Saturday, May 22, 2010

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah...di pagi hari Sabtu yg mulia dgn izin Allah ana kembali smula di sini..masih ada nmpknya kelapangan masa yg Allah bg pd ana pagi ini.Sudah seminggu juga ana tak masukkn entry baru kat blog ni. Err..brbicara ttg topik ari ni, smuanya jgn la kelam kabut ya. Ni bkn la nk citer psl cari jodoh mana satu yg nak dipilih @ nak beli produk mana satu yg murah lagi bkualiti...atau...atau...ntah la apa lg ya..sila smbung sndiri jika anda seorang yang rajin.
Sbnarnya entry kali ni nk ceritakan ttg suatu ucapan yg slalu kita dgr @ slalu kita ucapkan apabila menerima kebaikan drp seseorg. Contoh, TERIMA KASIH atau THANK YOU atau SYUKRAN & sebagainya.. Di sekolah2 juga guru2 slalu menitikberatkan kpd plajar2 akan pentingnya ucapan ini kerana ia menunjukkan budi bhsa kita & sbagai tanda pnghargaan kita kpd org lain..begitu juga di sektor2 awam @ swasta sntiasa diberi latihan dan peringatan ttg pkara ini. Maka kesimpulannya kita sntiasa diajar ttg sifat berbudi kpd org lain. Alhamdulillah...suatu nilai murni telah kita pelajari dan hayati.
Di sini ana ingin kongsikan satu lg kalimah (yg ana yakin & rasa sgt terbaik) yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.InsyaAllah dgn ucapan trsbut ia sgt melengkapi akan bbrapa prkara berikut...
Pertama: tanda kita syukur pd Allah atas kebaikan trsebut,
Ke 2: sbgai tanda terima kasih kpd saudara kita dan

Ke 3, kita mendoakan pula kebaikan utk saudara kita.

Jadi, mari kita sama2 hayati bbrpa hadis nabi yg sohih ini & apakah dia ucapan kalimah trsebut...
  • Diriwayatkan drp Usamah b. Zaid r.a, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Brgsiapa yg dibuat kpdnya suatu kebaikan lalu dia berkata kpd yg membuatnya, JAZAAKALLAHU KHAIRA (moga2 Allah membalasmu dgn sgala yg baik) -sebenarnya ia telah menyampaikan kemuncak sanjungan! (HR Tirmizi).
  • Dlm satu riwayat lain,drp Usamah b. Zaid r.a juga,Rasulullah brsabda: Brgsiapa yg dibuat suatu kebaikan padanya, lalu dia berkata kpd pelakunya: JAZAKALLAHU KHAIRAN (moga2 Allah mmbalasmu dgn kebaikan) maka ia telah mmberikan ucapan terima kasihnya yg byk kepadanya (HR Tirmizi).
  • Begitu juga dlm satu rwyt sohih yg lain Rasulullah brsbda bahawa brgsiapa yg membuat ssuatu kebaikan kpd kamu, hendaklah kamu membalasnya. Dan jika kamu tiada mendapati apa2 utk membalasnya, maka hendaklah kamu mendoakan baginya sehingga kamu merasakan bhw kamu sudahpun membalasnya.
Yg mana satu pilihan kalbu...atas atau bawah...?

Maka, apabila ada org yg berbuat baik kpd kita @ kepada org lain @ kpd sesiapa pun, wajarlah kita berdoa baginya, berterima kasih padanya & mendorongnya utk brbuat kebaikan spt itu.

Smoga perkongsian ini dpt memberi manfaat yg berguna kpd kita. Bknlah bertujuan utk menafikan kebaikan ucapan 'terima kasih' yg slalu kita gunakan, TIDAK...,cuma sbgai tambahan ilmu utk kita sama2 amalkan. Mgkin ucapan' jazakallah khair' itu agak berat pada kita, kerana alasan kita, aku bukanlah org Arab @ org2 alim..bkn juga pelajar skolah pondok & agama @ perkataan itu hnya utk org zmn dlu2 kala, tak sesuai disebut di zmn millenium ini...tp pada ana kalimah ini sgt brharga & penting..dan ucapan terima kasih itu adalah baik, cuma kurang melengkapi & hanya mnjadi budaya dan adat kita shj. Justeru,apa salahnya kita cuba bljr menyebut ucapan trsebut (jazakallahu khaira) kerana kebaikannya yg saaaangat byk... ini adalah kerana dlm amalan sunnah pasti ada kejayaan. Jd, jgn lah malu dan segan utk menyebut prkataan yg baik ini. InsyaAllah.. smoga Allah memberi kita kemudahan utk berusaha mencantikkan lg segala amalan kita. Amin...

Sekian, wallahu alam.

(dipetik dari kitab Al-Azkar Nawawi Rahimahullah Taala)

12 comments:

umu6point said...

Assalamualaikum kak,
haa..umu pun dah start amalkan perkataan penghargaan tu. dah siapkan awal2 di templates fon. kalau msg kawan terus antar tu je sebagai penghargaan ats pertolongan diorang.. nnt mesti diorang reply balik..
"ape maksud tu?"..hehee

Captain said...

SALAM Aliaazuan,

Amalkan dengan Jazakallahu Khairan memang baik kerana sebagai balasan ucapan kepada seseorang yg membantu dan menolong dgn satu kebaikan supaya Allah swt membalas-Nya.

Byk kawan dari seberang selalu membalas di shoutbox capt terutama dari Majlis Rasulullah dari Medan.

Capt hanya membalas dengan doa shj sbb mereka ini semua dari pesentren jadi lps ni akan guna ucapan Aliaazuan yg makna yg baik.

Apa-apa balasan kebaikan semua datang dari-Nya kerana kita hamba yg lemah dan tak berkuasa melaksanakan balasan kebaikan yg diterima oleh seseorang...hanya Allah swt mengerakkan kita melaksanakan balasan.. kita bukan memiliki apa-apa hanya semua Dia yg punya.

JAZAKALLAHU KHAIRAN

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Umu...
Bagus betul atas usaha anti..jom kita sama2 amal & bljr biasakan diri dgn ucpn tu.
Mcmne soalan td? "Ape mksud tu?" ....err,kurang phm pula si Aliaazuan ni. Sperti mksudnya minta blsn smula ke? Jika betul,bgtau la kat org tu reply blk tulis "Baarokallah". Jgn minta duit kat dia dh la ye.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

Alhmdulillah Capt..btul ckp Capt. Ucpn yg baik apa salahny kita amalkn, kan? Kdg2 stgh org mgkin dia rasa malu & segan nk sebut, atau dia rasa pnjg pula nk membunyikannya, tp pd ana selagi ia ada kbaikan utk diri kita & org lain, eloklah kita buat..bkn senang nk biasakn satu2 bnda yg kita x biasa buat, lg pulak pkara2 yg mndatangkan kesukaan kpd Allah..lg la kena kejar, kan Capt kan? InsyaAllah ana juga azam utk smpurnakannya..

umu6point said...

owh..maksud "Ape maksud tu?"..kawan2 bertanya umu balik maksud Jazakallah/ jazakillah tu.. sebb diorang x pernah dengar la kak. lagi pelik kalau bdk2 sekolah agama yang pandai bahasa arab x tahu... diorang kata selalu guna "syukran" je.. jd..mari kita sama2 amalkan dan sebarkan.. =)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Umu..

Oh mcm tu...Dulu2 masa blajar akak pkai syukran jgk , tp skrg dh tukar...ada masa trsasul jugak..tmbh2 kalu sembang dgn org awam. pljr2 yg amik alim/alimah pun dh trbiasa sbut ucpn jazakallah ni krana kebaikannya yg byk.Ok Umu..sila le ajar kat budak2 skolah tu pulak..budak2 senang ingat sikit. insyaAllah.

taib wahid said...

Salam,

Baru berkesempatan baca dan melawat sini. Terima kasih atas infonya cik Alia. Sebenarnya susah juga kita nak guna perkataan ini. Kerana dari dulu kita sudah terbiasa dengan ucapan penghargaan yang lain. InsyaAllah akan mempraktikannya dalam kehidupan seharian pula.

Jazakallah khair.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cik Taib..

Alhamdulillah.Smoga Allah subhanahu Wataala merahmati anta. Amin..

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Salaam.

Saya amat jatuh hati dengan ucapan penghargaan

"Jazaa kumullah khairal jazak"

(Allah membalasi anda dengan sebaik-baik balasan.)

Pernah saya bertanya kepada sahabat dari Jeddah, mengenai penggunaan masdar (ganti nama) jama' (antum) dan bukannya (anta/anti) walaupun diucapkan kepada seorang. Rupa-rupanya, andai ganti nama jama' digunakan untuk seorang, itu menunjukkan tanda hormatnya.

=)

Moga bermanfaat.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salaam saudara Ikhwan Zaki...

Information yg baik. Ya betul,ia adalah sbaik2 ucpn.InsyaAllah sptmana ucpn Assalamualaikum mnggunakn jama', bgitulah juga utk ucpn kbaikn yg lain. sebaik2nya guna gnti nama jama' utk mnyebutnya. Jazakumullahu khairal jazak..

Affan Ruslan said...

Salam ziarah.
Jazakillah khairan.

Ana cadang nk repost entry ni, dan membuat sedikit penambahan tanpa mengubah maksud hadis. mohon kebenaran.

Oh ya, salam ukhuwah. Salam taaruf, ana masukkan blog ukhti dalam blogroll ana.
www.affanruslan.com

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cik Affan Ruslan...

Jazakallahu khairan,anta dizinkn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails