Fadhil Ustaz Mansoor serta barisan tenaga kerja yang lain berusaha mempersembahkan kitab setebal 223 muka surat ini dalam bentuk yang sangat mudah, pelbagai warna dan gambarajah dan menarik untuk difahami. Dengan menggunakan Bahasa Melayu, kitab ini sudah pasti akan memberikan banyak kemudahan kepada setiap golongan untuk memahami persoalan darah bagi wanita.

Akhir sekali, jika anda berasa perlu mengetahui masalah ini dan ingin memiliki kitab ini, milikilah ia dengan fikiran yang terbuka dan hati yang lapang tanpa mengira kos perbelanjaan yang akan dikeluarkan demi untuk meninggikan agama supaya anda dapat keluar daripada kejahilan. Boleh la kalo nak hadiah kat isteri ke...tunang ke...bakal tunang ke...anak-anak ke...InsyaAllah sesuai sangat.

*Cetakan kitab ini adalah terhad. Boleh didapati di premis-premis masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur & bagi kaum wanita yang berkelapangan, boleh hadiri kelas penerangan kitab haid di Sri Petaling pada jam 11.30-12.30 tghari (setiap Sabtu). Kelas pengajian disampaikan sendiri oleh Ustaz Mansoor. Yang tinggal jauh & tidak berkelapangan macamane pulak? ohhh... :-( (semoga Allah mudahkan)

"JADIKANLAH KITAB INI SEBAGAI CENDERAHATI BUAT INSAN YANG MULIA DI MAJLIS PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, KESYUKURAN & DAN LAIN-LAIN"...

Wallahu alam.

14 comments:

hidayu samsudin said...

salam....

penting untuk setiap wanita untu memahami dan mempelajari nya..kadang kita terlepas pandang kan kak...padahal ia berkait rapat dengan kehidupan kita...sebagai seorang muslimah...

CS said...

salam,
nk minta suami tlg beli...ke nk minta sbg brthdy present nnt? hehehehe....

ahmad humairi said...

salam,

dah terkena pada saya,
sebagi bapa,
sebagai suami,
sebagai guru....
kenalah ambil tahu.

Bijen M. said...

Salam.
Tak kahwin lagi.
Aaaaa.
Ha ha ha ha.

umu6point said...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..
umu dah dapat...hehee :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Ayu
Ya, anti benar, mmg susah nak fhm bab haid ni jika kita x ambil klas intensif yg khusus, krna ia boleh mengelirukan. Mmbca saja pun sbnrnya masih blum mmbuatkn ia jelas. Bkn x penah bljr,tp stkt bljr di sek/IPT akak rasa msih belum ckup, perlu gali dlm2. Ilmu sikit @ dah byk, tetap kena usaha lg.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Cikgu Sue:
Mesti la cik abg yg bg hadiah, caranya: kene clue2 la sikit kat dia.. Cpt!dh tak lama ni. hihi.. (eh, ngajar org pulok!)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Cikgu Myri:
Dlm bab ni,lelaki or prmpuan sama je kot...bkn ckgu je yg rasa trkena, ana sndiri pun terkena gak! :-(

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen,
Mmg laaa, anta bljr madrasah UTP pun tak hbs lg. Lps ni bleh la kawin, sdiakan kitab ni lbih awal buat hntrn kawin kt bakal prmaisuri. Setuju?

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Umu,
Alhamdulillah...
wawawa...Aiwah! Encik tunang dh belikan ke? Smoga Umu & encik tunang brbhagia dlm membilang baki2 hari yg tggl. Hjg thn ni kan? InsyaAllah, smoga mjls brjln dgn lancar, amin.(tgh tggu kad)

Bijen M. said...

Salam.
Ha ha ha.
Tajuk buku pun dah tulis 'Hadiah Untuk Insan Yang Mulia'.
Peewit!

Captain said...

salam aliaazuan,

Ilmu haid adalah satu daripada fardu ain.Wanita wajib tahu dan kena belajar.jika suami tidak tahu...tak perlu kebenarannya untuk pergi belajar dgn ustazah...Jika marhaban dll yg bukan fardu ain kena minta kebenaran..

Jazakallah khairan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen,

Juga hadiah dr seorang insan yg brnama Tuan Bijen yg berhati mulia...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Captain,

Kata2 Capt tu benar, tak perlu minta izin walau suami menghalng utk bljr frdhu ain. Tp suami jgn la ego kan, kena la faham...itu kan tggungjwb suami, lembut2kan lah hati tu...sepatutnya dia kena rasa syukur & gembira sbb isteri nak bljr. Kurang2 dh trlepas bebanan dia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails