Thursday, July 22, 2010

SUKENYE DIE...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebagai manusia,pernah tak antum semua merasai kegembiran, senang hati & suka dalam hidup? InsyaAllah, tentu pernah kan. Dan sebagai manusia biasa, kita perlukan situasi tersebut dalam hidup kerana ia adalah fitrah. Jadi, apa yang biasa dilakukan ketika mengahadapi saat-saat tersebut? Mungkin jawapan di bawah ini ada dalam fikiran kita semua...

a) menyebut di mulut @ dalam hati : bestnyer...
b) yahoooo...
c) sebut : yess! yess! (siap buat gaya tangan sekali)
d) melompat-lompat sebab dah terlalu gembira...(ada setengah tu mungkin suka sampai terguling- guling. Wah, punya la seronok!)
e) ......err..apa lagi ya? Sekiranya ada jawapan lain, tuan-tuan/puan-puan boleh bantu nyatakan ya.

*****************************************************************************

Sebenarnya, pendekata setiap satu jawapan di atas biasa kita lihat dalam masyarakat hari ini. Kekadang kita tak perasan atau tak sedar, ada banyak lagi perbuatan yang dilakukan yang kita sendiri tak pasti dan tak tahu, adakah ianya betul, tepat serta terbaik... & paling penting adakah ianya menjadi asbab kesukaan Allah?

Paling banyak yang dilihat hari ini ialah, mungkin budaya yang satu ini...

Ramainya bertepuk tangan...gembiranya mereka...

Biasanya di majlis-majlis keraian, jamuan, program hiburan, malah di sekolah-sekolah juga kanak-kanak sudah diterapkan dengan budaya ini. Begitu juga dengan nyanyian artis serta tak dilupakan juga penasyid-penasyid yang ada. Mereka akan menerima tepukan gemuruh daripada audiens. Yang kat rumah tengok tv pun tak ketinggalan tepuk tangan ramai-ramai, gembira juga nampaknya...

Dan, insyaAllah ayat Al-Quran di bawah ini dapat membantu mencelikkan mata hati kita semua.

إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣

Mafhumnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai (berbondong-bondong)); (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat (3) -An-Nasr-(ayat 1-3)

Ana percaya surah ini selalu dibawa di dalam solat masing-masing. Adakah kerana ayatnya yang pendek atau kerana apa kita selalu memilihnya membaca di dalam solat? Walaupun ayatnya pendek tapi ia mempunyai maksud yang jelas untuk kita fahami. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala telah membuat garis panduan yang amat cantik untuk kita amalkan. Bila saja menerima sesuatu khabar berita yang baik atau yang menyenangkan hati, Allah perintahkan supaya memperbanyakkan mengingatiNya melalui zikir, tasbih, tahmid serta istighfar. Bukankah itu perkara yang menyukakan Allah? Sepertimana si anak yang sayangkan ibubapanya, dia sanggup lalukan apa saja demi untuk menggembirakan hati orang tuanya. Bagi anak yang tidak memperdulikan orangtuanya pula, sudah tentu akan menyebabkan hati tua mereka akan terguris dengan tingkah laku anak mereka. Betapa lagi Allah Subhanahu Wataala? Sebagai hambaNya, kita mesti berusaha untuk wujudkan apa yang menjadi kesukaan Allah Taala dalam diri kita..contohnya memperbanyakkan zikir.Berzikir pula kata ulama, perlu sampai ke dalam hati (dengan penuh tawajjuh & tumpuan), bukan sekadar ucapan di lidah sahaja.


سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله
استغفر الله العظيم

Wallahu alam..apa yang baik eloklah kita sama-sama amal & sampaikan. Semoga ana juga mendapat kekuatan untuk amalkannya..insyaAllah, amin..

*Ini adalah petikan ulasan (khulasah ringkas) daripada kelas pengajian lafziah/tafsir Al-Quranul Karim Maulana Ustaz Abdullah Hizli bin Hussein, di Bandar Baru Sri Petaling,insyaAllah.

11 comments:

light 0F happiness said...

salam..

zikir penenang hati, pemusnah keresahan :)

aliaazuan said...

Salam light oF happiness,

Sgt betul tu...

Kata Nabi:

مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه مثل الحي والميت.

Perumpamaan org yg berzikir & tak berzikir adalah spt org yg hidup & org yg mati..

Captain said...

salam,

Baik ayat-ayat ini..ana nak amalkan nanti!
Malam ni ada kenduri arwah sempat juga baca posting ni..

Jazakalllah khairan

aliaazuan said...

Salam Capt,

InsyaAllah & alhamdulillah...

ahmad humairi said...

salam aa,

e) alhamdulillah.

syukur atas nikmat kurniaan Allah.

aliaazuan said...

Salam cikgu,

Betul tu...elok la kita hayati firman Allah ni.
لئن شكرتم لأزيدنكم

Sekiranya kamu bersyukur, akan aku tambahkan utk kamu...(benarlah firman Allah Taala)

z@i said...

salam...
gembira sangat sampai tersenyum2 24jam..
(bkn kita org lain)

aliaazuan said...

Salam Zainab,

Sape yg senyum sorang2 24 jam tu? Lain mcm pulak bunyinya, hehe..

Ada jugak org yg senyumnya tak lekang2 di bibir, melepasi 24 jam.. (bkn kita, org lain).

Nur Fannun said...

salam, betul sejak kcil kita diajar tepuk tgn..dgn lagu klu gembira tepuk..dlm liriknya begini lah caranya kalau anda gembira..

tp tak leh terlalu gembira kna kawal..bhaya.
lbh2 lgi klu terpeluk bkn mahram cm yg pnh jdi bila diumumkn sbg pemenang..

aliaazuan said...

salam NurFannun,

Betui tu, x tau la tu kira jadi adat ke apa... ana pun tak paham dgn keadaan skrg.Bkn mahram pun sudah tak dipedulinya.
Yg mana mndtgkan kbaikan/manfaat, kita amalkan. Yg sbaliknya, cuba2lah kita tinggalkan...

Nur Fannun said...

ada 2 pkara yg wt kta lupa akan ajarn agama..
1 ketika terlalu lapar & dahaga
2 tersgt2 gembira yg xblh dikwal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails