Monday, June 21, 2010

CINTA KEPADA RASULULLAH? BERSELAWATLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...Ini adalah kisah kelebihan berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam...

Rasulullah telah bersabda bahawa : Malaikat Jibril, Mikail, Israfil & Izrail Alaihissalam telah berkata kepadaku...

JIBRIL a.s : Wahai Rasulullah, barangsiapa yang berselawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya & akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat yang menyambar.

MALIK a.s : Mereka yang berselawat ke atasmu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

ISRAFIL a.s : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah Subhanahu Wataala & aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu.

IZRAIL a.s : Mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya, seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.

......Jelas, memang terlalu banyak kelebihan berselawat ke atas nabi, ini cuma baru sedikit daripada kelebihan-kelebihan yang ada, namun belum tentu lagi ada di antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya...Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Sedangkan para Malaikat telahpun memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sayangnya kita banyak lalai, hanyut dibuai arus dunia. Mudah-mudahan dengan memperbanyakkan selawat, jadilah kita hamba-hamba kesayangan Allah, Rasul & para Malaikat, insyaAllah. (Semoga Allah Taala bagi kekuatan & mudahkan diri ana untuk memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sallallahu alaihi Wasallam, ameen...).

Wallahu alam & Wassalam...

(dipetik daripada Kisah-Kisah Benar-Himpunan Cerita-Cerita, Wanita & Laki-Laki Dalam Al-Quran & Hadis-jilid 9)

10 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum aa,

Setiap kali di mimbar Jumaat, Tok Khatib mengingatkan kita :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kamu ke atasnya"

Siapalah kita...makhluk yang daif dan lemah...tidak berselawat ke atas nabi...

InsyaAllah, beralunlah selawat yang tidak putus-putus selepas membaca posting ini..

Sidratul Muntaha said...

Insaf~ Rasullullah memang sudah dijanjikan Syurga oleh Allah.Kalau umatnya tidak berselawat pun baginda tetap menjadi kekasih Allah dan tempatnya di jannah.

Tapi kita umatnyalah yang bahkan rugi kalau tak mahu berselawat.Allah berikan kita peluang dgn selawat ke atas Rasul kita dijanjikan syafaat...

CS said...

Assalamualaikum

Selawat sebenarnya lafaz mulia yg mudah,
tp harus diakui ungkapan yg berat utk si lidah,

oleh itu mari sama2lah kita amalkan zikir pagi dan petang,
supaya hati menjadi tenang,

pesan buat diri dan semua;
beza org yg berzikir n org yg tidak berzikir, seumpama orang yg hidup dgn org yg mati,

mahukah kita mati semasa masih hidup? renungkan2....

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam cikgu Humairi,

InsyaAllah..berselawatlah dari hati kita yg tulus. sama2 kita usahakan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Sidratul Muntaha,

Benar,sudah brapa byk masa kita telah rugi krana mensia-siakan tggjwb ini...insyaAllah marilah kita prbanyakknnya.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Cikgu Sue (CS),

Betui tu ckgu, ulama dh tlg atur kat kita pun kita msih leka lg ye..ada pulak tangguh2 & berhutang2 zikir pgi ptg tu..pdhal tasbih baru 100, selawat 100, istghfar 100..tu pun kdg2 kantoi lg. Itu la yg tak brtmbh2 amalan...Byk istighfar la kita ni eh. Asyik lupa diri.

Captain said...

Salam,

Sesungguhnya Allah swt dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .

Semuga mendapat rahmatNya dalam hidup ini.

Jazakallah khairan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Capt..tak smpat buat post baru lg.

Jazakallah khir atas komen di atas. Alhamdulillah,byk ilmu brguna kita dpt drp Capt ni..smoga Capt dikurniakan ksihtn yg baik utk mnambah amal kbaikan di dunia ini srta dpt memanjangkn ilmu yg ada. Ameen.

Idalara said...

Assalamualikum AA
seorg Ustaz yg mengajar sy pernah memberitahu "andai berselawat pada hari Jumaat selawat kita terus sampai kepada Rasululullah dn andai berselawat pada hari2 lain selawat kita akan diangkat oleh Malaikat dn dihantar kepada Rasulullah..
mudah saja untuk berselawat kepada Nabi Junjungan...dalam hati tak kira di mana2.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Idalara, betul tu. kerana kelemahan diri kita, di waktu yang senang pun kita merasakan ianya seperti berat untuk diamalkan.

Jazakillah khir atas ilmunya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails