Friday, September 24, 2010

ISLAH DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Inilah antara nasihat daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada orang-orang yang mahu mengambil manfaat dan peringatan...

Diriwayatkan daripada Abu Zar radiyallahu anhu, Rasulullah telah bersabda:

1- Aku nasihatkan kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah, kerana taqwa itu adalah tunggak bagi segala amalan.

2- Hendaklah kamu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah, kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi nur untuk kamu di permukaan bumi.

3- Hendaklah kamu banyakkan berdiam diri dan jangan bercakap melainkan perkara yang baik, kerana ini akan menjauhkan syaitan dan akan membantu kamu dalam urusan agama kamu.

4- Hindarkan dari banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati kamu dan nur daripada wajahmu akan lenyap.

5- Teruskan jihad kerana itulah kesolehan umatku.

6- Hendaklah mengasihi orang miskin, sentiasalah duduk bersama mereka.

7- Lihatlah keadaan orang yang lebih rendah daripada keadaanmu.

8- Janganlah lihat keadaan mereka yang lebih tinggi daripadamu, kerana dengan itu kamu tidak akan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untukmu.

9- Kukuhkan silaturrahmi dengan kaum kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungan dengan kamu.

10- Hendaklah memberitahu perkara yang hak kepada sesiapa saja walaupun dirasakan ianya pahit.

11- Jangan sesekali menghiraukan celaan daripada sesiapapun dalam menjalankan urusan agama Allah.

12- Lihatlah keaiban diri sendiri, dan jangan lihat keaiban orang lain.

13- Apabila kamu sendiri mempunyai sesuatu keaiban, maka jangan marah kepada orang lain yang mempunyai keaiban yang sama.

14- Wahai Aba Zar, tidak ada kebijaksanaan yang melebihi perancangan yang baik.

15- Sebaik-baik taqwa ialah ialah menjauhi segala perkara yang haram dan tidak ada kemuliaan yang setanding dengan akhlak yang baik.

(Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim dll).

****************************************************************************************

Cuci mata sket...
...Meskipun nampak sukar, kekadang kita "BOLEH!"...

Boleh faham ke maksudnya? INSYA ALLAH...Faham... dengan azam dan niat untuk amal agama sepenuhnya. Ya Allah..mudahkan kami.

(Foto dikredit daripada Ustaz Hambali)

6 comments:

ahmad humairi said...

salam raya nam,

Terima kasih atas islah diri yang diberi. Apapun hal yang berlaku....salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

Fikirkan BOLEH...inyaAllah boleh atas izin Allah jua..

Bijen M. said...

Salam.
Sangat baik perkongsian.
Lepas ni tak boleh ketawa banyak-banyak dah.
Gelap hati woh.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cikgu Humairi,

InsyaAllah...islah diri tu byk ditujukan utk ana.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Bijen M,

Betul tu tuan. Cerahkan hati kita smue dgn kurangkn ketawa..

Nur Fannun said...

salam aidilfitri,

Hindarkan dari banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati kamu dan nur daripada wajahmu akan lenyap.

org yg tau agama slalu ckp jgn byk ketawa nti hilng ilmu.skg bru tau, leh mtikn hati..hati mati, jd benak tol tak?

Minyak Wangi Pilihan di Hari Lebaran

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Nurfannnun,

Jadi keras hati, benak, kelam, berlumut...smua adalah kot. nauzubillah...smua org tak mau jd mcm tu...tp kita slalu buat jugak kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails