Tuesday, April 27, 2010

BERIKHLASLAH DALAM AMALAN


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
IKHLAS! Aduhai..cerita psl ikhlas lg. Mmg byk entry telah ana & antum semua jumpa yg membicarakan ttg sifat ikhlas. Byk juga dalil yg mengkhabarkan ttg pentingnya sifat mulia ini.. Sbb itu la, byk kali kita cerita @ dengar pasal IKHLAS ni pun tak apa, berkali-kali pun tak apa, ia takkan merugikan kita,insyaAllah.. Ada satu perkara yg slalu kita lupa,kita sbgai manusia ni kdg2 tak perasan ttg apa nilaian Allah SWT trhadap hati kita, bukan itu saja...melalui percakapan & perbuatan kita pun kita tak perasan yg kita ini sudah tidak IKHLAS lbh2 lg utk Allah SWT, betul tak?...nauzubillah..Bagaimana kita nak menjaga keikhlasan hati? Adakah kita ini seorang yg mementingkan sifat ikhlas? Mari kita baca...

Firman Allah Taala:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء

Ertinya: Dan tiadalah mereka diperintahkan melainkan kerana mengabdikan diri (menyembah) kepada Allah dalam keadan berikhlaskan agama kepadaNya sepenuh hati. (al-Baiyyinah:5)

Drp Umar ibnu Khattab r.anhu, Rasulullah telah bersabda:Hanyasanya semua perbuatan itu mestilah dgn niat,& hanyasanya setiap amalan manusia itu dikira apa yg diniatkannya. Brgsiapa hijrahnya diniatkan kepada Allah & Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah & Rasulnya. Dan brgsiapa hijrahnya diniatkan kpd dunia yg hendak dicapainya @ kpd wanita yg hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kpd apa yg diniatkan hijrah itu kepadanya. (Riwayat Bukhari & Muslim)

SUNGGUH!
Niat yang baik akan mencetuskan keikhlasan & apabila ikhlas telah meliputi hati akan lahirlah amalan2 kebajikan baik yg zahir mahupun yg batin (tersembunyi).



Abu Ali Al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak, & membuat amalan kerana manusia pula adalah syirik, maka ikhlas sahajalah yg dpt diselamatkanmu oleh Allah drp keduanya..

Memang tidak wajar kita meninggalkan sesuatu amalan itu kerana manusia, sebab jika benar amalan kita untuk Allah, mengapa sampai kita mahu meninggalkannya kerana manusia?

Biarlah dia melihat, biarlah dia berkata apa pun,asalkan hati tetap bersama Allah. Jgn smpai ia terusik hingga mengubah niat asal di dlm hati, kerana itu sangat merbahaya. Begitu juga jika kita membuat ssuatu amalan kerana manusia,memang kita hendakkan ia tahu, tidak cukup Allah saja yg tahu,kerana takut tidak dpt pujian, maka amalan serupa ini ialah amalan yg diiringi sifat syirik yg mana Allah tidak akan menerimanya. Nauzubillah...

Sebab itu hendaklah kita mengikhlaskan segala amalan kerana Allah, kerana dgn cara itu shj lah dpt selamatkan kita drp kedua-dua bahaya yg disebutkan tadi.


Berkata Imam Harith al-Muhasibi Rahimahullah: Orang yg benar ialah org yg tiada peduli jika hilang penghargaan org terhadap dirinya demi menjaga kebaikan hatinya, kemudian dia tiada ingin org mengambil tahu ttg byk @ sedikitnya amalan baiknya,ttp dia tiada pula membenci jika org mengambil tahu keburukan amalannya...

SEDIKIT MUHASABAH UNTUK KITA SEMUA... Inilah sikap mukmin sejati, dia terus menjaga hatinya biar selalu ikhlas kerana mncari keredhaan Allah..dia selalu berkata yg benar biar org lain tidak suka, asalkan Allah tidak murka kepadanya. Bila dia membuat kebajikan dia tidak mahu org tahu samada sdikit apatah lg jika byk, cukuplah Allah shj yg mengetahuinya kerana dia melakukan kerana Allah Taala. Ttpi jika dia melakukan kejahatan, biar semua org tahu supaya org dpt mencelanya @ membencinya spya dia lekas2 dpt bertaubat & menyesali diri drp perbuatan yg jahat itu... MasyaAllah! Bkn senang ye nak dpt peringkat sampai mcm ni. Akan tetapi, usaha perlu ada. InsyaAllah sama2 azam.

Semoga dptlah kita berusaha utk memeriksa amalan diri kita baik di awal, pertengahan ataupun di akhirnya supaya sentiasa diniatkan untuk Allah subhanahu wataala..

Wallhualam.

(dipetik drp Al-Quran,hadis, kitab Imam Nawawi R.Alaih dgn sedikit olahan ayat)

2 comments:

Captain said...

SALAM,

Bagus tajuk kali ini. Keikhlasan dan niat yg selalu menjadikan hamba itu bersyukur dlm semua perkara dan ibadat pdnya.

tanpa keikhlasan dapat kepujian didunia shj. niat yg baik selalu mendatangkan keberkatan dan kebersihan hati seseorang itu.

teruskan tajuk yg begini..selalu belajar tasawuf ditekan pd hati nurani kita.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Waalaikumussalam encik Captain.

Betul..betul ckp cik Capt tu.. Tajuk ni ana letak di awal skali bkn apa..sbb utk memulakan sbrg penulisan @ karangan ape2 kitab agama, rata2 ulama menyarankan sbaiknya dimulakan dgn bab IKHLAS.Apa2 shj yg kita nak buat smuanya brgantung pada niat kita. Jd kena byk bljr tasawuf la kita ni patutnya kan?

Jazakallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails