بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Daripada Aisyah Radiallahu Anha, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sepuluh perkara dari fitrah itu ialah; memotong misai, memanjangkan janggut, bersiwak, memasukkan air ke dalam lubang hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari & istinjak. Telah berkata terlupa aku yang ke sepuluh melainkan ianya berkumur-kumur. (Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Fitrah itu ada 5; berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku & mencabut bulu ketiak. (Bukhari & Muslim)
CARA/ADAB MEMOTONG KUKU
(klik gambar untuk imej yang lebih jelas)
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa yang berpegang dengan sunah-sunnahku ketika di zaman rosaknya ummatku, baginya adalah ganjaran syahid. (Tibroni)(klik gambar untuk imej yang lebih jelas)
InsyaAllah, semoga sama-sama dapat amal dan sebarkan.
10 comments:
Selalu capt potong kuku sendiri, anak-anak dan isteri pada Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jazakallah khairan.
Salam...
Jazakallah Capt atas perkongsiannya. Memang nampak cantik, bersh & kemas bila dh potong kuku tmbh2 bila ikut cara Rasulullah dan potong pd hri yg ssuai. Tp dlm masa yg sama, ana sgt hairan, kenapaaaa la ramai lg kaum wnita yg suka simpn kuku. Walaupun nmpk mcm bersih, tp hakikatnya tak bersih.Paling penting bila istinjak, mcmna la keadaannya ya. Ambil wudhuk pun sama, sampai ke air kat celah kuku tu? MasyaAllah.. smoga Allah bg kita smua faham.
salam,
saya potong tak ikut jadual. bila rasa tak selesa, saya potong dan cukur.
Salam cikgu Humairi,jazakallah khir dtg ke sini & join dlm komentar.
Oh ya ka..masyaAllah.Oleh itu mai la kita pakat2 buat yg terbaik ya ckgu. Dulu2 ana pun sama gak, ikut suka hati jerk..kiri kanan tunggang langgang,janji bersih dah...rupanya stiap amalan kita 24 jam perlu ikut sunnah Rasulullah. Org kafir pun mkn minum, tido, potong kuku, tp nak bezakn kita dgn mereka ialah amalan itu ikut sunnah @ tidak, Bila ikut sunnah,baru ada pahala. Mmg rasa berat nk buat, tp kena paksa2 la diri kita kan (nasihat utk ana yg msih bljr ni,msih lemah diri ni.) Kita smua psti ingin Nabi mengenali kita di sana dan brcita2 nk brsama2 dgn Baginda kat akhirat nnti. Subhanallah..insyAllah amin.
salam..dlu mase kecik2 mak salu ckp..lau simpan kuku macam kita bela babi sekandang..mak sy memang pantang jumpa pmpn yg xpotong kuku..hoho
Salam +dieabella+...
Jazakillah khir atas komentarnya. Ya mak ana pun sama, tak boleh tengok pmpn kuku pnjg. Tp skrg ni ana tengok ramai juga org lelaki yg simpn kuku, x tau pula sbb apa...
Salam,
Perkongsian yang sungguh bagus dari cik alia, memotong kuku sememangnya keperluan setiap manusia, lebih2 lagi orang Islam. Tapi masih ramai yang belum peka dengan sunnah yang ditinggalkan Nabi SAW. Semoga Allah membukakan pintu hidayah agar kita sentiasa terbuka hati mengikut sunnah yang ditinggalkan Nabi SAW.
Renungilah kata-kata Imam Asy-Syafie,"Aku bilamana bertambah pengetahuanku, semakin terasa kebodohanku."
Salaam cik Taib...jazakallah khairal jazak.
Betul kata cik Taib, sama juga mcm pepatah yg kita slalu guna ni,ikut resmi padi; makin berisi mkin tunduk jdinya. Bila ilmu sudh byk, tetap merendah diri,jgn tkbur,sntiasa diamalkn & mmberi. InsyaAllah Allah akan meredhoi.Byk lg yg perlu kita pelajari kan. Tak ckup dgn apa yg dh kita ada skrg. Kdg2 bljr smlm,hari ni dh lupa.Org yg cintakan ilmu dia akan sntiasa mncari & sngguh2 nk berubah & berazam utk amalkannya. Lapang2kan lah diri kita smua cari ilmu ya.
salam ziarah..boleh sy tahu, apa dalil atau ada x dalil dari hadis sahih tentang adab potong kuku ikut turutan jari ni yg ikut SUNNAH?
Salam Miss Wafa,jazakillah khir.
Ulama brkhilaf ttg mkna fitrah yg tdpt di dlm hadis di atas. Pndpt kbykn ulama, mknanya Sunnah. Bahkn dsebut oleh skumpulan ulama: mknanya sunnah-sunnah para anbiya. Dikatakan juga: mknanya Ad-Din.
Ada brbagai2 pndpt ttg turutan memotong kuku, antaranya dr Imam Ahmad, Imam Ghazali & Imam Nawawi.Oleh krna Imam Nawawi adalah dr susur galur Imam Shafie, maka ana meletakkan cara pndptnya spt di atas.
Imam Nawawi mnyebut cara ini di dlm kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg trtulis di atas. Hadith tsebut brada di dlm Kitab Thoharoh di bwh Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah ya. InsyaAllah...
Post a Comment