Monday, October 18, 2010

KELEKATU & LAMPU

بسم الله الرحمن الرحيم
Semua kenal kelekatu kan. Kelekatu ni ana rasa banyak kat kampung-kampung, termasuk la di rumah ana kat kampung tu.. Tak tau la kat bandar-bandar besar mudah jumpa atau tak, tapi tak mustahil boleh jumpa pasal kita banyak pakai lampu. Ana nak tulis entry pasal kelekatu ni bukan apa, sebab ada sesuatu yang menarik dan boleh kita fikirkan bersama...

Begini ceritanya...

Tiba-tiba pada malam itu, rumahku di kampung didatangi sekumpulan kelekatu (bermusim jugak kot benda ni), entah dari mana datangnya tak tau..(sebenarnya dari khazanah Allah), berduyun-duyun dia datang. Bukan kejar kita tapi kejar lampu, bukan main lari sana sini rupanya lampu jugak yang dia cari (lari bukan sebab apa, takut masuk telinga, hehe).

Banyak sungguh kelekatu ni, berterbangan ke arah beberapa buah lampu yang dipasang di dalam & luar rumah.. ditutup lampunya kat sini, dia pergi pula kat sana. Ana tengok kesemua kelekatu itu sibuk menerkam ke tempat yang masih dipasang lampu. Setiap kali terkam kelekatu itu pasti jatuh dan mati satu persatu. Ada juga seekor dua yang tak mati dan boleh terbang lagi. Ingatkan dia nak lari, rupa-rupanya tak serik-serik malah pergi lagi menerkam ke lampu tersebut. Bukannya ia tak tau yang ramai kawan-kawannya sudah tersungkur menyembah bumi. Nampaknya perkara itu tidak memberi pengajaran kepadanya, akhirnya dia juga tersungkur sama seperti yang lain. Wallahu 'alam. Hanya Allah yang tau kenapa kejadian kelekatu itu begitu.

.....Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan sesuatu perkara itu supaya manusia berfikir & terus berfikir.....

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Adalah perumpamaan antara aku dengan kamu sama dengan orang yang menyalakan api, lalu datang kupu-kupu berebut-rebut untuk masuk ke dalam api. Lalu aku menahan kamu semua jangan sampai kamu masuk ke dalam api..

.....Jika dilihat dengan mata kepala kita sendiri, maka kita akan tahu bahawa orang yang engkar kepada perintah Allah adalah mereka itu seperti kupu-kupu yang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam api. Cuba kita lihat pada malam hari (seperti cerita di atas tadi), kelekatu & binatang kecil yang terbang akan melaga-lagakan diri mereka pada lampu. Mereka akan melaga-lagakan diri mereka sehingga mati atau tidak boleh terbang lagi. Maka inilah yang dikatakan manusia yang bodoh, apabila mereka tahu siksa api neraka itu sangat pedih, tetapi ke situ juga yang mereka hendak pergi.

Sesungguhnya kejadian kelekatu ini memberi banyak pengajaran kepada kita. Bahkan jika tak digunakan akal fikiran kita untuk memikirkan kejadian itu, boleh jadi perangai manusia lebih teruk daripada kelekatu! Banyak contoh sikap-sikap manusia yang boleh kita lihat sama seperti sikap kelekatu ini, tahu api neraka itu sangat panas, tetapi masih melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah...mungkinkah sikap ini juga ada dalam diri kita? Nauzubillah...minta Allah pelihara iman kita semua. Jangan pula salahkan kelekatu, tapi salahkan diri kita sendiri.

InsyaAllah...Wallahu alam.

14 comments:

Irwan said...

salam. saya pun pernah citer pasal kelikatu..tapi bersambung2..

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/07/kelikatu-of-parliaments-1.html

ahmad humairi said...

salam,

Kelekatu terbang ke bulan :

baca seterusnya di :

http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/2009/09/terbang-ke-bulan.html

CS said...

salam
sy jg mgkin spt kelkatu...takut2 kelkatu buta, bkn api yg membakar sj diredah...air di lopak jg diranduk...ohhhh...siapalah kita tnpa hidayahNYA...doa HIDAYAH utk kita semua!

umu6point said...

Assalamualaikum kak...
Rasanya baru semalam umu terdengar di ikim berkaitan kelkatu ni.. seorang ustazah jemputan tu mengibaratkn kita ini sebagai kelkatu.. iaitu di mana kita tahu natijah jika kita dekat dengan lampu tetapi masih lagi tegar nak dekat juga...huhuu. mendalam sungguh maknanya kan.. semoga kita sentiasa menjadi hamba2Nya yg sentiasa beringat dan suka pula memberi peringatan kpd org lain :)

Captain said...

salam,

Sebenarnya kelkatu seperti hambaNya yang mencari cahaya. Seperti kita yg mencari cahayaNya keimanan.

Lain kali kelkatu byk...letak bekas atau talam isi air...jatuh terus tak boleh keluar dan masuk telinga anakx.

Jazakallah khairan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Irwan,
Dah baca dh entry Tuan kat blog tu, mmg brsambung2 & sgt menarik. Lg satu, ejaan dalam kamus dewan ialah kelekatu, bkn kelikatu.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cikgu Myri,
Dah baca juga dh entry cikgu tu, cuma dlm bentuk puisi yg indah ana kira. Nmpaknya ana ketinggalan jgk yer, org lain dah citer psl kelekatu ni lama dah...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam CS,
Ana pun sama la agaknya...masih belajar membetulkan diri.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Umu,
Amboi, lamanya kita tak jumpa ye. Aritu rasa ternmpak kt area sini tp tak sempat nk tegur..hehe.

Oo ye ke ada dgr citer ni dlm ikim, hmm..sbnrnya dh lama akak tak on radio. Tp citer ni mmg famous pun, dlm buku pun byk. Blk kg baru ni kelkatu byk pulak, apa lg terus la dpt idea.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt,
Ya, itu la idea yag baik. mak ana pun slalu suruh tadah air mcm tu jgk. Jazakallahu khairan.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum..

Jazakillah ustazah.. Atas perumpamaan yang dikongsi, rupanya ada banyak pengajaran di sebalik kelkatu. Hebat Allah!

Anai-anai yang tidak bersayap hanya diam di celah batu dan kayu.. Bila dah dapat sayap, mula berani bermain dengan api..

Bijen M. said...

Salam.
Ada petua orang tua-tua.
Gantung cabai kering dekat lampu, insyaAllah kelkatu tak datang.
Ha ha ha.
Kira cabai tu macam usaha dakwahlah yang mencegah kepada kemungkaran.
Memanglah pedas sikit, tapi berbaloi.
:D

Lepas ni pak Imam kena duduk depan disko.
:P

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Ustaz Ishak.

Memang pun kelekatu ni...dah mula berani ya...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan Bijen,

Ha, gantung cabai? Idea bru nih..tapi susah gak. Dia bukannya bg signal kalo nk dtg umah. Tibe2 dtg menyerang, mana nak sempat gantung cabai.

Hihihi..tak pyh tggu tok imam, Tuan Bijen sndiri kene tggu dpn pintu disco tu, sekat kelekatu yg dtg...ramai what..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails