Thursday, July 1, 2010

TAKBIRATUL IHRAM/ULA : HANYA UNTUK MEREKA YANG KOMITED


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Daripada Anas bin Malik beliau berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa solat 40 hari secara berjemaah dalam keadaan sempat takbir pertama (dengan imam), ditentukan baginya dua kebebasan; kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq. (Hadith riwayat At-Tarmizi)

Ganjaran pertama: Kebebasan dari neraka.

Ganjaran kedua: Kebebasan dari nifaq (sifat munafiq).

Ganjaran kedua selari dengan ganjaran pertama. Bila hati sudah bebas dari ragu-ragu, bila apa yang disembunyikan dalam hati selari dengan apa yang dizahirkan, maka tiada lagi ganjaran yang lebih utama melainkan kebebasan dari neraka. Kerana asbab untuk masuk ke sana sudah tiada.

Caranya, solat berjemaah 40 hari dan sempat takbirah al-ihram bersama-sama dengan imam. Ertinya 200 waktu. InsyaAllah..bila istiqomah, akan terasa rugi jika terlambat untuk takbir bersama imam.

Mustahil?
Bagi orang yang sibuk, terikat dengan jadual yang ketat, ajakan seperti ini memang mustahil untuk ditunaikan. Paling tidak pun hampir-hampir mustahil. Ingin melazimi solat berjemaah saja sudah cukup susah, inikan pula takbirah al-ihram. Tak apa, perlahan-lahan.. Cuba try test dulu, belum cuba belum tahu. Ramai orang yang sibuk dengan tugas dapat menjaga takbiratul ula mereka, kenapa kita tak mahu mencuba dulu. Sekurang-kurangnya, fikir-fikirkan tentang mafhum hadis di atas..insyaAllah.

Tak mustahil?
Bagi orang yang tak sibuk, tidak terikat dengan mana-mana jadual, ajakan seperti ini dilihat seperti ajakan yang mudah. InsyaAllah, bila-bila masa sahaja boleh ditunaikan. Itupun kadang-kadang datang juga ujian-ujian, begitu juga syaitan selalu mebisikkan sesuatu ke telinga kita...Jangan..jangan..buat keje lain dulu sampai habis, katanya.

Saat berazam sahaja ingin melazimi perkara ini, pelbagai rintangan akan menjenguk. Kadang-kadang yang tak disangka-sangka. Kerana pertaruhannya adalah bebas dari neraka dan nifaq. Bukan calang-calang.

Banyak sudah kita lihat masjid-masjid, surau-surau yang tumbuh bagai cendawan. Begitu juga di pejabat @ sekolah, R &R serta di sepanjang jalanraya, rata-rata telah ada kemudahan untuk bersolat. Cuma, mahu @ tak mahu sahaja. MasyaAllah, Laa haula wala quwwata illa billah...

Untuk itu, satu gerak kerja yang tersusun perlu dirancang. Sama ada sibuk atau tidak, perlu ada keinginan yang disertakan dengan azam yang berterusan. Jika kita masih belum benar-benar memahami tabiat diri sendiri terhadap perubahan, jangan gopoh, atau kita akan diuji dengan putus asa untuk berubah. Buat perlahan-lahan & usahakan untuk istiqomah. Imarahkanlah masjid-masjid/surau-surau kita yang makin kosong, sunyi dan sepi. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan kepada semua umat Nabi.

Bagi wanita pula, usahakan juga untuk solat di awal waktu ,kerana kita mempunyai banyak keuzuran..aulanya di dalam rumah dan galakkan mahram-mahram kita juga untuk memperolehi takbiratul ula ini. Jom buat azam insyaAllah.

Wallahu alam.

6 comments:

Captain said...

salam Aliaazuan,

Rebut ganjaran ini sementara kita masih kuat dan sehat. Inilah yang dicari-cari dgn kesempatan dan peluang utk berjemaah sebanyak yg boleh.

Tapi maklumlah manusia memang sibuk mengejar dunia dari akhirat.

"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."

Semuga dipermudahkan dan dilapangkan di dalam kehidupan ini. Amin

Jazakallah khairan.

nz said...

insyaAllah..

Sidratul Muntaha said...

Selalu ckp tak sempat.malu dgn DIA.Terima kasih Alia ingatkan...

ahmad humairi said...

salam,

selalu berazam...tapi tak kesampaian.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt,
Mudah2an...smoga Capt dpt kongsi juga tindkn2 trsebut dlm n3 Capt nnti ya..

Salam November Zulu,
Sama2 azam insyaAllah...

Salam Sidratul Muntaha,
Barokallah fiik. Sbnrnya ana byk nk ingatkan utk diri ana sndiri ni.

Salam Cikgu Humairi,
Takpe cikgu, pelan2, slow2. Tekan nafsu ni meeeeemang susah.

Dan Jazakumullahu khairal jazak utk smua yg mmberi komen...

ahLia shahril said...

salam... smayang awl waktu pon kje gk.tp org lg pntingkn kje dunia.trmasuk sy.. azam insyaallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails