Thursday, September 30, 2010

MARI BUAT 'TUKAR GANTI'...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Allah telah bagi nikmat yang amat banyak kepada hamba-hambanya sepanjang usia ini, ada yang Allah bagi usianya 1 tahun, 10 tahun, 40 tahun, 50 tahun, malah ada juga yang menjangkau umur 120 tahun...mungkin ada yang lebih lagi. Jadi sama-samalah usaha untuk bersyukur kepada Allah dengan memperbaiki serta memperbanyakkan amal soleh, serta buat sesuatu perkara yang dapat menyukakan Allah... Seperti seorang ibu @ bapa yang sayang kepada anak-anaknya, sudah tentu dia mengharapkan yang terbaik daripada anaknya, baik dari segi agama, ilmu dan sebagainya. Maka sebagai anak yang baik, patuh & taat, sudah tentu juga anak itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati kedua ibubapanya. Bila sudah berjaya mencapai matlamat ibubapanya, apa yang parents mereka rasa? GEMBIRA... Begitulah juga Allah Subhanahu Wataala,lebih-lebih lagi Dia akan rasa gembira dengan apa saja amal kebaikan yang kita sudah lakukan..
Hari ni ingat nak masak tomyam, esok nak masak apa pula ya?...lusa...tulat...isy! isy!

Sahabat-sahabat sekalian, sudah menjadi fitrah setiap hari kita tukar pakaian, tukar menu makanan, tukar langsir/perabot baru setiap kali perayaan (mungkin tak semua orang), tukar kereta 5 tahun sekali (tak semua juga kot), tukar cat rumah bila dah berkarat (sebab dah banyak peta dunia-anak conteng sana sini, @ jiran asyik datang rumah borak kosong bersandar berjam-jam sampai dinding dah naik hitam legam)...pendekkata semua ada keinginan nak tukar. Mungkinkah itu keperluan kita @ nafsu semata-mata? Hanya diri sendiri yang tau. Jika betul-betul ia suatu keperluan, insyaAllah...

Perabot ni dah rosak...perlu diganti baru?

Ha..dah ganti baru dah...

Jika semua perkara di atas dah ditukar, mari kita sambung baca entry ni lagi (harap SABAR ya, walaupun entry ni macam panjang tak larat nak baca, insyaAllah ada khir untuk kita). Begitu la si Aliaazuan ni yang baru merangkak nak belajar ni, kerana dakwah & agama tak apa, insyaAllah. Moga Allah bagi kekuatan.

Saudara saudari sekalian, alangkah berbahagianya hidup ini (di dunia & akhirat) jika percakapan kita, akhlak kita, fikir kita serta amalan kita juga dapat 'ditukar ganti' kepada yang lebih diredhai Allah, menyukakan Allah...Hari ini kita banyak cakap tentang kebesaran/kehebatan makhluk @ perkara-perkara dunia yang melalaikan, sehingga percakapan tentang iman/agama menjadi terlalu asing kepada kita, jadi pelik & tak masuk akal pula... Bukan itu saja, malah kita tertawakan pula pada orang yang asyik cakap/bercerita kebesaran Allah. Yang buat muka sardin @ menyampah pun ada. Yang buat seteru pun ramai juga...hmm.. :( Sungguh! Sampai begitu sekali kita hilang minat pada agama.Pada ana, itu lah sifat yang paling pelik! Memang pelik!Tak tau macamana pula dengan antum semua. Pelik juga ke bila dengar orang cakap pasal iman, dakwah, agama? Sedangkan itulah kerja para anbiyak & sahabat R.anhum.

Sesungguhnya, ulama telah rumuskan (kajian daripada Al-Quran & hadis) bahawa jika percakapan/perbuatan kita di luar daripada perkara-perkara di bawah ini, maka ditakuti sia-sialah apa yang kita dah buat tu...

1. Yakin dengan Allah dan Rasulnya melalui mafhum kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah. (bukan setakat zikir @ mewiridkannya sahaja). Kena belajar memahami maksudnya.

2- Menjaga solat di awal waktu dengan penuh khusyuk.

3- Yakin dengan hakikat ilmu & zikir.

4- Tunaikan hak/hajat saudara kita melalui sifat ikramul muslimin.

5- Tashih/ikhlaskan niat -buat atau tinggalkan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah.

6- Dakwah ilallah (khuruj fi sabilillah)-belajar korban harta, diri, masa untuk agama, insyaAllah baru dapat kemanisan dunia akhirat.

Begitu juga nak dapatkan iman yang sempurna, kena ada 3 perkara ni:

1- Tasdiq bil-qolbi (benarkan dalam hati)
2- Iqrar bil-lisan (ucap dengan lidah)
3- Amal bil-jawarih (amal dangan anggota/perbuatan)

Contoh paling mudah, SOLAT. Benarkan dalam hati bahawa solat itu perintah Allah & yakin bawaha hanya dengan solat yang sempurna, Allah selesaikan segala masalah kita. Kemudian, banyak buat dakwah dengan lidah kita tentang kepentingan/kelebihan solat...cakap...cakap....lagi dan lagi...sehingga perkara itu masuk dalam hati. Akhir sekali, amalkan solat tu dengan baik dengan membawa sifat-sifat dalam solat, insyaAllah iman akan meningkat. Lagi satu sentiasa ada rasa kesian/risau dekat saudara seislam kita yang masih tinggal-tinggalkan/lewat2kan solat. Fikir...macamna nak buat...doa untuk dia, sebut nama dia dalam doa tu...Hmm...macam tu la lebih kurang huraiannya.

(yang citer kat atas tadi tu sebenarnya ana nak tunaikan hajat Capt yang dah lama tertangguh, dia minta ana huraikan, maaf ya Capt, lambat pula ana ni. Takut juga Capt akan tuntut perkara ni kat ana di akhirat nanti, jadi diharap Capt berpuashati... :) insyaAllah.

Semoga ana sendiri dapat amal & sampaikan.

12 comments:

Bijen M. said...

Salam.
Adeh.
Saya banyak dakwah guna jari saja.
:P

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen,

Apa maksud : dakwah guna jari saja tu? Adeh, tak paham ..Ikut kefahaman ana, jari telunjuk bila tunjuk atas tu tgh buat dakwah kalimah toyyibah la tu...

CS said...

Salam
aa...hmmm mmg selalu dgr cerita ini...tp InsyaAllah takkan pernah jemu dgr...n kena bg org dgr jg cerita ini,smpai mereka pun xjemu dgr...hmmm minta Allah bg kekuatan...InsyaAllah.

***"dakwah guna jari" ~~ pd CS maksud Bijen tu dakwah melalui tulisan di blog...InsyaAllah begitu maksudnya barangkali.

ahmad humairi said...

salam,

insyaAllah dengan selalu membaca di risalah amal ini, hati menjadi kuat, iman semakin menebal, amal semakin kusyuk.

......pahala bertambah-tambah buatmu.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cikgu Sue.

Ooo..mcm tu ya, mgkn jugak tu. Ana yg lambat faham nmpknya.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cikgu Humairi,

InsyaAllah cikgu, mudah2an...nak dapat hakikat yang betul tu yang susah tu..(ana la, bkn cikgu).

Captain said...

Salam Aliaazuan.

Posting yg menarik dan manfaat. Banyak yg perlu kita kita berubah. terima kasih kerana tunai hajat ana ini...semuga dicucuri rahmatNya dan dipeliharaNya..Jazakallah khairan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt.

InsyaAllah..amin...

Bijen M. said...

Salam.
Ha ha ha.
Betul kata Cikgu Sue.
Dakwah taip dekat blog.
Patutnya kena jumpa orang hati ke hati.
Yer dok?
Inilah 2 jam setengah saya.
Depan blog.
Tak ikut tertib betul.
>_<

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen.

Kena buat mesyuarat tu...buat fikir harian...baru la gerak kerja trbntuk. Tp dlm masa yg sama ana sangka baik dgn tuan. Hehehe.

seorangnenektua said...

insyaallah tashkil!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Nek,

Dan kita tutup dgn tasbih kifarah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails